Wednesday, 16 October 2013

Air Liur Bayi Meleleh vs Petua Merepek tapi Mujarab..

Aku terpikir kenapa tajuk Album Rock Kapak seperti "Lagu Tangkap Leleh",,"Lagu Terbaik Slow Rock Meleleh" hehe.. Ada ker?.. aku reka jer.. huhu.. kalau cakap pasal leleh.. dalam sains pun.. sebut.. pasal rembesan air liur akan terangsang apabila melihat atau merasa makanan yang sedap.. atau sesuatu yang membuatkan kita terasa macam nak makan.. 


Sebenarnya .. hari ini aku nak citer pasal Bayi yang air liur nyer.. sentiasa meleleh... Anak aku ler.. tu.. Si Rayyan.. tapi.. tak ler sentiasa.. dulu time usia nyer.. dalam 3 bulan macam tu.. ada ler.. kerap.. tapi sekarang dah masuk 7 bulan .. air liur dia kadang-kadang jer.. tapi.. mungkin pasal baru tumbuh 2 batang gigi bawah.. itu ler pasal air liur meleleh.. sebab gusi membengkak dan kelenjar air liur dia berfungsi selalu ler.. ini fakta bukan auta tau.. hehe

Ketika baby Rayyan seawal usia 1-2 bulan, air liur dia sentiasa meleleh.. asal bangun ajer .. kompem basah baju nyer. aku kena pakaikan bib selalu.. kalau kain sure basah lenjun kata orang perak.. hehe.

Setiap kali jumpa orang ramai pasti soalan yang biasa mereka tanya, "ada ker benda yang aku tak dapat time mengandungkan Rayyan dulu?" aku gelak.. sebab bab makan.. hanya suami aku jer paham.. aku.. memang PANTANG nampak.. hehe.. asal aku terasa nak makan sure aku usaha carik.. tapi.. kalau di kenang-kenang nak di reka-reka.. ada ler.. 1 benda ni yang aku sebut-sebut tiap-tiap hari ketika melepasi sebuah pokok mangga jiran aku ni.. 
Aku akan bawak kereta sambil mendongak .. dan berkata kepada anak-anak ku yang lain.. " "Wah .. dah besar mangga ni kakak.. macam sedap jer.. " tapi aku tak teringin pun.. time tu memang aku tengah mengandungkan si Rayyan. 

Hari berlalu pantas.. Buah mangga yang aku dongak-dongak tu. dah hilang .. lesap.. sebab dah di petik oleh tuan nyer.. tapi aku tak kisah.. aku bukan nak pun.. cuma memang suka dongak tengok mangga tu.. cantik.. udah macam siku member jer.. bujur melentik nyer.. kikiki.. Sampai ler.. masanya.. dah nak masuk 9 bulan.ada banyak lagi mangga baru masak.. aku tak heran nak mintak ke apa.. tapi.. dok kata-kata macam cantik ler.. macam sedap ler.. Nah keluar jer si Rayyan.. air liur meleleh ajer.. agak-agak pasal tu ker?.. ermm..jawapan yang kabur.. 

Bila aku mengkaji dengan menggoogle.. aku jumpa banyak petua yang agak merbahaya untuk di lakukan. Korang boleh terpikir tak.. pasal petua orang-orang dolu-dolu ni.. walaupun merepek.. tapi bagi kebanyakkan orang yang telah mencubanya.. mujarab.. Wallahualam.. Allah kata Kun fa ya kun.. tapi.. moh kita listkan petua untuk hilangkan meleleh air liur anak ni.

  1. Caranya, u all hanya perlu lap mulut anak u all tu, dengan langsir umah orang yang kain langsir dia jenis tebal tu.. Alaaa.. kalau umah batu kan, langsir jenis tebal2.. bukan yang jarang2 tu.. Ohya, u all lap mulut anak u all tu, dengan syarat, tuan rumah tak tahu pasal tu.. hihi.. Lap tu sambil selawat & niat tak nak bagi air liur anak meleleh dah.. (^_^) - link
  2. curik garam kat rumah orang lain,amik sikit je pastu bagi baby rasa skit ..tapi jangan sampai owner garam tuh tau..- link (Petua yang sama makcik aku kasi tapi.. dia cakap.. curi gula kat kedai mamak.. hihi.. aku pikir sampai sekarang dosa mencuri ni.. huhu nak buat ker tak ? gulpp.. hihi) 
  3. Garam akan mencegah air liur meleleh berlebihan sehingga boleh mengalir keluar waktu tidur. Jika air liur sering meleleh, ia menandakan tubuh kekurangan garam. link  
{Rupa-rupanya.. ada kaitan tentang garam...nasib baik aku tak mencuri garam kat kedai Mamak.. nanti aku menjawab dalam Mahkamah Allah S.W.T }

** Garam amat penting untuk menghapuskan dagu berlapis. Apabila tubuh kekurangan garam, bermakna tubuh benar-benar kekurangan air.
Kelenjar air liur telah mengesan kekurangan garam dan terpaksa hasilkan lebih banyak air liur untuk melincirkan kerja mengunyah dan menelan serta membekal perut dengan air yang diperlukan untuk penghadaman makanan. 

SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW :
  • Makan garam secuil (sikit dihujung jari kelingking) sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secalit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa senduk. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.

Garam mempunyai banyak fungsi selain daripada mengaturcara kandungan air tubuh. Disini dibentangkan fungsi tambahan garam yang sangat penting kepada tubuh:

* Garam adalah penangkis ‘histamine’ yang handal. Ia boleh digunakan untuk meredakan ‘asthma’ dengan meletakkannya sedikit di atas lidah setelah minum satu atau dua gelas air. Ia sama berkesan dengan ubat penyedut, tetapi tanpa keracunan. Anda perlu minum dahulu satu atau dua gelas air sebelum meletakkan garam di atas lidah.

* Garam adalah unsur hebat untuk “menentang tekanan”.

* Garam amat penting untuk melupuskan keasidan di dalam sel, khususnya sel otak. Jika anda tidak mahu menghidap penyakit ‘Alzheimer’, jangan berpantang dengan garam, dan jangan biarkan mereka bebankan anda
dengan ubat penggalak kencing berlanjutan buat selama-lamanya.

* Garam amat penting bagi ginjal untuk mengenyahkan asid berlebihan ke dalam air kencing. Tanpa garam yang mencukupi, tubuh akan menjadi bertambah asid.

* Garam amat penting bagi merawat ganguan emosi dan gejala kemaruk. Lithium adalah pengganti garam yang digunakan dalam rawatan kemurungan atau kesugulan. Untuk mencegah daripada kemurungan,
pastikan anda mengambil sedikit garam.

* Garam amat penting untuk memelihara paras serotonin dan melatonin di dalam otak. Apabila air dan garam menjalankan tugas lazimnya menentang pengoksidan dan mengenyahkan sisa toksin daripada tubuh,
asid amino penting seperti tryptophan dan tyrosine, tidak akan dikorbankan sebagai penentang pengoksidan. Di dalam tubuh yang sempurna airnya, tryptophan dapat dikecualikan, justeru memasuki tisu otak di mana ia digunakan untuk membina serotonin, melatonin dan tryptamine – saraf neuron penting untuk menentang kemurungan.

* Garam, amat penting untuk mencegah dan merawat barah. Sel barah akan dibunuh oleh oksigen; mereka adalah “organisma” anaerobik.

Mereka hanya boleh hidup dalam persekitaran yang kurang beroksigen. Apabila tubuh diairkan dengan sempurna dan garam mengembangkan peredaran darah untuk sampai di seluruh pelusuk tubuh, oksigen dan kegiatan sel kebal yang “terangsang” yang terdapat dalam darah akan sampai kepada sel barah dan musnahkannya. Apabila tubuh mengalami keadaan kemarau iaitu kekurangan air dan garam, gejala ini akan menekan kegiatan sel penangkis penyakit dan sistem kekebalan tubuh.

* Garam amat penting bagi mengekalkan kekuatan dan keteguhan otot. Kelemahan mengawal pundi kencing di kalangan mereka yang mengidap masalah kebocoran air kencing yang tidak direlakan mungkin disebabkan oleh kurang pengambilan garam.

* Garam amat berkesan untuk mengukuhkan dengupan jantung yang celaru, bertentangan dengan pandangan kolot setengah pihak yang mengatakan garam menyebabkan tekanan darah tinggi, ia sebenarnya amat penting untuk peraturan tekanan darah – bersama-sama dengan air. Sudah tentu, nisbahnya amat kritikal. Makanan yang rendah
kandungan garamnya serta minuman air yang lebih, pada setengah orang sebenarnya akan mengakibatkan tekanan darahnya yang meningkat.

Kerumitan lain boleh menyebabkan kesesakan nafas – seperti asthma. Logiknya mudah untuk difahami. Apabila anda minum tetapi tidak mengambil garam, air tidak akan kekal dalam peredaran dengan sepatutnya untuk memenuhi semua pembuluh atau terusan. Kepada setengah orang ini boleh menyebabkan pitam dan pada setengah orang
lain pula ia akan mengetatkan pembuluh – akhirnya akan menjerut bronkus di dalam peparu – sehingga meningkatkan tekanan darah dan ditambah dengan kerumitan sesak nafas. 

Satu atau dua gelas air dan sedikit garam – sedikit diletak di atas lidah – dengan segera akan menurunkan kadar kederasan dan “dengupan“ jantung dan dalam jangka masa panjang akan menurunkan tekanan darah dan pulihkan sesak nafas.

* Garam amat penting untuk peraturan tidur. Ia adalah penghayal asli. Apabila anda telah minum segelas penuh air, kemudian letak sedikit garam di atas lidah dan biarkannya demikian, anda akan tidur dengan nyenyak secara semulajadi. Jangan letak garam di atas lidah jika anda tidak minum air. Penggunaan garam sahaja berulang kali akan
menyebabkan hidung berdarah.

* Garam adalah bahan amat penting dalam merawat diabetes. Ia akan membantu mengimbangi paras gula di dalam darah dan mengurangkan pergantungan kepada insulin khususnya kepada mereka yang terpaksa menyuntik kimia tersebut untuk mengimbangkan paras gula di dalam darah mereka. Air dan garam akan menurunkan kadar kecederaan
sampingan yang dikaitkan dengan diabetes.

* Garam amat penting dalam kerja menjana tenaga hidroelekterik di dalam semua sel di seluruh tubuh. Ia digunakan untuk penjanaan kuasa setempat di tapak tenaga ATP yang diperlukan oleh sel.

* Garam amat penting bagi
memproses maklumat dan komunikasi oleh saraf neuron untuk menghantar isyarat setiap masa ketika otak berfungsi sejak awal lagi, dari peringkat janin hinggalah ke peringkat kematian.

* Garam amat penting bagi peresapan unsur makanan melalui saluran usus.

* Garam amat penting bagi pembersihan peparu daripada penyumbat mukosa dan lendir kahak, terutama bagi pengidap ‘asthma’, ‘emphysema’ dan ‘cystic fibrosis’.

* Garam di atas lidah akan hentikan batuk kering yang berlarutan.

* Garam amat penting untuk melupuskan ‘catarrh’ ( selaput mata) dan hidung tersumbat atau resdung.

* Garam amat penting untuk mencegah ‘gout’ dan sakit sendi.

* Garam amat diperlukan untuk mencegah kekejangan otot.

* Garam akan mencegah air liur meleleh berlebihan sehingga boleh mengalir keluar sewaktu tidur. Jika air liur sering meleleh, ia menandakan tubuh kekurangan garam.


* Osteoporosis (rapuh tulang), secara kasar, adalah akibat kekurangan air dan garam di dalam tubuh.

* Garam amat penting untuk mengukuhkan struktur tulang.

* Garam amat penting bagi mengekalkan keyakinan diri dan imej positif – “keterampilan peribadi” yang dikawal oleh serotonin dan melatonin.

* Garam amat penting untuk mengekalkan keupayaan perhubungan kelamin dan pergerakan tubuh.

********************************* PERHATIAN ******************************

* Garam amat penting untuk menghapuskan dagu berlapis. Apabila tubuh kekurangan garam, bermakna tubuh benar-benar kekurangan air. Kelenjar air liur telah mengesan kekurangan garam dan terpaksa hasilkan lebih banyak air liur untuk melincirkan kerja mengunyah dan menelan serta membekal perut dengan air yang diperlukan untuk penghadaman makanan. 

Peredaran ke kelenjar air liur ditingkatkan dan pembuluh menjadi “bocor” supaya kelenjar air liur boleh dibekalkan dengan air tambahan untuk membuat air liur. “Kebocoran” ini telah melimpahkan bekalan air jauh melampui kawasan kelenjar tersebut, mengakibatkan terbentuk takungan di bawah kulit dagu, pipi dan hingga ke leher.

* Garam amat penting bagi mencegah ‘varicose veins’ (urat mengkarung) atau urat labah-labah di kaki dan di peha.

* Garam asal mengandungi lebih kurang 80 unsur galian yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagian dari unsur ini diperlukan dalam kadar sangat kecil. Garam asal yang tidak ditapis adalah lebih baik berbanding dengan garam biasa yang terdapat di pasaran. Garam biasa yang terdapat di pasaraya telah diraut buang unsur sampingannya tetapi
ditambah pula dengan ‘aluminum silicate’ untuk memberi garam bentuk pasir halus dan berongga. Aluminum adalah unsur toksin bagi sistem saraf kita. Ia dikaitkan dengan punca penyakit Alzheimer.

* Garam memang amat baik bagi tubuh untuk menangani asthma, tetapi potassium yang berlebihan boleh memudaratkannya. Terlalu banyak memakan buah oren, atau pisang atau sebarang “minuman sukan” yang mengandungi terlampau banyak potassium boleh mencetuskan serangan asthma, terutamanya apabila diambil sebelum senaman. Untuk mencegah serangan sedemikian, mengambil sedikit garam sebelum melakukan senaman akan meningkatkan keupayaan peparu untuk penukaran udara Ia juga akan kurangkan pengeluaran peluh.

Wajar dijadikan satu amalan baik untuk menambahkan sedikit garam ke dalam jus oren bagi mengimbangi aktiviti sodium dan potasium supaya tubuh dapat mengekalkan paras air yang sewajarnya di dalam dan di luar sel. 
dan sodium dapat diimbangkan.

Perbuatan terhadap minuman jus buah-buahan lain yang sama perlu dilakukan Sebagai panduan kasar, anda memerlukan 3 gram garam – setengah sudu kecil – bagi setiap 8 gelas air. Anda perlu ambil garam sepanjang hari. Jika anda bersenam dan berpeluh, anda perlu lebih banyak garam. Dalam cuaca panas anda perlu lebih banyak garam.

Dalam cuaca begini, garam akan membezakan antara sekadar hidup atau sihat segar, keletihan dan kematian. 

Amaran! Pada masa sama, anda juga tidak boleh ambil garam dengan berlebihan. Anda perlu mengimbang nisbah garam dengan air bagi kegunaan tubuh. Anda sentiasa perlu minum air dengan secukupnya untuk menyingkirkan garam berlebihan keluar daripada tubuh. Jika berat badan anda tiba-tiba meningkat dalam sehari, anda telah mengambil terlebih garam. Hentikan pengambilan garam untuk sehari dan minum banyak air untuk meningkatkan kadar kencing bagi menghapuskan bengkak air tersebut.

Kepada anda yang mengalami keruntuhan jantung – atau keruntuhan ginjal yang memerlukan dialysis – anda PERLU berunding dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum meningkatkan pengambilan garam anda.

Wah..tanggapan buruk terhadap garam makin meleset dengan info penting sebegini amat membantu aku yang selalu tidor air liur meleleh..hihi.. Garam kalau di letakkan sedikit dalam air teh tarik.. terasa lemak dan sedap.. cuba lah.. dan satu lagi..

Pengalaman aku berada di kuching Sarawak. Minuman kegemaran aku adalah air limau suam.. so.. aku order ler.. ketika bercuti di sana.. dari gerai pertama hingga ke berapa aku tak ingat.. semua peniaga di sana akan mencampurkan garam dalam air limau. sampaikan aku buat order" Tak nak letak garam yer.. " tapi.. mereka kurang faham kehendak aku.. aku kena layan gak air limau suam yang masam dan masin.. hehe.. kalau aku tahu info di atas dari dulu aku suka minum air limau bergaram.. baik untuk kesihatan.. 

Tuesday, 15 October 2013

Bawang Putih VS Bawang Merah.. Tak leh Bercampur.. Macam Dalam Filem Daa..

AMALAN PEMAKANAN SUNNAH

Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi S.A.W


Aku terpanggil untuk menulis tentang cara pengambilan makanan oleh Nabi S.A.W kerana aku baru menonton Tanyalah Ustaz di TV 9. Semua para tetamu agak terkejut disebabkan Ustaz mengatakan bahawa ‘Bawang Putih’ dan ‘Bawang Merah’ tidak boleh bercampur dalam makanan kita disebabkan Nabi S.A.W tidak menggalakkan atas sebab-sebab kesihatan. Disebabkan semua tetamu terkejut.. Ustaz pun membuat lawak..


La.. kan dalam Filem Bawang Putih dan Bawang Merah mereka suka bergaduh.. semua tetamu buat muka lega sebab Masakan melayu kita memang suka campurkan kedua-dua bawang ini untuk menaikkan rasa sedap..katanya.. Aku tak puas hati kenapa Ustaz member info yang selama 30 tahun aku hidup, tak pernah orang nak ambik kisah pasal bawang ni.. yang aku pernah dengar ada lah pasal daging.. dan ikan tak leh campur ajer..
Bila dikenangkan kenapa filem dolu-dolu..ada keluar kisah bawang merah dan bawang putih, kenapa tidak Halia dan Bawang merah.. ? .. Mungkin P.Ramlee ingin berdakwah ketika itu tetapi sehingga kini kita masih kurang arif tentang bawang merah dan bawang putih..  
Hasil risikan aku..aku telah menjumpai senarai perkara-perkara makanan yang orang kita kurang peka terhadap amalan sunnah..

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:- 

  • Susu & Ikan - Orang kita suka campur susu untuk mengganti SANTAN untuk menjaga kesihatan katanya,,. 
  • Cuka & Susu - untuk buat yorgat 
  • Buah-buahan & Susu - perasa untuk susu lebih sedap  
  • Daun Salad dengan Ikan - Setiap kali makan Ikan sure ada salad.. ada stail katanya..
  • Bawang putih dengan bawang merah - (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka) 
  • Daging segar dengan daging kering
  • Benda masam dengan benda berasid seperti cuka 
  • Cuka & Nasi 



  Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan. 

- Jangan mandi air suam lepas kenyang (Amat bahaya kalau kita makan makanan seperti di atas)

- Senaman sebelum makan . (Ini yang kita selalu lakukan. Lepas senaman, kita makan Nasik Kandar..Tepi longkang .. Nala nya.. kuah banjir.. .hehe..) 


- Jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengahari 

- Jangan makan buah selepas makan. (Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk hadam makanan dalam perut kita.) 

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi) 

- Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi) 

Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah. 

Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit. 

Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua. 

kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah.. 

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. 

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Dibawah adalah cara dan Sunnah Rasullulah.. tentang pengambilan makanan dan cara yang sihat.


1 . Jangan Makan/Minum Susu bersama salah satu (atau semua) berikut;  Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad 


 2. Cara Makan Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika  mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.


 3. Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya  makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan   makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. 

Jika dimakan  bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut),  buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan  fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala   makanan dalam perut berlaku secara sendiri. 



 4. Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor) 


 5. Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi  menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda  kolesterol dalam badan


 6. Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur  makanan    darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+    dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus     manusia. 


 7. Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan  enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu  dalam proses pencernaan makanan. 


 8. Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.


 9. Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam  merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam  asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). 

Jadi, pengambilan  garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid  mencukupi bagi mencernakan makanan.  Kebanyakan efek negatif garam  seperti diwarwarkan dunia kini  adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

10. Cara Minum 
-  Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk. Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan. 

        Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. 

Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan pathogen dalam badan lalat.

10. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu. 

11. Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. 

Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods". 

      Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik. 

  
Tahukah Anda Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu?

Kita tahu... 

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam. 

Kita tidak tahu..

Sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. 

maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita tahu... 

Kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. 



Kita tidak tahu...

sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka. 

Kita tahu... 

kita diajar kambing mempunyai tinggi kolesterol. 



Kita tidak tahu... 

Kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad s.aw. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Yang sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 




Kita tahu... 

kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus. 


Kita tidak tahu...

sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG, kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans. 

Kita tahu... 

para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. 

Kita tidak tahu... 

Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi. 

Kita tahu..



Mereka mengwar-warkan kebaikan minum soya. sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar. 


Kita tidak tahu...


Sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita.

Soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

Agak-agak.. apa agenda Yahudi tentang Susu Soya Pengganti Susu Lembu untuk Bayi?.. Kecil-kecil lagi kita dah di suruh minum susu lembu atau susu soya.. walhal.. SUSU IBU adalah terbaik di kalangan semua keluarga susu.. renung-renungkan dan selamat beramal.. ubahlah cara pemakanan kita untuk kita hidup sihat. 

Sempena hari baik dan bulan yang mulia ini.. Aku Orlylove mengucapkan 

"Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat" 
Semoga pengorbanan tahun ini adalah yang lebih baik dari tahun-tahun lepas..







Friday, 11 October 2013

Tahun 2020 akan ramai rakyat jadi GILA.. Ape Kes?

KOTA BHARU - Kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal akan mengalami penyakit mental menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian
perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.

"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.

Dr Lokman Hakim berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan merupakan satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020.



Beliau berkata, kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.

"Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku.

"Perubahan yang dialami perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem rawatan, penjagaan dan pemulihan pesakit psikiatri melalui perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan dalam usaha menangani masalah itu.

"Sebagai langkah pencegahan, terdapat empat institusi mental dan 48 hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

"Kini terdapat 252 pakar psikiatri di seluruh negara dan 80 pegawai psikologi klinikal selain 228 pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan bagi mengesan dan memberi rawatan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai gangguan dan penyakit mental," katanya.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama


- copy dari http://www.sinarharian.com.my




LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS
Langkah 1Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.


Langkah 2 Letakkan Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3Selesaikan Masalah Satu Persatu.

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 Menangis

- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5Ketawa

- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6Bersenam Atau Beriadah

- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8Curahkan Perasaan Dalam Diari.

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 Meditasi Atau Bertafakur.

- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11Tahu Had Kemampuan.

- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 Berusaha Dan Berserah.

- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13Bersantai

- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14Ambil Mudah.

- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 Mengadu Kepada Kaunselor.

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16Berurut.

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17Refleksologi Atau Akupuntur.

- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18Hipnosis

- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19Terima Keadaan Seadanya.

- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Langkah 20Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.