Friday, 23 May 2014

Suami oh Suami..KALAU DAH JODOH

Assalamualaikum..semua.. harap semua sihat hendak-NYA.. Pagi tadi Orlylove menonton tv rancangan ustaz-ustaz ni.. ler.. terdengar kisah "suami.. sebelum dan selepas berkahwin".. jeng..jeng.. jeng.. terasa tauuu..hihihi... 


Kisah nye begini.. Perbezaan lelaki apabila belum berkahwin dan selepas berkahwin.. 

  • Sebelum berkahwin..lelaki akan banyak cakap sebab nak kena keluarkan ayat-ayat power untuk tackle awekks.. untuk buat isteri.. 
 VS
  • Selepas berkahwin.. Suami akan jadi lebih pendiam kerana dah tak ada apa nak cakap.. sampai nak keluar rumah pun .. tak cakap.. kat isteri kemana nak pegi.. tau-tau HILANG..  itu sebab hanya SUAMI yang suka pergi MEMANCING.. diam seribu bahasa.. dengan harapan IKAN timbul.. hihihi
Orlylove nak selit sikit perangai perempuan sebelum dan selepas.. okies.. tak aci ler.. kalau lelaki jer buruk kan.. hehe.. 

  • Wanita sebelum berkahwin.. pendiam..  pemalu.. takut tak ada orang yang nak masuk meminang.. hihihi.. 
VS

  • Lepas jadi Isteri.. Nah.. suara dia yang lantang hingga ke taman sebelah.. bukan aper.. sebab rumah tak pakai kalis bunyi.. itu sahaja.. hihi.. korang agak-agak kenapa isteri berleter dan bersuara lantang lepas berkahwin..?  

TAPI KENAPA ISTERI BERUBAH SELEPAS BERKAHWIN? .. Pendapat Orlylove, ler..  begini.. 


  • Lelaki lepas kahwin.. suka lupa tarikh lahir ISTERI
  • Suami suka buat-buat lupa tarikh Ulang tahun Perkahwinan..Siap tanya..Tarikh Ulangtahun tu.. tarikh kita nikah ker.. tarikh.. kita sanding yer yang?
  • Suami tak suka puji isteri sendiri .. lebih suka puji perempuan lain..
  • Suami harapkan semua masalah rumah tangga tanggungjawab ISTERI..
  • Suami harapkan.. semua masalah anak-anak tanggungjawab ISTERI..
  • Suami harapkan pegurusan kewangan keluarga atas kepala ISTERI..
  • Suami suka fikir ISTERI IRON LADY setelah tengok kekuatan ISTERI bekerja dari jam 8.00 pagi.. berlari anak kejar punch card.. balik kerja.. boleh masak..siapkan persekolahan anak.. kemas rumah.. uruskan SUAMI.. siap boleh update blog lagi..tu.. hihihi.. terkena AKAQ..
Pergh.. HEBAT ISTERIKU.. so.. SANG suami..beringat ler.. semua di atas bukan tanggungjawab ISTERI seorang DIRI..kalau ikut sunah nabi..

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya. 

Perkara yang membuatkan ISTERI akan melayan SUAMI seikhlas hati.. apabila..

SUAMI .. meringankan beban ISTERI menguruskan urusan anak-anak.. 
SUAMI.. berusaha untuk kukuhkan kewangan keluarga.. bukan Isteri kena tanggung semua.. 
SUAMI.. tolong ringgankan beban tugas seharian.. di rumah.. 

ala.. bukan susah.. semua rumah dah ada mesin basuh.. tolong.. masukkan baju kotor.. masuk sabun basuh kain.. dan tekan butang.. START.. 

gejeng..gejeng.. gejeng.. hehe.. bunyi mesin basuh ku.. kekkeke.. habis pusing.. angkat masuk dalam bakul.. dan tolong jemur..

MALUKE..? JIRAN nengok.. laki-laki jemur baju?.. tak macho yek..? sure terasa rendah diri kalau jiran tengok.. dalam hari jiran akan berkata.. " hey..tengok tu.. dapat ISTERI Queen control ler.. tu.. suami dia kena jemur kain.."

Opss.. tidak di zaman sekarang.. uols yang lelaki (suami) ni..kena bangga dapat membantu isteri uruskan rumah seperti membasuh kain.. jemur kain di ampaian.. tolong buang sampah.. tolong sapu rumah.. 

Korang nak tau aper makcik limah sebelah umah cakap.. ?

" Beruntung orang sebelah rumah kita ni.. bang.. suami dia tolong buat semua kerja rumah.. sidai kain..uruskan anak ke sekolah.. rajin.. saya ingatkan lelaki begini .. dah PUPUS zaman sekarang,.,"

Tak bangga ker jadi SUAMI yang dibanggakan oleh jiran-jiran? hehe..


Pesan ORLYLOVE : Kepada para suami di luar sana.. dan di dalam rumahku..hehe..KAMI ISTERI tak minta banyak..hanya sedikit perhatian dan penghargaan.. 
ZAMAN SEKARANG ..kalau suami seorang bekerja tidak akan cukup.. tidak akan dapat beli rumah.. tidak akan dapat beli kereta.. tidak akan .. dapat macam-macam ler.. seperti JANJI KERAJAAN MALAYSIA.. RAKYAT DIDAHULUKAN.. huhu.. so.. kalau dah isteri lahirkan anak.. bekerja untuk membantu suami ringgankan beban keluarga.. apalah salahnya.. tolong uruskan rumah tangga bersama-sama.. HARMONI KELUARGA kita nanti.. seperti datuk nenek kita yang boleh hidup bersama sehingga ada CICIT..MIUT PIUT.. tetap bersama.. 
Ingatlah .. kebahagiaan darisegi harta kekayaan hanyalah sementara.. tapi.. kebahagiaan.. menguruskan rumahtangga bersama-sama.. akan di kenang hingga ke anak cucu.. kebahagiaan yang hakiki.. amin.. 

PESANAN KEPADA SUAMIKU.. 

TARIKH Perkahwinan kita akan muncul tak lama lagi.. tanggal 27 May 2006 kita SAH bergelar SUAMI ISTERI.. setelah beranak 4 orang dan selama 7 tahun kita bersama.. kita tak pernah sambut hari ulangtahun perkahwinan bersama.. tak apa mungkin Honey sibuk dengan tugas dan ayang pun tak nak besar-besarkan sambutan yang bukan budaya ISLAM.  TETAPI.. berilah ayang rasa seperti wanita lain di luar sana,..dapat surprise.. darimu.. suamiku..

Ayang tak kisah apabila.. honey.. lupa tarikh lahir anak-anak..kita.. sebab selagi ayang ada.. ayang akan ingatkan honey.. dan akan buat persiapan birthday party untuk anak-anak kita..

Ayang tak kisah apabila honey..lupa tarikh lahir ayang .. dan tarikh lahir honey..sendiri.. tak apa.. sebab ayang masih hidup..dan selama ini lah ayang akan buat suprise party untuk honey..demi nak gembirakan.. suamiku.. 

Teeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.. tunggu tarikh 27 Mei 2014 ni.. 

No comments: