Tuesday, 24 June 2014

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK SEKOLAH RENDAH ATAU MENENGAH SECARA ONLINE!!!

Alhamdullilah.. selesai lepas seorang demi seorang anak demam di dalam keluarga Orlylove.. Hari Jumaat ni kami Ibu Bapa dipanggil untuk mengambil Report Card anak kami si Kakak Mazwin. Berdebar lak rasanya.. tetapi lepas tahu bahawa Ibu bapa boleh buat semakan awal di dalam talian.... maksudnya secara ONLINE maa.. kurang ler.. sikit rasa debaran itu.. So.. kepada semua IBU BAPA.. moh kita check prestasi anak kita... 

Lepas korang check ONLINE keputusan anak.. bawak bertenang ok.. mana tau.. kot seronok sangat anak mendapat cemerlang .. bertuah anda sebagai ibu bapa anak-anak cemerlang.. tetapi kepada Ibu
Bapa yang melihat keputusan anak yang kurang memberansangkan.. jangan panik.. releks.. jangan nak marah-marah anak.. ok.. dia dah cuba yang terbaik dalam diri dia.. 

Anggap ini hanya percubaan dalam pembelajaran dia. jangan dok nak marah2..sangat .. sebab ini hanya peperiksaan dalam kelas... tidak semestinya anak kita yang kurang cemerlang di saat dia tahun 1-6 telah kita kelaskan anak kita GAGAL.. masih jauh perjalanan mereka yang perlu kita galas sebagai IBU BAPA yang menjadi tunggak UTAMA PENDIDIK dalam kehidupan anak-anak kita. 

Boleh semak secara ONLINE DI SINI.. HANYA MASUKKAN NO IC ANAK ANDA> 




Saturday, 21 June 2014

APA ITU SAWAN DEMAM? BAGAIMANA ATASI ANAK TERKENA SERANGAN SAWAN DEMAM?

Assalamualaikum.. Kengkawaan.. kepada yang mendoakan kesihatan anak Orlylove Rayyan Mikhael.. Orlylove mengucapkan berbanyak terima kasih.. atas doa kalian.. semoga anak saya Rayyan.. cepat sembuh dan akan menjadi kanak-kanak sihat dan riang seperti kanak-kanak lain..
Ok.. kat sini, Orlylove akan berkongsi artikel tentang  SAWAN DEMAM..
macam mana nak buat kalau tetiba anak kita di serang sawan demam.. jangan risau dan takut.. ok.. berusaha dan berserah.. jangan dengar omongan orang-orang yang kurang mahir.. yang menakutkan kita sebagai ibu yang mempunyai anak yang pernah ada penyakit SAWAN DEMAM ini..
APA ITU SAWAN?
Sawan adalah akibat dari ledakan elektrik di otak di luar kawalan yang mengakibatkan :
  • Kekejangan Otot
  • Mata Terbeliak
  • Mulut Berbuih
  • Kancing Gigi
  • Menggigil
  • Tidak Sedarkan diri dan lain-lain
APAKAH SAWAN DEMAM?
  • Sawan demam adalah sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c.
  • Ia Biasanya berlaku pada hari pertama dan kedua demam
  • Lingkungan umur ialah antara 6 bulan hingga 6 tahun
SEBAB-SEBAB SAWAN DEMAM
  • Demam terlalu tinggi. Kebanyakan berpunca daripada;
- Jangkitan bahagian atas saluran pernafasan
- atau jangkitan telinga (otitis media) dan lain-lain.
BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERLUANG?
  • YA! 30% Sawan Demam boleh berulang
ADAKAH SAWAN DEMAM MENGAKIBATKAN KECACATAN OTAK?
  • TIDAK, KECUALI...
apabila sawan berlaku melebihi 15 minit.
ADAKAH IA KETURUNAN?
  • YA!, Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil risikonya adalah tinggi.
Adakah ia boleh mengakibatkan EPILEPSY?
  • Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat EPILEPSY.
BAGAIMANA ANDA KENALI SAWAN DEMAM?
  • Badan terasa panas
  • Badan dan kaki tegang
  • mungkin terjatuh
  • mulut berbuih
  • Tidak dapat mengawal air kencing
  • Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga, juga terasa binggong seketika
  • Kemudian akan aktif semula.
APA HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANAK ANDA DEMAM?
  • Lakukan mandi berjelum
  • Tanggalkan pakaian. Pakaikan baju yang nipis sahaja
  • Berikan Ubat paracetamol sepertimana arahan doctor
  • Pasangkan kipas atau memberi udara yang baik
  • Galakan minum air yang banyak
APA HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANAK ANDA SAWAN?
  1. KITA SEBAGAI IBU BAPA HARUS BERTENANG
  2. MENGIRINGKAN ANAK ANDA
  3. JAUHKAN BARANGAN BERBAHAYA DI SEKELILING ANAK ANDA
  4. JANGAN LETAK APA-APA DI DALAM MULUT ANAK ANDA
  5. JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA BERSENDIRIAN
  6. SEKIRANYA SAWAN BERPANJANGAN IAITU LEBIH DARI 5 MINIT, BAWA KE HOSPITAL
Orlylove doakan kalian semua sihat dan faham apa yang Orlylove sharekan ini.. ini semua pengajaran untuk orlylove sendiri.. bila terlalu panic.. kita nyer emosi akan terganggu dan kita akan jatuh sakit pula nanti.. so.. bersabar dengan apa yang berlaku dan berusaha untuk membantu sebaik mungkin anak kita atau ada mangsa-mangsa sawan di sekeliling kita..

KES RAYYAN KENA SERANGAN SAWAN DEMAM EPISOD 1
KES RAYYAN KENA SERANGAN SAWAN DEMAM EPISOD 2

Penyakit lain  yang perlu kita Ibu Bapa tahu..

RAYYAN..RAYYAN..RAYYAN.. KENA DEMAM PANAS HINGGA SAWAN DEMAM Episod 2

Ok.. sambungan dari cerita Rayyan demam panas .. aku patut share apa maklumat yang aku dapat dari penerangan doctor-doctor pakar di wad Pediatric HKL.. sememangnya.. wad kanak-kanak paling baik dan ramai pakar terhebat di sana..
 
Masuk hari ke dua.. Rayyan.. sudah ramai kawan.. omak nyer..pun tak terlepas berkenalan dengan jiran-jiran katil sebelah menyebelah.. hehhe.. nama kenalan baru aku di katil bersebelahan aku.. ialah..Puan Marini.. baik orang nya.. dalam masa 3 hari..aku dah baik dan mesra dengan dia sebab banyak kisah kami kongsi bersama.. banyak persamaan.. Orlylove anak ke 2.. dia pun anak ke 2.. Orlylove ada anak 4 dia pun.. sama..Rayyan..anak lelaki tunggal dalam keluarga Orlylove.... anak Marini yang duduk di katil sebelah Orlylove pun sama..anak tunggal keluarga beliau.. nama kawan Rayyan yang baru itu nama dia Adik Amir Hamzah.. kecil lagi pun.. Rayyan hanya Hai-hai bye--bye jer.. kami mak mak yang rancak berkenalan dan bertukar nombor contact..
 
Opss.. cerita omak nyer lak .. sambung cerita Baby Rayyan,,,
 
Masuk hari ke 3.. Rayyan punya suhu badan sudah beransur baik.. sudah catat 36..37..37.. so..doctor cakap susah boleh baik esok hari.. apalagi..happy sungguh hati mamanya.. tak sabar nak melihat anak-anak lain yang dikabarkan sedang demam juga di rumah..di bawah jagaan daddy mereka.. :(
 
Ok.. kisah nama Rayyan menjadi perhatian doctor-doctor di HKL.. tu.. sebab ketika Rayyan di wadd.. ada 2 orang nama Rayyan...dan masuk 3 orang di hari yang sama.. dan wadd yang sama.. bilik yang sama..
 
Dalam bilik Rayyan tinggal.. ada 2 lagi anak kecil yang bernama RAYYAN.. amalak.. aper ni.. NAMA RAYYAN..selalu sakit ker? Doktor kecil molek depan Orlylove pun bersuara.. Betul ler.. dari haritu.. ramai sangat budak nama RAYYAN masuk sini.. RAYYAN selalu sakit ler..
 
Waaaa.. Ya..Allah ya tuhanku.. adalah aku salah letak nama anak..? aku tahu maksud RAYYAN baik.. tapi.. jangan buruk sangka dengan ALLAH.. Orlylove.. secara kebetulan sahaja..sebab ketika nama RAYYAN di pilih untuk anak tunggal lelaki Orlylove.. time tu lah..nama RAYYAN ni.. famous.. macam tu.. jugak.. ketika nama BATRISYIA famous.. bile letak nama anak BATRISYIA ajer.. ramai sangat anak nama BATRISYIA sakit.. dalam wad.. sehingga ada ustaz cakap nama-nama anak jin..(jin suka nama tu..)..erm.. lepas ni..kena refer dengan ustaz ler.. untuk kes RAYYAN pulak..
 
Ni lah kawan Rayyan yang bernama Rayyan juga ..sempat aku berkenalan dengan adik Rayyan yang petah berkata-kata.. aktif sangat macam anak aku..RAYYAN.. terloncat-loncat.. adakah nama RAYYAN semua AKTIF? bagusss.. hehe..
 
 
tengok tu.. dah sihat sikit.. memanjat nak tengok rakan bilik sebelah.. ehhehe

Hai.. saya Rayyan Mikhael.. awak siapa?
 
 Ha..ni lah nama adik Rayyan yang sama dengan anakku Rayyan Mikhael.. sampai keluar hingus anakku ini..hehe



 semangat dapat kawan nama Rayyan juga.. Rayyan di dalam satu bilik yang sama.. huhu.. demam panas juga adik Rayyan kita ni.. ada juga seorang adik Rayyan yang tidur di sebelah katil Rayyan.. tapi tak sempat nak ambik gambar sama..

Adik Rayyan ni..memang aktif.. dan hensomm..huhu

 
Wasalam...
 

 
APA ITU SAWAN?

RAYYAN..RAYYAN..RAYYAN.. KENA DEMAM PANAS HINGGA SAWAN DEMAM Episod 1

Assalamualaikum.. harini aku letih sangat tetapi masih bersyukur ke hadrat Illahi yang DIA masih sayangkan aku sekeluarga.. kerana memberi nikmat panas sejuk dalam diri aku dan anak-anak untuk kami mendekatkan diri kepada yang maha ESA.
 
Kisah Baby Rayyan sakit masih menjadi segar di ingatan Orlylove.. Aku balik dari kerja dan Hubby kata.. "Mama, tak baca SMS ker? Rayyan sakit ni.. Panas badan dia.."
 
Terkejut aku..sebab semalam.. dia segar bugar bermain dengan Orlylove.. padahal.. Orlylove yang sakit sehari sebelum Rayyan Demam panas. Tak sangka sekarang giliran anak manjaku pula.
 
Aku beri ubat demam macam biasa, sehingga malam menjelang dan sehingga pagi.. ketika tidur.. kami sekeluarga di kejutkan oleh jeritan KUAT RAYYAN.. Aku terjekut melihat anak kecil di lengan aku menggeletar dan panas suhu badan dia.. aku bangun terkejut dan terus memapah Rayyan ke bilik mandi untuk mandi.. ketika itu aku melihat JAM pukul 1.30 pagi..
 
Rayyan di serang SAWAN DEMAM yang pertama... aku sedih kenapa aku tertidur dan tidak menjaga Rayyan punya suhu... sedih sangat..aku memangku Rayyan dalam keadaan lemah sebab baru kena kejang.. badan Rayyan mengeras dan menggeletar kejang..
 
Aku mengelap dia sambil2 baring atas sofa.. tetiba jam menunjukkan pukul 3.15 macam tu.. Rayyan SAWAN untuk kali ke 2. lagi..mata dia dah ke atas dan badan menggeletar kejang.. aku bergegas mandikan dia lagi dan lap dia sebanyak mungkin..
 
 
En. Hubby masih keluar mencari thermometer di sebabkan kami punya yang lama dah hilang.. so Orlylove tak tahu berapa panas RAYYAN pada serangan pertama dan ke 2.. bila hubby balik bawak thermometer.. Orlylove terus menyukat suhu badan.. mak aii.. 39.6'c tinggi tu..sambil2.. aku mengelap badan Rayyan.. tetiba Rayyan mengeras untuk kali ke 3.. aku menangis dan membawa Rayyan ke bilik mandi untuk mandi.. dan aku lap2 badan dia.. sambil melaungkan ayatul kursi di telinga Rayyan.. aku dah rasa seram sejuk tak kena.. sebab 3 kali serangan dan Orlylove dan suami.. bertindak membawa Rayyan ke Hospital Columbia ASIA Setapak sebab dekat dengan Rumah.. ingatkan senang dan dekat.. tapi..
 
 
DOKTOR COLUMBIA ASIA KATA : Erm.. Anak awak sawan.. kami tak ada doctor pakar time ni.. lagi pun dia kena buat Brain Scan.. so.. macam mana.. (sambil tu..nurse di situ mengambil air dan basahkan kepala dan badan Rayyan yang sedang panas.. )...so.. boleh kita refer awak ke HKL?
 
So.. hadiah dari COLUMBIA ASIA untuk kami.. adalah sehelai sarung bantal yang membalut badan Rayyan sebab kami tertinggal kain tuala dalam kereta..
 
 
 
 
dalam hati ORLYLOVE.." OO.. macam ni.. yer HOSPITAL MAHAL-MAHAL ni.. orang MISKIN macam kami tak nak layan.. banyak alasan okler.. tak kisah.. janji anak kami selamat.. kami kena bayaran RM16.50 atas urusan pendaftaran dan urusan nurse memberi kami sarung bantal mereka untuk buah tangan.. hangin aku satu badan.. aku rembat ajer.. kalau korang nak sarung bantal ni.. korang PM aku.. hokey..
 
 
Kami pun memecut laju ke HKL.,. dapat rawatan memang terbaik.. semua doctor dan nurse bergegas membantu RAYYAN.. aku dengan tenang..ketepi memberi laluan untuk doctor buat tugas dia..dan team2 HKL..yang aku kagumi sangat..ketika kami sampai JAM MENUNJUKKAN.. pukul 4.30 pagi.. mata semua petugas HKL semua segar2.. tidak macam doctor di COLUMBIA ASIA SETAPAK yang aku jumpa kejap tadi.. mata bengkak2.. pedih kena ganggu dek aku.. harap makan gaji bute ajer.. 
 
Setiba di bilik wad.. en. hubby kena tinggalkan Orlylove dan Baby Rayyan untuk mengejar anak kami yang di tinggalkan sedang tidur di rumah.. kejamkan kami.. tapi..korang bayangkan tengah panic.. JAM 4 pagi.. tiada jiran yang buka pintu.. kami tawakal tinggalkan anak2 lain sedang tidur.. dan hubby balik dalam jam 5.30 pagi.. untuk bangunkan Mazwin dan Sara. ke sekolah..
 
AKU dan Doktor terkejut.. dengan JERITAN Rayyan yang sedang menyusu badan.. tetiba.. menjerit.. kejang lagi.. di kena serangan SAWAN DEMAM di depan team HKL pulak.. panic aku dan nurse semua.. tapi mereka cekap.. sangat.. doctor pesan jangan panic.. biarkan Rayyan atas katil sambil mengerengkan dia..
 

 
sedang mendapat rawatan setelah kena SAWAN untuk kali ke 4 ..

 
Kesian Rayyan.. letih dan tak sedar..sedang tidur..

 
lepas Jam 7.30 pagi.. selepas Rayyan tertidur..setelah kena serangan sawan ke 4.. Rayyan bangun dengan segar macam dah sihat.. makanan sampai dia lapar sangat sehingga Orlylove nak suapkan dia.. tapi Rayyan nak makan sendiri..


 
seronok hati Orlylove.. tengahari sikit..dia dah ok.. Orlylove bawak Rayyan jalan-jalan ke kedai membeli apa yang dia nak makan dan minum.. Nampak tu.. semangat menghirup air ribena.. sluupppp.. alamak.. hingus.. dah meluncur lajuuu..


 
Masuk hari ke 2.. badan Rayyan masih panas.. demam panas Rayyan menyerang apabila lagi buta.. Orlylove syiok-syiok tidur.. Nurse mengelap badan dia dan mengejut Orlylove.. sebab suhu badan Rayyan naik 39-40 lagi.. Ya Allah .. sembuhkan lah penyakit anak kecil ku..Rayyan..


 
Muka dah sihat sedikit..dah boleh bermain.. dan tersenyum..

 
Sambungan Kisah.. Baby Rayyan.. lepas ni.. tunggu..
 
 

Friday, 20 June 2014

Orlylove's SIGNATURE COFFEE DESIGN..

Assalamualaikum.. Kengkawan.. Hari ini Orlylove nak share kemahiran semulajadi Orlylove dalam seni kreatif..hehehe.. Orlylove akan  terasa bertenaga apabila meminum KOPI atau seangkatan dengannya.. Nescafe ker.. Kopi.. buatan ker.. Kopi original dari biji kopi ker.. huhu.. tapi..mahal ler.. sikit.. nak minum tak leh selalu..parah..kekeke.. Korang nak tengok tak hasil tangan Orlylove.. Meh.. layan.. 














Gambar di atas semua terror sangat.. Orlylove baru nak try-try.. buat coffee sendiri di office ni ha.. dok minum hari-hari sama.. ajer.. AKAQ bukan Barista yang teror seperti gambar di atas.. kalau korang nak tengok koleksi design Coffee ORLYLOVE.. HANYA DI BAWAH.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ok.. kengkawan selamat mencuba.. kalau nak belajar.. kena pergi kelas menjadi BARISTA.. baru leh terror.. macam coffee house.. terkenal nun.. okies.. caoowww.. cinnn cawww.. Wasalam.. 


Friday, 13 June 2014

Lepas Coklat Bihun Pulak.... Nasib baik JAKIM cepat bertindak..!!

SORRY lambat Update.. Orlylove BZ sangat dengan kehidupan seorang ISTERI dan IBU dan PENCACAI MAJIKAN.. 

Kisah JAKIM serbu pihak-pihak Kuwang ajaq ni memang kena balun dengan hak sebagai pengguna ISLAM.. tapi.. macam Orlylove dah pernah kata di entry-entry dulu-dululer.. 

pasal HALAM HARAM.. di MALAYSIA ni.. kena di BADANKAN.. bukan hak KERAJAAN untuk dipolitikkan.. sama seperti SPRM, PEGUAM Negara dan yang lain-lain ler.. HALAL JAKIM kena duduk di bawah PIHAK BEBAS.. tidak boleh ada halangan dari mana-mana pihak MENTERI, PERSEORANGAN Berkepentingan atau apa sahaja yang boleh mengganggugugat HAK ORANG ISLAM dalam HAL HALAL HARAM MAKANAN. 

Korang tengok ler.. kecekapan pihak JAKIM menangani masalah ADUAN RAKYAT.. lepas dapat kencaman HEBAT di media SOSIAL.. semua pihak bergerak.. KES selesai dalam SATU 1 .. lepas tu.. KES di buka semula.. kata kejap HALAL ..kejap HARAM..

Kasi hati RAKYAT beragama ISLAM hangin satu badan dengan pihak JAKIM.. so.. secara peribadinya.. Kerajaan kene BEBASKAN Badan HALAL JAKIM ini untuk lebih berkesan dan TELUS.. 

Banyak lagi Barangan Makanan yang diragui dan kalau nak tunggu JAKIM serbu atas aduan .. memang kita Umat ISLAM MALAYSIA ni.. hidup dalam keadaan WAS-WAS ajer ler.. 

Nak kuatkan rasa HALAL.. Kena cakap.. dalam DIRI.. 

"OK.. AKU TAK WAS-WAS,, sebab ramai ORANG ISLAM MAKAN..Ramai Tok-tok KEPIAH makan.. RAMAI Perempuan Bertudung..MAKAN.. " 



Aper pun TAHNIAH dan SYABAS kepada JAKIM kerana BERTINDAK tetapi.. apakah tindakkan seterusnya.. ? adakah sekat perniagaan dan rampas barangan yang ada di pasaran atau,, kasi gertak ajer..?

Orlylove bercadang JAKIM kena ada 1 saluran TV percuma tentang barangan-barangan yang HALAL dan tidak.. so.. kalau kita boleh tengok tiap-tiap hari Update di TV.. ramailer..makcik-makcik yang tidak ada internet atau telefon boleh menonton RANCANGAN JAKIM.. HALAL.. 

BETUL TAK?



Wednesday, 11 June 2014

Semangat apabila dapat bertemu dengan IBU SUSUAN mereka.. teruja sungguh..

hehe.. Tengok tajuk seram ajer..kan..hehe.. 

Baru-baru ni.. Orlylove berjalan-jalan dengan anak-anak kesayangan ku di sebuah pusat membeli belah di Ipoh perak.. 

Sambil berjalan.. ternampak expo tentang SUSU.. apa lagi, anak-anak ku berlari pantas ingin menemui Ibu Susuan MEREKA.. jom kita LAYAN gambar yang sempat di rakam.. penemuan yang akan hiba dan menggembirakan mereka.. apabila bertemu dengan IBU SUSUAN mereka.. dari kecil hingga lah kini. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.



agak-agak Mazwin sedang berangan menjadi MODEL Produk Tenusu.. Ibu SUSUAN nya.. hehe.


 Nak merasa perah susu sendiri..tapi apakan daya.. Susu dah kering menjadi KEJU..hehe..

Masih kecil .. tak mengerti erti mana Ibu SUSUan..hehe.. Rayyan hanya tahu yang dia ada seorang IBU yang di kasihi SAHAJA..huhu

pening cari mana IBU SUSUAN SARA.. hihihi


tengok tu.. aksi Qalesya.. asyik tak puas hati ajer dengan KAKAK SARA.. grrrrr


"SAYA BANGGA JADI ANAK MAMA " 


Gempar.. Sepasang Suami Isteri ada anak seramai 22 orang di PERAK

Assalamualaikum.. Semua kengkawan Orlylove.. today I nak cerita sikit pasal keluarga Besar dalam keluarga ORLYLOVE.. maksudnye.. Orlylove share famili besar dengan Hubby sebab berkahwin dengan Hubby lah.. korang tak paham yek.. begini ceritanya.. 

Pada suatu hari.. I berkenalan ler dengan seorang lelaki yang ada nama WAN ... 

Asal Kuale Kangsor..udah kene le teman...kampung Orlylove di Kuale gak..ermm..Bila dah kenal .. rapat..kecoh satu famili besar Orlylove bercinta dengan Cucu Wan Su dan Wan Rahman.. anak 22 kuale kangsar.. siaper tak kenal.. kata mereka.. yang mengenali keluarga WAN ni.. so.. tak yah pikir panjang.. Allah dah jadikan jodoh.. berkahwin ler.. Orlylove dengan Kerabat Wan ni.. yang berketurunan anak ramai.. korang tak caya.. ? tengok gambar kat bawah nanti.. k.. 

Korang HADO? .. hihihi.. 

Anak seramai 22 orang telah di kurniakan Allah kepada sepasang suami isteri yang menetap di Kuale Kangsar Perak....Atuk Wan Rahman kami hanya berkahwin seorang ISTERI.. sahaja.. tau.. 

Sekarang Adik beradik bapa mertua Orlylove ni.. tinggal 16 orang sahaja yang masih ada.. 

Cucu dan cicit.. seramai.. seperti gambar di bawah.. tapi.. masih ada yang tidak dapat hadir di sebabkan tugas yang diwajibkan kepada mereka.. 

Baru-baru ini.. Hari Warisan ke 4 keluarga Wan telah di adakan.. 



                                       
Dalam gambar di atas,, anakanda ku gegirl semua dok bermandi manda macam ikan duyung dalam kolam nun.so..mereka tiada.. Orlylove.. duduk di dalam gambar yang sedang mendukung Baby Rayyan.. AKAQ pakai tudung shocking pink.. cer teka yang mana.. hehe.. 


Tahun pertama Sambutan Hari Warisan Keluarga Wan 
Orlylove tak join..sebab belum kawin dengan Anak Teruna Keluarga Wan ni.. baru tunang2.. gitu.. huhu






Tahun Ke 2 Sambutan .. Ha..time ni.. Orlylove baru masuk dalam famili ni.. so.. anak belum ada.. kalau korang nak kenal yang mana satu Orlylove.. time ni.. erm.. kita kasi kenal ok.. 

Cari Orlylove.. tersembunyi..ok.. 

1. Seorang Wanita
2. Berambut panjang dan ada kaler-kaler sikit ler.rambutnya.. hehe.time dulu-dulu.. 
3. Pakai baju wanita mengandung.. sebab time ni.. tahun pertama perkahwinan.. so.. baru mengandung anak pertama.. hehe.. 
4. DAPAT Tak?.. kalau tak dapat.. agak-agak dah nak pakai spek ler tu.. hehehe.. 



Antara Aktiviti yang di lakukan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama Famili..



Kaum famili dari Medan, Indonesia





Salah seorang yang cun di dalam gambar di atas.. adalah adik ipar Orlylove.. masih single.. so.. saper yang berkenan.. sila.. PM ok.. hehee.. 



Orlylove bertuah diberi peluang untuk mengenali mereka semua.. korang bayangkan.. dulu time mula-mula kenal famili WAN ni.. Orlylove akan bersalaman lebih dari 50 orang sekali jalan.. hehe.. udah rasa macam RETIS lak.. hehe.. gurau jer komeeyy.. hehe..