Showing posts with label Wan Nurbatrisyia Mazwin. Show all posts
Showing posts with label Wan Nurbatrisyia Mazwin. Show all posts

Thursday, 29 October 2015

ANAKKU dah KONVO.. TAHNIAH..ANAK-ANAKKU..

Tarikh keramat 29 October 2015 ..anak ku Maisara dan Qalesya telah menyempurnakan Sijil pertama mereka dalam akademik.. di Tadika KEMAS..aku mula-mula macam susah nak hadir sebab cuti dah tarak.. bile kenang balik.. tak baik lak.. sebab ini hari bahagian anak-anak.. so..aku gagahkan hadir juga.. tapi.. memang berbaloi sebab aku dapat rasakan hati gembira anak-anakku.. bila mamanya dapat turun sama.. 

Papagi dah hantar kakak Mazwin ke sekolah dan terus siapkan Arissa Maisara dan Qalesya Mahirah.. Semalam aku dan hubby rushing gi beli Kasut mereka.. walaupun cikgu suruh pakai kasut raya sahaja.. tetapi.. aku tetap nak belikan baru.. kasi mereka gembira.. 

Aku tak belikan baju baru..just pakai baju raya sahaja.. dan macam biasa ler.. Aku akan pakai baju yang ada di gerobokku.. sedihnyaa.. tapi tak aper...jangan membazir.. itu pun dah cantikdah.. aku rasaler.. kikiki

Meriah jugak konvokesyen mereka.. yang dibuat di kampung pengantin PV128 ni.. Dulu.. Akaq... Konvo pertama di Dato' Keramat.. anak KEMAS gak ler.. sebab itu ajer mak apakku.. mampu.. tapi sekarang KEMAS dah diperbaiki dan pembelajarannya mengikut arus semasa.. terbaik.. 


Omak ngan apak nak berselfie sebelum anak-anak hehe..



Free Gift..kekeke..

 Ok.. anak mama dah siap.. Comel nyer.. anaks mama ni.. 




Cool.. jangan gugup ye.. ambik Scroll ajer pun.. hehe.. 



Di sempurnakan oleh Naik Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.. 
Ybhg Dato' Hamdan Mohd Yusof.. 


Bersama Mantan Wanita UMNO Wangsa Maju


Selesai.. sudah.. jumpa lagi tahun hadapan.. sebab Qalesya masih Tadika.. Maisara sahaja.. masuk tahun 1 .. 






Jemput kakak dari sekolah.. semangat dia tunjuk kertas peperiksaan dia yang dapat 98 % itu.. Tahniah Kakak.. semoga kakak jadi anak yang Solehah.. ok.. 



Mama kena pakuk lagikkk.. tak habis-habis nak beli TELUR tu.. grrrrrr,, hehe.. janji anak happy.. 

Monday, 12 October 2015

Happy Birthday Kakak Batrisyia Mazwin yang ke 8..

Alhamdullilah.. semangat kakak bila ada orang nak sambut birthday dia.. ok.. untuk tarikh 10.10 ni.. memang istimewa sikit..sebab dia anak pertamaku.. mula-mula bawa kakak ke Majlis Sukan Malaysia.. sama tarikh dengan Tarikh lahir kakak..

Lepas tu..esok nyer.. lari ke Midvally lak.. sebab ada program pencinta alam dengan Acu Zalikha dan kita buat Cut Cake di sana dengan kanak-kanak yang hadir... simple-simpel ajer... bebudak ni..janji ada kek.. mereka dah happy dah.. huhu

Malam .. bawa Rakan ku Nordimah dengan Famili ker Flaming Steamboat.. hehe.. makan Free bedal ajer ler.. labu.. dapat gak kakak sambut Birthday dia kat sana gak..


layan satey station sambil main ping pong dengan geng hubby..
harga Rm69 untuk 30 cucuk satey..RM1.60 sebatang.. jangan tak rasa.. 




Pepagi carik motor Ketua Puteri..kita kasi ambik gambor dulu.. hehe..

Nak hadiah anak motor gini.. masih kecik.. so..ambik aura dulu.. mama dari dulu terigin sangatt.. tapi dah tuo ni.. abaikan jer ler..


Acara sukan Rakyat.. kakak main Congkak dengan member dia.. 

Esok nyer.. 11hb.. pepagi dah ke Midvalley.. 




Kelas gini.. nak masuk dalam RM50 sahaja.. tapi kali ni.. ada sponser dari Midvelly sendiri..






Hasil kerja.. mereka.. Leaf Stamping..


Rayyan dengan Kakak MIA.. 








Malam sambung makan Steamboat.. di Flamming Steamboat.. Danau Kota.. 








Saturday, 22 August 2015

PKTM NAK KE KLCC UJI SAINS

Kami dari PKTM.. akan buat program Ilmiah kira.. Education untuk anak-anak asnaf pegi ke KLCC... tapi.. kami bukan nak bawak anak-anak berjimba-jimba.. kami nak dedahkan Education dengan mereka.. kasi mereka pendedahan.. sikit.. sebab ada sesetengah mereka...tidak pernah jejak kaki ke KLCC di sebabkan kesempitan kewangan.. 


Kepada sesiapa yang pemurah dan ingin menderma bolehlah.. berbuat demikian.. di account yang tertera.. 



 Tunggu.. kami sampai yek.. KLCC.. Petrosains.. 



Ni ler.. baju Volunteer yang you all akan terima apabila menjadi Team Kami.. kepada sesiapa yang berminat boleh menelefon Orlylove.. selaku  Committee yang akan menguruskan uols.. JOM VOLUNTEER dengan
 ORLYLOVE..
 017-6118924 

Monday, 12 January 2015

Apabila 3 orang anak masuk sekolah serentak.. Pengsan Makk..

Assalamualaikum.. Semua.. Salam 2015..
Orlylove masih boleh bertahan.. yer.. belum pengsan lagi.. baru rasa ajer nak pengsan.. hehe..
Korang bayangkanlah.. Anak-anak Orlylove akan memulakan alam persekolahan sekali 3 orang serentak.. pengsan mak.. hehe..
Kerajaan telah anjak tarikh memulakan persekolahan pada 6hb Januari 2015 kepada 12 haribulan Januari 2015.. disebabkan bencana banjir yang melanda Negara..
Anak-anakku memang semangat nak memulakan sekolah tapi mamanya yang berdebar dan panic.. korang layan ajer ler.. gambar-gambar semangat di bawah.. hehe..

Seawal 2 pagi Orlylove dah bersiap untuk semua persiapan.. macam berdebar nak menerima menantu lak.. hehehe.. padahal anak nak masuk sekolah ajer.. Harini.. dan esok Orlylove ambil cuti selama 2 hari untuk memberi semangat kepada 3 orang anak dara pinggitanku..

So.. dah siap semua.. kakak Mazwin.. dah kena keluar rumah seawal.. 6.40 pagi.. untuk menunggu van sekolah.. kalau tak.. teruk den.. kena hantar sorang sana.. 2 orang sini.. hehe.. kasi mereka praktis naik van sekolah.. esok-esok Orlylove dah start kerja senang mereka..

Ops lupa.. Kakak Mazwin masuk tahun 2...dan dua orang anak comelku itu... masuk tadika.. Qalesya..4 tahun.. dan Sara 6 tahun..


 Yang si kakak berdua ni.. Sara dan Qalesya.. Orlylove kena bangunkan mereka sekitar jam 7 pagi.. mereka dah lah tak biasa bangun awal.. risau gak.. doa ajer ler.. nasib semua semangat.. gerak terus bangun.. hehe..



Semangat nak suruh ikat rambut styles mereka.. tapi.. masuk kelas ajer.. guru tadika kemas memberikan tudung untuk mereka pakai.. sebab aku nak membiasakan mereka untuk memakai tudung.. hehe.. comel..kan..kan.. puji anak sendiri ler.. saper lagi nak puji.. dah anak kita.. hehe..



Lepas menghantar anak ke2 dan ke3 ku ini.. Orlylove terus bergegas ke sekolah kakak Mazwin untuk mengambil wang bantuan RM100 dari pihak kerajaan untuk semua ibu bapa bagi meringankan beban memulakan persekolahan anak.. memang amat membantu.. hehe.. terima kasih KERAJAAN.. prinhatin..

Kepada semua anak-anakku..

Mama doakan kalian akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu sehingga akhir hayat kalian..
Ingatlah.. perkara yang mama boleh hadiahkan untuk harta kalian hanyalah ilmu dunia dan akhirat..
In Sha Allah.. mama akan cuba sedaya upaya untuk memberi dan menjaga kalian dengan penuh kasih sayang mama dan daddy hingga hujung nyawa mama..

Hanya dengan ILMU yang akan membezakan kita dengan orang lain..

Lagu Khas untuk anak-anakku...


Hanya dengan ILMU kita akan perolehi kesenangan di dunia dan akhirat..



Friday, 10 October 2014

10.10 Tarikh Keramat.. Perbentangan Budget 2015 dan Sambutan Hari Lahir Puteri Sulungku..

Alhamdullilah.. pada tarikh ini lah aku mula-mula bergelar IBU, MAMA, BONDA... 10.10.2007 hari yang paling aku teruja dalam hidup apabila anak sulungku MAZWIN di lahirkan di HUKM Cheras.. kena lak 10.10.2007 sama tarikh dengan ANGKASAWAN NEGARA memulakan pengembaraan angkasanya untuk mengharumkan nama MALAYSIA.. hehe..
10.10 itu lahh... Kerajaan akan kasi tau rahsia kerajaan dengan PERBENTANGAN BAGET 2015 dan yang penting.. sambutan Hari lahir anak aku MAZWIN.. yang akan di langsungkan dalam keadaan BUDGET.. hehhe.. jimat nak.. jimat.. jangan membazir.. nanti.. Birthday SARA puteri ke-2 ku.. bulan depan ajer.. 1.11 (1 hb November).. tak jauh ajer .. huhu

Gambar kenangan Mazwin MEMBERSAR bagai Johann... Jom layanzzzz..



2 Tahun.. 




Time ni sambut Birthday yang ke-3 pada 2010. Tarikh 10.10.10

suka posing time ni.. mesra kamera.. huhu

4 tahun.. 

5 Tahun


6 tahun.. dah pandai berselfie.. 


Kelatah Mazwin yang suka muzik dari kecik.. sampai sekarang.. hehe..suka mengusik adik adik.. kalau tiada dia di rumah.. memang sunyi lah rumah kami.. dialah penawar dan dialah penghibur kami semua.. 

Mama doakan yang terbaik untuk anak mama.. semoga Kakak Mazwin akan menjadi anak yang solehah dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat aminnn..

Monday, 6 January 2014

Perbelanjaan Sekolah di awal Tahun 2014

Tajuk macam tak best kan? tapi Aku Orlylove nak share budget yang aku telah keluarkan untuk memulakan persekolahan anak-anak aku di sekolah aliran kerajaan.

Kepada sesiapa yang ada anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan (2015), aku kasi budget Super Saver kat korang. Aku share budget orang miskin yang duduk di KL seperti aku ni.. yek..



Ni perbelanjaan persekolahan untuk Tahun 1 dan Tabika Kerajaan sebelum GST di laksanakan tahun hadapan 2015. 





Korang tengok .. jimatkan?.. Aku hanya sediakan basic dalam RM758.70 sahaja untuk aku memulakan persekolahan anak.. tapi ..kalau sesiapa yang ada anak ramai untuk memulakan persekolahan, kenalah berjimat dari awal tahun dan membeli sikit-sikit persiapan sekolah dan  tidak tunggu saat akhir buka sekolah kerana akan rasa beban kewangan.

Aku Orlylove menggunakan kaedah jimat cermat..dan sukat baju di badan sendiri kata pepatah melayu.. mana yang boleh pakai kita pakai. Kalau dapat sponsor aku tak tolak .. nama nyer rezeki.. hehe.. itu baru 2 orang sekolah serentak.. kalau kepada anak ramai tu.., kenalah berjimat cermat dan ajar anak menabung dari kecil.. 

Aku tak kisah kalau ada yang berbelanja lebih untuk anak-anak uols  tapi bagi aku yang hanya mampu tahap berjimat, aku akan teruskan amalan jimat ini untuk anak-anak aku membesar walaupun aku mampu membeli lebih kepada mereka.. 

Amalan berjimat dan bersederhanaan adalah elok kita tanamkan dalam diri anak-anak menjelang GST yang akan di laksanakan di Malaysia nanti.. Ceh.. positif sungguh aku Orlylove.. citer pasal GST..aku pun kurang paham gak.. hehe.. sama-sama kita belajar.. hehe..