Wednesday, 9 October 2013

TUKAR KERJA vs TERUS Bekerja

BAGAIMANA ANDA MENILAI KERJA ANDA?

Jeng..jeng..jeng... Aku sebagai Kulikutif ni selalu bertanya pada diri.. Sampai bila aku patut makan gaji dan adakah aku dah bosan dengan syarikat yang aku kerja ni? Pleeeaseee.. kuatkan semangat untuk mencari sesuap nasi untuk menyara anak yang ramai.. TETAPI.. makin lama kerja, makin bosan dengan kerja yang aku lakukan seharian.. Adakah aku ada masalah?.. Tapi aku happy dengan rakan-rakan sepejabat aku.. 

Apa masalah aku sebenarnya? Meh kita jawab soalan tentang kerjaya kita bersama-sama. 



Sila jawab soalan ini dengan jujur ya.. 
  1. Bolehkah korang batalkan cuti korang jika dalam masa yang sama korang dapat kenaikan pangkat? Ya / Tidak 
  2. Ada tak dalam hati korang nak hidup seperti bintang filem?  Ya / Tidak
  3. Pernahkah terpikir nak beli rumah yang lebih besar dari rumah korang sekarang satu hari nanti?
  4. Ada impian nak buka perniagaan sendiri tak? 
  5. Apabila tiba masanya korang nak buat suatu keputusan, adakah mudahbya anda lakukannya?
  6. Adakah korang ada kekuatan diri seperti kemahiran dan kekuatan yang membolehkan korang berjaya dengan kerjaya korang sekarang?
  7. Uolsss.. nak tak jadi popular?
  8. Adakah korang sanggup terima pujian disebabkan kerja orang lain?
  9. Korang ni jenis orang yang suka beri arahan kepada orang lain tak?
  10. Boleh tak korang ni kerja dengan orang yang korang tak suka sekiranya ianya dapat meningkatkan lagi kedudukan korang dalam pejabat?
  11. Nak tak kalau korang dapat offer lagi bagus tapi kena berpisah dengan keluarga di sebabkan offer yang korang dapat tu jauh dari keluarga? 
  12. Anda rasa, anda ada kebolehan lebih daripada orang lain tak?
  13. Adakah korang akan memilih pergi jamuan makan yang di aturkan oleh majikan daripada pegi jamuan yang di atur oleh member-member?
  14. Adakah korang bosan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pejabat yang tidak mendapat perhatian ketua anda?
  15. Pernah tak korang bayangkan macam mana nak raikan hidup korang sebagai seorang jutawan?


So, sekarang tugas korang sila kira berapa korang dapat YA.

Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.

Markah di antara 5 hingga 8, menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.


Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah,  anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.


Pendapat peribadi aku la, korang buat apa yang korang suka dan perkara yang korang rasa happy bila korang lakukan. Dalam memilih pekerjaan, kena nilai dalam banyak aspek. Kengkadang aku rasa orang-orang yang melontarkan pendapat, ramai yang menganggur kat Malaysia ni.. sebab memilih kerja. Memang ler dalam bekerja korang kena pilih.

Aku dapat tips untuk sesiapa yang mencari kepuasan dalam kerjaya korang sekarang.

 Langkah pertama yang korang kena nilai adalah = Kenal diri anda sendiri 

- adakah anda ada kemahiran yang luar biasa dalam kerjaya anda sekarang. Ingat balik apa hasrat dan impian kita dalam hidup. Apa kekuatan dan kelemahan anda. Senaraikan mana yang banyak. Kekuatan atau kelemahan.

" Walaupun anda terasa bahawa kerjaya anda sekarang tidak sesuai dengan anda, jangan takut untuk membuat perubahan dalam hidup. Senaraikan semua kerja yang anda suka lakukan. Tanya pada diri, adakah anda dah bersedia untuk membuat perubahan?" 

Untuk mendapat keputusan yang tepat, anda hendaklah mempunyai minda yang terbuka. Anda seharusnya berlaku jujur dan ikhlas dengan diri anda sendiri. Jangan sekali-kali anda menggunakan memberikan pelbagai dalih bagi mengelakkan diri daripada membuat perubahan. Janganlah menutup peluang anda untuk membaiki kehidupan diri anda. Setelah membuat pilihan pekerjaan baru anda, langkah seterusnya adalah untuk melakukannya. Pilihan anda hendaklah realistik mengikut tanggungjawab anda, umur anda dan sejauh mana anda sanggup membuat perubahan dan pengorbanan.


Untuk meneliti dengan betul situasi anda sekarang, senaraikan perbelanjaan anda pada setiap bulan, contohnya perbelanjaan untuk makanan, sewa rumah, bil eletrik, telefon dan air, pakaian, kereta jika ada, minyak dan lain-lain. Jumlahkan semua perbelanjaan anda untuk satu bulan. Pertukaran kerjaya mungkin akan menyebabkan kekurangan pada
  
perbelajaan anda setiap bulan. Sanggupkah anda memandu kereta yang lebih kecil atau berpindah ke rumah yang lebih murah sewanya? Sanggupkah anda berkorban demi mendapatkan pekerjaan baru yang lebih sesuai?

Perancangan yang teliti amatlah mustahak untuk menjadikan pertukaran kerja anda berjaya. Hal ini terutamanya jika pekerjaan yang anda pilih adalah berbeza sama sekali daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang. Anda mungkin tidak tahu cara hendak memulakannya. Anda hendaklah mempunyai sesuatu matlamat yang tertentu. Tidak boleh dinafikan bahawa membuat perubahan pada situasi pekerjaan anda bukannya satu perkara yang mudah. Anda tidak seharusnya berputus asa selagi matlamat anda belum tercapai. Janganlah anda mencari alasan untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih senang tetapi pertukaran itu tidak memberikan anda kepuasan diri.

Setelah matlamat anda ditetapkan, anda boleh menumpukan perhatian dan tenaga anda ke arah mencapai matlamat itu. Satu cara untuk menghasilkan kejayaan ke arah matlamat anda adalah dengan mengambil langkah-langkah yang kecil, tetapi tegas dan realistik.


No comments: