Assalamualaikum.. KECOH ler.. lu mamat.. hehe.. aku kagum dengan Ibu yang sanggup menempuh dugaan dengan kerenah anaknya walaupun perkara tersebut amat memalukan beliau..
HATI IBU.. aku tak tahu sama ada aku akan cekal menjadi ibu yang terbaik macam kes di bawah atau tidak.. Sebak Aku Orlylove biler tengok gambar ni.. Senyum ajer Ibu kepada Adik Mohamad Izzat ni di kala anaknya menjadi bahan bualan semasa.. kerana perangai buruk yang anak dia lakukan.. Aku dapat rasanya suasana DEBAR perasaan IBU bila anak tak balik ke rumah ..seharian walaupun anak sudah besar panjang.. Tapi.. adik Izzat ni.. budak bawah umur lagi tu.. 16 tahun..
Memang ler.. ada orang berpendapat.. 16 tahun dah boleh dapat lesen memandu.. walaupun aku dulu pun mula memandu kereta ketika aku usia.. 13 tahun.. ehhe.. tapi dapat lesen memandu time dah besarr.. dalam 22 tahun macam tu.. hehe.. Opss.. nak citer bukan kisah aku.. kisah adik sorang ni.. yang menjadi HERO SEMALAYSIA.. ehhe..
Aku pun akan melaluinya.. tapi aku selalu berdoa yang aku akan sentiasa ada masa untuk anak-anak aku untuk melihat dan membesarkan mereka dengan Aku Orlylove menjadi TEMAN SEJATI untuk anak-anak aku....
Orlylove punya pandangan..tentang Kes yang terjadi kepada adik di atas ni..
- Mungkin anak puan di atas selalu keluar rumah di malam hari.. so.. dia tak risau tetapi.. bila tak pulang semalaman baru dia terasa GUSAR.. siap pegi report polis lagi.. setelah ramai yang cakap anak dia ilang..
- Kesian dekat pengamal perubatan ISLAM yang membantu menilik kat mana budak ni ilang.. "Mereka hanya mampu cakap.. Budak dalam keadaan selamat.. tak hilang dek hantu..".. hehe.. memang ler.. udah budak ni tido rumah member dia..
- Kalau si Izzat ni cakap.. dia takut sebab dia tahu semua orang cari dia..erm.. memang patut ler.. takut.. sampai semua orang cari..bukan hanya mak dia.. Polis.. Bomoh.. kawan2 lain.. dan 1Malaysia dah burukkan Villa yang tak bersalah tu.. hehe.. Lain kali jangan buat yer dek.. susah.. semua orang..
- 1 pengajaran untuk semua ibu bapa di luar sana.. supaya perhatikan tingkah laku anak-anak yang sedang meningkat remaja.. macam-macam mereka nak try.. time ni.. adalah time mereka ingin mencari identiti diri.. dan mencuba segala perkara yang menguji kecerdikan mereka.. so.. parents mesti jadikan anak-anak KAWAN KARIB bukan musuh. Ajak kawan-kawan anak datang ke rumah sambil sediakan mereka sedikit makan-makan.. kenal rakan2 mereka..
- Ibu Bapa kena selalu berbincang masalah harian anak.. jangan biarkan anak-anak cerita masalah peribadi mereka kepada kawan-kawan sekeliling.. Akhirnya ini ler.. jadinya..udah macam cerita.. PADA ZAMAN DAHULU..
Wallahualam.. Wasalam.. semua..