Setiap kali aku pergi jumpa doktor untuk mengadu masalah sakit aku.. aku selalu mengadu kat doktor yang aku sakit semua tempat.. sengal-sengal sendi.. kebas kaki dan tangan, sakit belakang, sakit tapak kaki.. semua tempat sakit... Doktor akan buat muka blur sebab kat mana yang dia nak focus untuk tolong aku.. hihi..
Ok ler.. doktor.. hari ini saya nak doktor check kaki saya, kenapa tumit saya sakit sangat dan lenguh yang teruk macam berjogging ketika jalan kaki.. bukan jauh.. setiap hari saya hanya kena jalan 2 KM untuk pergi balik dari rumah ke tempat kerja.. huhu.. tapi tak leh kurus-kurus gak.. itu pun masalah gak.. erm.. hihi.. today issue is foot..bila aku call pakcik google dia cakap.. tumit aku problem.. dah haus.. isk..isk..isk.. udah macam tayar kereta lak.. hehe..
Doktor pun nak carik pasal ngan AKU ORLYLOVE.. dia kata.. aku kena kurangkan berat badan.. sebab kaki aku menanggung beban yang berat.. so.. itu sebab dia sakit..
Hey... Doc..(nasib baik bukan dog..hihi)...agak-agak ler.. nak berkata.. cakap.. siang pandang-pandang.. cakap busukk macammm niii.. kang tak nak bayar consultant fees cost baru tau.. ehhe.. ok..ok.. aku surrender aku kena kurangkan berat badan.. tapi.. kalau dah kurang sakit gak .. macam mana.. ? tolong ler.. kasi solution yang best sikit.. bila aku call makcik Googlesss.. aku.. baru aku tau.. aper nak buat .. TUKAR KASUT yang aku pakai.. korang tak caya.. meh kita kaji sesama.. aku bab mengkaji ni.. sorang-sorang tak best.. hihi
Sebelum aku teruskan mengkaji.. aku nak kasi tau korang yang .. aku ni.. kalau pilih kasut.. benda pertama aku buat adalah..
Mata cakap cantik.>Check price tag>cuba pakai>If Selesa beli if else Carik kedai lain.. hehe..
itu ler.. kaedah .. kalau orang tak KAYA.. huhu
KENALI JENIS KAKI KITA > AKU Orlylove.. Rahsia tak nak kasi tau.. hihi
Senang jer nak buat ujikaji ni.. korang basahkan tapak kaki.. lepas tu pijak dengan kaki ayam dekat atas sekeping kertas warna gelap.. aku ambik kotak yang warna coklat tu.. ala.. kotak bekas TV samsung 40 inci yang korang beli .. tu.. kan..kan.. lepas tu aku penyekkan kat lantai..hihi.. lepas tu.. tapak kaki basah-basah tu..korang pijak ler.. atas kertas kotak tu.. nampak ler.. kesan tapak kaki korang yang lekat kat kertas kotak tu..
lepas tu.. korang tau ler.. aper jenis kaki korang.. heheh.. ni cara tradisional.. aku ajar.. kalau korang nak buat sendiri.. kalau jumpa doktor.. dia ada ler alat yang korang kena pijak.. nak check.. jenis tapak kaki korang..
So.. bila dah tau masalah kaki, aku kenalah usaha membeli kasut baru yang sesuai atau aku kena pakai ini ajer ?.. Kalau korang ada cadangan kasut aper yang selesa untuk aku pakai tiap-tiap hari.. leh ler.. singgah kat comment ..Sayang korang.. Eh.. kasut aper yang korang pakai untuk berjalan kaki tiap-tiap hari ke office.. share ler..
Ada ker kasut yang selesa, sesuai untuk pejalan kaki.. dan MURAH.. ha.. itu penting.. hihi..
NAK TAU MASALAH KAKI ?
ANTARA JENIS MASALAH KAKI:
- Rengsa pada otot-otot labu
betis kaki
Individu yang menderita masalah
ini biasanya mengadu rasa sakit teramat
sangat apabila mereka mula
memijak lantai selepas bangun tidur. Atau,
beberapa langkah pertama selepas
duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa
sakit ini berkurangan apabila
melakukan aktiviti.
Otot-otot labu betis terletak
pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit.
Masalah ini boleh menjadi semakin
serius dengan pelbagai aktiviti yang
menyebabkan tekanan pada tendon.
Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama
pelari jarak jauh. Antara sebab
berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut
yang salah, kecederaan pada
tendon dan kecacatan tulang tumit.
- Bunion
Bengkak pada sendi antara ibu
jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan
yang timbul ini menyebabkan ibu
jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain.
Bagaimanapun, masalah yang paling
kerap dialami oleh hampir kebanyakan
wanita ini disebabkan pemakaian
kasut yang ketat. Selain itu, ia juga disebabkan
radang sendi dan kelainan pada
fungsi kaki. Antara gejalanya ialah radang,
pembengkakan dan kesakitan pada
sisi permukaan ibu jari.
- Kematu
Pembentukan sel-sel kulit mati
yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia
berlaku sebagai satu tindak balas
bagi melindungi kaki akibat tekanan yang
berlebihan dan geselan. Kematu,
biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak
kaki atau bahagian bawah ibu jari
kaki. Masalah ini biasanya disebabkan
pemakaian kasut bertumit tinggi,
kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang
itu berjalan. Selain itu, tapak
kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu
dalam dan kehilangan lemak-lemak
pada bawah tapak kaki juga punca
seseorang itu menghidap kematu.
- Belulang
Seperti kematu, belulang terjadi
akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki.
Ia akan menebal dan lama-kelamaan
menjadi keras. Ia terbentuk pada bahagian
atas sisi dan hujung jari. Amat
menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia
sering tergesel dengan kasut yang
dipakai. Belulang disebabkan oleh pemakaian
kasut yang ketat, kasut tumit
tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat
atau kecacatan pada jari kaki.
- Tapak kaki rata
Ia merupakan masalah biomekanikal
yang berlaku semasa seseorang berjalan.
Pergerakan semasa berjalan boleh
menyebabkan tekanan yang ekstrem atau
radang pada tapak kaki. Mereka
yang mengalami masalah ini tidak merasai
ketidakselesaannya pada masa yang
sama atau langsung tidak merasainya.
Tetapi, apabila gejalanya mula
timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.
- Sakit tumit
Gejalanya dialami pada awal pagi
atau selepas berehat dalam jangka masa yang
lama. Ia juga antara masalah yang
paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat
badan terpaksa diampu pada tumit.
Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan
tekanan pada bahagian tersebut
dan ketidakselesaan yang amat sangat. Dua
jenis masalah tumit ini ialah,
sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom
sakit tumit berpunca daripada
tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit
kasut yang rosak atau peningkatan
aktiviti secara tiba-tiba. Manakala, plantar
fasciitis disebabkan oleh tapak
kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang
dan menyebabkan timbulnya rasa
sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak
kaki.
- Metatarsalgia
Kesakitan nyeri yang dirasai pada
tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian
bawah tapak kaki berhampiran jari
kaki. Masalah yang juga paling kerap ditemui
ini boleh menjejaskan sendi-sendi
dan tulang-tulang pada bahagian tersebut.
Kasut yang tidak sesuai atau
kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini
tertekan. Ia menyebabkan
seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali
gus, menyebabkan kesukaran ketika
berjalan kerana rasa tidak selesa pada
bahagian tersebut.
Selain itu, pemakaian kasut tumit
terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai
aktiviti lasak tanpa menggunakan
kasut yang sesuai juga boleh menekan
bahagian ini. Peningkatan usia
yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian
tapak kaki menipis, juga
menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada
bahagian tersebut.
- Plantar fasciitis
Radang yang disebabkan regangan
pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan
secara keterlaluan, menyebabkan
rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki
dan tumit.
No comments:
Post a Comment