Friday, 29 November 2013

Allahuakbar.. Assalamualaikum di hari Jumaat

Assalamualaikum.. semua pembaca.. aku terasa agak kepenatan sejak-sejak akhir ni dengan tugasan seharian dan disebabkan kesihatan yang kurang menyenangkan.. Aku Orlylove ucapkan Selamat Melalui Hari Jumaat dengan RahmatNya dan semoga apa yang uols.. lakukan aku dipermudahkan hendak-NYA.. 

Cuba ujian di bawah.. untuk terapi minda hari ini.

PERCAYAKAN ALLAH..ALLAH AKAN BANTU KITA.. 
PERCAYA, PERCAYA, PERCAYA


Friday, 22 November 2013

"APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA..."

Assalamualaikum.. Sahabatku sekalian.. Hari ini .. sudah masuk lebih 5 kali aku menonton kisah "Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..".setiap kali menonton video yang berdurasi 24.15 minit ini, sure aku menitiskan air mata aku...Siapa Ammar ni? kenapa Allahyarham Ammar agak famous kebelakangan ini.. semua perkatakan tentang Ammar, sampaikan ada yang mengatakan bahawa.. 

"Kalau aku mengandungkan anak lelaki nanti.. Aku nak berikan nama anakku "AMMAR"..." 

Aku Orlylove pun mengimpikan dan berdoa anak aku Rayyan menjadi seperti Ammar..

Allahyarham Ammar atau nama sebenarnya Şehıdımız Ahmad Ammar Ahmad Azam adalah anak kepada penaung  Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (also known as Grup Penjejak Tamadun Dunia)

Petikan dari Khutbah selepas solat jenazah Allahyarham Ahmad Ammar yang disampaikan oleh Omer Dongeloglu (penceramah terkenal turki) berbunyi .....

" Bulan Muharam ini adalah bulan yang melepaskan Nabi Yusuf a.s daripada penjara. Bulan ini, Nabi Ayyub a.s disembuhkan daripada segala penyakit...
Bulan ini Allah telah jadikan laut itu sebagai laluan kepada Nabi Musa a.s. 
Bulan ini adalah bulan Muharram yang suci.  
Hari ini adalah hari pertama bulan Muharram. Maknanya, ini adalah rezeki yang diberikan kepada Ammar untuk berada di sisi Allah dan Rasulnya di awal Muharram 1435.
Wahai saudaraku, kalau ada apa-apa kesalahan dan kekurangan saudara Ammar ini,
semoga Allah ampunkan segalanya. 
semoga Allah berikan kesabaran kepada keluarga dan kerabatnya yang di tinggalkan dibelakang. Ya Allah , kau berikanlah Ammar, ahli keluarga, kaum kerabat dan kita semua bangkit dalam darjat yang paling tinggi di surga. 
Alangkah bahagianya saudara kita Ammar kerana akan bangkit bersama 
sahabat Nabi, Abu  Ayub Al-Ansari yang akan berpegang tangan dengan beliau.   
Kamu keluar dari Malaysia dan datang ke Istanbul lalu bangkit bersama sahabat Nabi yang datang dari Madinah ke Istanbul kerana Allah Taala. 
Adakah kamu mencari karamah yang lebih besar daripada ini? 
Adakah kamu mencari kurniaan Allah yang lebih besar daripada ini? 
Wahai saudara muslim sekalian... kalau kamu berjalan dengan betul,
Allah akan jadikan jalan kamu itu bersama-sama jalan para sahabat Nabi.
Adakah kamu akan katakan ini hanyalah kebetulan perjalanan Ammar daripada Abu Ayub..
Saudara Ammar kini berpindah di hadapan Abu Ayub Al-Ansari, 
atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid yang rumahnya pernah didiami 
baginda Nabi s.a.w. Adakah kamu akan kata ini adalah kebetulan kerana dia berpindah pada Awal Muharram ini?  
Ada yang merancangkan ini, ada yang menulis surat ini, Ada kudrat Yang Maha Kuasa yang menjadikan pena itu menulis.  Kitab beriman kepada takdir ini dan kami membenarkannya Ya Allah. Ini bukanlah kebetulan tetapi bertepatan dengan takdirNya. 
Ya Allah, jadikanlah perjalanan Ammar ini perjalanan yang diberkati,
Semoga Allah jadikan Ammar ini jiran kepada Abu Ayub Al-Ansari.
Semoga Allah jadikan detik terakhir kehidupan kita adalah umur yang paling baik kita.
Aminnn..    

  


Baca selanjutnya tentang Ammar 

Thursday, 21 November 2013

Tempahan Choclate Moist Cake (CIC) in the making..

Assalamualaikum semua.. Uolsss..  harini happy tak..? 
Aku Orlylove happy sangat.. sebab pepagi lagi dah menikmati Kek Coklat Moist yang sangat sedapp.. yum..yum.. tengok ni.. dah nak habis ketika gambar ni di ambil.. tetapi.. Semuanya.. dah selosai.. hehe.. Aku tak beli kek ni.. aku masak sendiri.. ewah..ewah..masuk bakul angkat sendiri yek.. hehehe tapi tak aper.. sebab aku nyer suker ler.. puji aku nyer.. masakkan huhu 

Pergh.. lama aku tak masak kek ni..hehe... Opss.. tak lama sangat ler.. haritu birthday anak aku Sara aku buat tapi.. kali aku buat untuk tempahan dari Maybank Setapak.. huhu..berasap rumah aku ..siap boleh buat facial.. sebab kek aku ni.. adalah  kek coklat moist kukus...  

Sorry gambar nampak comot sebab aku bawak letak dalam handbag aku.. dah terbalik balik.. kek aku.. hehe.. 


Relex 'n Chill in the Peti Ais aku yek.. duk diam2.. delivery petang ni... so.. aku gi kerja dulu yek.. hehe.. 




Sesiapa nak merasai kesedapan dan keenakkan COKLAT MOIST KUKUS ORLYLOVEBITES.. sila call ok.. jangan risau....korang beli 1 pun aku hanto..hehe.. apa-apa kita arrange dulu.. yok.. 

Wednesday, 20 November 2013

KASIH SEORANG IBU.. AKU PATUT KAGUM DENGAN KEBERANIANNYA..

Assalamualaikum.. KECOH ler.. lu mamat.. hehe.. aku kagum dengan Ibu yang sanggup menempuh dugaan dengan kerenah anaknya walaupun perkara tersebut amat memalukan beliau.. 

HATI IBU.. aku tak tahu sama ada aku akan cekal menjadi ibu yang terbaik macam kes di bawah atau tidak.. Sebak Aku Orlylove biler tengok gambar ni.. Senyum ajer Ibu kepada Adik Mohamad Izzat ni di kala anaknya menjadi bahan bualan semasa.. kerana perangai buruk yang anak dia lakukan.. Aku dapat rasanya suasana DEBAR perasaan IBU bila anak tak balik ke rumah ..seharian walaupun anak sudah besar panjang.. Tapi.. adik Izzat ni.. budak bawah umur lagi tu.. 16 tahun..

Memang ler.. ada orang berpendapat.. 16 tahun dah boleh dapat lesen memandu.. walaupun aku dulu pun mula memandu kereta ketika aku usia.. 13 tahun.. ehhe.. tapi dapat lesen memandu time dah besarr.. dalam 22 tahun macam tu.. hehe.. Opss.. nak citer bukan kisah aku.. kisah adik sorang ni.. yang menjadi HERO SEMALAYSIA.. ehhe.. 

Aku pun akan melaluinya.. tapi aku selalu berdoa yang aku akan sentiasa ada masa untuk anak-anak aku untuk melihat dan membesarkan mereka dengan Aku Orlylove menjadi TEMAN SEJATI untuk anak-anak aku.... 




Orlylove punya pandangan..tentang Kes yang terjadi kepada adik di atas ni.. 


  • Mungkin anak puan di atas selalu keluar rumah di malam hari.. so.. dia tak risau tetapi.. bila tak pulang semalaman baru dia terasa GUSAR.. siap pegi report polis lagi.. setelah ramai yang cakap anak dia ilang.. 
  • Kesian dekat pengamal perubatan ISLAM yang membantu menilik kat mana budak ni ilang.. "Mereka hanya mampu cakap.. Budak dalam keadaan selamat.. tak hilang dek hantu..".. hehe.. memang ler.. udah budak ni tido rumah member dia.. 
  • Kalau si Izzat ni cakap.. dia takut sebab dia tahu semua orang cari dia..erm.. memang patut ler.. takut.. sampai semua orang cari..bukan hanya mak dia.. Polis.. Bomoh.. kawan2 lain.. dan 1Malaysia dah burukkan Villa yang tak bersalah tu.. hehe.. Lain kali jangan buat yer dek.. susah.. semua orang.. 
  • 1 pengajaran untuk semua ibu bapa di luar sana.. supaya perhatikan tingkah laku anak-anak yang sedang meningkat remaja.. macam-macam mereka nak try.. time ni.. adalah time mereka ingin mencari identiti diri.. dan mencuba segala perkara yang menguji kecerdikan mereka.. so.. parents mesti jadikan anak-anak KAWAN KARIB bukan musuh. Ajak kawan-kawan anak datang ke rumah sambil sediakan mereka sedikit makan-makan.. kenal rakan2 mereka.. 
  • Ibu Bapa kena selalu berbincang masalah harian anak.. jangan biarkan anak-anak cerita masalah peribadi mereka kepada kawan-kawan sekeliling.. Akhirnya ini ler.. jadinya..udah macam cerita.. PADA ZAMAN DAHULU..  
Wallahualam.. Wasalam.. semua.. 

Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat Di Jalan Raya - Miros

Aku tak marah bila terbaca kenyataan ini.. tapi.. aku naik HANTU jerk.. sikit pun tak ada rasa marah.. geram jer.. dengan kenyataan yang tak berpihak kepada orang MISKIN di MALAYSIA ni.. Aku bukan tak hormat pendapat seorang Prof. tetapi.. kalau kajian telah dia lakukan .. dan terang-terang kesahihan nya.. kenapa banyak kemalangan jalan raya melibatkan kereta baru BELI, baru pakai dan berkilat2 lagi.. enjin nyer.. 


Korang bayangkan kalau kereta baru beli dengan 1.6cc pun cukup ler.. nak nak korang beli keter continental yang agak mahal.. erm.. ada ker korang nak bawak 90km/jam? tak kan.. sure korang nak rasa gauman bunyi enjin nyer.. walaupun dia mempunyai power 1.6cc sahaja.. 

Aku marah dengan kenyataan di atas bukan sebab aku pakai keter lama mak aku untuk pegi pasar dan ambik anak-anak dari taska.. hehe.. kebenaran nyer.. jelas.. 

KATA Orlylove " Bila korang pakai keter lama.. lebih dari 12 tahun.. agak2 enjin nyer..macam mana? kalau jaga biasa-biasa ler..? Dah tentu anak-anak aku gegar dalam keter kan? sebab enjin lama.. lebih dari 16 tahun..pakai tu.. bunyi gauman nyer.. udah macam ferrari.. tapi. korang pikir macam mana aku memandu? Macam bawak ferrari ker? atau.. macam AKU MEMANDU sambil bawak Kak FEERA ehhehe... 

For sure aku bawak dengan hati-hati sebab enjin dah tak boleh pegi.. tekan kuat2 pun bunyi yek.. keluar Keter tetap kat situ.. hehe.. yang buat orang memandu kereta lama lebih dari 12 tahun guna ni.. kemalangan apabila.. sebuah kereta baru keluaran Malaysia seperti Proton Preve' 1.6 CVT Exective meluncur lalu di jalan raya .. dengan lajunya.. tetiba.. Breeeeeaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk.. sebuah kereta Proton Saga lama tahun 1996 lalu dengan hormatnya.. di pandu dengan cermat.. Prrraaaanggg.. terkojuittt MAK.. nasib baik sempat break.. dapat bayangkan tak.. hehehe.. 

Katakan malang tak berbau.. Dooom.. langgar tepi.. kereta lama.. tahun 1996.. yang si kakak manis bawa kereta tahun 2013 ni.. ANGIN ler.. sebab Insurance yang dia bayar tak leh cover claim kereta dia .. huhu.. itu ler.. kisah nyer.. pasal keter lama tak layak di jalan raya MALAYSIA.. aku Orlylove rasa ini semua mainan Politik bukan pasal kereta itu.. 

Kalau macam tu.. orang lama yang banyak penyakit.. tak berguna ler..tapi.. aku nampak sekarang semua anak muda dah banyak yang berpenyakit..macam orang2 tua.. erm.. apa orang kata.. penyakit 5 serangkai..? 

Tepuk dada tanyalah MIROS... hihi..


kalau kereta macam ni.. ada kat jalan raya KL.. sure banyak pemandu kemalangan.. sebab susah nak nampak di jalan raya..sekarang..  hehee..

Baca Menteri cakap lagi tak sanggup.. nangis baca.. 

Tuesday, 19 November 2013

PRODUK PILIHAN ORLYLOVE - KERUSI PLASTIK MURAH TAHAN LASAK



KERUSI PLASTIK TAHAN LASAK PILIHAN ORLYLOVE 



**Setiap satu..
** 5 Warna pilihan seperti di atas
**Penghantaran PERCUMA di Sekitar Gombak/Setapak/Ulu Klang/Ampang

Lain-lain kawasan **RM10 sekitar KL dan Selangor..

Tapi.. kalau yang nak self pick-up.. Sila inform..boleh dapat harga ORLYLOVE.. 

Berminat ingin memiliki kerusi plastik yang tahan lasak ini.. Sila hubungi NO di bawah :

017-3553076 - Wan 
017-6118924 - Akma 

Pernah kena macam ni tak?


hehehe.. sakit dooo.. kalau macam kat bawah ni.. ala.. sian tomei..tomeii.. 


Cakkk.. 


Monday, 18 November 2013

Pendedahan: 5 Gambar Munir mungkin pelanduk dua serupa Joemar seperti yang didakwa | Tengok TV Online

Aku Orlylove berpendapat.. memang ada orang cakap pelanduk 2 serupa.. tapi.. kena tau gak.. kalau gambar Joemar adalah muka SUCI sebelum buat jahat.. tapi.. muka Munir.. erm.,... semoga Pihak berkuasa.. mengambil berat kes pelanduk ni.. jangan abaikan usaha keras orang awam untuk membantu mempercepatkan selesainya KES JENAYAH BERAT ini.. 

Pendedahan: 5 Gambar Munir mungkin pelanduk dua serupa Joemar seperti yang didakwa | Tengok TV Online

Sunday, 17 November 2013

HATI-HATI dengan NO. SMS PENIPU!! (601125302812)

"RM0. YOUR CARD TELAH BERJAYA & MEMENANGI HADIAH GRAND PRIZE. DR SHELL (M) BERHAD RM20,000 RIBU No. Siri 9R247YK. Sila Dail talian : 012-8641-858 www.helixmy-promo.tk



Sender : (No. Name) +601125302812 "

Aku Orlylove tengah duduk-duduk bermain dengan anak-anak tersayang.. wah.. sambil layan bluss di hujung minggu kekenyangan.. masuk satu sms.. yang membuatkan aku .. meloncat.. Oppssss.. Orlylove.. bawak bersabar.. DURIAN tak akan runtuh kalau ko tak goyangkan pokok dia.. durian yang masak akan luruh/jatuh sendiri.. tapi.. bila dia masak...ingat tu...bila dia masak.. ehhehe.. aku tak masuk apa-apa peraduan.. tapi.. MENANG.. agak-agak ler.. SMS ni.. nak kasi aku suka di kalaa aku kenyang nak muntah balik apa aku makan tadikk.. ddoooo.. 

Dalam geram-geram pun aku terus call Shell ingatkan nak buat aduan ler.. pasal kurang ajor nyer manusia yang nak buat lawak time AKU Orlylove ..kering...ni.. hehe..bukan tak ada duit.. tapi..kering dari nak berjoli ajer.. hehe.. semalam dah makan sedap.. hari ini duduk rumah.. jer ler.. 

Aku call no Shell :  1300 88 1808
truutt.. truuutt.. trutt.. " Kami tidak akan menghantar apa-apa sms untuk memenangi 

peraduan daripada Shell...pihak kami akan menghubungi pemenang melalui telefon. "

Ewah-ewah.. gurauan di siang hari nampaknyer SMS tu.. Aku Orlylove menasihati uolssss.. 

semua jangan ler.. rasa bertuah sangat dapat sms.. macam ni.. hati-hati.. tak payah ler..korang 

buang duit hubungi no. phone yang dia suruh call ..ini semua PENIPUAN 

Saturday, 16 November 2013

REWARD Orlylove untuk Famili hari ni ....16 Haribulan SECRET RECIPE

JOM..KITA SERBU ... Today Reward untuk anak-anak.. dan famili.. Orlylove akan serbu awal-awal Secret Recipe.. Jom kita SERBU.. harini sahaja.. 16hb


Thursday, 14 November 2013

Anak Itu Rahmat Anak Itu Penyelamat (Ummi Redhakan Kepulangan Kalian): ALLAH MENGUJI KAMI LAGI DALAM TEMPOH 6 BULAN


Allah menguji kita dengan amanah sementara.. Sebak baca..

Anak Itu Rahmat Anak Itu Penyelamat (Ummi Redhakan Kepulangan Kalian): ALLAH MENGUJI KAMI LAGI DALAM TEMPOH 6 BULAN: ~ADIK-TERLERAI SUDAH SEBUAH KERINDUAN PERGILAH SAYANG UMMI IZINKAN  (MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI)~ Entah dari mana nak dimulakan ummi ...

Wednesday, 13 November 2013

ORLYLOVE SETUJU kalau Subjek Sains, Matematik dalam BI...TETAPI..

Demi Negara, Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad yang aku kasihi masih memberi nasihat yang berguna kepada semua rakyat MALAYSIA. 

Bab subjek Sains dan Matematik di jadikan perjudian dan permainan oleh Menteri kita ni aku memang Hangin sikit.. Bila tukar pemerintah.. sure..  yang jadi sasaran adalah PENDIDIKAN RAKYAT.. 

Bagi aku senang jer.. kalau semua menteri pendidikan nampak ler.. kenapa time mak ngan bapak kita dulu-dulu boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan baik, sebab ada penjajah yang berbahasa Inggeris ker? Betul gak kata TUN, 98% buku rujukan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan kalau di tukar dalam bahasa Melayu sure.. susah kita nak paham dengan mudah di sebabkan.. Matematik ringkas dan padat dengan nombor.. kalau guna bahasa ringkas seperti bahasa inggeris senang ler.. anak-anak kita nanti.. tapi.. AKU ORLYLOVE ADA TAPI.. Okssss.. 



DENGAN SYARAT, jangan ler.. kasi terkejut.. tukar silibes ikut sesuka hati.. agak-agak..menteri nak tukar time budak tu.. UPSR..TUKAR.. AGAK-AGAK NAK TRY TUKAR TIME SPM UOLSSSSS.. TUKAR.. walhal.. dari kecik selama 6 TAHUN mereka belajar di TADIKA KEMAS atau PERPADUAN sehinggalahh tahun 6 di sekolah Kebangsaan, mereka belajar dalam bahasa MELAYU.. tak kelam kebut ker untuk anak-anak yang memang tidak boleh berbahasa Inggeris? 

OKssss.. Mungkin ada yang salahkan mak ngan apak ler.. sebab anak tak tahu bahasa Inggeris.. ? mungkin ler.. sebab kalau mak ngan apak di rumah tak cakap bahasa inggeris dengan anak dari kecik.. anak akan takut nak berbahasa Inggeris time besar nanti.. ada betul nyer ler.. tapi.. ada gak .. mak ngan apak tak tahu bahasa Inggeris tapi anak TERROR speaking English.. udah macam sleng omputih .. tapi.. kat maner kebenaran nyer..? mungkin anak memang suka bahasa Inggeris kot.. 

Orlylove dah rasa semua ni.. sebagai Omak yang agak takut gak nak berbahasa Inggeris time kecik-kecik dulu.. sekarang uols cuba ler..hehe.. kasi skiping.. sekali sekala.. oksss jerkk.. hehe.. Tapi.. bila aku menghantar anak aku dari kecik TADIKA ALIRAN BAHASA INGGERIS.. anak aku boleh melakukan sains dan matematik dalam BAHASA INGGERIS.. kenapa yek..? Bila aku cakap ngan anak.. 1 TAMBAH 1 berapa? dia akan cakap.. " ala.. senang jerk.. ONE PLUS ONE IS TWO..mama".. 

Benda ni Simple ajer.. Anak kecil amat senang absorb bahasa percakapan.. kalau korang cakap tamil dengan anak kecil pun.. akhirnya.. dia faham dan boleh berbahasa TAMIL.. kalau yang dah keras (TUA) ni.. susah sikit nak faham.. kecuali korang dapat CIKGU BAHASA yang korang sayang dan menyeronokkan.. 

Aku Orlylove sarankan pihak kerajaan ambik tindakkan untuk tingkatkan pembelajaran bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains ni.. dari anak-anak kecil yang sekolah di TADIKA KEMAS dan PERPADUAN lagi.. itu untuk sekolah kerajaan ler.. tapi.. kebanyakkan tadika swasta memang dah amalkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. 

Apa yang aku Orlylove tengok.. kenapa masih ramai pelajar-pelajar anak MELAYU yang susah nak memahami bahasa INGGERIS yang sepatutnya.. seronok di pelajari.. 

  • GURU BAHASA INGGERIS yang tak seronok.. garang dan bengis.. (Dulu aku kecik-kecik dapat guru bahasa inggeris yang bosan dan garang.. aku tak suka subjek tu.. takut bila cikgu suruh baca kuat-kuat.. hehe.. tapiii.. itu duloooooooooooooooooooo huhu)
  • Sukatan pembelajaran yang agak tinggi untuk pelajar faham apabila teacher bahasa inggeris syiokk sendiri.. cakap laju2.. lepas tu.. ayat yang budak dengar.. "Are you understand or not? " hehe.. for sure.. budak yang takut nak bahasa inggeris..jawab.. " YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS" sekuat2 hati.. supaya kelas cepat habis.. hehe.. 
  • Cuba kasi cikgu-cikgu bahasa Inggeris di sekolah-sekolah CUN-CUN.. dan cakap dengan penuh gembira.. macam dalam kelas "OH  MY ENGLISH ni.. " tak ler.. anak-anak yang tinggal di kampung-kampung tak rasa takut.. ni.. cikgu bahasa inggeris mekera udah macam singa.. heheh.. sorry cikgu yer.. saya cakap berdasarkan pengalaman.


Bayangkan ketika aku ambil kursus SAINS KOMPUTER dulu.. aku terpakse translate balik apa yang ada dalam buku sains komputer dari Bahasa Inggeris ker Bahasa Malayu.. susah tuu.. walhal.. apa yang aku atau kita semua guna sekarang adalah term-term bahasa Inggeris.. kan nyusahkan budak macam aku ni.. jerk.. ehhe.. nasib baik lulus.. hehe.. 

Cer korang tengok.. bahasa inggeris yang mudah di fahami kalau di tukarkan dalam bahasa melayu jadi SUSAHHHHHHHH.. sangat..bukan aku nak menghina bahasa ibunda aku.. tapi.. real life.. korang ada ker guna perkataan tetikus dan papan kekunci ni..? hehe.. korang yang tak tahu apa itu tetikus.. adalah alat yang ada kat tangan korang tu ha.. MOUSE.. dan KEYBOARD yang korang tekan tu.. adalah papan kekunci.. 

Macam tu gak term untuk matematik dan sains.. 

Siapa yang marah dengan aku pasal pendapat ORLYLOVE ni.. jangan ler.. melenting.. ini hanya pendapat peribadi aku sahaja.. wokeyssss.. 




Sumber dari Chedet http://chedet.cc/?p=635 ; http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/daftar_istilah/PerkataandanDaftarIstilahMatematikBM-BI.pdf


REWARD Orlylove terhadap DIRI tercinta.. NEW YORK SKIN SOLUTIONS

http://newyorkmy.com/e-INDEX.html
Reward AKU ORLYLOVE kali ni.. FREE.. hehe.. aku 

Aku tetiba gatal tangan nak daftar FREE facial untuk aku cuba di laman New York Skin Solutions.. Aku ni bab rawatan wajah memang suka tapi.. tengok gak.. sebab aku tak de masalah sangat dengan rupa parasku.. Aku bersyukur dengan apa yang ada ada.. cuma.. biler dah orang kasi PERCUMA kan..kan.. aku nak ler.. hehe.. 

Biasa tengok dalam tv jek.. yang Cik Gayah muka dari BURUK jadi macam princess..hehe.. sorry yek.. bukan nak cakap ler.. kalau dah facial.. bagai.. dan MAKEUP.. Sure.. Tunggul Kayu yang keras tu pun jadi macam Bidadari.. ehhe.. Aper yang aku merepek ni.. opss... aku sebenarnya.. nak share ngan koranggss.. semua yang aku mulakan hari Reward aku ni.. dengan seronok sangat. 

Aku bangun siapkan diri untuk ke FREE facial dengan penuh ketabahan yang kuat dan keazaman yang cekal sebab untuk REWARD diri di hari-hari anak-anak perlukan aku ..aku memang susah sikit nak lepaskan diri .. hehe.. Aku pastikan semua sarapan dan susu anak2 aku siap dengan rapi di atas meja makan, aku pastikan baju yang diorang nak pakai ketika bangun dari tidur nanti senang nak di capai.. Aku pastikan aku cekal untuk MENOLAK perlawaan sale women dalam New York Skin Solutions nanti dengan berhemah.. sebab aku nak REWARD aku ni.. FREE.. korang semua faham tak FREE.. Maksudnya.. aku tidak perlu tambah apa-apa duit untuk FACIAL AKU hari ini.. 

Aku mulakan dengan melangkah masuk dalam bilik perbincangan New York Skin yang di temani dengan wanita cantik bernama "JOYCE YIK" di cawangan KL Festival Shopping MALL.. dialah yang akan menSERVICE muka aku nanti.. hehe.. dengan kata-kata dia yang sopan dan dengan harapan aku membeli barangan mereka.. aku menolak dengan baik.. hehe.. tapi yang aku kagum.. tentang service dari JOYCE ni.. dia layan aku dengan baik.. walaupun aku cakap.. I nak TRY YANG FREE.. siap aku dapat bawak balik buah tangan lagi dari NYSS.. hehe.. 

Selalunya.. kalau uolss nak tahu.. aku ada gak cuba beli kupon-kupon facial di internet.. dengan harga diskaun.. murah bagai.. RM38++ sahaja.. tapi.. kalau korang pegi sana..kena pakse ambil package diorang ler.. kena pujuk sampai naik takut.. lepas tu.. apa yang di janji kan sure korang tak dapat tepat nyer.. sure kena tolak sana sini.. sebab korang TEGAR tak nak topup barangan lain.. 

Huhuhu.. TAPI.. di NEW YORK SKIN SOLUTION cawangan KL Festival ni.. aku senyum selepas keluar dari kedai.. penuh dengan cahaya kepuasan aku dapat Service FREE dari PAKAR facial mereke.. 

Aku bukan nak bangga pasal aku suka benda FREE.. kisah yang aku nak share hari ini adalah...Service Professional yang ada di New York Skin Solutions memang TERBAIK.. tidak rasa aku BENCI MEREKA selepas mereka memberikan service percuma yang tip top.. INN SYAA ALLAH .. aku akan pergi lagi ketika dompetku sudah ada yang terlebih untuk buat rawatan kecantikkan yang WORLD CLASS.. orang cakap.. 

TAHNIAH kepada New York Skin Solutions Cawangan KL Festival, Setapak.. yang mempunyai seorang pakar kecantikkan yang bernama :"JOYCE YIK".. 

Tuesday, 12 November 2013

ALAT SKODENG UNTUK 18SX KE ATAS SAHAJA.

Ha..ha..ha.. kalau bab skodeng mengskodeng ni.. sure ramai suker.. kalau dulu pantang nampak member sakit mata, mata ketumbet..sure orang akan cakap.. Haaaa.. Skodeng saper semalam.. 

Kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti skodeng (Meneropong tanpa kebenaran).. ni.. ORLYLOVE nak kenalkan satu alatan gadget yang ORLYLOVE bercadang nak memilikinya.. 

Satu ketika dahulu, kita di kejutkan dengan sebuah video tersebar luar tentang seorang bapa kanak-kanak telah meletakkan sebuah kemera kecil berbentuk PEN untuk "mengskodeng" aktiviti pengasuh taska anaknya yang dicurigai oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

PRODUK PILIHAN ORLYLOVE hari ini adalah..Taaaarrrraaa.. Harga di MURAH ajer.. 
RM25 

Worldtopseller

Features:
  • With built-in rechargeable battery so there's no long cord for you to hide.
  • Playback video on your PC .
  • Suitable for any computer and electron device with USB port .
  • USB2.0 standard port, need no drive or circumscribed electric power source neither .
  • Video compression: AVI video Format 720 x 480
  • Photo : Format: JPG 1280x960
  • Memory Capacity: NO
  • Support extend TF card up to 16GB.
  • Adapter Type: USB adaptor charging cable.
  • Built-in Mic
  • Record time: about 0.6 hour

Aku Orlylove tak jual barang ni.. tak dapat sponsor pun.. tapi.. just nak share link ni untuk uolsss..semua pegi tengok sendiri barangan ni.. dan beli di sana.. 

Kepada En. Menjual.. kalau dah laku barangan anda, jangan lupa Orlylove wokiesss.. nak satttuu jer.. FREE leh? ahakkk.. (gelak macam cantek.. jerk.. macam lawa jerk.. hehe)

Aku rasa benda ni sesuai dengan keadaan semasa kerana ramai ibu yang bekerja dan memberi hak penjagaan anak di bawah tanggungjawab pengasuh taska mahupun pengasuh di rumah-rumah kediaman. Seperti yang di lakukan oleh bapa kanak-kanak yang di dera di sebuah taska di ibu kota baru-baru ini. 

" AHAaaa.. kepada ibu yang mula mencurigai perangai suami yang rasa macam cantek.. ajer.. macam comel ajer.. hehe.. sebab malam balik dari kerja lewat.. pagi keluar kerja awal.. bila dapat call dah mula lari jauh-jauh untuk menerima panggilan.. Bila online berwassap ker.. aper jenis media sosial yang mereka join.. mereka akan tersenyum sorang-sorang depan PC atau Handphone mereka.. bolehlah dapatkan kamera pen ni.. letak dalam poket mereka.. hee.. jangan kasi tau ni kamera.. sama-samalah kita berhati-hati ketika menjadi ....  

" CIK JOYAH SPY "

Aku ORLYLOVE menasihati semua pembaca setia ORLYLOVE, jikalau sesuatu yang buruk terjadi di dalam hidup kita setelah kita berjaya menjadi SPY terhebat dunia.. janganlah kita buka aib orang untuk keseronokan kita semata-mata.. jadilah umat yang bertanggungjawab demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA. 

Kalau boleh kita maafkan, kita cuba maafkan..tetapi..kalau pendedahan sesuatu video untuk buktikan kebenaran, perlu kita sebarkan.. supaya orang yang durjana dapat hukuman di dunia ini demi pengajaran untuk semua. 

Baca kisah keratan dari METRO HARIAN di sini. 

22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis | Tengok TV Online

22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis | Tengok TV Online

Sunday, 10 November 2013

TONSIL oh TONSIL.. Besaunyer.. ko..

Ada ker DOKTOR cakap tonsil besar ni..KETURUNAN..

Lawak nyer doktor.. hehe.. aku ingat penyakit darah tinggi jer yang orang cakap penyakit keturunan..

Kisahnya apabila aku membawa 2 orang anak aku Sara dan Rayyan pergi ke sebuah klinik Kerajaan, aku menunggu dengan sabar walaupun ramai dan sesak dengan pesakit pada hari itu.. 

Murah tu..RM1 jer,, di sebabkan anak aku Rayyan masih baby, aku hanya dikenakan bayaran RM2 untuk 2 orang...AKU ORLYLOVE SAYANG KERAJAAN.. Aku pun tak sihat sangat..badan sengal-sengal tak bermaya sebab menjaga 2 orang anak sakit sekali gus..  

Ketika doktor memeriksa Baby Rayyan, dia masukkan spatula untuk tengok tekak anak aku, erm..doktor cakap.. "bengkak tonsil dia.. besar..patut ler,..dia tak nak minum susu sangat.. "

Doktor buat pemeriksaan keatas anak aku si SARA pula, "Erm, bengkak ..besarnya.. TONSIL dia.. "

Now, my turn doctor,  aku nganga luas-luas setelah di suruh menganga.. AAAAAAAAAAAAAAA.. udah macam test suara nak masuk pertandingan nyanyi..lak..lepas doktor suluh dengan hand torchlight dia..agak..agak korang ler.. aper dia kata...cer korang teka.. hihihi..kalau betul ORLYLOVE akan belanja korang.. makan angin FREE.. hehe.. korang nganga mulut dan cakap..AAAAAAAAAAAAAAAAAa.. FREE jerk angin masuk... hehe.. 

DOKTOR CAKAP..:HAAAA.. BESAR GAK TONSIL AWAK,
MEMANG KETURUNAN KER? 

wakakkakaka.. aku gelak.. dan dia pun tergelak manja. sebabkan muka separuh di tutup dengan mask..gelak ler, doktor.. kalu aku tau muka mu..sure ko malu nak gelakkan aku..kan..kan.. hehe.. lawak.. sebab doktor buat lawak..aku ngan anak2..yang mempunyai TONSIL besar..ketika kami semua demam dan kurang sihat.. aku terpikir lak.. adakah tonsil besar ni mempunyai masalah besar?

Ada sesetengah doktor yang aku pergi akan cakap.. Erm. kalau awak selalu sakit tekak dan demam, sebab tonsil awak besar dan bengkak, awak kena buang tonsil ni.. kena buat Operation.. 

Aik, kenapa Allah jadikan TONSIL ni.. kalau tak ada fungsi.. MOH KITA KAJI

APA ITU TONSIL 

Tonsil merupakan kumpulan rangkaian limfoid seperti tisu yang terletak pada kerongkongan di belakang kedua-dua hujung lipatan belakang mulut.

Tonsil, adalah sebahagian daripada sistem kelenjar yang berada pada sisi kiri dan kanan bagian belakang rongga mulut. Tonsil adalah sebahagian daripada sistem kekebalan yang menjaga tubuh manusia dari jangkitan, khususnya jangkitan saluran nafas atas dan kerongkong.

Tonsil (tonsil palatine) adalah sepasang tisu lembut yang terletak di bahagian belakang tekak (pharynx). Setiap tonsil terdiri daripada tisu yang sama dengan kelenjar limfa, dilindungi oleh merah jambu mukosa (seperti pada lapisan mulut bersebelahan). Berjalan melalui mukosa setiap tonsil adalah lubang, yang dipanggil crypts.

Tonsil adalah sebahagian daripada sistem limfa, yang membantu untuk melawan jangkitan. Walau bagaimanapun, pembuangan tonsil tidak kelihatan untuk meningkatkan kecenderungan jangkitan. Tonsil berbeza dari segi saiz dan membengkak sebagai tindak balas kepada jangkitan.

FUNGSI TONSIL 

Fungsinya membantu pertahanan tubuh bagi anak-anak di bawah usia 6 tahun melawan penyakit. Mulai anak usia 6 tahun ke atas fungsi tonsils akan digantikan oleh pertahanan tubuh yang lain.Tonsil berfungsi mencegah agar jangkitan tidak merebak ke seluruh tubuh dengan cara menahan kuman memasuki tubuh melalui mulut , hidung, dan kerongkong. Amandel merupakan sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh, yang direka untuk melindungi kita dengan memerangkap bakteria atau virus yang berusaha masuk ke tubuh kita melalui mulut.

Dengan bertambahnya usia seharusnya tonsil tersebut akan mengecil dengan sendirinya, kecuali apabila sering terjadi jangkitan / keradangan seperti batuk selesema dan adanya faktor alergi pada badan , tonsil akan bertambah besar.

SO, kalau kita buang tonsil ni.. apa jadi dengan sistem pertahanan badan kita??

CARA ORLYLOVE ATASI TONSIL BENGKAK

MAKAN AISKRIM BERSAMA ANAK-ANAK hehe.. dah penyakit nak datang tetap datang.. kalau lepak makan AISKRIM..akan dapat menyejukkan tekak yang sakit dan kecilkan tonsils.. DAN.. dapat menyalurkan rasa kasih sayang Orlylove kepada anak-anak kecil kesayanganku..
Ini ler aiskrim kegemaran ORLYLOVE..



Walls 

Saturday, 9 November 2013

ANGIN OH ANGIN..

Kalau sebut pasal ANGIN.. banyak makanan yang kita makan akan penyebab angin dalam badan.. betul tak aku cakap? orang melayu kita banyak kaitkan "ANGIN".. dalam makanan.. aper ker betul .. angin ada dalam makanan..? mana datang nyer..? korang sure ker .. cakap aku ni agak-agak kurang cerdik.. hehe.. Angin mana boleh nampak.. tapi.. lepas korang makan makanan pedas.. sure perut korang rasa mengeras.. " Dia dah mai dah .. dia dah mai.. " hehe..

Perut masuk "ANGIN".. orang cerdik pandai guna perkataan GASTRIK.. angin tu GAS ker?..lain tul.. jisim nyer.. hehe..

Meh kita BONGKAR sama-sama.. 

Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.

Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan. Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum. Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu. 

Kalu dulu.. time aku perut berangin.. mak aku akan kasi aku minum susu.. cakap dia.. " kasi lapik perut.,.,nanti masuk angin lagi.." hehe..

Bukan salah mak aku, kasi salah pemahaman tentang angin..,tetapi.. mereka pun belajar dari pengalaman hidup mereka.. huhu..apa yang opah aku ajar mak aku.. aku akan dapat benda yang sama.., hihihi..  

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya. hehe.. Jangan kasi angin masuk...kot lubang-lubang gigi uolss..


Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.







Elakkan perut daripada kekejangan dan kesakitan

Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk, esofagos iaitu saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut akan bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan cepat.Ini akan menyebabkan asid hidroklorik yang cuba bertahan dengan kejutan yang tidak dikehendaki akan dikeluarkan.Apabila asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut ini menyebabkan sakit perut.

Terdapat cara-cara bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku iaitu :-

1)       Jangan merokok
- Apabila anda merokok ini akan meningkatkan aliran air liur di dalam mulut dan anda akan kerap menelan air liur dan ini mengakibatkan penelanan udara yang berlebihan kedalam badan.

2)       Minumlah air perlahan-lahan
-Biasakan diri meminum air secara perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan minum semasa atau penghujung masa makan kerana ini akan meyebabkan udara dan gas cuba melepaskan diri dan akan menyebabkan kesakitan.Kalu boleh minumlah secara perlahan dan minumlah tanpa mengunakan straw ini bagi mengelakkan udara banyak masuk ke dalam badan.

3)       Makanlah dengan selesa
-makanlah sewaktu anda tenang dan perlu dan elakkan makan sewaktu anda sedang stress dan tertekan emosi dan fizikal.Ini akan meyebabkan organ pencernaan akan mengetat dan makan yang dimakan tadi tidak dapat dikawal dengan baik ini meyebabkan perut akan tegang dan kejang

4)       Jangan selalu mengeluh
-Bila anda mengeluh secara kerap anda akan mengalami’aerophagia’(terlebih telan udara) dan akan sebabkan sistem pencernaan penuh dan bertindak dengan kesakitan.Biarkan penelanan air liur atau air kepada tahap minimum dan latihlah diri anda agar tidak bernafas melalui mulut.

5)     Jangan minum air berkarbonat
Elakkan makanan yang sudah terdedah kepada udara seperti mentega yang sudah dipukul, kek atau roti yang berongga seperti kek cheese dan elakkan minum susu yang telah dikocokkan dengan minuman panas seperti teh susu kerana apabila hendak minum anda akan kerap meniupkan air tadi untuk sejuk ini akan menyebabkan udara masuk ke dalam badan dengan mudah.

6)        Tetapkan udara
-Atasilah masalah sembelit anda dengan makan makanan yang mudah lawas. Apabila mempunyai sistem pembuangan yang tetap ini akan membersihkan toksid yang ada dalam badan ini akan membuatkan tubuh anda sihat dan bebas dari kesakitan. Makanlah makanan penawar dan bukan bahan kimia anda akan lega apabila berbuat demikian.

CARA ORLYLOVE : 


  • KURANGKAN HANGIN MASUK SATU BADAN.. (STRESS) hehe.. kalau Uols.. yang suka hangin-hangin,,., ni..lembutkan hati untuk sentiasa bersabar..benda yang kecik-kecik kalau nak HANGIN.. sure satu badan korang semua cepat masuk angin.. dan masalah pening, sakit perut dan sakit hati..akan muncul.. 
  • JANGAN PIKIR PASAL angin.. 
Dulu.,.time aku mengandung ..memang banyak sangat ANGIN dalam badan..asal aku makan buah-buahan, ANGIN,, sayur-sayuran,, angin,,.coklat..angin.. Teh angin.. KOPI angin.. SO,..,aku nak makan aper untuk dapat khasiat untuk anak yang aku kandung ni.. ooii,..,SUSU? erm.. susu punca angin.. hehe.. sorry ler.. yek.. bukan tak suka.. dah fobia.. sebab kalau minum susu confirmed perut tak selesa angin..erm,, 

Doktor cakap " Puan kena makan buah-buahan, sayur-sayuran ketika mengandung ni.. baru baby sihat.. " 

Jawab aku.. " Tapi..apa yang saya makan semua berangin.. buat badan saya masuk angin..

Jawab Doktor.. " Erm.. saya kasi awak ubat ANGIN.. " .. 10 kali datang mengadu..itu ler..ubat yang aku dapat..,haduhh.. loteh makan ubat.. aku paling tak suka masukkan DRUG dalam badan.. hehe.. 




Sorang kawan aku ni.. kasi sound.. " Ko ni.. angin.. angin..angin.. dalam hidup aku tak ada pasal angin.. ni.. aku makan jer.. kalau ko pikir makanan tu angin.. berangin ler.. dia.. "

wah.. wah..wah.. kasi sound pedas nampaknyer.. ko tak rasa lagi angin dalam perut.. senak sakit macam nak TEPUK jerk makcik sorang ni.. hehe...tapi tak baik.. orang tua tu.. hehe.. 

Aku pun sahut cabaran member aku ni.. AKU makan Jagung.. aku makan Labu aku makan tembikai.. aku minum susu.. aku minum kopi.. aku OFF MIND pasal angin.. 

WAH.. menjadi ler.. dengan syarat.. korang kena makan cara Rasullullah.. kunya makanan baik-baik.. lama-lama sampai hancur baru telan, aku minum kopi panas/ ais perlahan-lahan.. petua ORLYLOVE terakhir.. 

Pergi buat pemeriksaan gigi  korang dengan DOKTOR GIGI.. sebab gigi berlubang adalah punca angin masuk dalam badan .. apa yang korang makan sure berangin.. macam aku dulu.. kalau gigi cantik.. tak ada laluan lubang angin.. korang pun akan terlepas dari seksaan angin.. macam aku sekarang ni.. dah pandai buang angin sendiri.. hehehe.. rahsianya.. kena jumpa ORLYLOVE.. untuk rawatan seterusnya.. hehe.. AKU ORLYLOVE bukan DOKTOR tapi.. In Syaa Allah..