Seketol.. dua ketol.. dah nak naik macam berketol-ketol.. jerawat kat muka aku.. erm.. aku dah tau apa pasal.. sebab semalam aku baru cuba produk baru aku beli.. mungkin pasal produk tu..
Tapi.. ada orang kata pakai produk tak sesuai akan menyebabkan jerawat keluar.. dan ada orang cakap lak.. jerawat keluar sebab produk tu nak nyah toxin kan muka kita.. Mana satu betul ni..? Tolong lah.. aku baru nak cuba produk yang aku dah terpaksa dan paksa rela ni.... huhu
Tak apa .. aku kena teruskan memakai dalam seminggu ...kalau tak sesuai .. ke pakar kulit ler.. aku lepas ni..hanya pakar yang boleh tolong..
Harini aku terbaca pasal RAWATAN RESDUNG MENGGUNAKAN LIPAS.. Eeeeii.,.Geli tuhh..
Tengok gambar di bawah..
Kat bawah ni.. gambar lipas yang digunakan untuk rawatan ini.. nama dia lipas tanah..
Ni le gambar ulat yang di war-warkan ulat resdung tu.. erm.,.
Tapi.. Bila aku pikir balik..betul ker? ulat ni datang dari muka pesakit atau.. perut lipas yang kotor tu.. korang bayangkan..ulat kat atas..macam rupa cacing.. halus yang ada dalam perut lipas tersebut.. eeeiii.. geli lak satu badan aku..ni, time aku menaip ni pun dah rasa gatal-gatal kat muka..hidung.. dan pipi.. Aggh.. aku ada resdung..tetapi..
Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru.
Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.
Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak. Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.
SO,,kat mana kesahihan rawatan resdung menggunakan lipas ni.. berkesan atau kena ambik ulat yang keluar dari muka pesakit tu..kena bawak masuk lab.. untuk kaji.. samada ulat yang sama dalam perut lipas atau.. memang parasite yang di gelar "ULAT RESDUNG"...
wallahualam..
No comments:
Post a Comment