Assalamualaikum.. Semua geng ORLYLOVE..
Sebelum orly memulakan bicara tentang MY BFF .. ORLYLOVE nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 MALAYSIA
SUDAH 57 TAHUN KITA MERDERA ..DENGAN DOA YANG TULUS IKHLAS.. SEMOGA MOTO KALI NI DAPAT MENYENTUH HATI SEMUA KAUM DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA...
MARI KITA SAMA-SAMA KIBARKAN JALUR GEMILANG UNTUK MENYEMARAKKAN SEMANGAT KITA UNTUK CINTAKAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA..
Ok.. Orly Mulakan dengan KAMI 6 SAHABAT..
Aku dan kesemua sahabat aku ni.. tinggal berdekatan dengan rumah aku.. kami dah berkawan lebih dari 29 tahun lamanya.. korang bayangkan time aku kecik sampai besar ler..
Aku.. Zarina, Sabariah, Lyza, Imah dan Laili..
Aku mula-mula kenal dengan Zarina di sebabkan rumah aku betul-betul belakang rumah dia.. Kami sama-sama main basikal dan roller blade .. time tu..
Aku, Sabariah dan Laili.. satu kelas dari tahun 1-3.. di sebabkan Sabariah Cerdik.. kami berpisah kelas.. tinggal ler.. Aku dan laili satu kelas sampai tahun 6..
Aku, Imah dan Zarina.. tidak pernah satu kelas..
Korang paham dalam2.. tau susun atur kelas Orlylove ni.. jangan confuse..hehee..
Dari 1 sekolah.. ke satu sekolah.. Kami di tempatkan 1 sekolah lagi.. untuk menduduki Tingkatan 1-5..
Bermulalah kami sehati sejiwa di sebabkan kami jadi GENG BAS SEKOLAH..
Tiap-tiap petang kami akan lepak bersama.. berkumpul di satu bukit.. cerita.. dari A-Z sambungan kisah harian..
Aku memang rindu saat tersebut.. tiap2 bulan.. kalau ada sesiapa punya birthday.. kami akan bawa makanan dan kek.. di atas bukit.. kami akan menyambutnya bersama.. ssoooo.. sweet time tu..
Kami sudah macam adik beradik..berenam..
Tahun yang paing menyakitkan apabila kami berenam berpisah untuk pertama kalinya.. di sebabkan kami semua masuk UNIVERSITY .. yang paling best.. usaha kami buat study group tiap-tiap malam.. membuahkan hasil apabila kesemua kami memperolehi pangkat 1.... huhu...
Lepas habis belajar.. semua kami menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing..,.
Lyza sudah berpindah ke Qatar
Laili sudah berpindah ke Seremban,
Imah beli rumah di Serdang
Sabariah sudah ada rumah di Sungai Buluh
Zarina dan Orly sahaja selalu berjumpa di sebabkan rumah kami berdekatan
Di mulakan dengan Lyza...Laili.. Sabariah.. Aku dan Zarina.. yang terakhir,.. Imah.. masih single.. cepat kengkawan.. kalu nak kenal.. Imah..please call me.. I can arrange the date for you.. hehhe.. ni bukan jual kawan hokeeyyy.. ni nak tolong korang.. hehee..
Ok.. banyak lagi sebenarnya.. kisah kami akan aku share.. tetapi.. tahun 2014 adalah tahun tragis bagi MALAYSIA di sebabkan banyak perkara buruk berlaku dalam tahun ini.. tetapi.. tahun 2014 adalah tahun paling MANIS untuk ORLYLOVE.. disebabkan aku dapat menyatukan balik hubungan lama untuk MEKAR kembali..
DARI KIRI - Zarina, Sabariah, Orly, Imah, Laili dan Lyza |
SAYANG KORANG KETAT-KETAT.. DOA SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA.. Kengkawan..
Semoga pertemuan ini adalah titik permulaan untuk kita bertemu kembali untuk sekian kalinya.. dan harap kita akan kerap berhubung di alam maya ..
REUNION GENG LAMA
Lepas-18-tahun-bertemu-kembali sayang
No comments:
Post a Comment