Monday, 14 November 2016

ORANG TUA-TUA SUKA REKA MITOS UNTUK MAKANAN. KENAPA YEK?

Assalamualaikum.. semua.. Orlylove teringat kata2 orang2 tua yang banyak memberi ajaran yang baik kepada kita dari kita kecil.. kebanyakkan apa yang mereka katakan ada kebenaran secara tidak sengaja sebab perkara yang mereka katakan itu menjadi kenyataan apabila mereka melakukan perkara itu berulang kali.. contohnya.. pantang larang MAKANAN .. 


Adakah semua yang mereka katakan ini mitos atau kebenaran.. 



Korang pernah tak dengar apa yang hakaq nak citer dibawah.. :- 



MITOS : 



* Perempuan tak elok makan tembikai NANTI SEJUK PERANAKAN DAN kemaluan akan banyak AIR (hehehe.. geli nak cakap.. tapi ni mitos yang orang tua2 dulu cakap.. bukan Guehh.. hehe.. )



KEBENARAN 



Tembikai mempunyai banyak kebaikan.. Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk membuatkan rambut anda lembap serta sangat diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.. 



Mengurangkan Berat Badan Dan Lemak

Membantu Penghadaman
Kulit Yang Sihat
Mengurangkan Sakit Otot
Mencegah Kanser


Baca selanjutnya di sini 




MITOS : 



* Makan Ubi, badan akan berangin (masuk angin) 



Kebenaran ada dikalangan orang yang makan ubi rebus,, kerepek ubi akan terasa banyak angin di dalam perut mereka.. mereka akan rasa SEBU.. rasa macam keras perut dan rasa macam badan tak sedap.. itu separuh orang sahaja.. 



KEBENARAN 



Ubi kentang.. dan Ubi kayu banyak khasiatnya.. antara kehebatan UBI KENTANG adalah.. 


FAKTA TENTANG KENTANG:

✹ Jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus. Di samping itu kentang membekalkan kabohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah. Maka sebab itulah kentang dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolestrol.
✹ Kentang terdiri daripada pelbagai warna antaranya ialah merah, biru, ungu dan perang. Kepelbagaian warna ubi kentang membuatkan ia mengandungi pigmen anthocyanins yang merupakan agen antioksidan hebat dan membantu melindungi serangan penyakit.
✹ Hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan salah satu sumber makanan yang kaya antioksidan dalam diet manusia adalah ubi kentang.
✹ Dalam piramid makanan, dua biji ubi kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
✹ Hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang diketahui menjadi sumber lemak, meningkatkan kolestrol, menyebabkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti. Hakikatnya, bukan ubi kentang yang menentukan sama ada ia baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana ia disediakan untuk dimakan.
✹ Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang. Olahannya perlu tepat agar ia membawa kebaikan kepada kesihatan.
✹ Ubi kentang tidak menggemukkan. Mentega atau krim yang dicampurkan ke dalam makanan atau cara memasak ubi kentang yang memberikan tanggapan salah bahawa makanan itu boleh menyebabkan masalah berat badan.
✹ Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gm) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberikan sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian vitamin C yang disyorkan untuk seorang individu.
KELEBIHAN UBI KAYU
Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia dimana ianya menjadi hidangan lebih kepada 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan. 
Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. 
UBI KAYU JUGA berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. 



MITOS : 

* Tak boleh makan Mee ketika perut kosong.. nanti perut masuk angin


KEBENARAN 
Kebanyakkan orang yang memulakan sarapan pagi mereka dengan hidangan MEE KUNING dengan cara menggoreng atau merebus.. akan terasa wujudnya angin dalam badan mereka.. ini disebabkan ASID yang digunakan untuk menghasilkan mee tersebut.. 

Sering kali kita mendengar mee kuning di campur dengan asid borik untuk memastikan mee kuning lambat rosak. Asid borik tidak dibenarkan /diharamkan semasa membuat mee kuning kerana asid borik akan menyebabkan barah.Seperti yang dinasihatkan olehBahagian Kawalan Mutu Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia , cara untuk mengesan sama ada mee kuning yang berwarna keemasan,adalah dengan menyediakan secawan air serbuk kunyit dan rendamkan mee kuning kedalamnya.Sekiranya mee tersebut mempunyai asid borik, mee akan bertukar menjadi warna merah@mee darah.

 Tetapi untuk menghukum mee kuning yang mengandungi asid borik dengan meremdam dengan air serbuk kunyit adalah kurang tepat dan tidak adil.Kadang-kadang mee kuning akan menjadi merah disebabkan kealkian pH 14 yang tinggi dan bukannya disebabkan oleh Asid borik. Kealkalian mee yang tinggi adalah hasil penambahan air soda ( Natrium Bikarbonat ) semasa pemprosesan mee untuk mendapat tekstur yang diingini.

Air soda dalam mee ini akan bertindak balas dengan kunyit/rempah (yang mengandungi kunyit ) yang ditambah semasa masakkan akan menyebabkan perubahan warna kepada mee iaitu dari warna kuning kepada warna merah.Jika bahan berasid seperti cuka ,sos tomato dan sebagainya ditambah semasa masakan , warna mee yang merah akan bertukar menjadi warna kuning. Kesimpulannya mee tersebut selamat dimakan ,perubahan warna adalah disebabkan tindak balas hasil kandungan air soda dalam mee yang tinggi.




MITOS : 

* Wanita lepas bersalin tak elok makan LAKSA 

KEBENARAN 

LAKSA dari perlis ke.. LAKSA dari JOHOR ker.. LAKSA dari Sarawak ker.. semua bedal.. sebab kalau dah hantu laksa.. hihi.. tetapi.. kalau korang nak tahu.. laksa mengikut negeri berbeza cara pembuatannya.. contohnya.. Laksa utara dihasilkan dari Tepung BERAS.. tetapi kenapa LAKSA dikelaskan makanan SEJUK.. 

Sebab #1: Cara Pembuatan Laksa


Laksa ni dikatakan sejenis makanan yang sejuk. Bila sejuk ia akan menyebabkan urat dalam badan wanita kembang, boleh jadi penyebab demam urat. 

Sesetengah orang mudah terkena demam urat apabila makan makanan berjenis sejuk ini. Badan akan rasa sejuk menggigil tiba-tiba sehingga terpaksa ketap gigi hingga rasa sakit kepala.

Menurut bidan tersebut, laksa dikatakan sejuk kerana cara pembuatannya.


Pertama, beras dimasak, dilenyek dan dibentuk menjadi laksa. Kemudian ia dikeringkan, dan kemudian ia dimasak semula jika hendak dimakan(buat sup, laksa berkuah).

Cara pembuatannya mirip nasi yang dipanaskan banyak kali. Menurut bidan ini lagi, oleh kerana inilah kandungan ANGIN dalam laksa sangat tinggi. 

Sebab itulah ketika berpantang, nasi yang hendak dimakan oleh ibu berpantang tidak boleh nasi yang dipanaskan semula supaya dapat mengelak dari terkena bentan.

Ada pendapat mengatakan, jika nak makan juga, laksa tersebut seeloknya yang dibuat sendiri dari beras.

Ida pun baru tahu perkara ni. 
Siapa di antara reader juga baru tahu ilmu ni? Angkat tangan. Hihi



Sebab #2: Daun Kantan


Dalam blog bidan tersebut, tiada yang menyatakan secara spesifik berkaitan mengapa daun kantan menjadi sebab kuah laksa itu tidak boleh dimakan, tetapi Ida tertarik dengan satu komen ni.


Menurut wanita yang komen ini, nenek dia kata bunga kantan dilarang makan kerana sifat bunga kantan membesar macam jantung pisang. Orang dulu-dulu tidak mahu peranakan wanita mengembang kerana makan kuah laksa yang ada daun kantan.

Ada pendapat mengatakan bunga kantan mempunyai bisa dan panas, tidak sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin.


MITOS : 

* Tak elok makan tengkok AYAM.. nanti kepala TELENG.. 

KEBENARAN 

Ni yang aku PIKIR LOGIK ler.. korang bayangkan kalau TENGKUK ayam tu..ada satu.. so.. nak berebut dengan 10 orang anak.. hehe.. dah tentu ler.. omaknyer nak bahagian tengkuk tu.. kalau situ ler.. bahagian kulit.. lemak yang paling sedap.. kepada siapa yang suker.. hehe.. bab kepala TELENG tu.. dah ciptaan ALLAH.. 101% tak ada kene mengena dengan tengkuk ayam.. hokeyy.. 




MITOS : 

* Tak elok MINUM TEH .. sebab nanti ANGIN


KEBENARAN 

Teh..Angin.. kalau macam tu.. orang jepun.. orang cina.. orang putih yang minum teh panas di negara mereka tak lak mereka komen teh banyak angin.. tetapi.. banyak rungutan di MALAYSIA ajer. aku rasa hehe.. padahal...teh dikenali dengan bahan yang antioksidannya.. rasanya.. kalau minum minuman sejuk mungkin banyak punca angin.. tetapi.. kalau layan teh panas.. kurang rasa angin.. tetapi KAFEIN yang ada dalam daun teh adalah punca besar kenapa ada orang yang kurang selesa apa bila minum TEH..  

Khasiat Minuman TEH.. 

Teh adalah minuman yang mengandung kafein, sebuah infusi yang dibuat dengan cara menyeduh daun, pucuk daun, atau tangkai daun yang dikeringkan dari tanaman Camellia sinensis dengan air panas. Teh yang berasal dari tanaman teh dibagi menjadi 4 kelompok: teh hitamteh oolongteh hijau, dan teh putih.
Istilah "teh" juga digunakan untuk minuman yang dibuat dari buah, rempah-rempah atau tanaman obat lain yang diseduh, misalnya, teh rosehipcamomilekrisandan Jiaogulan. Teh yang tidak mengandung daun teh disebut teh herbal.
Teh merupakan sumber alami kafein, teofilin dan antioksidan dengan kadar lemak, karbohidrat atau protein mendekati nol persen. Teh bila diminum terasa sedikit pahit yang merupakan kenikmatan tersendiri dari teh.



MITOS : 

* Jangan makan tongkeng ayam nanti jadi Mulut macam MURAI 




KEBENARAN 

"Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam,

Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam.."
Bait-bait lagu Jalil Hamid.. hehe.. 

Sebenarnya.. tongkeng ayam tinggi dengan lemak.. dannnn lemak tuuuu paling sedapp kalau dimakan.. kenyal2.. dan manis.. hehe.. bila dah jadi sate.. perghhh.. so.. korang bayangkan kalau dalam seekor ayam.. hehe.. ada satu ajer tongkeng.. hehe.. sure ler.. mak2 kita nak bahagian tu.. so.. tak nak kasi orang lain ambik.. kena ler.. cakap.. saper makan tongkeng ayam nanti mulut POKPEK..POKPEK..macam murai gegege,, 

Tetapi.. Tongkeng ayam tinggi kolestrol.. so.. tak elok makan selalu.. dan banyak.. :P.. 


MITOS : 

* Jangan makan telur ketika luka.. nanti luka gatal dan BERNANAH


KEBENARAN 

Aku pernah terjumpa seorang lelaki yang bekerja dengan pihak hospital.. dia berkaya.. :"Kak .. kalau luka ada nanah.. lagi cepat sembuh.. sebab nanah tu ayang akan buat luka cepat baik.. " aku pun berkata.. YER KER? pelik lah pulak.. tapi.. kalau makan protein tinggi boleh sembuhkan luka dengan cepat.. 

Protein akan bantu cepatkan kesembuhan luka dan isi baru yang nak tumbuh. Sumber protein daripada makanan ialah produk tenusu, ikan, ayam, soya, daging dan sebagainya. Makanan yang kaya dengan Vitamin A. Antaranya adalah telur.. 
so.. jangan takut makan telur ketika luka.. :P