Thursday, 8 March 2018

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA DARI ORLYLOVE

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 
buat semua pengunjung ORLYLOVE Blog.. 
Hargailah diri kita sebagai WANITA yang penuh dengan tanggungjawab yang Allah beri kepada kita semua.. 



5 TIPS UNTUK WANITA.. DARI ORLYLOVE. 

1. Jangan MEMIKIR MASALAH sebagai satu MASALAH. Jadikan MASALAH yang kita hadapi sebagai satu CABARAN bagi kita sebagai WANITA untuk menempuh hari-hari yang mencabar. Setiap masalah ada cara penyelesaian. 

2. CERIA dengan SENYUMAN. Jangan kedekut nak senyum. Senyum adalah salah satu terapi diri dan cara menghargai semua mahluk di sekeliling kita. Dengan senyuman seorang WANITA mungkin boleh mengembirakan orang lain, dengan SEDEKAH yang mudah kita hulurkan akan membuat diri kita sebagai WANITA akan POSITIF dan CERIA selalu.

3. JANGAN cepat MELATAH dengan segala kemungkinan. Emosi akan terganggu apabila kita cepat MELATAH dengan BERITA NEGATIF terhadap KITA atau apa sahaja berita yang KITA terima. Menjadi PENDENGAR yang SETIA, Peneman kepada SAHABAT yang memerlukan akan memberi peluang untuk kita WANITA memberi ruang untuk rehatkan MINDA KITA. 

4. Sentiasa belajar MEMAAFKAN DIRI dan belajar memperbaiki DIRI dari Masa ke semasa. Untuk Menjadi WANITA SEJATI perlukan PENGORBANAN dari segi : JIWA, PERBUATAN dan KEIMANAN. 
5. Sentiasa RASA SYUKUR dengan apa yang ALLAH kurniakan kepada kita WANITA. Jangan terlalu ingin memiliki rasa bersaing yang terlalu tinggi sehingga kita tidak tahu menilai mana yang baik dan buruk. 
Jom layan suka suki ORLYLOVE mengubah RUPA. Janji HAPPY.. 








Agak-agak kalau jadi Cover Magazine leh laku tak magazine tu,, ?? hahahha.. Muah Cikit.. hehe.. Salam Sayang kepada semua WANITA.. 8 March adalah hari istimewa KITA.