Thursday 24 October 2013

DEBARAN BELANJAWAN 2014.. ESOK..

Bila orang sibuk-sibuk citer pasal Budget 2014 ni.. Aku Orlylove terpikir pasal kelemahan institusi kewangan dalam Famili aku hehe.. Menteri Kewangan aku dah salah budget untuk tahun-tahun lepas daaa.. hihi...Klik Belanjawan 

Orang cakap jangan memilih kerja.. orang menganggur di benci dan di keji.. tapi.. semua ni.. tahyul jer korang ingat,,korang kerja tu.. tak memilih ker?.. sure kena pilih kan?.. kalau rumah kat KL.. kerja kat Seremban..orang cakap jauh.. tapi..kalau seseorang tu tak ada peluang kerja lain.. dia kena kerja jugak kan.. tapi.. Kalau dah kerja jauh.. KL-Seremban.. HARGA MINYAK asyik naik.. TOL naik. agak-agak.. orang tu kena tukar kerja tak? erm..

Kerajaan dok cakap.. kita punya minyak paling murah.. paling berjiwa rakyat.. tapi..
isk.. tak nak ler.. mengeluh ajer sebab ni semua rezeki .. kita kena pandai guna kewangan kita.. - Tengah pujuk hati ~. itu yang korang pikir nak cakap.. kan? tapi.. macam mana.? Tak kisah ler.. korang kerja dalam sektor kerajaan atau swasta .. semua hadapi masalah yang sama.. 

Aku hangin kalau ada orang cakap.. " Ha, minyak naik lagi? .. yer ker? Entahler selama ni pun aku tak tahu berapa harga minyak.. Aku main isi ajer.... " 

Agak-agak ler.. nak kasi statement pun.. rezeki sesorang tu.. kalau dia KAYA.. memang ler.. macam tu... tapi.. jangan ler.. keluarkan statement busuk macam tu.. untuk aku yang MISKIN TEGAR ni.. Semua orang dok pening pasal harga rumah melambung tinggi .. tapi.. aku yang bermasalah dengan harga minyak ni..terpakse tempuh gak.. sebab nak pergi kerja .. 

Ok..ok.. orang cakap.. " yang ko pergi kerja naik kereta tu kenapa?".. dah dok bising minyak mahal.. naik ler.. pengangkutan awam.. ehem..ehem.. agak-agak.. Kalau orang tu kerja seremban.. Naik bas/train.. Opis dia jauh dengan public transport station.. bukan kena naik teksi ker lepas tu.. lagi banyak dari naik kereta sendiri.. tapi.. kalau kira-kira naik kereta mahal.. kerja jauh.. solution dia kena tukar kerja ler.. kan? 

Ni perbelanjaan harian untuk minyak dan Tol  ke Seremban.


Sehari RM30(2 ways) x 30 Hari = RM900 Sebulan guna untuk minyak dan tol ker Office..

(Aku dok tanya hubby, kenapa kena kira 30 hari? kan kerja 20 hari sebulan.. hehe.. dia kata.. "Habis tak yah pegi beli barang ker sabtu ahad? tak yah bawak anak jejalan ker time cuti.. ? itu kira paling murah nyer. budget yang Kementerian Kewangan Famili aku luluskan.. hehe.. Aku lupa.. sorry.. Boss.. hehe. )

En. Orlylove Hubby cakap.. kalau RM900 sebulan.. macam ni kira-kira dia..RM900*12 = RM10, 800 setahun kalau kerja dalam minima 3 tahun.. Kami dah guna RM32,400.. untuk ke Office sahaja.. so solution yang kerajaan nak kasi ape?..Carik kerja tepi Office...so .. jalan kaki jer pergi ke office.. Duit tu boleh buat simpanan hari tua.. huhu.. ni pengiraan kami yang memakai kereta Malaysia cc 1.3 jer tau..korang yang pakai cc tinggi tu.. tak yah kira sebab Kalau tak mampu tak leh ler.. pakai cc tinggi kan? hehe..(rezeki orang.. lain-lain.. ) . 

Sekali lagi aku tekan kan di sini.. semua yang aku membebel dari tadi.. tu.. pasal KOS MINYAK yer.. bukan KOS SEWA BELI KERETA, KOS SEWA BELI RUMAH, KOS SARA HIDUP, KOS PENDIDIKAN ANAK. -BASIC 

Sure ada member yang dah berjaya dalam business cakap.. "itu ler.. dulu aku ajak join business tak nak.. sekarang dah mengeluh.. ".. opss.. aku bukan tak nak.. cuma kasi alasan tak nak jer.. hehe.. belum jumpa business yang betul-betul aku percaya dan suka nak uruskan..hihi

Ok, serious sikit.. aku dah bincang untuk En. Orlylove Hubby tukar kerja, carik kerja yang dekat sikit dengan rumah.. jawapan nyer.. sama gak.. agak-agak.. esok-esok.. kerajaan tak naik kan harga minyak ker? kalau kerja tepi rumah pun.. harga minyak naik.. walaupun jarak bawak kereta dah dekat.. dengan jalan sesak.. tak guna banyak minyak ker? hehe.. SAMA SAHAJA.. 

Satu lagi .. HARGA MINYAK NAIK..Harga Nasi kat gerai naik.. bila aku tanya kenapa naik. oo.. harga ayam ikan kat pasal naik.. lori nak bawak ikan tu,.guna minyak harga mahal.. opss.. kurangkan marah Orlylove..yer..Ingat rezeki orang lain-lain.. hihi.. Aku bukan marah.. cuma kesal jer. sebab kerajaan guna alasan nak control harga minyak untuk kesejahteraan rakyat.. Esok hari untuk kita jantung dan jiwa kita akan bergelora.. agak-agak.. apa yang PAK AJIB nak kasi kat rakyat supaya kita semua seronok duduk kat MALAYSIA..

Harap-harap.. ada lah buah tangan untuk orang yang kerja sektor swasta seperti kami ni.. tolong ler.. pikir yang kami ni pun anak MALAYSIA.. bukan pekerja asing atau rakyat pelarian.. Jangan ler.. pandang kami pekerja sektor swasta tak membantu untuk kemajuan MALAYSIA.. jangan lah anak tirikan kami.. Ambik ler.. tindakkan kepada Majikan Swasta yang tak nak dan susah sangat nak naikkan gaji pekerja dia.. hehe. babab dia.. tak mau.. tak mau.. jangan kasi kami pekerja anda lari carik kerja lain sebab gaji tak nak naik.. huhu..

No comments: