Alhamdullilah .. Allah masih memberi peluang untuk Aku Orlylove berkarya ni sini.. cehhh wah.. macam Famous sangatler.. .. please ..please please Orlylove.. hehe..
Terasa lama menghilang di sebabkan kehidupanku yang sibuk dan kalahkan jadual ketat PM ajer.. huhu.. Ok harini aku nak citer kisah .. pertemuan aku dengan seorang pengusaha Parang dan Keris yang amat disegani di kawasan Gombak "PANDAI BESI".. yang bertempat di Gombak Batu 8.
Mula-mula pertemuan,, di panaskan dengan tanya kabar pakcik yang bernama Hasan. Aku melawatnya.. sebab beliau baru lepas kemalangan motosikal. Sudah lama berborak, aku tanyakan tentang pasaran parang dan keris di Malaysia.. bagaimana.. dapat sambutan ke tidak ..
Pakcik Hasan berkata.. " MELAYU susah nak MAJU kalau "KITA" sendiri tidak suka tonjolkan keris warisan bangsa MELAYU.., nak salahkan.. saper..? Kerajaan tak tolong?.. itu semua bukan punca sebab pakcik selalu ikut rombongan mempromosikan barangan Malaysia yang di anjurkan oleh Komplek Kraf Kuala Lumpur. Tetapi.. apa yang pakcik nampak.. Melayu sendiri suka agungkan barangan dari negara Luar seperti Jepun, Omputih dan lain-lain ler.. "
Nak menghangatkan perbualan.. aku buat-buat bodo tanya soalan.. " Yer ker pakcik..?" hehe..
Pakcik Hasan berkata.. " Yer ler..dari kecik .. anak-anak kita di sogokkan dengan cerita-cerita pendekar dari luar negara.. seperti Ninja turtle.. karton-karton dari luar yang banyak tonjolkan pedang samurai.. pistol...pisau rambo..semua super hero luar kita bangga.. tetapi.. pendekar kita.. pendekar ISLAM.. ramai yang tak tahu..
Siap ramai orang kita bila buat majlis kahwin..siap pakai baju tradisional bagai.. tapi potong kek dengan pedang samurai.. aper salah nyer.. guna KERIS sebagai senjata terulung bangsa MELAYU kita..salah ker? hina ker KERIS?.. betul tak? (pergh.. perbualan dah jadi makin hangat apabila aku Orlylove ,, menambah kasi panas..hehe..)
Yer lah pakcik.. kalau budak-budak kita cakap pasal pedang samurai.. memang terror.. cuba tanya kanak-kanak..pasal KERIS.. sure tak pernah dengar pun perkataan tu..-Orlylove berkata..
Bila cakap pasal Keris.. ramai yang kaitkan dengan Ilmu Hitam ler.., keris kena "bertuan" dan hanya di takutkan dalam cerita-cerita melayu hantu dan tahyol sahaja.. walhal.. KERIS warisan nenek moyang kita.. kalau tak kita perjuangkan saper lagi kalau kata-kata P.Ramlee dalam filem "Tak kan melayu hilang di dunia.."
Lagi menarik cerita pak Hasan : "Ada satu hari, pakcik sewa tapak di Pusat Kraf, ada seorang lelaki melayu ni.. cakap ngan pakcik.. Eh.. jangan letak / pamirkan kerambit ni.. nanti kena tangkap.. bahaya ni.. senjata jual secara bebas.."
"Apa lagi.. Angin ler.. Pakcik.. pakcik.. cakap. kenapa lak.. aku dah sewa tapak sampai RM3000 lepastu.. orang lain boleh jual barang dia.. aku kena simpan jangan keluarkan barang aku..kalau macam tu.. aku nak untung macam mana..? aku dah ler..jual parang.. Keris.. Kerambit..untuk peminat barang-barang traditional."
Pakcik sambung cerita, "Kalau kita pegi Uptown Danau Kota.. Terang-terangan orang jual pisau rambo.. kalau ikutkan pisau rambo pun bahaya juga...senjata yang orang putih buat semua kita lepaskan untuk jual.. agung-agungkan sangat.. kita jual senjata traditional kita.. semua tak boleh.. "-Kata Pakcik Hasan..
Aku apa lagi.. gelak besar ler.. sebab teringat ler.. kisah filem P.Ramlee dulu-dulu.. cerita aper yek.. aku lupa ler.. tapi.. yang aku ingat adegan orang nak beli belacan dan garam." Jangan cakap pasal belacan kuat-kuat.. kat sini siapa jual belacan tanpa lesen kena tangkap.. siapa yang jual ganja terang-terangan .. OK tak ada masalah.. hehe.. "
SAMA-SAMA BAHAYA.. tetapi.. RAMBO jugak yang FAMOUS..
Hakikat yang kita kena perbaiki adalah mentaliti orang MELAYU kita.. jangan jadikan
MELAYU LEMAH..
MELAYU MUDAH LUPA
MELAYU suka LAYYUUUUU..
Bangkit ler.. MELAYU.. janganlah kita berbalah di sebabkan pendapat yang berbeza.. kalau bangsa lain boleh bangun dengan bangsa itu sendiri..kenapa kita sebagai orang MELAYU.. suka menjatuhkan kaum MELAYU kita sendiri..
Di akhir perbualan aku dan pakcik Hasan, aku terasa nak dokumentarikan cara membuat PARANG, cara buat keris.. supaya satu hari nanti apabila ketiadaan orang-orang PANDAI BESI ni.. masih ada video-videoa atau dokumentari untuk anak-anak Bangsa Kita membuat rujukan. In Shaa Allah, Kalau di izinkan aku akan usahakan sesuatu untuk PAKCIK HASAN PANDAI BESI, Gombak Batu 8.
Wasalam..