Thursday, 29 October 2015

ANAKKU dah KONVO.. TAHNIAH..ANAK-ANAKKU..

Tarikh keramat 29 October 2015 ..anak ku Maisara dan Qalesya telah menyempurnakan Sijil pertama mereka dalam akademik.. di Tadika KEMAS..aku mula-mula macam susah nak hadir sebab cuti dah tarak.. bile kenang balik.. tak baik lak.. sebab ini hari bahagian anak-anak.. so..aku gagahkan hadir juga.. tapi.. memang berbaloi sebab aku dapat rasakan hati gembira anak-anakku.. bila mamanya dapat turun sama.. 

Papagi dah hantar kakak Mazwin ke sekolah dan terus siapkan Arissa Maisara dan Qalesya Mahirah.. Semalam aku dan hubby rushing gi beli Kasut mereka.. walaupun cikgu suruh pakai kasut raya sahaja.. tetapi.. aku tetap nak belikan baru.. kasi mereka gembira.. 

Aku tak belikan baju baru..just pakai baju raya sahaja.. dan macam biasa ler.. Aku akan pakai baju yang ada di gerobokku.. sedihnyaa.. tapi tak aper...jangan membazir.. itu pun dah cantikdah.. aku rasaler.. kikiki

Meriah jugak konvokesyen mereka.. yang dibuat di kampung pengantin PV128 ni.. Dulu.. Akaq... Konvo pertama di Dato' Keramat.. anak KEMAS gak ler.. sebab itu ajer mak apakku.. mampu.. tapi sekarang KEMAS dah diperbaiki dan pembelajarannya mengikut arus semasa.. terbaik.. 


Omak ngan apak nak berselfie sebelum anak-anak hehe..



Free Gift..kekeke..

 Ok.. anak mama dah siap.. Comel nyer.. anaks mama ni.. 




Cool.. jangan gugup ye.. ambik Scroll ajer pun.. hehe.. 



Di sempurnakan oleh Naik Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.. 
Ybhg Dato' Hamdan Mohd Yusof.. 


Bersama Mantan Wanita UMNO Wangsa Maju


Selesai.. sudah.. jumpa lagi tahun hadapan.. sebab Qalesya masih Tadika.. Maisara sahaja.. masuk tahun 1 .. 






Jemput kakak dari sekolah.. semangat dia tunjuk kertas peperiksaan dia yang dapat 98 % itu.. Tahniah Kakak.. semoga kakak jadi anak yang Solehah.. ok.. 



Mama kena pakuk lagikkk.. tak habis-habis nak beli TELUR tu.. grrrrrr,, hehe.. janji anak happy.. 

Friday, 16 October 2015

SYAKIRIN OH SYAKIRIN ..SIARAN HARIAN METRO TV

INILAH HASILNYA.. 

Teruskan berjuang Syakirin.. 
Teruskan Berniaga Kak Nieza
Teruskan mencari kebenaran Nurul Harian Metro
Teruskan berkhidmat Puteri UMNO Wangsa Maju...

Bukan niat nak mencari Publisiti
tetapi sekadar berkongsi rasa hati..



Wednesday, 14 October 2015

ORLYLOVE MELETOPSSSS.. SEKALI LAGI.. SYAKIRIN HEBAT

Alhamdullilah.. bukan niat di hati Orlylove nak mencari publisiti murahan tetapi.. sekadar mahu berkongsi kisah gembira.. setelah kisah Syakirin menjadi VIRAL.. 

Ramai yang memberi sokongan dan pujian kepada Syakirin.. sebab sikapnya yang pemurah dan murah dengan budi bahasa.. sebagai seorang OKU.. Syakirin telah membakar semangat ramai orang diluar sana yang sempurna tetapi kerap mengeluh dengan kekurangan diri dan rezeki yang Allah telah turunkan untuk kita.. 

Semestinya ramai yang berbangga dengan Syakirin bukan kerana dia kurang kemampuan dari segi kewangan .. makanan dan pakaian.. tetapi.. ramai yang berkongsi dan memuji sifat peribadi Syakirin yang MULIA.. di sisi Allah.. Suka membantu orang.. suka tersenyum dan menyapa orang lain.. Suka BERSEDEKAH.. dan Suka gembirakan orang lain.

Sejujurnya.. ketika Orlylove memuat naikkan kisah Syakirin ini, Orlylove tidak mengenali Keluarga Syakirin walaupun satu Taman.. sebab dia duduk di blok C dan Orlylove di blok yang lain.. 

Ada juga terlintas bahawa, betulkah tindakan Orlylove ni.. takut-takut keluarga dia terasa pula .. tetapi.. percayalah.. Ikhlas dari sanubari Orlylove.. bukan untuk sentuh kisah keluarga Syakirin.. tak kisah ler.. Syakirin ni.. anak orang kaya ker.. anak orang sederhana ker.. cukup segalanya ker.. tetapi.. Orlylove Bangga dan puji sifat dia menjual Sandwich di dalam LRT tanpa rasa malu.. 



Bukan nak bangga diri.. tetapi cuma nak share dengan semua rasa gembira Orlylove ini.. Sepanjang orlylove memuat naikkan status ini.. tak terlintas bahawa kisah Syakirin ini akan menjadi POPULAR dalam sekelip mata.. dan sehari sahaja.. Orlylove dihujani dengan likes hingga cecah 30K++ dan Share sehingga 20K.. 

Memang rasa LUAR BIASA .. kerana sepanjang Orlylove mencoretkan kisah diri selama..ini. tiada siapa pun ambik peduli.. kadang-kadang satu LIKE pun tiada.. tetapi memang Allah nak duga.. 

Dengan KISAH SYAKIRIN HEBAT.. amat luar biasa bagi Orlylove.. Memang tidak menduga perkara ini menjadi besar.. dan ada kuasa yang menyebarkannya sehingga cecah 59K LIKES sekarang.. di FB Orlylove.. RAJA NORLI AKMA

Bukan niat di hati nak glamor dengan cara ini.. sudah menjadi lumbrah harian Orlylove ketika berada di dalam LRT... suka sangat tengok gelagat pelbagai lapisan masyarakat.. dan cuba share dengan semua rakan-rakan Orlylove di FB.. 

Ramai yang ingin menyumbang dan Orlylove akan usaha sampaikan.. 






semoga kita yang dianggap sempurna merasa malu dengan SYAKIRIN.. dan marilah kita cuba berubah demi Allah S.W.T

Wasalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Selamat Menyambut Tahun Baru ISLAM..1437H.. semoga tahun ini akan memberi sinar baru dalam diri kita.. 


SOROTAN KES SYAKIRIN..

Sorotan Kes Syakirin.. just nak share gambar-gambar kenangan sahaja.. Orlylove bawa satu team Puteri UMNO Wangsa Maju untuk bertemu Syakirin Lelaki Hebat... untuk beramah mesra dan memberi kan sedikit sumbangan kepadanya.. 

Pagi dalam jam 9 pagi kami semua bergegas ke Taman Melati LRT station untuk bertemu dengan Syakirin dan wartawan Harian Metro untuk ditemuramah.. 

Orlylove juga menyumbangkan sedikit Wang Sumbangan pembaca di FB Orlylove yang sanggup memberi sumbangan.. pada asalnya duit itu nak beli Kasut untuk Syakirin.. tetapi.. nasihat banyak pihak cakap jangan sebab nanti dia tak pakai.. bila Orlylove tanya sendiri tuan punya badan.. BETUL.. dia cakap jangan sebab dia tak selesa.,. 


Bersama tokey punya Sandwich.. Kak Nieza..
















Monday, 12 October 2015

Happy Birthday Mak.. yang ke 64 Tahun.. Muahh Opah...

Alhamdullilah dapat kami adik beradik berkumpul di Birthday Mak yang ke 64 tahun.. Mak seorang Ibu tunggal yang tidak pernah mengeluh dengan kehidupannya.. Happy Birthday mak.. tak dapat besar majlis nyer.. sebab atas permintaan mak sendiri nak majlis sederhana sahaja.. kek semestinya nak melayu sahaja.. dan Tempat makan kena dekat dengan rumah.. hehe.. so.. kawasan rumah tak ada hotel 5 bintang.. so.. restaurant pun cantik dah..

kami sambut.. Birthday mak.. dengan Anak buahku.. Megat Haidir Shahidan..sebab sama tarikh.. 12 Oktober 2015.. 





10 orang cucu OPAH.. Orlylove nye portion dah cukup.. adik lelakiku yang kena tambah lagi.. hehe.. kasi cucu OPAH.. jadi 20.. 




Happy Birthday Kakak Batrisyia Mazwin yang ke 8..

Alhamdullilah.. semangat kakak bila ada orang nak sambut birthday dia.. ok.. untuk tarikh 10.10 ni.. memang istimewa sikit..sebab dia anak pertamaku.. mula-mula bawa kakak ke Majlis Sukan Malaysia.. sama tarikh dengan Tarikh lahir kakak..

Lepas tu..esok nyer.. lari ke Midvally lak.. sebab ada program pencinta alam dengan Acu Zalikha dan kita buat Cut Cake di sana dengan kanak-kanak yang hadir... simple-simpel ajer... bebudak ni..janji ada kek.. mereka dah happy dah.. huhu

Malam .. bawa Rakan ku Nordimah dengan Famili ker Flaming Steamboat.. hehe.. makan Free bedal ajer ler.. labu.. dapat gak kakak sambut Birthday dia kat sana gak..


layan satey station sambil main ping pong dengan geng hubby..
harga Rm69 untuk 30 cucuk satey..RM1.60 sebatang.. jangan tak rasa.. 




Pepagi carik motor Ketua Puteri..kita kasi ambik gambor dulu.. hehe..

Nak hadiah anak motor gini.. masih kecik.. so..ambik aura dulu.. mama dari dulu terigin sangatt.. tapi dah tuo ni.. abaikan jer ler..


Acara sukan Rakyat.. kakak main Congkak dengan member dia.. 

Esok nyer.. 11hb.. pepagi dah ke Midvalley.. 




Kelas gini.. nak masuk dalam RM50 sahaja.. tapi kali ni.. ada sponser dari Midvelly sendiri..






Hasil kerja.. mereka.. Leaf Stamping..


Rayyan dengan Kakak MIA.. 








Malam sambung makan Steamboat.. di Flamming Steamboat.. Danau Kota..