Tuesday, 18 March 2014

PT3 ganti PMR untuk tahun 2014


Apa itu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?

Aku bukan cikgu yang boleh terangkan apa itu PT3 tetapi secara kasar nya..Aku boleh agak macam mana penaksiran itu berlaku.. hehe.. 

Sebenarnya dah lama aku dambakan sistem pendidikan Malaysia tidak tertumpu dengan peperiksaan semata-mata. Aku bukan benci peperiksaan, tetapi.. geram kenapa aku tak buat betul-betul time dulu-dulu.. sampai aku menjadi seorang yang terpelajar.. sebab kalau periksa dapat banyak A akan dapat masuk asrama..seperti MRSM, dan kalau aku dah pandai..aku akan dapat masuk U.. dan bila keluar dari U dapat pointer 4.0.. aku akan dapat kerja bagus..:(.. 



Eh aper yang aku merepek ni.. semua ni.. aku dah lalui dan aku dah masuk semua kawasan ZON PANAS ni.. hehe.. lupakan kisah lalu.. yang aku nak cerita ni..kisah pendidikan zaman sekarang ni.. 

Dahulunya.. terlalu ramai penganggur yang terdiri dari lepasan pelajar tingkatan 3 yang tidak lulus peperiksaan dan mereka susah nak mencari kerja disebabkan kebanyakan tempat kerja memerlukan pekerja yang lulus SPM. Jadi, memberi mereka tekanan terhadap kehidupan jikalau mereka terjerumus dengan kancah sosial yang melampau. 

Patutnya.. dari dulu lagi kerajaan ambik pendekatan pendidikan bukan berdasarkan peperiksaan.. sebab ramai kawan-kawan aku time peperiksaan sanggup meniru untuk lulus tapi.. otak tetap sama.. huhu.. Sssshhhhsssss.. ni rahsia tau.. hihihi.. 

" So, sekarang kalau tiada peperiksaan, boleh memberi kebebasan untuk semua pelajar tingkatan 3 untuk lebih kreatif dan berdaya saing dari segi pembelajaran, meningkatkan daya esteem diri yang tinggi jikalau pihak guru menilai dari segi persembahan projek dan sebagainya. Beri pelajar tingkatan 3 ini assignment seperti di Universiti.. biar mereka mencari bahan dan persembahkan kepada semua.. itu yang terbaik.. didik mereka dari awal menjadi penkaji dan pemikir bukan suap mereka hingga kenyang dan biar mereka kembung kekenyangan dan kita marah kenapa mereka tidak pandai-pandai. "


Kita semua harapkan yang terbaik dalam kehidupan, tetapi bergantung dari dalam diri kita sendiri untuk mencorak kehidupan itu sendiri. 

Kita ada pilihan untuk mahu atau tidak untuk berjaya so, 
janganlah kita menganggap kita gagal jikalau kita tidak tergolong dalam golongan orang yang cerdik pandai dalam pelajaran tetapi..
mungkin kita ada kemahiran yang akan memberi kejayaan dalam kehidupan.  
Teruskan mencari dan mengkaji!!..ok.. adik-adik..


KUALA LUMPUR 18 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"Akan ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini. -BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: