Tak salah kalau kita perasan kita lawa.. kan..kan..kan.. hehe.. jangan marah ye.. Orlylove bukan nak cakap.. kita perasan lawa.. tetapi. just nak tegur kepada sesiapa yang suka PERASAN BAGUS.. hehe..
Eh.. Tak bagus ker.. kalau kita perasan kita bagus..? bukan positif ker perasaan itu,,?
Boleh perasan bagus.. tapi jangan ler.. RIAK sangat yang awak tu.. BAGUS.. TAK ADA salah.. kita manusia.. biar apa orang nak kata.. selagi kita tak kacau orang ..kita buat ajer apa yang kita suka.. JAGA JIWA.. JAGA HATI.. itu lebih BAGUS.. hehe
Friday, 23 January 2015
ZAMANI Oh ZAMANI.. SLAM PATUT DIHARGAI..
Assalamualaikum. semua.. Orlylove just nak share siapa penyanyi yang Orlylove gilai dari kecik sampai besar..
Dia adalah ZAMANI dari kumpulan SLAM.. orang nya manis dimataku.. hehe..
Awak.. time kita remajakan.. gambar Zamani Slam ni.. memang sentiasa duduk diam dalam purse ku.. dan kakakku..
Lirik Lagu Gerimis Mengundang – Slam
Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman
Chorus
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Ulang Chorus
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis
Dia adalah ZAMANI dari kumpulan SLAM.. orang nya manis dimataku.. hehe..
Awak.. time kita remajakan.. gambar Zamani Slam ni.. memang sentiasa duduk diam dalam purse ku.. dan kakakku..
Banyak lagu-lagu dari kumpulan SLAM yang aku masih ingin lirik-liriknya..
Semalam Negera telah dikejutkan dengan kisah Zamani kena tangkap disebabkan DADAH..
tapi.. itu tidak mengurangkan rasa suka aku terhadap penyanyi kesayanganku ini..
Suaranya yang merdu dan susah nak ditandingi..
Kemunculan kumpulan SLAM yang dulunya menjadi fenomena luar biasa hingga terlalu popular di Negara jiran.. agak-agakler.. patutnya.. Negara dah iktiraf Zamani SLAM ini sebagai Lagend yang patut disegani.. kasi sedikit anugerah.. seperti artis-artis sekarang ni terima..
Sampaikan artis yang hanya suam-suam kuku pun dapat anugerah pingat dari Sultan semua.. kalau korang yang tidak kenal siapa ZAMANI SLAM..
Macam anak-anak zaman sekarang ni.. minat sangat korang dengan artis K-POP kan.. Mak minat ZAMANI tauu.... apa jua yang terjadi kepada beliau... Orlylove tetap mendoakan supaya Allah maafkan kesalahan beliau dan Semoga Zamani dapat menjalani rawatan penyembuhan kerana DADAH ini.. :(.. semoga Zamani.. cepat pulih dan kembali berkarya..
Bakatmu tiada tandingan..
jom layan lagu kegemaran Orlylove..
Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman
Chorus
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Ulang Chorus
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis
Monday, 19 January 2015
PANIK RAYYAN HILANG DI PASAR MALAM.. CUAI!CUAI!CUAI..
Assalamualaikum.. Semua.. Kisah Rayyan Harini memang gempar.. takut dan terkejut semua ada..
Bermula pada malam hari jumaat lepas.. 16 haribulan Januari 2015..
Anak-anak Orlylove meresah ingin pergi pasar malam sebab malam sebelum ini telah berjaya pergi semua termasuk husband dan 4 orang anak-anak Orlylove.. pengalaman pertama berjaya dan di susuli pengalaman malam 16hb..
Malam tu agak malas juga nak pegi tetapi.. atas desakan anak-anak.. kami sebagai parent.. turutkan juga sebab ingin memberi pengalaman kepada anak-anak merasa bagaimana suasana pasar malam yang selama ini mereka hanya dengar rakan-rakan mereka sahaja yang dapat pergi..
Orlylove bukan tak nak bawa sebelum ini.. tetapi anak masih kecil-kecil.. dan agak tidak sesuai untuk mengangkut mereka beramai-ramai di tempat yang sesak dengan lautan manuasia.. susah tu nak bawak ramai-ramai.. nak jadi kan kisah..
Kami berangkat ke pasar malam di kawasan rumah Orlylove ni.. sekitar 9.15 malam.. dan keadaan pasar malam ketika itu.. agak lengang..
Kami mulakan dengan pembelian pertama iaitu keropok leko kegemaran anak-anak.. jalan kedepan sedikit.. nampak orang jual buah.. so Orlylove nak beli buah untuk mak kesayanganku.. sambil mendukung Rayyan anak kecilku.. aku pastikan kakak-kakak Rayyan mengikut aku di belakang,, tetapi.. tak perasan yang Daddy mereka jauh sikit dariku..
Aku dengan slamber meletak Rayyan ke bawah sebentar sementara aku ingin memilih buah dan membayar.. dalam tak sampai berapa saat.. aku letak Rayyan.. aku dapat MAKLUMAT dari ALLAH yang Rayyan dah tiada di sisi aku.. dan kakak-kanaknya..
Tak sempat aku membayar buah yang aku beli tadi.. aku terus jerit terkejut.. "MANA RAYYAN.. KAKAK MANA RAYYAN.. " nampak kelibat Daddy mereka jalan melenggang seorang diri.. AKU jerit MANA RAYYAN!!?????.. Hubbyku buat muka cuak dan terkejut.. pelik kenapa RAYYAN tiada di sisi aku.. sedangkan tadi aku mendukungnya.. ???
Rayyan ni.. jenis anak yang agak aktif.. asal dapat lepas dari pegangan aku ..pasti dia lari seperti orang mengejar dia dan harap orang kejar.. untuk bermain..
Aku dah mula panik.. dan berlari dalam pasar mencari MANA RAYYAN.. ??? nampak muka hubby pun panik dan tak terkataa.. sambil berlari mencari RAYYAN ni.. jalan lain dan aku teruskan mencari di hadapan.. sambil menjerit.. nama RAYYAN.. RAYANN.. RAYYAN.. sambil menanyakan kepada beberapa orang perniaga di pasar malam bahawa nampak tak kanak-kanak kecil lelaki.. dalam usia 1 tahun lebih,, berjalan di hadapan mereka.? sambil memakai baju single .. bergambar kartun..
Aku nak terangkan baju gambar apa dan seluar jenis apa pun aku dah lupa.. panik punya pasal.. dalam otak aku tau.. JERIT.. nama RAYYAN.. dan BERDOA DAN BERSERAH.. supaya ALLAH TEMUKAN RAYYAN kepada KAMI.. sekelip mata perkara ini terjadi,, agak pantas.. otak aku kosong.. hati aku dah tak tau nak nangis atau berdebar terus tak ada.. sebab panik..
Sambil aku jalan.. anak-anak perempuanku mengekori di belakang,.,agak2.. dalam 5 minit ler.. kami berjalan kebelakang.. dalam anggaran 10 meter.. aku bertanya kepada seorang perniaga lelaki ni.. ada nampak anak saya tak..? .. dia kata.. ADA.. tadi SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BERJALAN KE SANA ->>.. aku dengar .. terus berlari sambil jerit nama RAYYANN.. RAYYAN..
Otak aku terfikir pasal BALAI POLIS.. terus aku meluru di balas polis.. yang ada berdekatan dengan pasar malam di tempat kami.. sejurus aku nampak balai polis.. aku nampak kelibat RAYYAN ada di samping anggota polis yang ramai di hadapan balai polis.. itu..
ALHAMDULLILLAH.. Aku jerit.. RAYYAN.. terus.. menangkap dan memeluk Rayyan.. yang muka cuak melihat aku.. sambil macam nak nangis.. tapi RAYYAN Steady aje muka dia.. dipelukan aku.. aku cium-cium.. dan berterima kasih kepada pegawai polis yang menjaga Rayyan seketika..
Pegawai polis.. menceritakan .. yang mereka nampak ada budak kecik jalan sorang-sorang.. tapi.. tak nangis.. terus meluru depan balai polis.. so ..kami tangkap dan jaga dia.. disebabkan Rayyan tidak pandai berkata-kata.. kami harap sesorang akan mencariknya sampai puan sampai..
Dengan panik aku dan suami memohon maaf.. kepada pihak polis.. tersebut.. dan mengaku kecuaian aku.. sebagai ibu.. dan aku bejanji akan menjaga Rayyan dan anak-anak yang lain apabila kami berada di luar kawasan rumah..
Pengalaman aku ini.. memang aku tidak dapat lupakan.. sampai bila-bila..
Ketika aku sudah jumpa anakku kembali.. aku dapat rasakan bagaimana ibubapa yang kehilangan anak kesayangkan mereka.. :( .. dalam 9.15 malam kami sampai pasar malam.. jam 10 kami sudah sampai di rumah.. sebab kejadian tersebut.. terus aku tiada mood nak masuk membawa anak-anak ke pasar malam lagi..
Penyelesaikan dari KES RAYYAN HILANG..
Orlylove akan kurangkan membawa anak-anak di tempat awam selagi mereka tidak sesuai untuk ke tempat yang sesak..
- Orlylove dapat saranan dari rakan untuk membeli Harness untuk anak seperti Rayyan yang agak aktif..
- Macam-macam benda Orlylove terfikir nak pasang kepada anak-anak kecil ini seperti..
Kalau dah pakai tadi keselamatan begini.. elok tak untuk anak-anak kita ya? dalam masyarakat kita kurang pendedahan untuk alat-alat seperti ini..kan..?
Kat rantai ni..nak letak nama anak..nama mak bapak.. dan no. Tel.. senang orang tahu nama anak sebab Rayyan tak boleh cakap.. siapa nama dia.. dan nama mak bapak dia.. alamat umah kat mana..?.. bahaya gak yek... tak jadi ler..
Rasanya.. alat ni.. sesuai..GPS traker.. untuk kesan anak di mana..
Apapun.. nasihat Orlylove.. kita sama-sama jaga anak-anak kita.. tak kira kecil atau dah menikmat remaja.. zaman sekarang bukan macam zaman dahulu.. sekarang terlalu senang untuk membuat kecuaian.. dan terlalu senang anak-anak kita diancam dengan bahaya..
Wednesday, 14 January 2015
TERGEMPAR!!.. SCAM EMAIL JUALAN DI MUDAH.MY..HATI-HATI SEMUA DENGAN THE ROYAL BANK OF SCODLAND dan NORSIAH AHMAD!!
Assalamualaikum.. Salam 2015 yang indah.. Orlylove.. ada kes tergempar untuk PERHATIAN Pembaca semua..
Sebelum kita terkena patut berhati-hati ye.. Kisah ni berlaku apabila kita terlalu ghairah untuk membuat jualan di INTERNET.
Jengg..jeng..jeng... kocik-kocik cito-cito den nak jadi DETEKTIF..sekarang den akan mulakan siasatan TERKEJI di ALAM MAYA..
" Sekarang ini.. bukan orang yang beli barang ONLINE ajer yang kena tipu.. Kita yang nak JUAL barang pun kena TIPU.. " credit to JAA.. thanks Bro.. Allah turunkan ko sebagai perantaraan kami yang bakal kena TIPU HIDUP-HIDUP..
KISAHNYA BEGINI..
Orlylove ingin membantu pakcik menjual motornya di MUDAH.MY di sebabkan disinilah lubuk semua penjual yang ingin menjualkan barangan mereka dengan MUDAH. selalunya barangan yang Orlylove jual di MUDAH.. memang tak pernah dapat perhatian orang dari luar negara MALAYSIA.. tetapi .. ini adalah tamparan paling bodoh Orlylove dapat..
Dengan ILMU yang cetek.. Orlylove mulakan upload detail of barangan yang Orlylove nak jual seperti biasa.. tetiba kami terima email berangkai seperti di bawah..:
SCAMMER 1 : Dapat email pertama hingga ke 3 kali dari ROYAL BANK tentang ****CITY LINK EXPRESS***..
Ok Orlylove dah report kat CITYLINK.. pasal scam ni..
Nasib ler.. labu.. ko hantar 3 email.. aku terima dan Aku harap sangat Allah tunjukan korang jalan yang LURUS.. amin..
SCAMMER 2 : Dia akan mengesahkan bahawa mereka dah masukkan duit ke Account yang kita beri.. dari ROYAL BANK OF SCOTLAND
Mereka mahukan maklumat lengkap kita supaya sonang ko nak buat kerja..
Hati dah berbunga-bunga yang JUALAN kita akan membuahkan hasil.. tak dapat nak jual kat MALAYSIA.. dapat orang LUAR negara pancing pun ok ler.. rezeki jangan di tolak.. itulah luahan hati seorang yang NAIF tentang penjualan dari luar negara dan tak pernah tahu bagaimana bentuk dokumen yang diperlukan.. :(
SCAMMER 3 : ATTENTION - Payment PENDING..!!!
Jeng..jeng jengg.. DEN Dah TERKONA.. #$@@@^*(&*(^Q#$*@!^$
HA.. tadi ko cakap dah masukkan duit ke account .. tetiba PENDING lak.. ni buat den marah,... hehe..
ringkasan cito begini.. ler.. sebab Orlylove ni.. bukan terror bahasa omputih sangat.. Bila den baco.. dia nak suruh DEN buat pembayaran 60% dahulu untuk menunjukkan yang DEN ni.. bersungguh-sungguh dalam urusan jualan ini..????? NORSIAH AHMAD... apa yang ko telah buat ni.. SETANNNNN.. senang2 si pak ITAM ni.. guna nama MAKCIK sedara Orlylove.. NORSIAH AHMAD.. nama orang melayu tu..
Mula-mula terasa macam dah kena tipu.. sebab pembeli ni.. cakap.. dia duduk di LONDON tapi.. nak belikan motor ni.. untuk HUSBAND dia yang duduk di MYANMAR ????? agak2 myanmar motor MAHAL KAH??? rasanya.. orang MYANMAR datang MALAYSIA pun tak nak hantar motor mereka di sini ke negara mereka,, :(
Malam kejadian.. kami telah lepak dengan member sebab nak bincang projek.. Alhamdullilah.. dalam kehebatan si Pak SCAM ni.. dan ketidak cerdikkan kami yang NAIF ini.. telah menemukan kami dengan member kami yang bernama JAA.. yang bercerita dia pernah terkena dengan SCAM pak ITAM ni.. dan dia telah berjaya MEMASUKKAN DUIT ke account NORSIAH AHMAD.. sebab terlalu gumbira.. sebab barang yang nak dijual dapat menemui pembeli...
Kalau siap suruh masukkan 60% pembayaran memang tidak ler..Orlylove percaya.. sebab DEN YANG nak jual barang.. DEK pulak yang kena bayar duit pendahuluan..?????
Nasib baik lepas JAA cerita.. terus google.. pasal NORSIAH AHMAD.. SCAM BANK OF SCODLAND ni.. PErgh.. HEbat percaturan ko si PENIPU..
Aku teringat dulu kata-kata seorang BOSS CINA yang terlalu aku hormati sebab mengajar aku tentang alam pekerjaan di awal aku menjadi seorang lepasan Kolej..
" Mana ada TUHAN kasi senang kepada orang yang nak senang DENGAN CARA SENANG??"
MESTI TUHAN SURUH KITA USAHA.. kan.. ?
Pepatah CINA kata.. : KALAU KATAK DUDUK BAWAH TEMPURUNG dapat keluar dengan senang.. dari dulu dia dah dapat keluar .. lepas keluar dia akan kena langgar dengan KERETA lepas tu.. dia MATI KATAK.. hehe..
paham tak korang? hehe.. klu katak bawah tempurung dah keluar.. tak adalah pepatah melayu.. hehe.. Bagaikan katak bawah tempurung.. hehe..
Katak bawah tepurung nak keluar kenalah datang seseorang untuk membuka tempurung itu..
HATI_HATI SEMUA.. dengan SCAMMER PAK AWANG HITAM.. yang sedang menyerang orang KITA..
Monday, 12 January 2015
Apabila 3 orang anak masuk sekolah serentak.. Pengsan Makk..
Assalamualaikum.. Semua.. Salam 2015..
Orlylove masih boleh bertahan.. yer.. belum pengsan lagi.. baru rasa ajer nak pengsan.. hehe..
Korang bayangkanlah.. Anak-anak Orlylove akan memulakan alam persekolahan sekali 3 orang serentak.. pengsan mak.. hehe..
Kerajaan telah anjak tarikh memulakan persekolahan pada 6hb Januari 2015 kepada 12 haribulan Januari 2015.. disebabkan bencana banjir yang melanda Negara..
Anak-anakku memang semangat nak memulakan sekolah tapi mamanya yang berdebar dan panic.. korang layan ajer ler.. gambar-gambar semangat di bawah.. hehe..
Seawal 2 pagi Orlylove dah bersiap untuk semua persiapan.. macam berdebar nak menerima menantu lak.. hehehe.. padahal anak nak masuk sekolah ajer.. Harini.. dan esok Orlylove ambil cuti selama 2 hari untuk memberi semangat kepada 3 orang anak dara pinggitanku..
So.. dah siap semua.. kakak Mazwin.. dah kena keluar rumah seawal.. 6.40 pagi.. untuk menunggu van sekolah.. kalau tak.. teruk den.. kena hantar sorang sana.. 2 orang sini.. hehe.. kasi mereka praktis naik van sekolah.. esok-esok Orlylove dah start kerja senang mereka..
Ops lupa.. Kakak Mazwin masuk tahun 2...dan dua orang anak comelku itu... masuk tadika.. Qalesya..4 tahun.. dan Sara 6 tahun..
Yang si kakak berdua ni.. Sara dan Qalesya.. Orlylove kena bangunkan mereka sekitar jam 7 pagi.. mereka dah lah tak biasa bangun awal.. risau gak.. doa ajer ler.. nasib semua semangat.. gerak terus bangun.. hehe..
Semangat nak suruh ikat rambut styles mereka.. tapi.. masuk kelas ajer.. guru tadika kemas memberikan tudung untuk mereka pakai.. sebab aku nak membiasakan mereka untuk memakai tudung.. hehe.. comel..kan..kan.. puji anak sendiri ler.. saper lagi nak puji.. dah anak kita.. hehe..
Lepas menghantar anak ke2 dan ke3 ku ini.. Orlylove terus bergegas ke sekolah kakak Mazwin untuk mengambil wang bantuan RM100 dari pihak kerajaan untuk semua ibu bapa bagi meringankan beban memulakan persekolahan anak.. memang amat membantu.. hehe.. terima kasih KERAJAAN.. prinhatin..
Kepada semua anak-anakku..
Mama doakan kalian akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu sehingga akhir hayat kalian..
Ingatlah.. perkara yang mama boleh hadiahkan untuk harta kalian hanyalah ilmu dunia dan akhirat..
In Sha Allah.. mama akan cuba sedaya upaya untuk memberi dan menjaga kalian dengan penuh kasih sayang mama dan daddy hingga hujung nyawa mama..
Hanya dengan ILMU yang akan membezakan kita dengan orang lain..
Lagu Khas untuk anak-anakku...
Hanya dengan ILMU kita akan perolehi kesenangan di dunia dan akhirat..
Sunday, 11 January 2015
Happy Birthday Qalesya Mahirah.. 4 Tahun Laa..
Happy Birthday Anak mama Qalesya.. Harini.. genap Qalesya Mahirah masuk 4 tahun..usia Maafkan mama sebab kalini.. tiada birthday party besar-besaran disebabkan kekurangan kewangan yang betul-betul kurang.. nanti mama ganti balik ok.. hehe..
Tarikh harini.. 11 January amatlah mama suka sebab 4 tahun lepas.. Qalesya telah di lahirkan di Hospital Kuala Lumpur.. pada tarikh keramat.. yang mama benar-benar doa supaya Allah kasi mama lahirkan Qalesya.. pada 11.1.11 hehe..
Kena lak sama tarikh dengan Dato' Siti Nurhaliza.. artis kesayangan mama.. hehe.
Mama hanya dapat belikan hadiah kecil sahaja untuk Qalesya..
Gambar Qalesya yang sempat dirakam..
Kalau korang perhatikan.. gambar Qalesya.. macam sama.. tapi gambar di atas.. semua berbeza.. hehe.. di Kakak Mazwin seronok berposing.. hehehe..
Inilah baju kegemaran Qalesya.. nanti ler.. nak.. bila mama ada cukup duit nanti.. mama belikan Hokey.. harini.. kita tengok-tengok dulu.. ok..
Semoga Wan Nur Qalesya Mahirah.. akan menjadi anak yang solehah yang boleh menjaga mama bile mama dan daddy dah tua nanti.. k..
11.01.15
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Reward Diri
(126)
Berita Tergempar
(91)
Aktiviti Sosial
(62)
Berita Semasa
(49)
Produk Pilihan
(44)
Pedoman Hidup
(34)
Sembang Kosong
(31)
Info Kesihatan
(28)
Tips Orlylove
(26)
Petua
(20)
Segmen
(20)
#orlyloveshop #sayajualmurah #sayajual
(18)
Happy Birthday
(13)
Wan Nur Arissa Maisara
(12)
Rawatan Penyakit
(11)
Wan Nurbatrisyia Mazwin
(11)
Wan Rayyan Mikhael
(11)
Jalan-Jalan Cari Makan
(9)
Wan Nur Qalesya Mahirah
(9)
COWAY
(7)
Jahitan
(6)
video
(6)
Ikhlas
(4)
Kecantikan
(4)
Kek Coklat Moist
(3)
Koleksi Gambar UNIK & Kreatif
(3)
Warisan Melayu
(3)
#Orlycoway #Rajanoorliakma #joinus #businesswomen #KAYA
(2)
Beras Perang
(2)
Resepi
(2)
Steamer TRIO
(2)
ATOMY
(1)
AlphaMeta
(1)
Baju Kurung Kanak-Kanak Perempuan
(1)
Basic H²
(1)
News
(1)
Ramadhan
(1)
Shaklee
(1)
lirik
(1)