Hari ini hari Isnin, ramai orang kelaskan hari Isnin adalah hari yang membosankan..
Heyy.. tiap-tiap hari bosan kalau korang kawan dengan En. Bosan bin Blur tu.. kalau korang nak tahu.. aku di lahirkan hari ISNIN.. tapi.. aku hari ni nak cerita pasal " MENGUAP" "SANGAP" "YAWN".. jeng ...jeng.. jennnngggggggggg.. agak-agak suspen tak.. hehe.. sure korang cakap aku ni membosankan di Hari ISNIN.. hehe.
Aku siap check kamus lagi.. sebab nak pastikan perkataan "sangap" benar-benar wujud dalam kamus.. hehe..
Aku ingat lagi .. ketika aku dalam pasukan kawat ketika study dulu.. ketua aku mengamuk.. sebab ramai yang menguap.. dia herdek.. " Sesiapa yang SANGAP tadi sila keluar..!!" .. aku budak KL beb, aku tak pernah dengar dan tahu apa itu sangap.. please help me.. sorang pun tak nak keluar.. aku cuak gak sebab aku tak tahu aper maksud SANGAP.. ramai ler.. kengkawan aku keluar selamatkan team kami.. dan aku diam takut kena panggil.. siap buat muka confidence jer.. walaupun aku pun SANGAP / MENGUAP.. hehe..
Lepas semua dah kena denda.. aku dengan selamba tanya member yang kena denda tu.. " Eh..sangap tu aper?" dia kata .. MENGUAP ler.. Biler aku dengar ajer aku rasa kesian lak.. sepanjang aku dibesarkan sebagai budak KEY EEEEL.. aku tak tahu aper itu.. SANGAP.. siap tanya lagi.. Eh.. bahasa JAWA ker..hihi? atau orang JOHOR ajer cakap macam tu.. aku tak tahu ler.. beb.. hehehe.. padahal.. dalam hati.. (lega sangat sebab tak kena denda .. padahal aku ler.. yang meguap besor2.. tadi.. BUT.. aku tutup mulut tau.. takut SYAITOOON Nirajim.. masuk..
Aku nak cerita apa yang aku lihat hari ini.. aku dalam sebuah pengangkutan awam.. yang terkenal di Malaysia.. hehe.. LRT .. ada lah sorang mamat melayu ni.. muka lesu macam ngantuk ler.... sambil melihat orang masuk mencarik tempat duduk di dalam LRT, bermula lah episod yang aku menyampah nak lihat..
MENGUAP macam apak singa yang mengantuk lepas baham kambing gurun.. kot yer nak menguap pun tutup ler.. mulut.. ni..tidak.. sebesar2 mulut dikoyaknyer.. aku tengok dengan muka kesian.. sebab time tu.. aku macam boleh bayangkan berduyun-duyun syaitoon masuk dalam mulut itu mamat daaa.., ada yang berlari..ada yang menyanyi sambil berjalan.. ada gak yang kendong anak..huhu.. korang bayangkan .. hihi.. dapat bayang tak macam mana aku bayang.. hihi..
Aku dari kecik dah di latih .. kalau nak menguap.. tutup mulut.. nanti syaiton masuk.. agak-agak korang ler.. kenapa mak-mak kita cakap macam tu.. adakah mereka ibu bapa.. guru-guru.. mereka-reka cerita?.. erm.. meh kaji bersama-sama..
Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat Menguap - membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dll); Mungkin pasal Kamus dah cakap.. Menguap tu.. bukak mulut lebar-lebar, korang pun semangat buka luas2 kasi orang semua nampak anak tekak korang dan apa yang lekat kat celah gigi korang yek.. ? salah tu..kalau baby menguap macam comel ler.. ni.. kan apak budak.. mak orang.. ehhe..
Sedar tak korang yang menguap
ni berjangkit? Kenapa? korang tak percaya..?
Cuba duduk depan orang yang sedang menguap.. tetiba jer mulut korang ikut menguap.. So.. untuk buktikan kebenarannya.. pagi tadi..aku tengok mamat yang menguap macam apak singa tu.. aku dengan cekal hati.. kuatkan tenaga..rahang aku untuk tidak menguap.. hihi.. Syabasss. Orlylove.. aku berjaya tidak menguap.. so.. kata-kata orang yang menguap tu berjangkit semua tayul ker? huhu...meh kita kaji sama-sama.. Tapi kalau korang nak try buat ujikaji misteri ini, korang try ler.. Time korang hadir dalam mesyuarat, korang try menguap besar-besar sambil tutup mulut dengan tangan,, kasi semua orang nampak yang korang tengah menguap.. hehe.. lagi-lagi.. time CEO korang bentang budget 2014.. yang semuanya.. kena potong.. guna air kena potong.. guna tandas tak leh berak.. kena kencing jer.. nanti guna banyak air.. hehe.. Korang menguap.. sambil bunyi.. AAAAAAaaaaaa.. sure ramai yang akan mengikut menguap.. lepas tu.. korang senyum ler.. sebab korang dah berjaya dalam ujikaji tersebut.. hihi..
Cuba duduk depan orang yang sedang menguap.. tetiba jer mulut korang ikut menguap.. So.. untuk buktikan kebenarannya.. pagi tadi..aku tengok mamat yang menguap macam apak singa tu.. aku dengan cekal hati.. kuatkan tenaga..rahang aku untuk tidak menguap.. hihi.. Syabasss. Orlylove.. aku berjaya tidak menguap.. so.. kata-kata orang yang menguap tu berjangkit semua tayul ker? huhu...meh kita kaji sama-sama.. Tapi kalau korang nak try buat ujikaji misteri ini, korang try ler.. Time korang hadir dalam mesyuarat, korang try menguap besar-besar sambil tutup mulut dengan tangan,, kasi semua orang nampak yang korang tengah menguap.. hehe.. lagi-lagi.. time CEO korang bentang budget 2014.. yang semuanya.. kena potong.. guna air kena potong.. guna tandas tak leh berak.. kena kencing jer.. nanti guna banyak air.. hehe.. Korang menguap.. sambil bunyi.. AAAAAAaaaaaa.. sure ramai yang akan mengikut menguap.. lepas tu.. korang senyum ler.. sebab korang dah berjaya dalam ujikaji tersebut.. hihi..
Orang kita biler menguap.. akan kaitkan dengan mengantuk.. ramai berpendapat.. Oxygen tak sampai ke Otak itu sebab kita menguap.. boleh jadi gak.. lepas tu.. ramai yang akan bersenam untuk mereleks kan otot2 badan supaya kita tidak mengantuk dan menguap.. tapi.. menguap jugak.. yarks.. aper sebenarnya.. menguap ni..
so.. lepas aku selidik serba sedikit.. tak ler.. sampai nak buat thesis.. ehhe..
Adap Ketika MENGUAP
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :
Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.
Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.
Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.
Hukum Menguap.
Daripada Abu Hurairah,
Rasullullah s.a.w bersabda, "Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila
seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya
mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi
"HAAA" maka syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari).
Antara adab-adab menguap adalah:
1.
Berusaha menahan
menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2.
Meletakkan tangan di
atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat
3.
Makruh mengeluarkan
suara dan menggangkat bunyi ketika menguap
4.
Sunat megucapkan
astaghfirullah selepas menguap
Menguap ketika solat
lebih makruh berbanding dalam keadaan biasa kerana perbuatan tersebut
menunjukkan seolah-olah kita tidak fokus terhadap bacaan dalam solat.Daripada
Abu Said Al-Khudri r.a katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w, "Apabila
seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka." -
Riwayat Al Muslim.
Jelas sekali, islam menyuruh umatnya menahan daripada menguap sekali gus
menahan syaitan daripada masuk ke dalam badan melalui mulut.
Lepas ni.. kalau anak-anak kecil menguap.. jangan lak.. cakap.. " ala tomei-tomei..".. hehe.. memang nampak comel tapi.. SAINS hanyalah kajian yang tidak ada penghujung....Rahsia Alam tetap di tangan ALLAH S.W.T..
Antara adab-adab menguap adalah:
Jelas sekali, islam menyuruh umatnya menahan daripada menguap sekali gus menahan syaitan daripada masuk ke dalam badan melalui mulut.
Aku jumpa ni : klik sini untuk baca lebih lanjut..