Ok.. sambungan dari cerita Rayyan demam panas .. aku patut share apa maklumat yang aku dapat dari penerangan doctor-doctor pakar di wad Pediatric HKL.. sememangnya.. wad kanak-kanak paling baik dan ramai pakar terhebat di sana..
Masuk hari ke dua.. Rayyan.. sudah ramai kawan.. omak nyer..pun tak terlepas berkenalan dengan jiran-jiran katil sebelah menyebelah.. hehhe.. nama kenalan baru aku di katil bersebelahan aku.. ialah..Puan Marini.. baik orang nya.. dalam masa 3 hari..aku dah baik dan mesra dengan dia sebab banyak kisah kami kongsi bersama.. banyak persamaan.. Orlylove anak ke 2.. dia pun anak ke 2.. Orlylove ada anak 4 dia pun.. sama..Rayyan..anak lelaki tunggal dalam keluarga Orlylove.... anak Marini yang duduk di katil sebelah Orlylove pun sama..anak tunggal keluarga beliau.. nama kawan Rayyan yang baru itu nama dia Adik Amir Hamzah.. kecil lagi pun.. Rayyan hanya Hai-hai bye--bye jer.. kami mak mak yang rancak berkenalan dan bertukar nombor contact..
Opss.. cerita omak nyer lak .. sambung cerita Baby Rayyan,,,
Masuk hari ke 3.. Rayyan punya suhu badan sudah beransur baik.. sudah catat 36..37..37.. so..doctor cakap susah boleh baik esok hari.. apalagi..happy sungguh hati mamanya.. tak sabar nak melihat anak-anak lain yang dikabarkan sedang demam juga di rumah..di bawah jagaan daddy mereka.. :(
Ok.. kisah nama Rayyan menjadi perhatian doctor-doctor di HKL.. tu.. sebab ketika Rayyan di wadd.. ada 2 orang nama Rayyan...dan masuk 3 orang di hari yang sama.. dan wadd yang sama.. bilik yang sama..
Dalam bilik Rayyan tinggal.. ada 2 lagi anak kecil yang bernama RAYYAN.. amalak.. aper ni.. NAMA RAYYAN..selalu sakit ker? Doktor kecil molek depan Orlylove pun bersuara.. Betul ler.. dari haritu.. ramai sangat budak nama RAYYAN masuk sini.. RAYYAN selalu sakit ler..
Waaaa.. Ya..Allah ya tuhanku.. adalah aku salah letak nama anak..? aku tahu maksud RAYYAN baik.. tapi.. jangan buruk sangka dengan ALLAH.. Orlylove.. secara kebetulan sahaja..sebab ketika nama RAYYAN di pilih untuk anak tunggal lelaki Orlylove.. time tu lah..nama RAYYAN ni.. famous.. macam tu.. jugak.. ketika nama BATRISYIA famous.. bile letak nama anak BATRISYIA ajer.. ramai sangat anak nama BATRISYIA sakit.. dalam wad.. sehingga ada ustaz cakap nama-nama anak jin..(jin suka nama tu..)..erm.. lepas ni..kena refer dengan ustaz ler.. untuk kes RAYYAN pulak..
Ni lah kawan Rayyan yang bernama Rayyan juga ..sempat aku berkenalan dengan adik Rayyan yang petah berkata-kata.. aktif sangat macam anak aku..RAYYAN.. terloncat-loncat.. adakah nama RAYYAN semua AKTIF? bagusss.. hehe..
tengok tu.. dah sihat sikit.. memanjat nak tengok rakan bilik sebelah.. ehhehe
Hai.. saya Rayyan Mikhael.. awak siapa?
Ha..ni lah nama adik Rayyan yang sama dengan anakku Rayyan Mikhael.. sampai keluar hingus anakku ini..hehe
semangat dapat kawan nama Rayyan juga.. Rayyan di dalam satu bilik yang sama.. huhu.. demam panas juga adik Rayyan kita ni.. ada juga seorang adik Rayyan yang tidur di sebelah katil Rayyan.. tapi tak sempat nak ambik gambar sama..
Adik Rayyan ni..memang aktif.. dan hensomm..huhu
Wasalam...
No comments:
Post a Comment