Happy Birthday to ME.. Aku ler tu..Arini hari lahir aku yang ker Tuuuutt.. BIARLAH RAHSIA.. tapi awal 3 series ler..muda lagi.. tapi.. perjuangan aku belum selesai.. masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan perjuangkan dalam hidup ini.
Terima Kasih kepada famili dan rakan-rakan yang selama ini menyokong aku. Sempena Hari Keramat aku hari ini.. aku nak hadiahkan korang 1 Resepi yang paling senang dan mudah untuk buat duit.
Patutnya.. aku yang dapat HADIAH tau.. ni korang semua yang aku kasi hadiah.. tak aper sebab aku suka berkongsi ilmu.. Bila orang cakap.. "Bodoh kasi Rahsia resepi ini sebab ko pegi kelas berbayar.. lepas tu ko kasi FREE jer kat orang.. " Aku Jawab.. " Berkongsi Ilmu aku dapat pahala.. orang dapat ILMU dari AKU..dengan cara ini sahaja aku boleh gembirakan orang .. aku tak kaya nak kasi diorang semua DUIT atau kekayaan.. aku hanya ada ILMU.. walaupun free aku Halalkan sebab " AKU adalah Orlylove" hihi.
KEK KUKUS COKLAT MOIST Orlylovebites
BAHAN A
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Pekat Manis
1 Cawan Air Suam
1 Cawan Minyak Masak
BAHAN B
2 Biji Telur Ayam Gred B
BAHAN C
1 Cawan Tepung Gandum { Elakkan CAP SAUH }
1/2 Sudu Teh Soda Bicarbonate
1/2 Sudu Teh Baking Powder Double A (DAA)
Cara Membuatnya:-
Bahan A = Gaulkan kesemua BAHAN A. Masak dalam Microwave selama 2 minit.
kalau tak ada microwave, masakkan atas api sederhana sehingga mendidih.
Ketepikan sebentar.
Bahan B = Pukul telur dalam bekas lain sehingga berbuih.
Gaulkan kesemua BAHAN A + B + C sehingga sebati.
Akhir sekali, Kukus dalam pengukus elektrik selama 2 minit - 3 minit. Aku guna Alatan AJAIB TRIO yang aku ada... Steamer TRIO... Sesiapa yang tidak ada pengukus elektrik..... boleh guna pengukus atas dapur dan masakkan selama 10 minit dengan api perlahan. Masa kukus mengikut ketebalan bancuhan / saiz. aku selalu guna saiz kecik SQ250ml plastik container.
Naik tahu dah masak ke belum.. try ambik lidi dan cucuk. Kalau dah masak boleh tutup ler.. api dapur tu..
Bahan untuk Coklat Ganache
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Pekat Manis
1 Cawan Minyak Masak
Gaulkan semua bahan dan masak dalam microwave selama 2 minit..
Kacau sehingga kilat dan kalau terlalu pekat..tuangkan sedikit air panas. kacau hingga terhasilnya Ganache yang kilat dan cantik.. Akhir sekali.. sejukkan dan tuang atas kek bila hendak di hidangkan..
Pergh.. I tell you..ini rahsia..nak nangis.. aku kasi kat korang sebab dah nama Secrete Recipe Orlylovebites.. tapi.. untuk korang semua.. AKU sayang Semua.. Selamat mencuba..