Monday 19 June 2017

SELAMAT HARI BAPA DARI ORLYLOVE.. MISS MY DAD...







SELAMAT HARI BAPA 



Abah jarang dukung aku ketika kecil, bukan kerana dia tak nak dukung tetapi dia kurang yakin kalau dia dukung aku mungkin aku terjatuh...

Abah selalu tiada di rumah..
Sebab abah selalu keje luar..
Ketika adanya abah..aku selalu takut kena marah sebab abah garang..

Kalau abah tak ada di rumah..
Aku selalu tanya..mak..bila abah akan balik..bukan kerana aku rindu tetapi aku kena sedia untuk kena marah sebab abah aku garang .

Tetapi lepas abah pergi terus meninggalkan aku pada 27 ramadhan Lalu 2001,,aku selalu tanya..bila abah akan hadir dalam mimpi aku..

AKU RINDU ABAH!!!!

Salam Ramadhan Abah 
Selamat Hari Bapa untuk ABAH..

Korang yang masih ada abah..ayah..daddy..ayahanda..apak..kirim salam rindu korang dengan ayah masing2 ...hargailah beliau..

Ingat..bukan abah tak nak dukung aku..
cuma abah risau..aku kecil sangat ketika itu..
Bukan abah tak nak bermain dengan aku ketika itu..
mungkin dia letih dan nak lihat aku bermain..mungkin itu lebih buat abah gembira..

#happyfathersday

No comments: