Assalamualaikum.. Kengkawaan.. kepada yang mendoakan kesihatan anak Orlylove Rayyan Mikhael.. Orlylove mengucapkan berbanyak terima kasih.. atas doa kalian.. semoga anak saya Rayyan.. cepat sembuh dan akan menjadi kanak-kanak sihat dan riang seperti kanak-kanak lain..
Ok.. kat sini, Orlylove akan berkongsi artikel tentang SAWAN DEMAM..
macam mana nak buat kalau tetiba anak kita di serang sawan demam.. jangan risau dan takut.. ok.. berusaha dan berserah.. jangan dengar omongan orang-orang yang kurang mahir.. yang menakutkan kita sebagai ibu yang mempunyai anak yang pernah ada penyakit SAWAN DEMAM ini..
APA ITU SAWAN?
Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak di luar kawalan yang mengakibatkan :
- Kekejangan Otot
- Mata Terbeliak
- Mulut Berbuih
- Kancing Gigi
- Menggigil
- Tidak Sedarkan diri dan lain-lain
APAKAH SAWAN DEMAM?
- Sawan demam adalah sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c.
- Ia Biasanya berlaku pada hari pertama dan kedua demam
- Lingkungan umur ialah antara 6 bulan hingga 6 tahun
SEBAB-SEBAB SAWAN DEMAM
- Demam terlalu tinggi. Kebanyakan berpunca daripada;
- Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
- atau jangkitan telinga (otitis media) dan lain-lain.
BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERLUANG?
- YA! 30% Sawan Demam boleh berulang
ADAKAH SAWAN DEMAM MENGAKIBATKAN KECACATAN OTAK?
- TIDAK, KECUALI...
apabila sawan berlaku melebihi 15 minit.
ADAKAH IA KETURUNAN?
- YA!, Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil risikonya adalah tinggi.
Adakah ia boleh mengakibatkan EPILEPSY?
- Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat EPILEPSY.
BAGAIMANA ANDA KENALI SAWAN DEMAM?
- Badan terasa panas
- Badan dan kaki tegang
- mungkin terjatuh
- mulut berbuih
- Tidak dapat mengawal air kencing
- Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga, juga terasa binggong seketika
- Kemudian akan aktif semula.
APA HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANAK ANDA DEMAM?
- Lakukan mandi berjelum
- Tanggalkan pakaian. Pakaikan baju yang nipis sahaja
- Berikan Ubat paracetamol sepertimana arahan doctor
- Pasangkan kipas atau memberi udara yang baik
- Galakan minum air yang banyak
APA HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANAK ANDA SAWAN?
- KITA SEBAGAI IBU BAPA HARUS BERTENANG
- MENGIRINGKAN ANAK ANDA
- JAUHKAN BARANGAN BERBAHAYA DI SEKELILING ANAK ANDA
- JANGAN LETAK APA-APA DI DALAM MULUT ANAK ANDA
- JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA BERSENDIRIAN
- SEKIRANYA SAWAN BERPANJANGAN IAITU LEBIH DARI 5 MINIT, BAWA KE HOSPITAL
Orlylove doakan kalian semua sihat dan faham apa yang Orlylove sharekan ini.. ini semua pengajaran untuk orlylove sendiri.. bila terlalu panic.. kita nyer emosi akan terganggu dan kita akan jatuh sakit pula nanti.. so.. bersabar dengan apa yang berlaku dan berusaha untuk membantu sebaik mungkin anak kita atau ada mangsa-mangsa sawan di sekeliling kita..
KES RAYYAN KENA SERANGAN SAWAN DEMAM EPISOD 1
KES RAYYAN KENA SERANGAN SAWAN DEMAM EPISOD 2
Penyakit lain yang perlu kita Ibu Bapa tahu..