Dahulunya.. sayalah orang yang paling suka menghentam KERAJAAN
Dahulunya..sayalah orang yang paling suka merasa rendah diri dengan kehebatan orang lain..
Dahulunya sayalah yang selalu rasa HIDUP ni susah.. tetapi... bila kita cuba kekal POSITIF.. Alhamdulilah.. segalanya berubah..
Bukan saya kata saya HEBAT tetapi..
sama-sama kita BERUBAH MENJADI MANUSIA HEBAT.. semuanya Kerana Allah S.W.T..
APABILA melihat orang lain lebih.. dan KITA akan rasa kekurangan kita.. so..
KITA cuba UBAH DiRI dari berlumba dari MEMBENCI DIRI . tetapi.. kita usaha untuk mengubah kedudukan kewangan kita... itu yang ORLYLOVE LAKUKAN..
UNTUK KEKAL POSITIF..
SEGALA yang kita PIKIR ITU MASALAH .. kita tukar kepada CABARAN
Segala yang kita PIKIR itu kekurangan .. kita cuba atasi segala KEKURANGAN
Kalau kita rasakan diri kita SUNYI.. kita tiada kawan.. kita berboraklah dengan ALLAH.. sebab HANYA ALLAH sahaja yang boleh dengar segala keluahan kita..
Kalau dok pung pang.. keluh macam2 dengan member .. bosan gak mereka.. nanti kita pulak yang diburukkan.. sebab manusia ni.. rambut sama HITAM.. hati lain2..
Sama2lah kita UBAH diri kita ke arah yang terbaik.
Salam Sayang buat SEMUA.. KEKAL POSITIF.. nanti Allah dekatkan diri kita dengan perkara-perkara yang POSITIF.. Segala kekurangan yang ada dalam kehidupan kita adalah berpunca dari diri kita sendiri.. TUKAR..UBAH dan CHANGE.. huhu..
Baca hadith sahih di bawah untuk kita KEKAL POSITIF..
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Beberapa faedah dapat dipelajari dari hadis yang mulia ini. Antaranya adalah kita wajib meyakini bahawa naik turun harga sesuatu barang itu berlaku atas ketetapan Allah, kerana Allah adalah Pengatur seluruh urusan. Seorang mukmin tidak boleh murka atas ketetapan ini sebaliknya hendaklah mereka menahan diri (bersabar).
Kenaikan harga adalah sebentuk ujian yang Allah timpakan ke atas manusia, di mana ia adalah suatu yang tidak disenangi. Seseorang boleh menjadi terbeban disebabkan hal ini. Ujian kesempitan harta adalah Sunnatullah dan kewajipan atas manusia apabila berdepan dengannya adalah bersabar, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
Untuk keluar dari kesempitan hidup, manusia dituntut sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah dan bertakwa dengan menunaikan kewajipan serta meninggalkan laranganNya. Firman Allah, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dan dia akan diberi rezeki dari arah yang tidak pernah dia sangka.” (Surah Al-Talaq: 2-3)
Ini kerana apa saja kesusahan yang menimpa adalah disebabkan dosa atau kezaliman manusia sendiri. Setiap mukmin harus memperhatikan iman terhadap Allah yang memberi rezeki, memohon ampun daripada Allah agar kesusahan itu diangkat dari mereka. Para Rasul dan umat terdahulu mengajarkan untuk memperbanyak istighfar supaya dimudahkan urusan dan diberi jalan keluar terhadap apa saja permasalahan.
Rasulullah mengatakan, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment