Thursday, 31 October 2013

MENANGIS TAK DAPAT BELI TIKET TENGOK BOLA.. Apasal?

Nak kata lawak pun tak .. nak kata seronok pun tak.. semalam aku layan berita .. TV3.. ada..lah seorang mamat ni.. Bapa orang ler.. dia menangis depan kaca tv ketika di temuramah....
kata-kata dia sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala otak aku.. hehe.. 

" SAYA RASA SEDIH SEBAB TAK DAPAT BELI TIKET PERLAWANAN BOLA NI .. sebab SAYA DAH JANJI DENGAN ANAK NAK BELI DAN TENGOK PERLAWANAN AKHIR INI..".. kata-kata nya sambil teresak-esak..agak-agak korang.. aku nak gelak ker nak rasa bersedih jugak..? 

Aku ni bukan peminat bola sepak sangat tapi.. kalau dah orang hadap TV tengok bola aku layan jer.. bab nak sokong mana aku sokong pasukan yang dah nak menang.. hehe. sorry ler.. aku tak reti ler.. nak pura2 suka kalau aku tak kenal saper pemain Malaysia mahu pun Luar negara.. hehe.. yang aku tahu nama anak aku RAYYAN sama dengan pemain bola RYAN Giggs..MU.. hihi.. tapi.. aku kenal Mat YO..pasal bini dia yang famous kan dia.. kalau tak.. haram aku nak kenal.. huhu..

Berbalik kisah abang yang nangis depan TV tu kan.. saya kesian kenapa dia nangis..mungkin sedih sangat sebab datang jejauh nak beli tiket perlawanan bola.. tak dapat.. walaupun dah berbaris seawal subuh.. padahal.. tiket di jual start 3 petang.. agak2.. ler.. abang2.. oi.. nak beli tiket.. sampai nangis2.. 



Aku dalam hati berkata.. "KAN BAGUS KALAU KO NANGIS macam ni.. sebab TAK DAPAT TIKET NAK MASUK MASJID.." 

Korang bayangkan kalau lah kita umat ISLAM di MALAYSIA ni.. nak masuk MASJID pun kena ambik tiket awal.. nanti habis.. penuh.. dan akan ada rusuhan sebab tiket masuk MASJID dah habis terjual..Ha.. siap JUAL lagi tu.. semua orang semangat beli.. kan best.. SEJUK TANAH MALAYSIA.. ni.. 

Tuesday, 29 October 2013

CADANGAN GUNA UBAT PELALI untuk MALAYSIA

Pagi ni aku pegi AEON BIG dekat opis aku ni.. dok ushaarr..(siapa yang tak tau apa usharr.. tu maksudnyer..lihat/tengokkk..aku budak KAYELL..macam ni ler..bahase KAYEEL hehe) je abang-abang guard yang bertugas,,dalam hati aku berkata.. " Kenapa MALAYSIA pertaruhkan keselamatan NEGARA kepada orang ASING?.." Mana rakyat MALAYSIA..? Kenapa rakyat MALAYSIA tak nak kerja sebagai Pengawal keselamatan,,? Gaji kecik jer? banyak yang aku pikir lepas banyak kes buruk melibatkan pengawal keselamatan bangsa asing ni.. tapi tak sedar-sedar lagi ker kita sebagai rakyat MALAYSIA?.. aku kalau di tawarkan jadi pengawal keselamatan.. aku nak tak terima.. ermm.. itu ler.. persoalannya.. 

Kepada warga Malaysia yang menjadi pengawal keselamatan di mana-mana sahaja ler.. aku ucapkan TAHNIAH..!! sebab PERJUANGAN KAMU mengawal dan menjaga keselamatan NEGARA sendiri tidak dapat kami anak MALAYSIA Balas.. hanya Allah jer yang dapat membalas keikhlasan you oulss.. bertugas.. 

Kes baru baru ni.. amat terkesan di fikiran aku.. pasal pak guard tembak pegawai bank..

AKU NAK CADANGKAN kepada Kerajaan Malaysia supaya semua pengawal keselamatan yang di benarkan mengunakan senapang atau apa sahaja senjata api yang membahayakan keselamatan orang awam.. HANYA BOLEH GUNA SENAPANG UBAT PELALI SAHAJA.. Baca ni.. PELURU UBAT PELALI.. supaya korang yang kurang ajaQ ni... tak dapat cederakan orang awam.. biarla.. siapa yang tercedera dek kebodohan penembak ni..hanya pengsan sahaja.. lepas polis datang dan penembak tertangkap.. orang yang di tembak masih boleh teruskan hidup.. dan penembak dapat di bawa ke muka pengadilan.. 

Agak-agak.. cadangan AKU Orlylove ni..nampak bodo.. tadi. aku rasa boleh di bawa ke parlimen ni.. hehe.. Nanti aku chat ngan Pak Ajib.. hehe.. 

Banyak jugak kes-kes Pak Polisi tertembak orang awam.. untuk menjaga keselamatan negara tapi.. duluuu..aku pernah dengar rightss.. yang Polis tidak boleh tembak orang awam.. selagi tidak ada tembak menembak berlaku.. tapi.. sekarang.. budak bawak kereta laju dan mencurigakan pun kena tembak.. budak lalu depan rumah.. pun kena tembak dek senjata api polis yang sedang di bersihkan sebab nak kosongkan peluru katanya.. entahler.. Malaysia sudah kurang selamat.. Di harap pihak Polis Diraja Malaysia mencari cara terbaik untuk menangani masalah tembak menembak yang berleluasa sekarang ini. 

Kalau macam tu.. begini lah.. AKU ORLYLOVE.. mencadangkan kepada KERAJAAN MALAYSIA.. supaya .. hanya pegawai tinggi polis sahaja yang dapat guna senjata api peluru betul.. yang lain.. kasi guna Senjata guna UBAT PELALI SAHAJA.... kalau dah tembak pesalah.. paling tidak .. pesalah tu.. masih hidup untuk jalani hukuman di MAHKAMAH.. tidak ler.. mati terkejut.. dan SEMUA anggota polis di salahkan sebab menembak mati orang awam.. tidak kira ler.. diorang tengah rompak ker.. tengok melepak ker.. apa-apa .. abang polis gak di persalahkan.. .. klik sini..



Wallahualam.. sekadar pendapat sahaja.. 

Monday, 28 October 2013

GULA TAK ADA .. STEVIA ADA.. Hello Stevia..

Kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar pemakanan tentang keburukan gula. 



Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung 
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula 
• Kencing Manis 
• Jerawat 
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina 
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan 
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa 
• Cepat Tua 
• Kegemukan 
• Sakit Sendi 
• Osteoporosis 
• Batu Karang Hempedu


Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda : 


• Gula boleh melemahkan sistem imun 
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh 
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak 
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah 
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria 
• Gula boleh merosakkan buah pinggang 
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur 
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu 
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita 
• Gula boleh menyebabkan perut berasid

PERKENALKAN PENGGANTI GULA dan KEMANISAN HIDUP ANDA SEKARANG SUDAH DI TEMUI.. 

Aku baru mengenali daun Stevia apabila seorang rakan cina aku menyuruh aku mencuba daun stevia ni.. dia suruh aku ambil air kosong..(RO),, letak sedikit daun stevia dalam bekas air aku.. sebesar 2 liter .. aper korang pikir aku nak cakap..hihihi.. 

MANIS TU .... tak perlu banyak.. hanya 4-5 helai jer aku letak. aku guna yang dah keringnye.. 



Kegunaan Stevia

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. 

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. 

Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. 

Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.


Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.

Khasiat Stevia
  1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  2. Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes danhypoglycemia.
  3. Melawaskan pembuangan air kencing.
  4. Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  5. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  6. Membantu sistem penghadaman makanan.
  7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  8. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
  9. Mengurangkan masalah keradangan.
TERIMA KASIH PAK AJIB.. NAIKKAN HARGA GULA.. KAMI SEPAKAI nak naik Cameron carik DAUN STEVIA.. jangan lak.. nanti daun ni.. jadi daun terlarang untuk di tanam.. udah macam daun KETUM.. Cantik tak Kak Tonnnn.. hehe. 

Alamak.. tak yah tempat sejuk aa.. nak tanam daun stevia.. meh klik link ni.. Nanti nak carik ler.. daun ni.. aku nak tanam tepi rumah.. huhu.. aktiviti baru dalam hidupku.. 

JIWA KACAU...

Assalamualaikum.. aku ucapkan "Selamat Memulakan Kerja di Hari ISNIN" yang tenang..... 
AKU Orlylove terasa kurang sihat disebab banyak sangat kejadian yang kurang menyenangkan sejak akhir-akhir ini.. Aku sedih sorang-sorang tak guna meh aku sorotkan berita-berita hangat untuk uolss semua kenang kembali apa yang terjadi 2-3 hari kebelakangan ini. 

23hb Oktober 2013 - Pegawai bank mati ditembak di kepala - Artikel Lanjut 

23hb Oktober 2013 - Kejadian Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah - Artikel Lanjut 

24hb Oktober 2013 - Lelaki 26 tahun menyerang orang AWAM di Lrt Putra Gombak dan Taman Melati menyebabkan 2 kematian dan 2 cedera di tikam menggunakan pisau Rambo. - Artikel Lanjut

25hb Oktober 2013 - BELANJAWAN 2014 .. entah baca dan fahamlah sendiri..hihi.. yang aku tau.. GULA NAIK HARGA.. bagusnya.. belanjawan tahun ni.. bila gula naik.. harga AIR SIRAP Kosong akan jadi RM2.40 kat tempat aku Bangsar South.. tapi.. kalau korang minum SIRAP BANDUNG.. harga kekal. RM2.20.. sebab perniaga guna SUSU PEKAT bukan AIR GULA.. wakkakaka.. lepas tu.. sesame ler. kita GOMUK.. macam anak badak.. hehe.. itu belum tengok lori bawak gula naik harga ke tak..? 

kesian ler.. MALAYSIA.. nak beri pendidikan tentang kesihatan kena NAIK KAN HARGA BARANGAN.. agak2.. kalau harga rokok naik. lagi.. dari RM12 sekotak kepada RM25 sekotak.. ada orang hisap tak? huhu.. ok ler.. sampai di sini sahaja.. aku nyer kata-kata.. Hari ISNIN ni.. banyak kerja lak.. BYE.. Wasamualaikum.. 

Layan.. untuk ISNIN.... Gambar di bawah.. : SPEKULASI mengatakan TOTO akan naik HARGA so.. baik beli sekarang.... hihi..



[al baqarah Ayat : 219]

Larangan berjudi dan meminum yang memabukkan 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Friday, 25 October 2013

Identiti Suspek (Muhammad Zamri Bin Yusof ) - KES BUNUH di LRT PUTRA TAMAN MELATI dan Gombak

SUSULAN KES

Identiti Suspek (Muhammad Zamri Bin Yusof )
suspek
Nama: Muhammad Zamri Bin Yusof
Pekerjaan: Pemandu Van Syarikat Rokok
Umur :26 Tahun
Asal: Segamat Johor
Senarai 2 Nama Terkorban Akibat Ditikam
1. Lee Kah Ghee. Lelaki cina.  Alamat :  Segambut Indah.
2. Kuan Chun Thai . Lelaki cina. Pelajar TAR Kolej Wangsa Maju.
Rakaman Insiden Kes Bunuh 24 Oktober 2013


Sumber: Gambar Kes Bunuh Di Stesen LRT Gombak Dan Taman Melati | melvister.com 
KUALA LUMPUR 24 Okt. - 
Pemandu van syarikat pembekal rokok, Zamri Yusuf, 26, yang dipercayai penuntut ekstrem ajaran sesat menikam empat orang awam di tiga lokasi berasingan dalam kejadian amuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Gombak dan berhampiran Stesen LRT Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa yang ditikam menggunakan pisau Rambo tersebut meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kejadian pertama, Zamri secara tiba-tiba menikam seorang wanita, Lau Siew Ling, 49, iaitu pemilik kedai runcit di Stesen LRT Taman Gombak serta pekerja wanita warga Indonesia, Suliani Johari, 31, sebaik sahaja dia selesai menghantar bekalan rokok di kedai itu.

Lelaki itu kemudian memandu vannya menuju ke Stesen LRT Taman Melati iaitu tiga kilometer dari Stesen LRT Taman Gombak dan tidak semena-mena mengejar seorang lelaki, Lee Kah Ghee, 48, lalu menikamnya sehingga mati.

Perbuatan Zamri tidak terhenti di situ apabila dia terus memandu vannya menghala ke Jalan Tumbuhan iaitu kira-kira 200 meter dari Stesen LRT Taman Melati sebelum melanggar sebuah kereta yang dinaiki seorang pelajar kolej swasta, Kwan Chun Thai, 25.

Sebaik sahaja pelajar lelaki itu turun dari kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku, Zamri mengejarnya lalu menikam bahagian dada mangsa yang menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tempoh kejadian yang berlaku antara ketiga-tiga lokasi tersebut memakan masa kira-kira 30 hingga 40 minit.

Menurut Khairi, salah seorang anggota polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menangkap lelaki itu yang cuba melarikan diri dan orang ramai turut memukulnya sehingga menyebabkan cedera di bahagian kepala.

Beliau memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental ekoran daripada ajaran sesat ekstrem yang dipelajari.

“Ketika polis tiba untuk menangkap suspek, dia kelihatan tidak normal dan berzikir dalam nada yang kuat tanpa henti menyebabkan kita percaya dia mempunyai masalah psikiatri.
“Walau bagaimanapun, polis akan turut menjalankan pemeriksaan lanjut sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi memberitahu, senjata yang digunakan suspek untuk menikam keempat-empat mangsa juga telah dirampas.

Katanya, kejadian pertama kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan manakala Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kejadian kedua dan ketiga kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131025/je_01/Dua-mati-dua-cedera-parah#ixzz2ig3Itqnn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kajian Ramai Orang gila menjelang tahun 2020


SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU!

SEBARKAN GAMBAR SUSPEK BUKAN GAMBAR MANGSA..

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.

Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

Dari sibuk2 share gambar Arwah Puan Norazita bt Abu Talib tu, baik kita semua share gambar ni banyak2. PDRM ingatkan kepada kita agar berhati2 kerana beliau bersenjata. Ardi tu kemungkinan nama samaran sahaja. So kita panggil dia Beruk sahaja. 





Sama-samalah kita menyebarkan gambar suspek pembunuhan supaya orang yang dikehendaki polis tertangkap kerana beliau masih memegang senjata api yang digunakan ketika menembak Pegawai Bank tersebut.



KES PEGAWAI BANK KENA TEMBAK DI KEPALA

Disebabkan keghairahan kita menyebarkan BERITA TERKINI.. kita lupa untuk menghormati orang yang merasai keperitan terhadap BERITA SENSASI yang kita cuba SEBARKAN.. Aku dengan berbesar hati menyeru kepada semua penyampai-penyampai maklumat di semua media elektronik mahupun cetak.. Janganlah sebarkan dan buka aib seseorang yang telah menemui ajal dengan cara tragis.. Klik Sini
Aku yang pertama kali melihat gambar Arwah dari hp Orlylove Hubby (OH) pun terus terkejut sebab terlalu ngeri dan mengaibkan Arwah terus suruh delete from hp dia.. 
Ini semua sure disebarkan oleh rakan-rakan mangsa. Teruskan Untuk Membaca Luahan HATI Suami Mangsa 
AKU Orlylove Mengucapkan Takziah kepada keluarga Norazita Abu Talib, Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amin.

Thursday, 24 October 2013

LELAKI 26 TAHUN BUNUH ORANG AWAM di LRT PUTRA GOMBAK DAN TAMAN MELATI

Aku copy paste jer ni. sebab tangan menggigil menaip.. sebab aku adalah mengguna TEGAR LRT ke gombak.. check sini

Ya Allah Ya Tuhanku.. Lindungilah Hambamu yang ingin pulang ke rumah mengunakan LRT sebentar lagi.. Amin.. 

Maklumat terbaru yang kami terima dari agen kami agen John Sniper mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di Taman melati lewat pagi tadi.
Setakat ini di laporkan Seorang pembunuh telah menikam 4 mangsa di 3 lokasi berbeza. 1 di Stesen LRT Putra Taman Melati. Ke2 di Depan LRT Taman Melati dan Ke3 jalan arah ke TAR Kolej. Setakat ini 2 kematian di laporkan dan 2 parah. Suspek berjaya di tahan oleh orang kampung/awam yang melihat kejadian tersebut."


ni berita awal pagi tadi:
Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
~24/10/2013~ 13:47:15 PM

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
@beritaharian
Ehsan dari : Cari

DEBARAN BELANJAWAN 2014.. ESOK..

Bila orang sibuk-sibuk citer pasal Budget 2014 ni.. Aku Orlylove terpikir pasal kelemahan institusi kewangan dalam Famili aku hehe.. Menteri Kewangan aku dah salah budget untuk tahun-tahun lepas daaa.. hihi...Klik Belanjawan 

Orang cakap jangan memilih kerja.. orang menganggur di benci dan di keji.. tapi.. semua ni.. tahyul jer korang ingat,,korang kerja tu.. tak memilih ker?.. sure kena pilih kan?.. kalau rumah kat KL.. kerja kat Seremban..orang cakap jauh.. tapi..kalau seseorang tu tak ada peluang kerja lain.. dia kena kerja jugak kan.. tapi.. Kalau dah kerja jauh.. KL-Seremban.. HARGA MINYAK asyik naik.. TOL naik. agak-agak.. orang tu kena tukar kerja tak? erm..

Kerajaan dok cakap.. kita punya minyak paling murah.. paling berjiwa rakyat.. tapi..
isk.. tak nak ler.. mengeluh ajer sebab ni semua rezeki .. kita kena pandai guna kewangan kita.. - Tengah pujuk hati ~. itu yang korang pikir nak cakap.. kan? tapi.. macam mana.? Tak kisah ler.. korang kerja dalam sektor kerajaan atau swasta .. semua hadapi masalah yang sama.. 

Aku hangin kalau ada orang cakap.. " Ha, minyak naik lagi? .. yer ker? Entahler selama ni pun aku tak tahu berapa harga minyak.. Aku main isi ajer.... " 

Agak-agak ler.. nak kasi statement pun.. rezeki sesorang tu.. kalau dia KAYA.. memang ler.. macam tu... tapi.. jangan ler.. keluarkan statement busuk macam tu.. untuk aku yang MISKIN TEGAR ni.. Semua orang dok pening pasal harga rumah melambung tinggi .. tapi.. aku yang bermasalah dengan harga minyak ni..terpakse tempuh gak.. sebab nak pergi kerja .. 

Ok..ok.. orang cakap.. " yang ko pergi kerja naik kereta tu kenapa?".. dah dok bising minyak mahal.. naik ler.. pengangkutan awam.. ehem..ehem.. agak-agak.. Kalau orang tu kerja seremban.. Naik bas/train.. Opis dia jauh dengan public transport station.. bukan kena naik teksi ker lepas tu.. lagi banyak dari naik kereta sendiri.. tapi.. kalau kira-kira naik kereta mahal.. kerja jauh.. solution dia kena tukar kerja ler.. kan? 

Ni perbelanjaan harian untuk minyak dan Tol  ke Seremban.


Sehari RM30(2 ways) x 30 Hari = RM900 Sebulan guna untuk minyak dan tol ker Office..

(Aku dok tanya hubby, kenapa kena kira 30 hari? kan kerja 20 hari sebulan.. hehe.. dia kata.. "Habis tak yah pegi beli barang ker sabtu ahad? tak yah bawak anak jejalan ker time cuti.. ? itu kira paling murah nyer. budget yang Kementerian Kewangan Famili aku luluskan.. hehe.. Aku lupa.. sorry.. Boss.. hehe. )

En. Orlylove Hubby cakap.. kalau RM900 sebulan.. macam ni kira-kira dia..RM900*12 = RM10, 800 setahun kalau kerja dalam minima 3 tahun.. Kami dah guna RM32,400.. untuk ke Office sahaja.. so solution yang kerajaan nak kasi ape?..Carik kerja tepi Office...so .. jalan kaki jer pergi ke office.. Duit tu boleh buat simpanan hari tua.. huhu.. ni pengiraan kami yang memakai kereta Malaysia cc 1.3 jer tau..korang yang pakai cc tinggi tu.. tak yah kira sebab Kalau tak mampu tak leh ler.. pakai cc tinggi kan? hehe..(rezeki orang.. lain-lain.. ) . 

Sekali lagi aku tekan kan di sini.. semua yang aku membebel dari tadi.. tu.. pasal KOS MINYAK yer.. bukan KOS SEWA BELI KERETA, KOS SEWA BELI RUMAH, KOS SARA HIDUP, KOS PENDIDIKAN ANAK. -BASIC 

Sure ada member yang dah berjaya dalam business cakap.. "itu ler.. dulu aku ajak join business tak nak.. sekarang dah mengeluh.. ".. opss.. aku bukan tak nak.. cuma kasi alasan tak nak jer.. hehe.. belum jumpa business yang betul-betul aku percaya dan suka nak uruskan..hihi

Ok, serious sikit.. aku dah bincang untuk En. Orlylove Hubby tukar kerja, carik kerja yang dekat sikit dengan rumah.. jawapan nyer.. sama gak.. agak-agak.. esok-esok.. kerajaan tak naik kan harga minyak ker? kalau kerja tepi rumah pun.. harga minyak naik.. walaupun jarak bawak kereta dah dekat.. dengan jalan sesak.. tak guna banyak minyak ker? hehe.. SAMA SAHAJA.. 

Satu lagi .. HARGA MINYAK NAIK..Harga Nasi kat gerai naik.. bila aku tanya kenapa naik. oo.. harga ayam ikan kat pasal naik.. lori nak bawak ikan tu,.guna minyak harga mahal.. opss.. kurangkan marah Orlylove..yer..Ingat rezeki orang lain-lain.. hihi.. Aku bukan marah.. cuma kesal jer. sebab kerajaan guna alasan nak control harga minyak untuk kesejahteraan rakyat.. Esok hari untuk kita jantung dan jiwa kita akan bergelora.. agak-agak.. apa yang PAK AJIB nak kasi kat rakyat supaya kita semua seronok duduk kat MALAYSIA..

Harap-harap.. ada lah buah tangan untuk orang yang kerja sektor swasta seperti kami ni.. tolong ler.. pikir yang kami ni pun anak MALAYSIA.. bukan pekerja asing atau rakyat pelarian.. Jangan ler.. pandang kami pekerja sektor swasta tak membantu untuk kemajuan MALAYSIA.. jangan lah anak tirikan kami.. Ambik ler.. tindakkan kepada Majikan Swasta yang tak nak dan susah sangat nak naikkan gaji pekerja dia.. hehe. babab dia.. tak mau.. tak mau.. jangan kasi kami pekerja anda lari carik kerja lain sebab gaji tak nak naik.. huhu..

Wednesday, 23 October 2013

masam manis: ICE BOX CAKE

masam manis: ICE BOX CAKE: Ice Box Cake adalah kek yang cukup mudah cara dan kaedah penyediannya.. semudah ABC. Tak perlukan oven untuk menikmati kek y...

SAKIT KAKI..Kenali Kaki sebelum beli Kasut

Setiap kali aku pergi jumpa doktor untuk mengadu masalah sakit aku.. aku selalu mengadu kat doktor yang aku sakit semua tempat.. sengal-sengal sendi.. kebas kaki dan tangan, sakit belakang, sakit tapak kaki.. semua tempat sakit... Doktor akan buat muka blur sebab kat mana yang dia nak focus untuk tolong aku.. hihi.. 

Ok ler.. doktor.. hari ini saya nak doktor check kaki saya, kenapa tumit saya sakit sangat dan lenguh yang teruk macam berjogging ketika jalan kaki.. bukan jauh.. setiap hari saya hanya kena jalan 2 KM untuk pergi balik dari rumah ke tempat kerja.. huhu.. tapi tak leh kurus-kurus gak.. itu pun masalah gak.. erm.. hihi.. today issue is foot..bila aku call pakcik google dia cakap.. tumit aku problem.. dah haus.. isk..isk..isk.. udah macam tayar kereta lak.. hehe.. 



Doktor pun nak carik pasal ngan AKU ORLYLOVE.. dia kata.. aku kena kurangkan berat badan.. sebab kaki aku menanggung beban yang berat.. so.. itu sebab dia sakit.. 

Hey... Doc..(nasib baik bukan dog..hihi)...agak-agak ler.. nak berkata.. cakap.. siang pandang-pandang.. cakap busukk macammm niii.. kang tak nak bayar consultant fees cost baru tau.. ehhe.. ok..ok.. aku surrender aku kena kurangkan berat badan.. tapi.. kalau dah kurang sakit gak .. macam mana.. ? tolong ler.. kasi solution yang best sikit.. bila aku call makcik Googlesss.. aku.. baru aku tau.. aper nak buat .. TUKAR KASUT yang aku pakai.. korang tak caya.. meh kita kaji sesama.. aku bab mengkaji ni.. sorang-sorang tak best.. hihi

Sebelum aku teruskan mengkaji.. aku nak kasi tau korang yang .. aku ni.. kalau pilih kasut.. benda pertama aku buat adalah.. 

Mata cakap cantik.>Check price tag>cuba pakai>If Selesa beli if else Carik kedai lain.. hehe..  

itu ler.. kaedah .. kalau orang tak KAYA.. huhu

KENALI JENIS KAKI KITA > AKU Orlylove.. Rahsia tak nak kasi tau.. hihi


Senang jer nak buat ujikaji ni.. korang basahkan tapak kaki.. lepas tu pijak dengan kaki ayam dekat atas sekeping kertas warna gelap.. aku ambik kotak yang warna coklat tu.. ala.. kotak bekas TV samsung 40 inci  yang korang beli .. tu.. kan..kan.. lepas tu aku penyekkan kat lantai..hihi.. lepas tu.. tapak kaki basah-basah tu..korang pijak ler.. atas kertas kotak tu.. nampak ler.. kesan tapak kaki korang yang lekat kat kertas kotak tu.. 

lepas tu.. korang tau ler.. aper jenis kaki korang.. heheh.. ni cara tradisional.. aku ajar.. kalau korang nak buat sendiri.. kalau jumpa doktor.. dia ada ler alat yang korang kena pijak.. nak check.. jenis tapak kaki korang.. 

So.. bila dah tau masalah kaki, aku kenalah usaha membeli kasut baru yang sesuai atau aku kena pakai ini ajer ?.. Kalau korang ada cadangan kasut aper yang selesa untuk aku pakai tiap-tiap hari.. leh ler.. singgah kat comment ..Sayang korang.. Eh.. kasut aper yang korang pakai untuk berjalan kaki tiap-tiap hari ke office.. share ler.. 

Ada ker kasut yang selesa, sesuai untuk pejalan kaki.. dan MURAH.. ha.. itu penting.. hihi..




NAK TAU MASALAH KAKI ?

Bloggers World Directory: 50+ Tips to Build your Traffic

Bloggers World Directory: 50+ Tips to Build your Traffic: Everything begins with contents people want to read.
Post often, not necessarily on daily basis.
Use a catchy post title ....

Tuesday, 22 October 2013

masam manis: Kenapa mahal sangat..?

masam manis: Kenapa mahal sangat..?: gambar dari Cupcake 2 Heaven Ramai yang bertanya dengan ita, bagaimana nak meletakkan harga pada kek yang dijual. Ya itu adalah satu ...

SIAPA kata AKU KAYA? hehe..

Soalan cepu mas daripada mulut anak kecil ku.. yang dah siap nak ke sekolah.. pagi ni.. 

Anak   : "Mama mama , kenapa orang tu miskin, tapi dia ada Handphone.?

Mama : Ha..? mana kakak jumpa orang miskin tu.. ? dan macam mana kakak tahu yang dia miskin? 

Anak   : Ala, haritu kakak pergi jalan kat bla..bla.. bla.. akak nampak dia tak ada kaki .. dia mintak derma tapi.. dia ada HP.. miskin ler tu.. 

Mama : Ha..ha..ha..(mama .. gelak dulu.. tak baik kan.. aku gelak.. huhu.. bukan gelak pasal miskin tu.. aku gelak.. sebab aku salah ajar anak aku.. tentang orang miskin.. ok.. Yes, this is the right time to help her to understanding about life...) 

Jawapan MAMA :Kakak, orang yang pakai Handphone bukan orang kaya, kita semua kena pakai Handphone sebab untuk senang kita call famili kita. 


** Dulu time anak aku kecil aku ajar mereka.. kalau jalan nampak orang yang minta sedekah.. lagi-lagi kat pasar malam.. aku selalu suruh mereka letakkan duit dalam tong orang minta derma itu sebab nak ajar mereka pasal kita kena kesian kalau orang itu miskin dan kita kena tolong.. tapi.. kebanyakkan orang minta sedekah di pasar dah tak ada tangan, kaki.. kurang upaya.. untuk galakkan anak aku suka memberi.. aku cakap ler.. orang kurang upaya itu ORANG MISKIN.. kita kena bantu.. itu ler.. sebab sampai sekarang dia nampak orang minta sedekah .. itu MISKIN.. 

DULU : KEPERLUAN ASAS MANUSIA klik sini..untuk recall.



DULU : KEHENDAK 
  • Telefon , Kereta, pakaian cantik dll ( ikut suka korang ler.. kalau duit terlebih..) hihi

NOW!! : Keperluan ASAS MANUSIA DULU + KEHENDAK = KEPERLUAN ASAS Manusia SEKARANG.. 
Korang bayangkan kalau tak ada telefon? hehe.. yang aku jelesnya..semua remaja mampu beli handphone canggih-canggih lak tu.. semua main tolak-tolak sentuh-sentuh nyer.. hihi... aku pun tak mampu.. huhu

Kereta. Tapi tak semestinya macam gambar di atas ler.. itu contoh jer.... senang nak balik kampung dan jalan-jalan dalam MALAYSIA.. hihi

Semua orang perlukan alat ini sekarang. Bayangkan kalau kita buat kerja tanpa komputer. hihi..mau pandang dinding boleh nampak macam ayam.. hehe..Aku boleh jamin setiap rumah kompem ada sebuah komputer. Tak kira orang tu miskin atau kaya.. komputer ni dah macam pen untuk menulis. 


Kalau dah semua kerja kena pakai Internet.. korang bayangkan sekali Internet Down.. macam mana korang rasa..? hihi..

So..Sekarang ni.. setakat ada.. 
  •  Sebiji kereta ( kalau orang ada 3-4 bijik pun ..Still tak kaya ) 
  •  Sebiji Rumah (Beli tau. bukan sewa.. tapi. kalau Sewa macam aku ni..gaji bawah RM3k KERAJAAN cakap..Miskin Tegar)
  • 3 biji Handphone canggih.. Gadget pelbagai.. Tab ler..komputer ..  Smartphone ler.. 
  • Barangan peribadi BERJENAMA
  • Sebiji Motor besar
  • Duit Simpanan dalam bank berjuta-juta dalam bank 
  • Insurance pelbagai jenis.. 
KITA BELUM KAYA.. kalau kita masih dalam keadaan semua perkara di bawah.. : 

  • Masih berhutang Bank untuk jadi kaya - so tak yah ler.. nak belagak harta benda kalau semua tu korang HUTANG.. 
  • Banyak kredit card dalam wallet.. memang ler.. bawa kad mudahkan urusan beli barang tapi.. jangan belanje lebih dari CASH yang kita ada dalam bank. Belajar tentang kewangan di SINI
  • Tak leh tido malam sebab pikir pasal duit.. 
  • Sibuk beli insurance untuk jaminan masa depan..sorry ler.. beb .. mana individu yang menjual insurance, ..saya bukan menyokong atau membantah..teruskan ussaha uolss.. menberi penerangan kepada semua tentang kebaikan insurance untuk masa depan.. aku tak halang.. 
  • Tak membayar zakat harta kepada sesiapa yang banyak harta duniawi tu. klik sini untuk lanjut ZAKAT
  • Tak suka bersedekah atau menderma kepada yang memerlukan.
  • Masih menghantar anak ke rumah pengasuh.. tak boleh menjaga sendiri sebab sibuk bekerja. 
  • Masih makan gaji.. tak kisah ler.. korang ni.. CEO ker.. COO.. ker.. COW.. hihi.. ker.. tak kisah ler.. berapa besar gaji korang bagi aku tetap tak KAYA.. 
Orang KAYA di kacamata AKU Orlylove: Video 

- Banyak berbuat Ibadat dan tidak tinggal solat 5 waktu 
- Banyak / sedikit harta tapi tak kedekut bila ada orang meminta.. IKHLAS bersedekah.. klik 
- Tinggi budi perkerti dan baik hati, tinggi akhlak dan kaya dengan sopan santun
- Pegang pada janji
- Suka memberi senyuman 
- Suka membantu orang dan tidak lokek dengan kongsi ilmu
- Berbelanja dengan CASH (hihi.. tak main card2 hutang2.. atau.. CASH sekarang dalam kepingan kad adalah Debit card atau Bank Card.. korang buat ler..check dengan bank2 berdekatan. 
- Tak suka menunjuk-nunjuk harta benda yang korang ada.. 
-  Balance - seimbang di dunia dan akhirat. 

** AKU Orlylove - Aku tak kaya harta dunia.. Tapi Aku KAYA ANAK itu jer.. harta yang aku ada......hihi..  

Monday, 21 October 2013

Kisah Aku Hari ini ..Kenapa Menguap, Sangap ?

Hari ini hari Isnin, ramai orang kelaskan hari Isnin adalah hari yang membosankan.. 

Heyy.. tiap-tiap hari bosan kalau korang kawan dengan En. Bosan bin Blur tu.. kalau korang nak tahu.. aku di lahirkan hari ISNIN.. tapi.. aku hari ni nak cerita pasal " MENGUAP" "SANGAP" "YAWN".. jeng ...jeng.. jennnngggggggggg.. agak-agak suspen tak.. hehe.. sure korang cakap aku ni membosankan di Hari ISNIN.. hehe.

Aku siap check kamus lagi.. sebab nak pastikan perkataan "sangap" benar-benar wujud dalam kamus.. hehe.. 

Aku ingat lagi .. ketika aku dalam pasukan kawat ketika study dulu.. ketua aku mengamuk.. sebab ramai yang menguap.. dia herdek.. " Sesiapa yang SANGAP tadi sila keluar..!!" .. aku budak KL beb, aku tak pernah dengar dan tahu apa itu sangap.. please help me.. sorang pun tak nak keluar.. aku cuak gak sebab aku tak tahu aper maksud SANGAP.. ramai ler.. kengkawan aku keluar selamatkan team kami.. dan aku diam takut kena panggil.. siap buat muka confidence jer.. walaupun aku pun SANGAP / MENGUAP.. hehe.. 

Lepas semua dah kena denda.. aku dengan selamba tanya member yang kena denda tu.. " Eh..sangap tu aper?" dia kata .. MENGUAP ler.. Biler aku dengar ajer aku rasa kesian lak.. sepanjang aku dibesarkan sebagai budak KEY EEEEL.. aku tak tahu aper itu.. SANGAP.. siap tanya lagi.. Eh.. bahasa JAWA ker..hihi? atau orang JOHOR ajer cakap macam tu.. aku tak tahu ler.. beb.. hehehe.. padahal.. dalam hati.. (lega sangat sebab tak kena denda .. padahal aku ler.. yang meguap besor2.. tadi.. BUT.. aku tutup mulut tau.. takut SYAITOOON Nirajim.. masuk.. 

Aku nak cerita apa yang aku lihat hari ini.. aku dalam sebuah pengangkutan awam.. yang terkenal di Malaysia.. hehe.. LRT .. ada lah sorang mamat melayu ni.. muka lesu macam ngantuk ler.... sambil melihat orang masuk mencarik tempat duduk di dalam LRT, bermula lah episod yang aku menyampah nak lihat.. 

MENGUAP macam apak singa yang mengantuk lepas baham kambing gurun.. kot yer nak menguap pun tutup ler.. mulut.. ni..tidak.. sebesar2 mulut dikoyaknyer.. aku tengok dengan muka kesian.. sebab time tu.. aku macam boleh bayangkan berduyun-duyun syaitoon masuk dalam mulut itu mamat daaa.., ada yang berlari..ada yang menyanyi sambil berjalan.. ada gak yang kendong anak..huhu.. korang bayangkan .. hihi.. dapat bayang tak macam mana aku bayang.. hihi.. 

Aku dari kecik dah di latih .. kalau nak menguap.. tutup mulut.. nanti syaiton masuk.. agak-agak korang ler.. kenapa mak-mak kita cakap macam tu.. adakah mereka ibu bapa.. guru-guru.. mereka-reka cerita?.. erm.. meh kaji bersama-sama..

Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat Menguap - membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dll); Mungkin pasal Kamus dah cakap.. Menguap tu.. bukak mulut lebar-lebar, korang pun semangat buka luas2 kasi orang semua nampak anak tekak korang dan apa yang lekat kat celah gigi korang yek.. ? salah tu..kalau baby menguap macam comel ler.. ni.. kan apak budak.. mak orang.. ehhe.. 

Sedar tak korang yang menguap ni berjangkit? Kenapa? korang tak percaya..?

Cuba duduk depan orang yang sedang menguap.. tetiba jer mulut korang ikut menguap.. So.. untuk buktikan kebenarannya.. pagi tadi..aku tengok mamat yang menguap macam apak singa tu.. aku dengan cekal hati.. kuatkan tenaga..rahang aku untuk tidak menguap.. hihi.. Syabasss. Orlylove.. aku berjaya tidak menguap.. so.. kata-kata orang yang menguap tu berjangkit semua tayul ker? huhu...meh kita kaji sama-sama.. Tapi kalau korang nak try buat ujikaji misteri ini, korang try ler.. Time korang hadir dalam mesyuarat, korang try menguap besar-besar sambil tutup mulut dengan tangan,, kasi semua orang nampak yang korang tengah menguap.. hehe.. lagi-lagi.. time CEO korang bentang budget 2014.. yang semuanya.. kena potong.. guna air kena potong.. guna tandas tak leh berak.. kena kencing jer.. nanti guna banyak air.. hehe.. Korang menguap.. sambil bunyi.. AAAAAAaaaaaa.. sure ramai yang akan mengikut menguap.. lepas tu.. korang senyum ler.. sebab korang dah berjaya dalam ujikaji tersebut.. hihi.. 

Orang kita biler menguap.. akan kaitkan dengan mengantuk.. ramai berpendapat.. Oxygen tak sampai ke Otak itu sebab kita menguap.. boleh jadi gak.. lepas tu.. ramai yang akan bersenam untuk mereleks kan otot2 badan supaya kita tidak mengantuk dan menguap.. tapi.. menguap jugak.. yarks.. aper sebenarnya.. menguap ni.. 

so.. lepas aku selidik serba sedikit.. tak ler.. sampai nak buat thesis.. ehhe.. 








Adap Ketika MENGUAP

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.

Hukum Menguap.
Daripada Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w bersabda, "Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi "HAAA" maka syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari). 

Antara adab-adab menguap adalah:
1.    Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2.    Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di   luar solat
3.    Makruh mengeluarkan suara dan menggangkat bunyi ketika menguap
4.    Sunat megucapkan astaghfirullah selepas menguap

Menguap ketika solat lebih makruh berbanding dalam keadaan biasa kerana perbuatan tersebut menunjukkan seolah-olah kita tidak fokus terhadap bacaan dalam solat.Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w, "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka." - Riwayat Al Muslim.

Jelas sekali, islam menyuruh umatnya menahan daripada menguap sekali gus menahan syaitan daripada masuk ke dalam badan melalui mulut.

Lepas ni.. kalau anak-anak kecil menguap.. jangan lak.. cakap.. " ala tomei-tomei..".. hehe.. memang nampak comel tapi.. SAINS hanyalah kajian yang tidak ada penghujung....Rahsia Alam tetap di tangan ALLAH S.W.T.. 


Aku jumpa ni : klik sini untuk baca lebih lanjut..