Monday, 31 March 2014

Aku bangga menjadi anak Malaysia... Tetapi....


Bila aku layan video nih....Perghh.....Bertapa indahnya alunan muzik Tempatan + Moden mengambarkan betapa indahnya negara kita dengan iramanya dan permandangan...sangat indah... Apa yang indah dengan Malaysia ini?...Apa yang mengambarkan Malaysia?..Bagi aku yang mengambarkan Malaysia ialah Masyarakat berbilang kaum...Budaya kita..Muzik kita..Makanan kita...Hutan hujan tropika..Flora dan Fauna...Matahari....dan banyak lagi kalau difikirkan....

Apa yang digambarkan dalam video ni, Ya negara kita ada hutan dan berbukit yang luasnya 2/3 Malaysia dengan laut kiri dan kanan serta pulau-pulau yang indah. Namun, didalam hutan yang setebal 2/3 ini terdapat menara berkembar KLCC dan Litar F1 Sepang, serta bangunan-bangunan pencakar langit....dalam hutan ada semua nih?..korang bayangkan bestnya negara kita ini.Itu lah yang sebenarnya menarik perhatian pelancong luar negara untuk datang ke sini. Bukan semata bertapa kayanya kita...

AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA.. tetapi.. 

Orang MALAYSIA.. suka banggakan orang luar.. sanggup bawa masuk penyanyi luar.. dengan muzik luar... lepas tu.. layan macam hebat sangat orang luar tu.. cuba korang pikir.. kenapa artis2 hebat MALAYSIA seperti YUNA, Zainal Abidin, Shiela Majid, Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, dan saper2 lagi ler.. yang berjaya ..dan boleh menempah nama di persada dunia...?.. semua berpunca dengan lagu mereka..  di terima di luar MALAYSIA.. 

Kenapa yer..?.. nak tinggal di luar negara.. tempat orang putih.. kena dendangkan lagu omputih.. kena sleng orang putih.,.?.. pendapat ORLYLOVE.... korang semua salah.. huhu.. 

Kenapa orang putih seronok sangat tengok pasir pantai di MALAYSIA...sebab tak semua tempat mereka yang mempunyai pantai.. ada pasir.. hehe.. 

kenapa orang putih.. suka sangat datang MALAYSIA dan tinggal dalam hutan kat negara kita..? .. sebab tempat mereka tiada hutan..tiada sungai.. tiada kicawan burung2..unggas2.. jadi.. apalah salah..kalau korang BANGGA jadi ANAK MALAYSIA..yang penuh dengan KHAZANAH.. yang boleh di banggakan untuk kita MALAYSIA.. PATENkan semua warisan bangsa KITA -MELAYU.. 

Korang berteriak mengatakan MALAYSIA MELAYU yang punya.. tetapi..korang juga.. bangga bila korang dapat bercakap.. Inggeris dengan sleng.. orang putih ..siap.. dengan melayu sendiri korang suka nak bangga cakap .. orang putih.. aku bukan salahkan korang..  di sebabkan permintaan dunia untuk kita berbahasa Inggeris.. 

Ada sesetengah pihak yang sudah buang adat-adat melayu yang penuh dengan keindahan nilai estetika.. apabila mengadakan perkahwinan ala.. mat salleh.. tapi.. kesian yang kat mat salleh yang datang dalam majlis perkahwinan itu .. dengan lengkap berbaju melayu.. siap berkebaya.. cantik sangat.. ayu ..persis seorang puteri.. tetapi.. orang kita.. buat kenduri perkahwinan ala..mereka.. sure mereka frust.. tak dapat tengok.. orang main gamelan.. caklempong..orang bersilat.. orang menepung tawar.. dan kemeriahan .. lagu-lagu perkahwinan melayu yang indah-indah.. 

Apapun.. hanya kita ORANG MELAYU yang boleh membantu MALAYSIA bangkit semula dengan adat-adat yang makin di telan dek zaman.. bagilah anak-anak sang saka bangsa MELAYU Merasai keindahan adat-adat tradisional kita.. dan kurangkan berfikiran seperti orang luar.. yang nampak barat semua hebat.. 

KEKALKAN identiti kita.. kekalkan bahasa dan JIWA MELAYU di mata DUNIA.. 
Kenapa orang JEPUN boleh maju dengan BAHASA JEPUN .. 
orang KOREA boleh maju dengan PELAKON dan KPOP nyer.. 
orang JERMAN maju dengan bahasa GERMAN nyer.. korang nak pergi PERANCIS .. kena belajar cakap diorang kenapa..?.. 

Kalau macam tu.. apa kata kita tukar.. Orang putih datang MALAYSIA.. kena belajar cakap MELAYU.. memang senang.. aku dah tengok ramai orang putih dah pandai cakap melayu.. kenapa kita melayu nak malu yang kita orang melayu..?


HIDUP MELAYU..!!..MALAYSIA BOLEH!! 

  
Post a Comment