Monday, 19 January 2015

PANIK RAYYAN HILANG DI PASAR MALAM.. CUAI!CUAI!CUAI..

Assalamualaikum.. Semua.. Kisah Rayyan Harini memang gempar.. takut dan terkejut semua ada.. 

Bermula pada malam hari jumaat lepas.. 16 haribulan Januari 2015.. 
Anak-anak Orlylove meresah ingin pergi pasar malam sebab malam sebelum ini telah berjaya pergi semua termasuk husband dan 4 orang anak-anak Orlylove.. pengalaman pertama berjaya dan di susuli pengalaman malam 16hb.. 

Malam tu agak malas juga nak pegi tetapi.. atas desakan anak-anak.. kami sebagai parent.. turutkan juga sebab ingin memberi pengalaman kepada anak-anak merasa bagaimana suasana pasar malam yang selama ini mereka hanya dengar rakan-rakan mereka sahaja yang dapat pergi.. 

Orlylove bukan tak nak bawa sebelum ini.. tetapi anak masih kecil-kecil.. dan agak tidak sesuai untuk mengangkut mereka beramai-ramai di tempat yang sesak dengan lautan manuasia.. susah tu nak bawak ramai-ramai.. nak jadi kan kisah.. 

Kami berangkat ke pasar malam di kawasan rumah Orlylove ni.. sekitar 9.15 malam.. dan keadaan pasar malam ketika itu.. agak lengang.. 

Kami mulakan dengan pembelian pertama iaitu keropok leko kegemaran anak-anak.. jalan kedepan sedikit.. nampak orang jual buah.. so Orlylove nak beli buah untuk mak kesayanganku.. sambil mendukung Rayyan anak kecilku.. aku pastikan kakak-kakak Rayyan mengikut aku di belakang,, tetapi.. tak perasan yang Daddy mereka jauh sikit dariku.. 

Aku dengan slamber meletak Rayyan ke bawah sebentar sementara aku ingin memilih buah dan membayar.. dalam tak sampai berapa saat.. aku letak Rayyan.. aku dapat MAKLUMAT dari ALLAH yang Rayyan dah tiada di sisi aku.. dan kakak-kanaknya.. 

Tak sempat aku membayar buah yang aku beli tadi.. aku terus jerit terkejut.. "MANA RAYYAN.. KAKAK MANA RAYYAN.. " nampak kelibat Daddy mereka jalan melenggang seorang diri.. AKU jerit MANA RAYYAN!!?????.. Hubbyku buat muka cuak dan terkejut.. pelik kenapa RAYYAN tiada di sisi aku.. sedangkan tadi aku mendukungnya.. ???




Rayyan ni.. jenis anak yang agak aktif.. asal dapat lepas dari pegangan aku ..pasti dia lari seperti orang mengejar dia dan harap orang kejar.. untuk bermain.. 

Aku dah mula panik.. dan berlari dalam pasar mencari MANA RAYYAN.. ??? nampak muka hubby pun panik dan tak terkataa.. sambil berlari mencari RAYYAN ni.. jalan lain dan aku teruskan mencari di hadapan.. sambil menjerit.. nama RAYYAN.. RAYANN.. RAYYAN.. sambil menanyakan kepada beberapa orang perniaga di pasar malam bahawa nampak tak kanak-kanak kecil lelaki.. dalam usia 1 tahun lebih,, berjalan di hadapan mereka.? sambil memakai baju single .. bergambar kartun.. 

Aku nak terangkan baju gambar apa dan seluar jenis apa pun aku dah lupa.. panik punya pasal.. dalam otak aku tau.. JERIT.. nama RAYYAN.. dan BERDOA DAN BERSERAH.. supaya ALLAH TEMUKAN RAYYAN kepada KAMI.. sekelip mata perkara ini terjadi,, agak pantas.. otak aku kosong.. hati aku dah tak tau nak nangis atau berdebar terus tak ada.. sebab panik.. 

Sambil aku jalan.. anak-anak perempuanku mengekori di belakang,.,agak2.. dalam 5 minit ler.. kami berjalan kebelakang.. dalam anggaran 10 meter.. aku bertanya kepada seorang perniaga lelaki ni.. ada nampak anak saya tak..? .. dia kata.. ADA.. tadi SEORANG KANAK-KANAK LELAKI BERJALAN KE SANA ->>.. aku dengar .. terus berlari sambil jerit nama RAYYANN.. RAYYAN.. 

Otak aku terfikir pasal BALAI POLIS.. terus aku meluru di balas polis.. yang ada berdekatan dengan pasar malam di tempat kami.. sejurus aku nampak balai polis.. aku nampak kelibat RAYYAN ada di samping anggota polis yang ramai di hadapan balai polis.. itu.. 

ALHAMDULLILLAH.. Aku jerit.. RAYYAN.. terus.. menangkap dan memeluk Rayyan.. yang muka cuak melihat aku.. sambil macam nak nangis.. tapi RAYYAN Steady aje muka dia.. dipelukan aku.. aku cium-cium.. dan berterima kasih kepada pegawai polis yang menjaga Rayyan seketika.. 

Pegawai polis.. menceritakan .. yang mereka nampak ada budak kecik jalan sorang-sorang.. tapi.. tak nangis.. terus meluru depan balai polis.. so ..kami tangkap dan jaga dia.. disebabkan Rayyan tidak pandai berkata-kata.. kami harap sesorang akan mencariknya sampai puan sampai.. 

Dengan panik aku dan suami memohon maaf.. kepada pihak polis.. tersebut.. dan mengaku kecuaian aku.. sebagai ibu.. dan aku bejanji akan menjaga Rayyan dan anak-anak yang lain apabila kami berada di luar kawasan rumah.. 

Pengalaman aku ini.. memang aku tidak dapat lupakan.. sampai bila-bila.. 

Ketika aku sudah jumpa anakku kembali.. aku dapat rasakan bagaimana ibubapa yang kehilangan anak kesayangkan mereka.. :( .. dalam 9.15 malam kami sampai pasar malam.. jam 10 kami sudah sampai di rumah.. sebab kejadian tersebut.. terus aku tiada mood nak masuk membawa anak-anak ke pasar malam lagi.. 

Penyelesaikan dari KES RAYYAN HILANG.. 


Orlylove akan kurangkan membawa anak-anak di tempat awam selagi mereka tidak sesuai untuk ke tempat yang sesak.. 
  • Orlylove dapat saranan dari rakan untuk membeli Harness untuk anak seperti Rayyan yang agak aktif.. 
  • Macam-macam benda Orlylove terfikir nak pasang kepada anak-anak kecil ini seperti.. 


Kalau dah pakai tadi keselamatan begini.. elok tak untuk anak-anak kita ya? dalam masyarakat kita kurang pendedahan untuk alat-alat seperti ini..kan..?


Kat rantai ni..nak letak nama anak..nama mak bapak.. dan no. Tel.. senang orang tahu nama anak sebab Rayyan tak boleh cakap.. siapa nama dia.. dan nama mak bapak dia.. alamat umah kat mana..?.. bahaya gak yek... tak jadi ler.. 

Rasanya.. alat ni.. sesuai..GPS traker.. untuk kesan anak di mana..





Apapun.. nasihat Orlylove.. kita sama-sama jaga anak-anak kita.. tak kira kecil atau dah menikmat remaja.. zaman sekarang bukan macam zaman dahulu.. sekarang terlalu senang untuk membuat kecuaian.. dan terlalu senang anak-anak kita diancam dengan bahaya.. 

No comments: