Thursday, 20 February 2014

GEMPAR ,, ANAK 4 TAHUN LUKIS GAMBAR HANTU YANG MENGGANGGU BELIAU SELAMA INI!!

Agak-agak meletooopss tak tajuk Aku? hehehe.. ini kisah benar,, tau.. bukan cerita dongeng.. 
Orlylove sekeluarga gelak besar bila menemui kertas kerja MAISARA anakku yang berumur 4 tahun ni.. SARA sekarang masuk sekolah tadika di Tadika Perpaduan. 

Alkisah cerita anak Orlylove yang pertama..si Kakak Mazwin, dia pun mendapat didikan awal seawal 4 tahun juga di sekolah yang sama.. tapi sempat 4 bulan sahaja.. di sebabkan cikgu yang terlalu garang dan bengis..dia berhenti tak nak sekolah.. sekarang.. perkara tersebut menular ke adik nyer.. pulak.. baru sekolah sehari dua semangat.. lepas tu.. cuti panjang raya cina.. terus malas malasan dah.. 

Sekarang ni.. kisah aku mengangkat SARA dan memujuk beliau setiap pagi bermula.. hehe.. kadang elok kadang susah.. tapi In Sha Allah lepas ni..harap-harap ok ler.. aku dah bincang dengan guru kelas yang dia pemalu orang nyer.. so kena pandai pujuk..jangan guna kekerasan SUARA jerit-jerit..dia takut sikit.. hehehe.. suara MAMA dia macam bunyi petir..ok.. itu MAMA dia..kikiki..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CIKGU MULAKAN KELAS DENGAN AKTIVITI MEWARNA NOMBOR.. 
CANTIK TAK..?..ok ler.. Mama kasi ***** Bintang.. 
untuk anak Mama.. SARA  yang baru umur 4 tahun.. 


TARAAAA.. bila cikgu dah suruh melukis APA SAHAJA.. ACARA BEBAS... 

HANTU 1

Mata BULAT, TANGAN BANYAK..KAKI 2..DAN PAKAI BOW TIE.. hehe..


HANTU 2
MATA BESAR, TANGAN 2, KAKI 2 dan BEREBEN di KEPALA


BARU BELAJAR SALIN PERKATAAN DAN NOMBOR


CIKGU SURUH TULIS HURUF " a "
SARA TULIS NOMBOR  " 9
TERROR TAK?..hehe.. 


CIKGU AJAR TULIS HURUF " A " BESAR 
SARA LUKIS KAWAN DIA ..HAHAHA..


BILA DAPAT PELUANG LUKISAN "BEBAS"...

TARAAAA.. 

KAWAN-KAWAN SARA SEMUA KELUARRRR...EEEEiii.. SERAMMMM.. hihihi

KETURUNAN HANTU-HANTU.. 
BERAMBUT PANJANG, TERCACAK-CACAK, TANGAN 2, BADAN TINGGI DAN KAKI 2

TAPI..MATA HANTU KALI NI.. BULAT  DAN TUTUP..MUNGKIN SUKA TIDUR..



Mungkin ini yang SARA nampak selama ini..membuatkan dia takut nak ke SEKOLAH.. ramai tu.. 1 family.

CIKGU SURUH TULIS NOMBOR " 3
TAPI SARA DAPAT LUKIS.. 
KAWAN-KAWAN DI LAGI.. 3 EKOR.. RISAU KAN MAMA.. 


" Kepada sesiapa yang boleh menilai LUKISAN-LUKISAN berharga ANAK kedua saya ini..Boleh lah kasi Komen..Mungkin LUKISAN ini akan jadi LUKISAN paling berharga kepada ORLYLOVE satu hari nanti..hehe..Boleh lawan LUKISAN MONALISA..hehe..

Semua lukisan di atas, di lukis ketika SARA baru masuk kelas..dalam seminggu belajar..lepas kami jumpa lukisan SARA.. Kami sekeluarga memuji beliau dengan bertepuk tangan beramai-ramai untuk menghargai beliau sebab sudah pandai MELUKIS.. tanpa kami mengajar bagaimana nak lukis ORANG.. 
Mungkin saya banyak melihat kakak dia MAZWIN melukis dan dia ingin cuba sendiri..

Saya cuba memperbaiki lukisan SARA dengan memberitahu.. 
" SARA.. KITA MANUSIA..COMEL.. CANTIK.. Dan Tak tinggi MACAM dalam lukisan SARA ni..lepas ni.. SARA buat ORANG pendek sikit dari LUKISAN SARA ni..yek.." 
DAN .. SARA MENGANGGUK SETUJU.. hehehe.. 


SUSULAN KISAH SARA
KISAH YANG MUNGKIN KORANG NAK BACA..

KECOH BILA PETROL "PETRON" FREE RM50..CEPAT..KEJAR..“Petrol Crazy” FireFly

Pagi ni aku masuk opis..kecoh ada sorang member aku ni..isi minyak..dia dapat FREE RM50 apabila diaisi di PETRON Jalan Klang Lama. Siap call semua adik beradik pergi..DAH.. SATU famili kenyang PETROL RM50 setiap satu kereta.. 

PERGH..TAWARAN APER NI..? EXTRAVAGANZA SUNGGUH..tak rugi ker kedai minyak tu? Bila aku check dengan orang kerja PETRON sendiri..dia pun tak tahu.. huhu..rupa-rupanya.. 

BETUL-BETUL DAPAT...KEJOR YOEP KEJOR....

A Firefly air stewardess helping a lucky winner fill up free petrol at a Petron station in Subang.

Listen up and rush for free petrol


THE “Petrol Crazy” campaign offering petrol as prize started off with a bang on Monday.

It saw many Red FM and Suria FM listeners rushing to two petrol stations to claim their free petrol after being given a password on air.

Under the campaign, launched by Petron Malaysia and airline company Firefly, listeners of the two radio stations could win up to RM100 worth of ‘Blaze’ 97RON fuel between Feb 17 and 28.

Two selected Petron stations nationwide will be selected each day, with its locations to be revealed on air three times a day.
Each day, listeners would have to tune in to either Red FM or Suria FM to listen for the secret password which they need to redeem the petrol.
They then have to drive to the said Petron stations to redeem RM50 worth of petrol.

Firefly customers who have purchased any of their flight tickets during the campaign period will be eligible to receive RM100 worth of petrol with each password.


Red FM radio deejays JJ and Lil' Kev (left) helping a lucky customer pump in free petrol in conjunction with the Petrol Crazy Campaign while Star Radio Group chairman Datuk Borhanuddin Osman (fourth right), Firefly chief executive officer Ignatius Ong (second right) and Petrol head of retail sales Faridah Ali (right) looks on

Red FM radio deejays Lil’ Kev (left) and JJ helping a lucky customer to pump free petrol in conjunction with the Petrol Crazy Campaign. Looking on are Star Radio Group chairman Datuk Borhanuddin Osman (fourth right), Firefly chief executive officer Ignatius Ong (second right) and Petrol head of retail sales Faridah Ali (right).


Only one name per booking number is eligible for the reward during the redemption period.

Each day’s password would be valid for either one hour after it is given, or until each Petron station runs out of their daily quota, whichever came first.
The first password was given on Monday, and radio listeners soon turned up at one of the competing Petron stations in Sunway.

As the first winner drove in, she was greeted by photographers and reporters. Minutes later, other listeners turned up eager to cash in on the free fuel offer.
The nationwide promotional campaign is being funded by Petron, Firefly, and the Star Radio Group, and is set to cost RM72,000.

“This is our first foray into a partnership with a petrol company. It will be interesting to see what it’s like giving out free petrol,” said Firefly chief executive officer Ignatius Ong.

Star Radio Group chairman Datuk Borhanuddin Osman said the campaign was about combining new and fresh companies.
“So, happy filling, happy flying, and happy listening!” he said

Tuesday, 18 February 2014

TERGEMPAR CIKGU TAK BOLEH DENDA ANAK MURID!!!.. APA PUN TAK BOLEH!!!..

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL
  • Berdiri lama di tengah PANAS
  • Lari Keliling Padang 
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah 
  • Memukul diri sendiri / Sesama sendiri 
  • Berdiri di atas kerusi atau meja
  • Menarik rambut/ tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
  • Junjung Kerusi / Buku
  • Cubit
  • Enjut/Ketuk ketampi/ mendada
  • Ketuk / Sekel kepala
HUKUMAN TERHADAP EMOSI
  • Gunting Rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan di badan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan 
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menghiraukan murid
  • Tidak menanda buku latihan

Mengucap panjang Aku Orlylove memikirkan nasib anak-anak zaman sekarang dengan peraturan undang-undang yang menyebelahi anak-anak tetapi kesannya akan membuatkan anak-anak zaman sekarang menjadi manja dan tingkah laku yang tidak terkawal di sebabkan arus teknologi yang pantas. 

Aku berpendapat, pihak Kementerian terpaksa membuat peraturan atau garis panduan mendidik dengan cara berhemah terhadap murid sekolah rendah mahupun menengah di sebabkan tersebarnya masalah disiplin guru-guru yang menyalahgunakan tugas mendidik anak-anak di sekolah dengan melepaskan perasaan geram terhadap mereka.

Kalau dulu, anak balik dari sekolah baru dapat cerita apa yang terjadi di sekolah dan ibu bapa terasa tindakan itu wajar untuk mengajar anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Zaman sekarang, ibu bapa banyak salahkan cikgu jikalau anak-anak mereka menerima tekanan dari tindakan guru itu mendenda anak murid di sekolah di sebabkan kedegilan dan perangai anak itu sendiri kerana tidak melakukan apa yang cikgu arahkan.

Kalau kita sebagai ibu bapa tidak dapat mendidik anak dengan cara terbaik, bagaimana pula cikgu di sekolah yang ada ramai lagi anak murid yang perlu mereka didik dan bentuk sahsiahnya?

Orlylove tidak juga menyokong jikalau ada guru yang berkasar dan bertindak di luar etika seorang pendidik dengan mengasari anak murid disebabkan perkara kecil seperti tidak siap kerja sekolah. Anak-anak zaman sekarang terdedah dengan dunia Massa yang memberi mereka input terhadap tekanan perasaan seperti kes-kes anak-anak bunuh diri disebabkan tindakan guru di sekolah mereka sehingga mereka mendapat tekanan perasaan. 

" Pokok pangkal, didikan agama dan jati diri murid perlulah dibentuk dari RUMAH mereka dahulu. Kita sebagai ibu bapa tidak boleh cepat melatah dengan guru yang mengajar anak kita di sekolah. Periksa dulu kesahihan deraan terhadap anak-anak kita. Adakah wajar cara guru tersebut, kalau boleh berjumpa secara peribadi dengan guru-guru yang mengajar anak kita adalah tindakan terbaik. "

CADANGAN ORLYLOVE TERHADAP GURU DAN IBU BAPA
  1. Jadikan guru-guru di sekolah anak-anak kita sebagai sahabat ibu bapa. Guru-guru perlulah membuka ruang untuk semua ibu bapa mengenali mereka secara lebih dekat dan mesra. Janganlah sombong sangat kalau dah bergelar GURU..begitu juga ibu bapa.. kengkadang Orlylove tengok.. ada ibu bapa yang SOMBONG dengan guru-guru...
  2. Buatlah kumpulan Chat dengan guru kelas dan ibu bapa untuk senang mereka mengetahui prestasi anak-anak kita secara harian dan perubahan anak murid di rumah dan di sekolah boleh di pantau dengan cara terbaik oleh ibu dan bapa. Orlylove pasti .. 97% ibu bapa dan guru zaman sekarang sudah memiliki alat perhubungan yang boleh mengakses kepada internet jalur lebar dan mempunyai handphone.
  3. Kalau kita sudah mengenali pendidik anak kita di sekolah dengan lebih mesra..anak-anak kita akan lebih menghormati guru di sekolah dan mereka takut nak melawan guru di sekolah sebab takut kena marah dengan kita sebagai ibu bapa.
  4. Terapkan perasaan sayang terhadap guru di sekolah dengan guru itu sendiri sayang terhadap anak murid. Sentiasa senyum dan Ikhlas dengan apa yang mereka curahkan. Janganlah rasa beban tugas dan tekanan keluarga guru tersebut menyebabkan ANAK MURID kena dera dan tempat guru lepaskan geram.
  5. PIHAK pengurusan sekolah perlulah kerap pantau tindakan guru-guru yang kurang bersopan dan senang melepaskan geram mereka dengan mengasari anak-anak murid di sekolah.
  6. Perkasakan team-team Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan kaunseling di sekolah untuk anak murid dan guru. Kerap buat pemerhatian untuk mengenalpasti anak-anak murid yang bermasalah dan jangan pinggirkan mereka.
      

Aku paham, mendidik ini memang sukar. Aku sendiri nak nangis memikirkan cara terbaik nak suruh anak-anak aku mendengar kata. Bila pikir-pikir, amatlah bertuah dan beruntung sekali kepada ibu bapa dapat anak yang mendengar kata, senang memberi arahan kepada anak-anak dan anak-anak dapat didikan yang sempurna dengan cara yang cepat. 

Orlylove harapkan semua pihak kena bekerjasama dalam tugas-tugas mendidik. Baik pihak sekolah, ibu bapa dan juga KEMENTERIAN PELAJARAN..(jangan lah suka bebankan guru-guru dengan tukar banyak silibus dan jangan mempolitikan sistem pendidikan MALAYSIA)


TINDAKAN IBU BAPA MEMBERI GAJET KEPADA ANAK MENGUNDANG PADAH!

Borang Permohonan SKIM MYHOME (Subsidi Rumah Pertama) | Tengok TV Online

Borang Permohonan SKIM MYHOME (Subsidi Rumah Pertama) | Tengok TV Online

Friday, 14 February 2014

MINUM "COKE" KEMBALIKAN SUARA ORLYLOVE..YAHOO..

Alhamdullilah.. suara Aku Orlylove dari garau dah kembali ke suara rock asal.. hehe.. Aku dah hisap 12 biji Chericof.. 
Sampai jiran aku tegur.. "LA..ingat siapa tadi.. suara kasarnya.."hehehe.. 

SECARA AKU TAK SEDAR.. sebenarnya.. ada benda yang aku minum tetapi BERKESAN untuk kurangkan KAHAK aku dan kembalikan SUARA AKU.. korang nak tau tak aper minumannya.. 

"COKE" 

Kakak aku datang ke rumah dan bawa sebotol COKE. Aku ni paling kurang nak minum air bergas ni.. sebab nak kurus kena kurangkan minuman manis.. nak nak ..coke ni.. air ajaib yang di gunakan untuk mencuci.. JAMBAN..eeii .. hehe..

So.. anak sedara aku tegur kenapa suara aku garau sangat.. mereka pun gelak kan aku.. lepastu  aku teguk ler coke yang sejuk ni.. pergh.. lega.. dada.. rasa macam kahak aku kering.. hehe.. lepas tu.. anak saudara aku tegur.. 

" EH..SUARA ENDE OLY dah ok sikit ler.. dah dengar jelas.." huhu
Aku pun terasa macam ok sikit.. ye lah..memang mujarab.. coke ni.. 


PETUA ORLYLOVE : 

1) KURANGKAN KAHAK DALAM DADA
- Makan buah durian

2) KEMBALIKAN SUARA YANG HILANG
- Minum Air COKE ( hanya untuk berubat.. jangan minum selalu.. tak elok.. nanti dapat penyakit kencing manis..) 


**Peringatan.. semua penyakit datang daripada NYA, untuk hilangkan penyakit juga dengan IZIN ALLAH S.W.T.. 

Thursday, 13 February 2014

ANAK KURANG BERCAKAP..TAPI ADA KALANYA SUARA DIA PALING KUAT BERKATA-KATA

Hari ini aku ingin berkongsi kisah anak manja ku yang bernama MAISARA..

Sara seorang pendiam.. Ketika aku menulis kisah sara ni.. usia dia baru 4 tahun 3 bulan.. aku rasa semua salah aku..sebab aku buat kajian ketika sara membesar..korang nak tau tak..aper kajian aku buat untuk sara.. hehe.. kajiannye ada lah.. ketika aku mengandung..aku kurang cakap dengan sara.. ketika sara di lahirkan..aku kurang bercakap dengan sara.. aku nak TRY ..kalau aku tak bercakap dengan sara.. dan dia hanya dengar.. orang sekeliling cakap.. adakah dia akan belajar sendiri.. ?.. erm..

TERBUKTI..TIDAK.. WWWaaaa,,.. sara.. tidak pandai bercakap-cakap ketika usia.. 1 tahun lebih.. dan masuk 2 tahun.. sara baru nak cakap tapi.. pelat.. masuk 3 tahun.. tak cakap sangat .. pelat dan pendiam.. teruk kan aku..?.. anak aku yang pertama.. petah bercakap ketika usia 1 tahun.. 2 tahun dia dah pandai macam2.. 

Adakah aku terlambat.. ? sampai usia sekarang.. sara agak pendiam tapi.. kalau kena dengan orang yang dia percaya.. dia akan banyak cakap.. dan dia petah berkata-kata..kalau dia sedang bermain dengan kawan yang dia suka.. SUARA dia ajer yang aku dengar.. so..anak aku ni.. ada masalah ker?..sehingga guru tadika cakap ..

" MACAM MANA SAYA NAK TOLONG.. AJAK BORAK dia tak nak jawab soalan-soalan..saya.. kami dah cuba.. tapi .. tak boleh gak.. susah benar nak keluar suara.. sampaikan nak kencing.. tak cakap.. dah terkencing baru dia nak cakap yang dia dah kencing.. ".. kata guru kelas..

" Ala.. cikgu belai dia dengan kasih sayang.. cikgu ajak dia menyanyi.. dan borak dengan dia..macam kawan..nanti dia ok ler.." Aku berkata.. atas dasar sedih sebab Sara dah tak nak ke sekolah..sebab SARA kata.. TAK BEST.. 

Aku risau gak kalau anak aku ada masalah seperti Autisme.. tapi.. bila aku kaji balik..Alhamdullilah mungkin TIDAK. mungkin aku kena usaha keras untuk beri pendedahan dengan persekitaran yang lebih selamat dan menyeronokkan.. bagi SARA.. 

CIRI UTAMA PENYAKIT AUTISME


Terapi Brainwave Anak Autis (Autisme)
Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang kelihatan normal dari fizikalnya, tetapi mereka mempunyai masalah tingkah-laku.


Mereka tidak suka dengan sentuhan, hubungan mata dengan orang lain, tidak suka bercampur dengan orang lain, sering melakukan sesuatu yang pelik dan berbahaya, ketawa dan menangis tanpa sebab, sukar menggunakan kemahiran pergerakan menggunakan jari serta berkelakuan seolah-olah tidak mendengar apabila dipanggil.

Sindrom ini merupakan sindrom yang dialami oleh seseorang semenjak lahir sehingga akhir hayat dan sekiranya kita tidak memahami penyakit autisme ini sudah tentu kita menganggap mereka sebagai tidak waras. 

Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

A) TIDAK MAMPU BERSOSIAL
 Tidak menghiraukan orang lain.
 Kelihatan tidak sensitif pada keperluaan, perasaan dan pemikiran orang lain.
 Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
 Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
 Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
 Lebih suka bermain sendiri.
 Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
B) TIDAK BOLEH BERTUTUR DAN BERKOMUNIKASI
 Lambat bercakap.
 Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
 Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
 Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
 Sukar memulakan percakapan. Jika berbual hanya satu pihak yang bercakap.
 Mungkin mengulangi perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
C) MEMPUNYAI MASALAH DALAM PEMIKIRAN DAN PERLAKUAN
 Suka melakukan perkara sama(berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah tersinggung jika disuruh melakukan perubahan.
 Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
 Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
 Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
 Tidak boleh duduk diam.
 Menunjukkan keinginannya dengan menarik tangan orang dewasa sehingga hajatnya tercapai.
D) MASALAH TINGKAH LAKU
 Suka mengasingkan diri.
 Bersikap pasif.
 Tidak tahu bersosial.
 Aktif tetapi berperangai pelik.

** perkara yang aku Bold.. adalah ciri-ciri perangai SARA.. 

Aku risau gak.. Sebab Sara pernah kena deraan Mental ketika dia berada di Taska Permata Harapan dulu..  




PERKARA MENARIK TENTANG MAISARA yang DIAM-DIAM BERISI.. 

  • Suka bermain sendiri menggunakan Imaginasi tinggi 
  • Walaupun kurang bercakap.. dia selalu prinhatin dengan perasaan MAMA yang tengah sedih..hihi
  • Suka membantu AKU buat kerja rumah.. tapi..kena kasi panas telinga sikit..puji adik lain..hehe.. baru SARA bekerja melakukan tugas yang aku suruh
  • SUKA..melukis..gambar HANTU.. hehe.. nanti Aku tunjuk LUKISAN SARA yang dapat aku selamatkan.. sure korang ngeri nyer..hehe.. 
  • Pandai pegang pensil tanpa di ajar.. hehe.. 
  • Muka sentiasa MASAM tapi.. sekali senyum.. paling MANIS.. hehe.. 
  • Pakai Kasut TERBALIK sampai sekarang.. sampaikan mulut aku ni.. dah berbuih .. cakap.. " SARA KASUT terbalik sayang.."
  • Suka tersentap kalau di tegur.,.kalau dah tersentap..diam dan tunduk sejam pun boleh..
  • Kurang rasa sakit.. kalau dia kena cucuk dengan doktor...SARA akan buat muka slamber tak sakit.. kalau budak lain dah meraung..kuat-kuat...

Wednesday, 12 February 2014

BR1M 3.0 masuk akaun 22 Feb 2014.

Assalamualaikum.. 

Nanti 22 February ni.. korang check korang nyer account bank.. yek.. sesiapa yang berdaftar ajer untuk BR1M3.0 ni.. kepada yang tak dapat mendaftar atau terlepas pendaftaran.. silalah try tahun-tahun mendatang kalau kerajaan bermurah hati nak SEDEKAH lagi kat korang yang kurang berkemampuan... 

Harap-harap lepas ni..kerajaan akan kaji balik cara pemberian wang sagu hati untuk rakyat kerana ramai rakyat yang sedernaha SUSAH macam aku ni.. tak terbela.. hehe.. nak gak tu.. bantuan.. hehe.. tak aper ler.. dah Allah cakap bukan rezeki kita.. so..kita jangan dengki-dengki dengan rezeki orang k.. hehe.. 

Patutnya..kerajaan permudahkan semua proses pinjaman, proses mencari pekerjaan, proses permohonan bantuan.. apa-apa sahaja proses ler..yang kerajaan ada.. kasi rakyat usaha dengan titik peluh sendiri dengan meluluskan proses-proses yang mereka pohon.. bukan dengan cara suap..kasi kenyang.. tapi.. rakyat masih tak sokong kerajaan.. masih kutuk kerajaan.. masih tidak ada JIWA dengan kerajaan.. 

Nanti kita akan di terapkan nilai ungkit mengungkit dan bukan nilai " Usaha Dapat" .. 

Klik sini untuk berita lanjut..

Bekas jiran pasangan Malaysia ditahan di Sweden dedah cerita sebenar | Tengok TV Online

Bekas jiran pasangan Malaysia ditahan di Sweden dedah cerita sebenar | Tengok TV Online

Thursday, 6 February 2014

ORLYLOVE DIBAWAH PENGARUH DADAH..

Macam Gempak ajer.. Tajuk.. nauzubillahiminzalik.. Aku betul-betul2 terseksa dengan pernafasanku pendek.. lepas makan tengahari dengan member.. jalan dah mengah-mengah.. 1st time dalam hidup aku kena ambik neb pasal nasaf tak cukup.. baru aku rasa macam mana Baby Rayyan Rasa.. :( 

Sampai-sampai kat klinik.. aku terus di kaunter dan cakap yang aku nak nafas..tolunnn.. 
Aku bernafas dalam lumpur sekarang ni.. 
terus nurse panggil masuk jumpa doktor.. express.. nyawa AKUU.. 

Doktor Kasii sekali Neb dan aku lega sikit.. lepas tu.. nah tengok Ubat yang aku dapat.. 
Nala.. banyak.. tapi.. sebab aku dalam ofis.. dan aku nak sihat.. aku bedal semua.. 

1 biji Antibiotik - Clarithromycin 500mg 
6 Biji  ubat Asthma - Predrisolone 
1 biji ubat Asthma - Neulin SR 125mg
1 biji Selsema - Cetrizine
1 biji Kahak - Hosoltron
10ml Ubat batuk - Prospan
2 biji ubat sakit tekak - Chericof
Aku hisap Tak henti2 ni... mau habis kang sebab 

AKU HILANG SUARA ..CAKAP DAH GARAU MACAM PONDAN..Sorry yer..Abang2 Kakak.. saya tak boleh angkat call nanti .. kuat saya cakap.. orang ingat saya bergurau lak.. huhu.. 

So.. Aku dah telan ini semua Ubat..Member tanya.. kenapa tak MC? 
Aku cakap.. 
Doktor Kasi MC.. Tapi Aku tak MAU.. Korang ingat dah sampai opis.. senang ke nak balik.. aku datang Opis pun nak Sampan..dengan panas terik .. air berombak.. macam nak banjir.. hehehe.. So.. Aku duduk dalam Opis.. sebab Jari Aku dan Kaki masih boleh bekerja.. walaupun korang yang kat Opis ni dengar orang batuk sebatu dah dengar.. :(

Ni ler.. semua ubat aku telan.. Aku di bawah pengaruh DADAHHHH.. Waaa.. kalau aku lentok kang paham-paham ajer ler..yerk.. 


"Ya Allah ya tuhanku, aku terima ketentuanmu dengan redha.., aku terima dengan hati yang ikhlas.. tetapi Engkau sembuhkan lah aku segera kerana Aku terpaksa menjaga anak2ku dan menguruskan rumahtangga kerana mereka lebih memerlukan aku supaya sihat dan kuat..Amin.. " 

Wednesday, 5 February 2014

TIADA ISTILAH PEMALAS DALAM HIDUP..

Assalamualaikum.. Semua.. Aku Orlylove harini..bersuara rock.. roock oooo.. .
Ella & The Boys... "Kalau cinta berakhir..Musnah lah segalanya..Kalau kau pergi dulu.. Tiadalah erti nya.. "..hehe.. hilang suara di sebabkan kurang sihat.. .
Baby Rayyan Mikhael kena serangan Chicken Pox pada 1hb haritu.. so.. aku menjaga orang sakit..aku lak yang kurang sikat akhirnya.. 

Aku nak citer pasal dalam dunia ini TIADA ISTILAH PEMALAS dalam diri kita. Cuma kita yang mereka erti MALAS itu sendiri.. Tapi.. adakah benar kata-kata Cik Orlylove ni.. Mari kita Singkap Fakta ini.. hehe..  udah macam PENYINGKAP FAKTA 666 lak.. hehe.. 



PEMALAS VS RAJIN

Kalau kita cakap orang pemalas dari konteks negetif..negetif ler ia.. tapi.. kalau kita rasa orang pemalas dari konteks positif.. + POSITIF LER IA.. korang sure selalu cakap.. 

  • DIA ASYIK TIDUR AJER.. PEMALAS BETUL.. - Cuba Kata .. DIA RAJIN TIDUR
  • DIA PEMALAS.. ASYIK MAIN GAMES dari pagi - Cuba Kata ..DIA RAJIN MAIN VIDEO GAMES.. 
  • PEMALAS BETUL DIA TU.. TAK SUKA KEMAS RUMAH - Cuba Kata - DIA RAJIN MENYEPAH rumah..
  • DAH LAH PEMALAS BEKERJA -Cuba Kata - Dia memang Rajin Rehat
  • KO TENGOK TU BUDAK-BUDAK SUKA LEPAK NI PEMALAS - Cuba cakap..Mereka RAJIN MELEPAK
  • AKU MALAS le nak MASAK - Cuba Cakap.. AKU RAJIN TAK MASAK..so.. tengok link ada Gadjet untuk orang PEMALAS yang RAJIN NAK MASAK.. hehe..Gadjet untuk ORANG PEMALAS...
Banyak lagi ler.. ayat-ayat untuk orang yang di gelar PEMALAS..setelah kita POSITIFKAN.. dia akan jadi RAJIN.. tapi.. untuk JADI RAJIN.. kita kena ringan-ringankan tulang ler.. supaya rezeki masyukkk.. orang sayang kat kita.. semua kerja yang kita lakukan akan mendapat keberkatan.. TAPI.. KALAU kita dah di jodohkan dengan orang di gelar PEMALAS.. janganlah bersedih dan tension sebab dia bukan PEMALAS cuma dia kurang tunjuk ajar bagaimana nak jadi RAJIN itu ajer.. POSITIF..+++



Apapun...banyak berdoa kepada Allah S.W.T untuk kita rajin 
BERSOLAT.BERSEDEKAH.BERIBADAT

Banyakkan memohon kepada Allah jikalau kita ada rasa Malas-Malas RAJIN tu.. semoga Allah permudahkan segala urusan dan tetapkan IMAN kita..
Doa di bawah boleh kita amalkan untuk hilangkan rasa MALAS-RAJIN tu.. 

Surah Adz Dzariyaat. Ayat 055.

~ORLYLOVE~

Thursday, 30 January 2014

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?....SELAMAT MENYAMBUT CHINESE NEW YEAR..

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Aku Orlylove seronok nak share pengalaman Datuk Maznah Hamid (IRON LADY) Malaysia, tentang pengalaman beliau berniaga di Negara China. 

Aku bukan bangga sangat dengan kaum cina ni.. tetapi.. perjuangan mereka yang di tunjukkan di depan mata aku..membuatkan aku respek mereka..ada baiknya kita yang melayu ni.. kurangkan sikit sifat benci membenci dengan rakan niaga.. yang sama-sama berjuang mencari rezeki ke jalan Allah.   

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di
 Hong kong, Shanghai dan Guangzhou.
Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana. 
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika,
tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga." 

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

  • Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)
- Kedai cina akan buka pada 6 pagi.. mereka dah sarapan anak beranak pepagi buta.. pasar malam cina.. akan habis lewat malam.. 

  • Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
- Perniaga cina akan keluarkan semua duit mereka untuk laburkan dalam business dan betul-betul pulun buat promotion.. mereka akan edarkan flyers merata tempat untuk sebarkan bahawa mereka ada produk bagus.. walaupun ,,mereka menjual keropok sahaja..

- Aku pernah Tanya seorang tokey kedai baju yang ada depan Sogo, KL.. nama kedai dia.. KEDAI PAKAIAN MURAH.. simple jer Nampak nyer.. tapi.. bila masuk.kedai dia..memang murah.. banyak baju fesyen terkini dan semua murah.. aku berbelanja sampai tak sedar yang aku ambik banyak.. aku marah Tokey tu.." Hai ya.. tokey.. kenapa buat murah-murah.. kan saya dah beli banyak.."

Tokey tu jawab.. " Biar jual murah.. nanti orang beli banyak saya dapat untuk sikit.. tapi ramai orang masuk..." hehe.. betul gak.. kalau kedai yang mahal.. orang nak masuk pun tak ramai.. orang beli ada lah satu dua.. lepas tu.. nak cover cost.. dah macam pening.. sebab tak ada sales..


  • Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

  • Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok
- Sikap ni aku sokong.. sebab kalau Aku cari barang di kedai orang cina, tetapi barang yang di cari tiada.. atau habis.. jawapan mereka selalunya.. "Hai ya.. itu barang sudah habis lor.. manyak laku.. oo.. tapi kalau you nak..you try carik dekat itu kedai..hujung coner tu.. kawan I .. dia ada jual juga.. sana manyakk lagiii.. "

- Jawapan lain.. " you tunggu sini kejap Aaa..I nak pegi ambik dekat stor..kita jauh sikit dari sini.. " walhal.. mereka pinjam dekat rangkaian mereka..
  • Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.
  • Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Kepada semua kaum Cina yang menyambut
Chinese New Year,
Happy New Year!!!
 


Ihsan dari: https://www.facebook.com/maznahhamid

Wednesday, 29 January 2014

Gempar!!.. Rawatan RESDUNG menggunakan LIPAS!!!

Waaa.. pepagi lagi aku dah belek-belek muka dengan perasaan sodeh..
Seketol.. dua ketol.. dah nak naik macam berketol-ketol.. jerawat kat muka aku.. erm.. aku dah tau apa pasal.. sebab semalam aku baru cuba produk baru aku beli.. mungkin pasal produk tu..

Tapi.. ada orang kata pakai produk tak sesuai akan menyebabkan jerawat keluar.. dan ada orang cakap lak.. jerawat keluar sebab produk tu nak nyah toxin kan muka kita.. Mana satu betul ni..? Tolong lah.. aku baru nak cuba produk yang aku dah terpaksa dan paksa rela ni.... huhu

Tak apa .. aku kena teruskan memakai dalam seminggu ...kalau tak sesuai .. ke pakar kulit ler.. aku lepas ni..hanya pakar yang boleh tolong..

Harini aku terbaca pasal RAWATAN RESDUNG MENGGUNAKAN LIPAS.. Eeeeii.,.Geli tuhh..
Tengok gambar di bawah..

Kat bawah ni.. gambar lipas yang digunakan untuk rawatan ini.. nama dia lipas tanah..









Ni le gambar ulat yang di war-warkan ulat resdung tu.. erm.,.

Tapi.. Bila aku pikir balik..betul ker? ulat ni datang dari muka pesakit atau.. perut lipas yang kotor tu.. korang bayangkan..ulat kat atas..macam rupa cacing.. halus yang ada dalam perut lipas tersebut.. eeeiii.. geli lak satu badan aku..ni, time aku menaip ni pun dah rasa gatal-gatal kat muka..hidung.. dan pipi.. Aggh.. aku ada resdung..tetapi..





Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru. 

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm. 

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak. 
Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar. 

SO,,kat mana kesahihan rawatan resdung menggunakan lipas ni.. berkesan atau kena ambik ulat yang keluar dari muka pesakit tu..kena bawak masuk lab.. untuk kaji.. samada ulat yang sama dalam perut lipas atau.. memang parasite yang di gelar "ULAT RESDUNG"...

wallahualam..



Tuesday, 28 January 2014

DYARA SOLUTIONS TAHAN AKU !!!

Aku jejalan di sebuah Shopping Mall dengan anak dan suami aku.. sambil aku melenggang lenggang.. seorang wanita berbadan besar yang agak cantik menahan aku dan terus cakap tak henti-henti pasal produk yang dia nak promote .. yang lawaknya anak aku si Baby Rayyan tengok wanita itu siap tak kerlip-kerlip matanya.. hehe..

Akak jual tu cakap.. hey baby.. jangan pandang akak macam tu.. hehe..
Aku cakap ngan sales girl tu.. " Anak saya akan pandang dan suka kat perempuan cantik sahaja.. hehe.. " Terus sales girl tu malu dan teruskan promote produk kecantikkan kepada aku..

Aku terkejut sebab sambil cakap-cakap tu.. terus sales girl tu.. sapu tangan aku dengan krim putih yang banyak .. sambil2 gosok .. riaksi aku time tu.. Erm.. nak marah ker..tak tahu ler..nasibler aku memang dengan rela hati..hehe.. Pakse rela.. huhu.. dia gosok punya gosok. kulit tangan saya Nampak cerah sikit dari tangan yang sebelah lagi.. hehe.. agak-agak AKAK ni buat magic ker ..? tak ler.. biasa ler.. cara promote macam ni..

Tanpa aku sedari .. aku dengan rela hati terus terima lamaran sales girl tu.. beli produk dia.. Suami aku pelik sebab selalu nyer..aku tepis dengan baik semua produk-produk yang aku kurang yakini.. tapi. AKU dah beli dah.. RM40.. sekotak .. dalam tu..ada 3 tiup.. 50MLx3

Produk yang aku citer tu.. ni ler.. Dyara Solutions Cream ..

 
 
Kaedah menggunakan Dyara Solution :-
* gunakan produk secara kerap, teratur dan disiplin bagi memperolehi hasil terbaik
* pagi dan malam sesudah mandi
* sapuan rata pada kulit

Digunakan sebagai masker:-
* sapu rata pada kulit
* setiap malam sebelum tidur
* bilas pada keesokan pagi dgn tuala kecil yg direndam dgn air suam

Aku beli dalam Tiub ..bukan seperti di bawah..

 
Aku Orlylove,..baru hari pertama cuba.. so.. lepas ni..aku update keberkesanan terhadap kulit mukaku.. ok..
 
Kat sini aku sertakan no. contact pengedar Dyara Solutions ni..
Dyara Trading (001946094-P)
Lot 2133-4, Jalan Changkat Kiri
Simpang 3, Gombak KL
 
Tel : 603-61858044
hp : 6012-9657398