You will never be happy if you continue to search for what happiness consists of. You will never live if you are looking for the meaning of life.
Aku abadikan semuanya di sini.. Orlylove's Shop
First thing Kak Orly nak ucap ALHAMDULLILAH.. kepada Allah S.W.T atas perancanganNYA untuk tahun 2021 terhadap Kak Orly dalam perniagaan Kak Orly dengan COWAY.
ANUGERAH APA TU??? WOW "MOST OUTSTANDING NEO PRO YEAR 2021"
UNTUK ANUGERAH KHAS COWAYDARI TEAM RCR
GM CHAIRUL IZWAN, SGM WALLACE LIM, RAJA NORLI AKMA, SM RASHID
memang perangai OUTSTANDING sangat lah hehehe..
Alhamdullilah..syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya..akhirnya Allah beri pengiktirafan sebegini besar kepada career Kak Orly dalam Bidang yg dah jadi darah daging kak Orly.
Apabila nama disebut aje..jatung macam terhenti seketika dengan jeritan yg terkejut Sangat kerana..ramai sang juara di dewan Grand Hall ni..kenapa Aku yg dipilih??
Apapun..kak Orly tau dimana kekuatan diri dan kelemahan yg bakal jadi kekuatan untuk tahun 2022..
Terima kasih kepada Team Management Rcr Coway selaku penilai dan pemilih terutama GM yg kak Orly sayangi..Iaitu GM Chairul Izwan , SM S H Mohd Rashid ,HM Amy Suhaimi yg terus2 tak pernah jemu2 memberi kata2 semangat kepada kami sebagai HP..
Anugerah Istimewa ini memberikan satu tamparan kepada kak Orly bahawa tahun 2022, saya kena buat lebih baik dari 2021..
Terima kasih tak terhingga kepada Keluarga Tercinta.. yg menyokong sepenuhnya pernigaan Kak Orly..
Yang menyampaikan Anugerah Istimewa ini adalah Orang PENTING COWAY MALAYSIA Sendiri iaitu SGM Mr. Wallace Lim sendiri selaku Ayahanda kami dalam TEAM SALES. Memang tak sangka2 Kak Orly boleh menang anugerah ini sebab ramai yang hebat2 dalam TEAM RCR dan Kak Orly hanya semut MERAH yang kecil dan sedang memanjat untuk menuju ke puncak.. ewahh hehhe..
JOM layan VIDEO yang dapat di garap untuk kak ORLY oleh Uncle SAHA untuk Kak Orly.
Thank You Uncle Saha..Love You..hehe..
Pencapaian Kak ORLY dalam COWAY yang boleh dibanggakan sepanjang 2021..
LAST UNTUK TAHUN 2021
PEMENANG TUNGGAL UNTUK PERTANDINGAN VIDEO TESTIMONIAL DARI
TEAM SM RASHID
Alhamdullilah.. Tq Allah dan SM Rashid atas rezeki ini.. 💓
Sedih lak bila aku ingin meluahkan apa yang aku rasa.. cit.. berjiwang lak harini.. Orlylove..
Today adalah hari terakhir aku bersama Sahabatku Nurhananie meneruskan perjuangan di sebuah syarikat yang telah lama kami bertapak untuk mencari sesuap nasi..Aku sedih berhari-hari sebab kenang bagaimana kisahku di pejabat nanti setelah ketiadaan Sahabatku.. hehe.. sedihh oo..
Mesti korang piker aku ni.. pelik.. Syarikat ramai pekerja. kenapa aku hanya ada seorang sahaja SAHABAT.. rakan bergelak ketawa.. mengadu domba ramai.. tetapi.. permata yang di gelar sahabat.. hanya Nanie seorang..
Aku mula rapat apabila.. terasa nasib kami serupa.. mula-mula.. kisah kerja..lepas tu..kisah diri dan peribadi.. tapi.. dialah tempat yang aku pilih untuk melepaskan dan berkongsi pendapat kehidupan..
Dah macam belangkas kami ketika di opis..tetapi.. setelah rehda dengan cadangan yang dipilih.. Sahabatku.. Nanie.. dahulu yang dipanggil untuk keluar dari syarikat sekarang untuk meneruskan perjuangan di tempat baru.. apapun.. ayat paling sesuai untuk Nanie.. adalah..TAHNIAH!!..
Kita hanya merancang.. dan Allah yang tentukan bahawa kau pergi jua.. Aku masih di sini.. mencari ruang dan sinar harapan untuk mencari yang hilang..
Istimewa untuk SAHABATku.. NURHANANIE.. Ops.. perasaan begini.. pernah aku rasa dahulu ketika aku dan 6 sahabatku ingin berpisah untuk ke menara gading.. Sedihh tauuu.. time tu memang tak boleh dengar lagu TEMAN SEJATI dari kumpulan Brothers ... KOMPEM.. den nangis dalam bilik.. sowang-sowang. Tetapi.. ko dengarlah lagu ni.. dulu.. SAHABATku..
KENANGAN TERINDAH UNTUKMU SAHABATKU..
Banyak lagi kenangan terindah aku bersama Nanie semasa 7 tahun kami bersama.. tapi.. tak aperlah.. biarlah jadi kenangan di dan aku.. hehe..
Apapun... Nanie..pemergian ko tidak akan buat aku patah semangat untuk misi pencarian yang hilang kita.. hehe.. aku akan Ingat perkara yang kita bincangkan demi diri kita.. dan aku doakan ko akan suka tempat baru dan berbahagia di sana.. ok..
Apa yang aku nak katakana bahawa.. sayang
aku terhadap ko sebagai sahabat dan saudara seummat..aku tidak akan pudar.. dan kita akan berjumpa bila-bila masa ada kelapangan..
Perkara yang akan membuatkan aku paling bahagia adalah.. ingin melihat ko bahagia.. ok. aku doakan ko sentiasa.. dan doakan kehidupan aku jua.. ok..
Soalan cepu mas daripada mulut anak kecil ku.. yang dah siap nak ke sekolah.. pagi ni.. Anak : "Mama mama , kenapa orang tu miskin, tapi dia ada Handphone.? " Mama : Ha..? mana kakak jumpa orang miskin tu.. ? dan macam mana kakak tahu yang dia miskin? Anak : Ala, haritu kakak pergi jalan kat bla..bla.. bla.. akak nampak dia tak ada kaki .. dia mintak derma tapi.. dia ada HP.. miskin ler tu.. Mama : Ha..ha..ha..(mama .. gelak dulu.. tak baik kan.. aku gelak.. huhu.. bukan gelak pasal miskin tu.. aku gelak.. sebab aku salah ajar anak aku.. tentang orang miskin.. ok.. Yes, this is the right time to help her to understanding about life...) Jawapan MAMA :Kakak, orang yang pakai Handphone bukan orang kaya, kita semua kena pakai Handphone sebab untuk senang kita call famili kita.
** Dulu time anak aku kecil aku ajar mereka.. kalau jalan nampak orang yang minta sedekah.. lagi-lagi kat pasar malam.. aku selalu suruh mereka letakkan duit dalam tong orang minta derma itu sebab nak ajar mereka pasal kita kena kesian kalau orang itu miskin dan kita kena tolong.. tapi.. kebanyakkan orang minta sedekah di pasar dah tak ada tangan, kaki.. kurang upaya.. untuk galakkan anak aku suka memberi.. aku cakap ler.. orang kurang upaya itu ORANG MISKIN.. kita kena bantu.. itu ler.. sebab sampai sekarang dia nampak orang minta sedekah .. itu MISKIN..
Telefon , Kereta, pakaian cantik dll ( ikut suka korang ler.. kalau duit terlebih..) hihi
NOW!! : Keperluan ASAS MANUSIA DULU + KEHENDAK = KEPERLUAN ASAS Manusia SEKARANG..
Korang bayangkan kalau tak ada telefon? hehe.. yang aku jelesnya..semua remaja mampu beli handphone canggih-canggih lak tu.. semua main tolak-tolak sentuh-sentuh nyer.. hihi... aku pun tak mampu.. huhu
Kereta. Tapi tak semestinya macam gambar di atas ler.. itu contoh jer.... senang nak balik kampung dan jalan-jalan dalam MALAYSIA.. hihi
Semua orang perlukan alat ini sekarang. Bayangkan kalau kita buat kerja tanpa komputer. hihi..mau pandang dinding boleh nampak macam ayam.. hehe..Aku boleh jamin setiap rumah kompem ada sebuah komputer. Tak kira orang tu miskin atau kaya.. komputer ni dah macam pen untuk menulis.
Kalau dah semua kerja kena pakai Internet.. korang bayangkan sekali Internet Down.. macam mana korang rasa..? hihi..
So..Sekarang ni.. setakat ada..
Sebiji kereta ( kalau orang ada 3-4 bijik pun ..Still tak kaya )
Sebiji Rumah (Beli tau. bukan sewa.. tapi. kalau Sewa macam aku ni..gaji bawah RM3k KERAJAAN cakap..Miskin Tegar)
KITA BELUM KAYA.. kalau kita masih dalam keadaan semua perkara di bawah.. :
Masih berhutang Bank untuk jadi kaya - so tak yah ler.. nak belagak harta benda kalau semua tu korang HUTANG..
Banyak kredit card dalam wallet.. memang ler.. bawa kad mudahkan urusan beli barang tapi.. jangan belanje lebih dari CASH yang kita ada dalam bank. Belajar tentang kewangan di SINI
Tak leh tido malam sebab pikir pasal duit..
Sibuk beli insurance untuk jaminan masa depan..sorry ler.. beb .. mana individu yang menjual insurance, ..saya bukan menyokong atau membantah..teruskan ussaha uolss.. menberi penerangan kepada semua tentang kebaikan insurance untuk masa depan.. aku tak halang..
Tak membayar zakat harta kepada sesiapa yang banyak harta duniawi tu. klik sini untuk lanjut ZAKAT
Tak suka bersedekah atau menderma kepada yang memerlukan.
Masih menghantar anak ke rumah pengasuh.. tak boleh menjaga sendiri sebab sibuk bekerja.
Masih makan gaji.. tak kisah ler.. korang ni.. CEO ker.. COO.. ker.. COW.. hihi.. ker.. tak kisah ler.. berapa besar gaji korang bagi aku tetap tak KAYA..
- Banyak berbuat Ibadat dan tidak tinggal solat 5 waktu
- Banyak / sedikit harta tapi tak kedekut bila ada orang meminta.. IKHLAS bersedekah.. klik
- Tinggi budi perkerti dan baik hati, tinggi akhlak dan kaya dengan sopan santun
- Pegang pada janji
- Suka memberi senyuman
- Suka membantu orang dan tidak lokek dengan kongsi ilmu
- Berbelanja dengan CASH (hihi.. tak main card2 hutang2.. atau.. CASH sekarang dalam kepingan kad adalah Debit card atau Bank Card.. korang buat ler..check dengan bank2 berdekatan.
- Tak suka menunjuk-nunjuk harta benda yang korang ada..