Friday, 22 November 2013

"APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA..."

Assalamualaikum.. Sahabatku sekalian.. Hari ini .. sudah masuk lebih 5 kali aku menonton kisah "Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..".setiap kali menonton video yang berdurasi 24.15 minit ini, sure aku menitiskan air mata aku...Siapa Ammar ni? kenapa Allahyarham Ammar agak famous kebelakangan ini.. semua perkatakan tentang Ammar, sampaikan ada yang mengatakan bahawa.. 

"Kalau aku mengandungkan anak lelaki nanti.. Aku nak berikan nama anakku "AMMAR"..." 

Aku Orlylove pun mengimpikan dan berdoa anak aku Rayyan menjadi seperti Ammar..

Allahyarham Ammar atau nama sebenarnya Şehıdımız Ahmad Ammar Ahmad Azam adalah anak kepada penaung  Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (also known as Grup Penjejak Tamadun Dunia)

Petikan dari Khutbah selepas solat jenazah Allahyarham Ahmad Ammar yang disampaikan oleh Omer Dongeloglu (penceramah terkenal turki) berbunyi .....

" Bulan Muharam ini adalah bulan yang melepaskan Nabi Yusuf a.s daripada penjara. Bulan ini, Nabi Ayyub a.s disembuhkan daripada segala penyakit...
Bulan ini Allah telah jadikan laut itu sebagai laluan kepada Nabi Musa a.s. 
Bulan ini adalah bulan Muharram yang suci.  
Hari ini adalah hari pertama bulan Muharram. Maknanya, ini adalah rezeki yang diberikan kepada Ammar untuk berada di sisi Allah dan Rasulnya di awal Muharram 1435.
Wahai saudaraku, kalau ada apa-apa kesalahan dan kekurangan saudara Ammar ini,
semoga Allah ampunkan segalanya. 
semoga Allah berikan kesabaran kepada keluarga dan kerabatnya yang di tinggalkan dibelakang. Ya Allah , kau berikanlah Ammar, ahli keluarga, kaum kerabat dan kita semua bangkit dalam darjat yang paling tinggi di surga. 
Alangkah bahagianya saudara kita Ammar kerana akan bangkit bersama 
sahabat Nabi, Abu  Ayub Al-Ansari yang akan berpegang tangan dengan beliau.   
Kamu keluar dari Malaysia dan datang ke Istanbul lalu bangkit bersama sahabat Nabi yang datang dari Madinah ke Istanbul kerana Allah Taala. 
Adakah kamu mencari karamah yang lebih besar daripada ini? 
Adakah kamu mencari kurniaan Allah yang lebih besar daripada ini? 
Wahai saudara muslim sekalian... kalau kamu berjalan dengan betul,
Allah akan jadikan jalan kamu itu bersama-sama jalan para sahabat Nabi.
Adakah kamu akan katakan ini hanyalah kebetulan perjalanan Ammar daripada Abu Ayub..
Saudara Ammar kini berpindah di hadapan Abu Ayub Al-Ansari, 
atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid yang rumahnya pernah didiami 
baginda Nabi s.a.w. Adakah kamu akan kata ini adalah kebetulan kerana dia berpindah pada Awal Muharram ini?  
Ada yang merancangkan ini, ada yang menulis surat ini, Ada kudrat Yang Maha Kuasa yang menjadikan pena itu menulis.  Kitab beriman kepada takdir ini dan kami membenarkannya Ya Allah. Ini bukanlah kebetulan tetapi bertepatan dengan takdirNya. 
Ya Allah, jadikanlah perjalanan Ammar ini perjalanan yang diberkati,
Semoga Allah jadikan Ammar ini jiran kepada Abu Ayub Al-Ansari.
Semoga Allah jadikan detik terakhir kehidupan kita adalah umur yang paling baik kita.
Aminnn..    

  


Baca selanjutnya tentang Ammar