Monday, 6 January 2014

Perbelanjaan Sekolah di awal Tahun 2014

Tajuk macam tak best kan? tapi Aku Orlylove nak share budget yang aku telah keluarkan untuk memulakan persekolahan anak-anak aku di sekolah aliran kerajaan.

Kepada sesiapa yang ada anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan (2015), aku kasi budget Super Saver kat korang. Aku share budget orang miskin yang duduk di KL seperti aku ni.. yek..



Ni perbelanjaan persekolahan untuk Tahun 1 dan Tabika Kerajaan sebelum GST di laksanakan tahun hadapan 2015. 





Korang tengok .. jimatkan?.. Aku hanya sediakan basic dalam RM758.70 sahaja untuk aku memulakan persekolahan anak.. tapi ..kalau sesiapa yang ada anak ramai untuk memulakan persekolahan, kenalah berjimat dari awal tahun dan membeli sikit-sikit persiapan sekolah dan  tidak tunggu saat akhir buka sekolah kerana akan rasa beban kewangan.

Aku Orlylove menggunakan kaedah jimat cermat..dan sukat baju di badan sendiri kata pepatah melayu.. mana yang boleh pakai kita pakai. Kalau dapat sponsor aku tak tolak .. nama nyer rezeki.. hehe.. itu baru 2 orang sekolah serentak.. kalau kepada anak ramai tu.., kenalah berjimat cermat dan ajar anak menabung dari kecil.. 

Aku tak kisah kalau ada yang berbelanja lebih untuk anak-anak uols  tapi bagi aku yang hanya mampu tahap berjimat, aku akan teruskan amalan jimat ini untuk anak-anak aku membesar walaupun aku mampu membeli lebih kepada mereka.. 

Amalan berjimat dan bersederhanaan adalah elok kita tanamkan dalam diri anak-anak menjelang GST yang akan di laksanakan di Malaysia nanti.. Ceh.. positif sungguh aku Orlylove.. citer pasal GST..aku pun kurang paham gak.. hehe.. sama-sama kita belajar.. hehe.. 

GST: Sudah bersediakah kita?

DALAM usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, kerajaan di dalam Bajet 2005 memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di dalam ucapannya semasa pembentangan Bajet 2010 mengumumkan kerajaan kini berada di peringkat terakhir kajian untuk memperkenalkan GST kepada awam.

Apa itu GST?

GST adalah merupakan cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. Memandangkan ia berasaskan pengenaan cukai di setiap langkah nilai ditambah, maka pungutan cukai adalah lebih kerap berbanding dengan pungutan cukai jualan dan perkhidmatan di mana cukai dikutip hanya sekali.
GST bukanlah satu cukai yang baru. Diperkenalkan di negara Perancis sekitar tahun 1954, ianya diperguna luas seantero dunia. Malahan Malaysia merupakan antara negara terakhir ASEAN yang akan memperkenalkannya. Di sesetengah negara, GST turut dikenali sebagai Value Added Tax (VAT). Antara negara-negara Asia yang telah mengguna pakai sistem ini dan kadarnya masing-masing adalah China (17 peratus), Indonesia (10 peratus), Thailand (7 peratus), Singapura (7 peratus) dan Filipina (12 peratus). Kastam Diraja Malaysia dijangka akan mentadbir GST bagi pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, kerajaan dijangka akan mengumumkan paras had (threshold amount) di mana organisasi perniagaan yang jualannya tidak mencecah had tersebut tidak perlu untuk berdaftar dan mengenakan GST ke atas pelanggannya.
Cukai Masukan (Input Tax) dan Cukai Keluaran (Output Tax)
Cukai masukan atau lebih dikenali sebagai input tax didefinisikan sebagai GST yang dibayar ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan. Cukai keluaran atau output tax adalah GST yang dikenakan kepada pelanggan seterusnya (bagi pengilang, ini mungkin pembekal dan bagi pembekal, ini mungkin konsumer akhir). Cukai masukan di atas pembelian aset tetap boleh dituntut (tertakluk kepada beberapa syarat). Sekiranya jumlah cukai masukan melebihi jumlah cukai keluaran, organisasi yang berdaftar boleh menuntut bayaran balik daripada pihak Kastam Diraja Malaysia. Sebaliknya jika jumlah cukai masukan kurang daripada cukai keluaran, mereka yang berdaftar perlulah membayar perbezaan tersebut kepada Kastam Diraja Malaysia
Kadar GST dan Barangan Bercukai
Berdasarkan kajian terhadap beberapa negara di dunia, tidak semua barangan atau perkhidmatan akan dikenakan GST. GST boleh dilaksanakan ke atas bekalan bercukai sama ada pada kadar lazim ataupun sifar. Untuk bekalan yang dikecualikan, tiada GST akan dikenakan. Barangan yang mana akan dikenakan kadar lazim, kadar sifar mahupun dikecualikan akan ditentukan oleh pihak kerajaan kelak. Kerajaan telahpun memberi jaminan bahawa sejumlah besar barangan keperluan mungkin akan dikecualikan daripada GST. Lazimnya, barangan yang dikecualikan turut merangkumi pendidikan dan kesihatan.
Mekanisma GST

GST dikenakan ke atas setiap nilai ditambah ke atas barangan dan perkhidmatan dalam setiap tahap urus niaga. Nilai ditambah adalah nilai yang ditambah ke atas barangan mentah ataupun nilai terhadap sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pengeluar barangan mentah sebelum dijual kepada pengilang. Pengilang kemudiannya akan mengenakan GST ke atas nilai tambah yang dilakukannya sebelum dijual kepada pelanggannya.
Pengilang akan menyerahkan GST yang dikutip daripada hasil jualan (output tax) kepada Kastam Diraja Malaysia, tetapi selepas mengambil kira GST yang dikenakan ke atas harga belian daripada pembekalnya (input tax).

Gambarajah di sebelah menunjukkan bagaimana GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga dengan andaian GST dikenakan pada kadar empat peratus. Seperti yang ditunjukkan, pembekal akan membayar GST berjumlah RM4 kepada Kastam Diraja Malaysia. Pengilang yang membeli barangan daripada pembekalnya untuk diproses akan merekodkan cukai masukan berjumlah RM4 kerana ini merupakan GST yang dibayarnya kepada pembekal. Amaun ini akan ditolak daripada jumlah cukai keluaran yang dikenakan kepada pengguna akhir iaitu RM4.80. Oleh itu, jumlah cukai yang bayar kepada Kastam Diraja Malaysia oleh pengilang hanyalah berjumlah RM0.80. Aggregat GST yang diserahkan oleh pembekal dan pengilang ialah RM4.80 (RM4.00 + RM0.80) yang bersamaan dengan jumlah GST yang perlu dikenakan oleh pengguna akhir. Realitinya, GST merupakan cukai yang dikenakan di pelbagai peringkat atas kenaikan harga jualan barangan dan perkhidmatan yang dibeli pengguna.

Impak GST ke atas Kerajaan, Perniagaan dan Pengguna Akhir

Pengenalan GST dilihat akan memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan dan korporat pada masa hadapan. Pengurangan kadar cukai ini akan dapat menarik ramai pelabur asing masuk ke Malaysia dan secara tidak langsung akan menambahkan hasil negara. GST juga merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, cekap, telus dan berkesan. Pematuhan juga dijangka akan meningkat memandangkan untuk menuntut cukai masukan, sesebuah perniagaan harus mendaftar dan menyimpan akaun dengan teratur.
Sementara itu, dari aspek bisnes atau perniagaan, GST adalah cukai yang neutral. Walaubagaimanapun, bisnes/perniagaan akan mendapati bahawa kos pentadbiran akan meningkat untuk memastikan yang cukai keluaran dan cukai masukan yang dicaj/dituntut adalah tepat dan betul bagi mengelak penalti.
Pengguna akhir secara kasarnya dilihat terpaksa menanggung keseluruhan cukai yang diserahkan oleh pembekal dan pengilang kepada Kerajaan. Hakikat yang sebenarnya, dengan pengenalan GST pengguna akhir meraih keuntungan yang lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Ketika ini cukai jualan dan perkhidmatan dikenakan pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus berbanding dengan GST yang hanya mengenakan satu kadar yang berpatutan yang mungkin adalah lebih kurang daripada cukai sedia ada.

Apa yang perlu dilakukan?

Impak implementasi GST dijangka akan dirasai oleh pelbagai fungsi di dalam sesebuah perniagaan memandangkan ianya akan mempunyai kesan ke atas kontrak, sistem, sumber manusia dan juga kewangan. Oleh itu, adalah penting untuk sesebuah perniagaan bersiap sedia dan mungkin soalan-soalan di bawah boleh menjadi petunjuk:-
“Adakan organisasi anda perlu mendaftar untuk GST?
“Sekiranya ya, sudahkan anda menyediakan pelan dan strategi untuk memenuhi keperluan GST?
“Perlukah melatih kakitangan? Adakah kakitangan anda mencukupi?
“Adakah sistem maklumat anda boleh menampung cukai baru ini? Perlukah anda menaiktarafkan sistem ini?

Kesimpulan

Pelaksanaan GST di negara ini akan memberi impak yang besar. Jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaannya adalah diperlukan untuk membolehkan semua orang mengkaji dan didedahkan kepada sistem cukai yang kemungkinannya lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.

No comments: