Friday, 20 June 2014

Orlylove's SIGNATURE COFFEE DESIGN..

Assalamualaikum.. Kengkawan.. Hari ini Orlylove nak share kemahiran semulajadi Orlylove dalam seni kreatif..hehehe.. Orlylove akan  terasa bertenaga apabila meminum KOPI atau seangkatan dengannya.. Nescafe ker.. Kopi.. buatan ker.. Kopi original dari biji kopi ker.. huhu.. tapi..mahal ler.. sikit.. nak minum tak leh selalu..parah..kekeke.. Korang nak tengok tak hasil tangan Orlylove.. Meh.. layan.. 














Gambar di atas semua terror sangat.. Orlylove baru nak try-try.. buat coffee sendiri di office ni ha.. dok minum hari-hari sama.. ajer.. AKAQ bukan Barista yang teror seperti gambar di atas.. kalau korang nak tengok koleksi design Coffee ORLYLOVE.. HANYA DI BAWAH.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ok.. kengkawan selamat mencuba.. kalau nak belajar.. kena pergi kelas menjadi BARISTA.. baru leh terror.. macam coffee house.. terkenal nun.. okies.. caoowww.. cinnn cawww.. Wasalam.. 


Friday, 13 June 2014

Lepas Coklat Bihun Pulak.... Nasib baik JAKIM cepat bertindak..!!

SORRY lambat Update.. Orlylove BZ sangat dengan kehidupan seorang ISTERI dan IBU dan PENCACAI MAJIKAN.. 

Kisah JAKIM serbu pihak-pihak Kuwang ajaq ni memang kena balun dengan hak sebagai pengguna ISLAM.. tapi.. macam Orlylove dah pernah kata di entry-entry dulu-dululer.. 

pasal HALAM HARAM.. di MALAYSIA ni.. kena di BADANKAN.. bukan hak KERAJAAN untuk dipolitikkan.. sama seperti SPRM, PEGUAM Negara dan yang lain-lain ler.. HALAL JAKIM kena duduk di bawah PIHAK BEBAS.. tidak boleh ada halangan dari mana-mana pihak MENTERI, PERSEORANGAN Berkepentingan atau apa sahaja yang boleh mengganggugugat HAK ORANG ISLAM dalam HAL HALAL HARAM MAKANAN. 

Korang tengok ler.. kecekapan pihak JAKIM menangani masalah ADUAN RAKYAT.. lepas dapat kencaman HEBAT di media SOSIAL.. semua pihak bergerak.. KES selesai dalam SATU 1 .. lepas tu.. KES di buka semula.. kata kejap HALAL ..kejap HARAM..

Kasi hati RAKYAT beragama ISLAM hangin satu badan dengan pihak JAKIM.. so.. secara peribadinya.. Kerajaan kene BEBASKAN Badan HALAL JAKIM ini untuk lebih berkesan dan TELUS.. 

Banyak lagi Barangan Makanan yang diragui dan kalau nak tunggu JAKIM serbu atas aduan .. memang kita Umat ISLAM MALAYSIA ni.. hidup dalam keadaan WAS-WAS ajer ler.. 

Nak kuatkan rasa HALAL.. Kena cakap.. dalam DIRI.. 

"OK.. AKU TAK WAS-WAS,, sebab ramai ORANG ISLAM MAKAN..Ramai Tok-tok KEPIAH makan.. RAMAI Perempuan Bertudung..MAKAN.. " 



Aper pun TAHNIAH dan SYABAS kepada JAKIM kerana BERTINDAK tetapi.. apakah tindakkan seterusnya.. ? adakah sekat perniagaan dan rampas barangan yang ada di pasaran atau,, kasi gertak ajer..?

Orlylove bercadang JAKIM kena ada 1 saluran TV percuma tentang barangan-barangan yang HALAL dan tidak.. so.. kalau kita boleh tengok tiap-tiap hari Update di TV.. ramailer..makcik-makcik yang tidak ada internet atau telefon boleh menonton RANCANGAN JAKIM.. HALAL.. 

BETUL TAK?



Wednesday, 11 June 2014

Semangat apabila dapat bertemu dengan IBU SUSUAN mereka.. teruja sungguh..

hehe.. Tengok tajuk seram ajer..kan..hehe.. 

Baru-baru ni.. Orlylove berjalan-jalan dengan anak-anak kesayangan ku di sebuah pusat membeli belah di Ipoh perak.. 

Sambil berjalan.. ternampak expo tentang SUSU.. apa lagi, anak-anak ku berlari pantas ingin menemui Ibu Susuan MEREKA.. jom kita LAYAN gambar yang sempat di rakam.. penemuan yang akan hiba dan menggembirakan mereka.. apabila bertemu dengan IBU SUSUAN mereka.. dari kecil hingga lah kini. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.



agak-agak Mazwin sedang berangan menjadi MODEL Produk Tenusu.. Ibu SUSUAN nya.. hehe.


 Nak merasa perah susu sendiri..tapi apakan daya.. Susu dah kering menjadi KEJU..hehe..

Masih kecil .. tak mengerti erti mana Ibu SUSUan..hehe.. Rayyan hanya tahu yang dia ada seorang IBU yang di kasihi SAHAJA..huhu

pening cari mana IBU SUSUAN SARA.. hihihi


tengok tu.. aksi Qalesya.. asyik tak puas hati ajer dengan KAKAK SARA.. grrrrr


"SAYA BANGGA JADI ANAK MAMA " 


Gempar.. Sepasang Suami Isteri ada anak seramai 22 orang di PERAK

Assalamualaikum.. Semua kengkawan Orlylove.. today I nak cerita sikit pasal keluarga Besar dalam keluarga ORLYLOVE.. maksudnye.. Orlylove share famili besar dengan Hubby sebab berkahwin dengan Hubby lah.. korang tak paham yek.. begini ceritanya.. 

Pada suatu hari.. I berkenalan ler dengan seorang lelaki yang ada nama WAN ... 

Asal Kuale Kangsor..udah kene le teman...kampung Orlylove di Kuale gak..ermm..Bila dah kenal .. rapat..kecoh satu famili besar Orlylove bercinta dengan Cucu Wan Su dan Wan Rahman.. anak 22 kuale kangsar.. siaper tak kenal.. kata mereka.. yang mengenali keluarga WAN ni.. so.. tak yah pikir panjang.. Allah dah jadikan jodoh.. berkahwin ler.. Orlylove dengan Kerabat Wan ni.. yang berketurunan anak ramai.. korang tak caya.. ? tengok gambar kat bawah nanti.. k.. 

Korang HADO? .. hihihi.. 

Anak seramai 22 orang telah di kurniakan Allah kepada sepasang suami isteri yang menetap di Kuale Kangsar Perak....Atuk Wan Rahman kami hanya berkahwin seorang ISTERI.. sahaja.. tau.. 

Sekarang Adik beradik bapa mertua Orlylove ni.. tinggal 16 orang sahaja yang masih ada.. 

Cucu dan cicit.. seramai.. seperti gambar di bawah.. tapi.. masih ada yang tidak dapat hadir di sebabkan tugas yang diwajibkan kepada mereka.. 

Baru-baru ini.. Hari Warisan ke 4 keluarga Wan telah di adakan.. 



                                       
Dalam gambar di atas,, anakanda ku gegirl semua dok bermandi manda macam ikan duyung dalam kolam nun.so..mereka tiada.. Orlylove.. duduk di dalam gambar yang sedang mendukung Baby Rayyan.. AKAQ pakai tudung shocking pink.. cer teka yang mana.. hehe.. 


Tahun pertama Sambutan Hari Warisan Keluarga Wan 
Orlylove tak join..sebab belum kawin dengan Anak Teruna Keluarga Wan ni.. baru tunang2.. gitu.. huhu






Tahun Ke 2 Sambutan .. Ha..time ni.. Orlylove baru masuk dalam famili ni.. so.. anak belum ada.. kalau korang nak kenal yang mana satu Orlylove.. time ni.. erm.. kita kasi kenal ok.. 

Cari Orlylove.. tersembunyi..ok.. 

1. Seorang Wanita
2. Berambut panjang dan ada kaler-kaler sikit ler.rambutnya.. hehe.time dulu-dulu.. 
3. Pakai baju wanita mengandung.. sebab time ni.. tahun pertama perkahwinan.. so.. baru mengandung anak pertama.. hehe.. 
4. DAPAT Tak?.. kalau tak dapat.. agak-agak dah nak pakai spek ler tu.. hehehe.. 



Antara Aktiviti yang di lakukan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama Famili..



Kaum famili dari Medan, Indonesia





Salah seorang yang cun di dalam gambar di atas.. adalah adik ipar Orlylove.. masih single.. so.. saper yang berkenan.. sila.. PM ok.. hehee.. 



Orlylove bertuah diberi peluang untuk mengenali mereka semua.. korang bayangkan.. dulu time mula-mula kenal famili WAN ni.. Orlylove akan bersalaman lebih dari 50 orang sekali jalan.. hehe.. udah rasa macam RETIS lak.. hehe.. gurau jer komeeyy.. hehe.. 


Thursday, 5 June 2014

Dengarlah Bintang Hatiku - Ingatkan ZAMANI SLAM nyanyi!!


Assalamualaikum.. Semua.. 
Pepagi lagi Orlylove dah Feeling..feeling.. hehe.. mungkin banyak sangat dugaan yang menimpa Orlylove di saat ini.. 

Mula-mula dengar lagu Dengarlah Bintang Hatiku terus berangan dan berbunga-bunga hatiku ini.. hehe.. mungkin sebab Orlylove di lahirkan pada zaman BALADA dan ROCK kAPAK.. hehe.. so.. lagu-lagu sentimental macam ni.. memang sedappp.. nyam..nyam.. hehe.. 

Mulakan kerja dengan ceria harini.. Orlylove dapat call dari user system.. untuk Orlylove Assist. so.. dengar ajer suara mamat ni.. terus hati berbunga-bunga.. lagik.. hehe.. sejibik suare eX-Boyfren dulo-dulo..hehe.. mengarut tak.. ? anak dah ramai.. sore eX pun .. masih segar dalam ingatan.. hehe.. itu ler.. nama lagi kenangan manis.. 

Kepada suamiku.. jangan maraa daa.. ini semua gurauan di pagi hari..ok.. kenangan tetap kenangan.. lagu di bawah .. Ayang tujukan untuk Honey.. tersayang..

Percaya atau tidak...kebanyakkan perempuan akan mengingati kenangan manis mereka dengan BAU dan SUARA.. macam Orlylove jugak.. 

Haa.. jangan nak menipulah kalau korang tak setuju.. 

Contoh.. macam lagu.. Dengarlah bintang hatiku.. suara penyanyi..dia macam ZAMANI SLAM.. kalau tak google saper nyanyi.. sure Orlylove ingat zamani SLAM.. Auuuww.. sayang ZAMANI..kekeke.. penyanyi kesukaan ORLYLOVE TU.. 

CONTOH.. ke dua.. BAU.. 
Kalau korang jalan atau berada di suatu tempat.. dan ada lelaki/perempuan lalu memakai perfume... sama dengan kenalan lama kita pakai.. sure korang akan terkenang kenangan manis korang..kekeke....

Tak kisah ler aper yang korang nak cakap pasal orlylove.. aper pun.. layan.. hehe.. 

Ha..satu lagi rahsia ALAM yang orlylove nak share... pasal SUARA ni..

-KALAU LELAKI CAKAP DALAM PHONE.. dengar suara dia sedap.. hehe.. muka dia biasa-biasa ajer.. tapi.. kalau suara dia garau.. tak sedap.. kekekkeke.. HENSOME.. hehehe.. 

- Macam tu.. gak.. kalau perempuan.. cakap dalam phone.. suare sedap.. hehe.. ALAMAK.. tahyol..tahyol.. jangan percaya.. okies.. baca ajer.. 

SLAM - Gerimis Mengundang.. ZAMANI.









Dengarlah Bintang Hatiku
oleh: De Meises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Tuesday, 3 June 2014

ADA KE TAK ADA NI? SAH DNA BABI TAK ADA DALAM COKLAT CADBURY..JAKIM..


KUALA LUMPUR: MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari inimengumumkan coklat Cadburyyang sebelum ini dikesan mengandungi unsur babi sebenarnya tidak ada babi. Beliau membuat pengumuman itu sebaik saja pihaknya menerima laporan ujian makmal daripada Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Ujian dibuat ke atas 11 sampel itu melibatkan dua jenis coklat yang terlibat, empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama serta lima bahan mentah yang mungkin ada unsur haiwan. Sampel berkenaan dihantar untuk ujian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ujian awal yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan — yang mencampakkan kita ke dalam isu halal atau tidak coklat Cadbury ini — dikatakan dibuat ke atas sampel yang diambil dari pasaran.

Menurut Jakim, ujian status halal yang ia jalankan lebih ketat. Ia pergi terus kepada sumber asalnya iaitu kilang. Dengan membuat ujian ke atas produk di kilang, ia akan dapat mengetepikan soal pencemaran yang berlaku selepas produk berkenaan masuk ke pasaran.

Pengumuman Jamil Khir itu hanya merumuskan satu perkara: tidak ada unsur babi dalam coklat Cadbury yang diuji. Tentang sijil halal ke atas produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. yang terlibat, Jakim akan memeriksa semula "seluruh rantaian pengeluaran produk" dan membentangkan laporan kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum ia boleh mengeluarkan semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang ia tarik balik serta-merta sejak 24 Mei lalu.

Kenyataan Jamil Khir itu sepatutnya menamatkan isu coklat ada babi. Dakwaan bahawa coklat Cadbury dengan kazang hazel dan buah badam ada unsur babi itu sebenarnya tidak betul. Cerita sudah habis. Umat Islam sepatutnya boleh makan coklat Cadbury (semula) tanpa was-was.

Tetapi kalau melihat kepada reaksi di media sosial sejak selepas pengumuman Jamil Khir itu, isu ini nampaknya belum lagi hendak selesai. Reaksi orang ramai bercampur-campur. Ada yang yakin, ada yang tidak yakin dan selebihnya, banyak juga yang keliru. "Sekejap ada babi, sekejap tak ada babi." Itu antara reaksi mereka.

Ada beberapa soalan yang tinggal belum berjawab:
1. Coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini datang dari mana?
2. Ujian oleh Kementerian Kesihatan itu dibuat di mana?
3. Apakah coklat yang diuji itu tercemar di pasaran?
4. Jika benar tercemar di pasaran, bagaimana coklat yang berbungkus boleh tercemar?
5. Apakah sebenarnya coklat itu tidak tercemar di pasaran tetapi coklat yang diseludup dari negara jiran dengan bungkusan yang sama dan label yang serupa?

Ini antara soalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa.

Dalam masyarakat Islam yang cukup sensitif tentang soal babi dalam makanan, cerita babi dalam coklat ini perlu penyelesaian yang muktamad. Wajar atau tidak mereka terlalu sensitif tentang haramnya babi tetapi tidak begitu peduli soal dosa dan mudarat perkara lain yang jelas haram seperti riba, rasuah dan menyeleweng harta awam, itu soal yang lain.

Apa yang dihadapi oleh Jakim sekarang ini bukan saja soal coklat ada babi tetapi sejauh mana logo halal yang ia keluarkan boleh dipercayai. Itu isu sebenarnya. Itu isu yang perlu ditangani oleh Jakim sekarang.

Ingat lagi isu keselamatan ayam semasa gempar cerita penyakit selesema burung lebih kurang 10 tahun lalu? Kementerian Pertanian yang ketika itu diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjamu hidangan ayam kepada Jemaah Menteri. Majlis makan tengahari itu berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya. Menurut laporan media, ada hidangan sup ayam dengan telur puyuh, ayam goreng berempah, ayam rendang Minang, ayam masak kicap dan ayam goreng.

"Rasa ayam itu amat enak sekali dan kita berharap ramai lagi akan makan ayam kerana ayam kita selamat dan rasanya pun sedap," kata Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang mengetuai Jemaah Menteri hadir ke majlis jamuan makan tengahari itu. Majlis itu dibuat untuk mengembalikan keyakinan orang ramai kepada tahap keselamatan ayam kerana pada waktu itu, jualan ayam sudah merosot sehingga 30 peratus.

Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong juga pernah melakukan hal yang sama pada 2002 apabila beliau minum air kitar semula jenama NEWater yang dikeluarkan oleh republik itu. Pada masa itu, rakyat Singapura tidak yakin air yang dirawat itu selamat dan bersih untuk diminum.

Itulah yang barangkali perlu dilakukan oleh Jakim sebagai pihak berkuasa agama di negara ini. Ahli  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pun sepatutnya ikut sama. Mereka perlu menunjukkan kepada umat Islam di negara ini bahawa logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim itu sah dan harus dipercayai tanpa ragu-ragu. Makanya, mereka wajar makan dahulu coklat Cadbury itu.

Apakah ada cara lain untuk mengembalikan keyakinan umum yang hilang itu?


BABI BABI BABI!!!

KES KEJAP HALAL KEJAP TIDAK!

Nak semak HALAL JAKIM?


SAH ADA DNA BABI

Thursday, 29 May 2014

Yeahhh.. Dapat SAMPLE FREE dari NESTUM MALAYSIA!!

Hari ini.. suka sangat.. sebab dapat parcel dari NESTUM MALAYSIA.. terkejut gak sebab selalunya.. kalau kita register untuk dapat sample.. kita akan dapat satu paket sahaja.. untuk sekali dua minum.. ni tidak.. ORLYLOVE.. dapat.. sepeket besar.. untuk 8 kali minum.. hehe.. jimat-jimat.. 

Ok.. kalau korang nak tau.. ORLYLOVE suka sangat minum atau makan nestum ni.. BAB makan..rasanya.. boleh layan.. kalau nak kurus.. nanti raya sure akan ku beli banyak NESTUM ni..nak buat kuih raya.. sodapp.. 




korang nak.. pegi sini..



Ada pertandingan untuk korang menang... masuk ler.. mana tau.. rejekii.. hehe..ORLYLOVE nak masuk.. tak ada idea.. MALU aaa.. heheh.. 





ORLYLOVE today Women in Black..

Assalamualaikum.. kepada semua pembaca ORLYLOVE.. today orlylove memakai pakaian serba hitam kerana ingin memberi penghormatan terakhir kepada DYMM Sultan Azlan Shah yang telah mangkat semalam.. nak kata berkabung tidak ler.. cuma.. baju hitam ni.. tak pernah pakai.. kena lak dengan kemangkatan tuanku sultan. itu ajer.. 

Geram tu.. ada sorang mamat gelap-gelap kulitnya.. dalam opis ni.. Orlylove masuk ajer.. dia kata.. kurang ajar pasal Sultan Perak.. 

" OOO.. itu Karpal Singh dah bawak Sultan Perak MASUK sekali.. dulu itu sultan marah Karpal Singh.. " siap gelak lagi.. KAPIAQ tu.. nak  jer aku tukar ko jadi PANDA.. boleh aku bela dalam zoo.. tak payah MALAYSIA beli panda mahal-mahal.. 

Grrrrrrmmm.. agak-agak ler.. bab kematian ko nak persenda.. aku dulu tak kacau pun kaum-kaum yang lain.. isshhh.. jangan marah-marah ORLYLOVE...buang negetif-negetif.. masukkan yang POSITIF today.. 

Orlylove in da house...






Wednesday, 28 May 2014

GEMPAR BABI..BABI..BABI.. APA KES?

Assalamualaikum... Semua.. Orlylove sayang semua.. Orlylove nak lepak ngan semua kalau ada peluang.. hehe.. tapi.. apakan daya ,,kita bertemu di alam maya dahulu ok.. 

Today Orlylove nak share pasal BABI.. Opss.. ada yang cakap Orlylove mencarut ker? AKAQ sebut babi untuk nama Binatang yang terkandung di dalam AL-QURAN namanya.. atau nama lain nyer.. yang lembut sikit.. KHINZIR.. eermm.. Sure sebut KHINZIR korang rasa lega dari sebut BABI.. kenapa yerk..? hehe.. Korang tengok kat bawah..



Pergh.. banyak kegunaan BABI ini yerk.. tapi.. korang pernah pikir tak masalah bahan dari BABI ini tidak akan selesai hingga akhir zaman kalau kita sebagai Orang ISLAM sendiri tidak bertindak.

Contohnya,, MALAYSIA sebagai NEGARA ISLAM..

Patutnya.. kerajaan akan perkuatkan hal-hal pemakanan di MALAYSIA supaya semua rakyat yang tinggal di MALAYSIA tidak akan ada rasa was-was dengan hal-hal makanan di MALAYSIA.. 

Perbesarkan lagi team yang akan uruskan HALAL JAKIM kalau ini semua menjadi angenda NEGARA ISLAM. Tapi..ramai pihak ambil sambil lewa tentang penguatkuasaan HALAL pada semua barangan di MALAYSIA. 



Senang-senang ajer wartakan bahawa semua pengeluar makanan di MALAYSIA kena guna tanda HALAL JAKIM.. dan HALAL JAKIM sahaja yang di sahkan HALAL.. tetapi.. BILA MAKAN DI RESTAURANT yang ada tanda halal JAKIM.. dan mereka tidak menyambung sijil halal dengan JAKIM..expired.. already.. maksudnya.. RESTAURANT tersebut sudah tidak HALAL.. 


Aper ni.. MALAYSIA.. please wake up.. ni bukan kes main-main.. dah dapat report baru nak bertindak.. dan bila kita report.. feedback lambat sangat..lepas tu.. cakap tak cukup kakitangan bertugas.. 

so.. apa yang kerajaan MALAYSIA boleh tolong.. kasi ramai ler.. lagi pegawai di HALAL JAKIM.. itu ajer.. biar kasi semua pengeluar makanan dan apa sahaja yang keluaran yang boleh dikaitkan dengan DNA BABI dan mengandungi bahan lain yang di ragukan seperti ALKOHOL.. di MALAYSIA akan patut syariat ISLAM.. sebab kita dalam NEGARA ISLAM.. patut tidak perlu lah kita was-was. 

Antara cadangan ORLYLOVE pasal HALAL MALAYSIA ni.. begini.. 

  1. PERKUKUHKAN AGENSI HALAL JAKIM dengan banyakkan permantauan
  2. Bekerjasama dengan semua pengguna Malaysia untuk merekod sebanyak mungkin gambar-gambar barangan yang ada di pasaran yang menggunakan TANDA HALAL JAKIM dan TANDA HALAL LUAR dari JAKIM MALAYSIA. Lepas tu buat analisis pasal senarai barangan tersebut sudah di daftarkan atau belum.
  3. Kalau dah online tu.. jangan lah .. tak selaraskan database semua HALAL JAKIM.. sebab kalau Orlylove call HALAL KL.. dan barangan itu buatan di PERAK.. mereka akan suruh kita call perak lak.. tanya.. HALAL ker tak? amacam..?..
  4. JAKIM dan Pihak penyiaran MALAYSIA.. bekerjasama.. untuk mewartakan HALAL di syariat ISLAM.. jangan harap orang bukan ISLAM hanya BABI sahaja yang HARAM.. banyak lagi ILMU HALAL dan HARAM Perlu di PERLUASKAN pengetahuan untuk semua RAKYAT MALAYSIA..
  5. Pembelajaran HALAL dan HARAM di masukkan di dalam silibus pembelajaran kepada semua RAKYAT MALAYSIA.. tidak kira AGAMA.. selagi ko tinggal di NEGARA MALAYSIA.. NEGARA ISLAM.. korang kena TAHU PASAL ISLAM.. ni Orang ISLAM SENDIRI takut nak cakap.. pasal HALAL HARAM makanan di MALAYSIA.. banyak yang layan ajer.. makanan CINA.. INDIA.. sedap nyer..pasal.. tolak ..hukum..ISLAM..
  6. Senaraikan Bahan-bahan yang boleh di ragukan untuk semua umat ISLAM tahu.. contohnyer.. bahan E471 yang ada terkandung dalam bahan kek.. coklat.. dan sebagainya.. ramai yang masih keliru..
  7. Wujudkan sistem pendaftaran dan pengiktirafan HALAL JAKIM yang lebih senang untuk semua orang apply. 
Ok cukup ler.. tu.. penat gak nak kasi cadangan.. kekeke.. 

Apa pun.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. so.. kalau kita ada tanggungjawab sebagai seorang Umat ISLAM.. sama-sama kita berganding bahu untuk membantu pihak kerajaan dan JAKIM untuk mengumpul maklumat tentang makanan yang di ragukan dan barangan yang tidak HALAL di sisi ISLAM. 

Jangan takut kalau kita percayakan ALLAH.. perkara yang baik memang kurang di senangi oleh orang-orang kafir.. so.. kita kuatkan azam untuk membantu sebaik mungkin untuk anak bangsa MELAYU dan ISLAM khususnya.. 

Janganlah kita biarkan Orang KAFIR menghina ISLAM sewenang-wenangnya.. 

Banyak Orlylove dengan gurauan kasar member-member KAFIR ni.. 

Ala.. HALAL mAAA.. TAK ADA BABI.. 

ALA.. You jangan MAKAN BABI .. tu.. kuah jer maaa.. mee jer.. 

Ala.. you MINUM ARAK ok..bukan BABI MAAAAA.. 

So... selamat beramal..

Waalaikumusalam..

Bacaan Menarik di BAWAH SILA KLIK: 

BAHAN E471



Kisah Menarik Tentang BABI

AL-FATIHAH..TAKZIAH BUAT KELUARGA DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH - MANGKAT

Tanggal 28 Mei 2014 bersamaan 28 Rejab 1435H.. kita telah di kejutkan dengan berita sedih iaitu kepulangan DYMM Sultan Perak yang ke 34 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ke pangkuan Allah S.W.T pada jam 1.30 tengahari. 


AL-FATIHAH

Orlylove memanjatkan rasa sedih atas kepulangan baginda yang di sanjungi dan di sayangi oleh semua rakyat PERAK khususnya. 

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga baginda di letakkan di kalangan orang-orang beriman hendak-NYA. 

Amin... 

Tuesday, 27 May 2014

Nombor 27 Tarikh Bertuah ORLYLOVE.. SALAM ISRAK DAN MIKRAJ


Tanggal 27 Rejab 1435 bersamaan 27 Mei 2014 adalah tarikh keramat buat Orlylove sebab berkongsi tarikh besar dalam ISLAM iaitu Sambutan memperingati Israk dan Mikraj. Pada Tanggal 27 Mei 2006 ini juga Orlylove telah di ijabkabulkan dengan pasangan yang paling serasi telah di tetapkan oleh ALLAH S.W.T untuk Orlylove... Doakan kami akan bahagia hingga ke akhir hayat kami. 

Tahun ini masuk 8 tahun usia perkahwinan kami... 














Sunday, 25 May 2014

GEMPAR COKLAT CADBURY ADA DNA BABI..

Assalamualaikum.. kepada semua pembaca.. Orlylove.. Harini kita digemparkan dengan isu yang agak sensitif kepada semua kita umat ISLAM.. dan memberi impak yang besar kepada semua penggemar coklat yang berjenama Cadbury..seperti ORLYLOVE.. 

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk

Waaaaa... dah ler.. Akaq.. suka coklat ni.. dah berkoyan koyan masuk perut.. patut ler.. Orlylove selalu rasa Hangin.. jer.. cepat marahh.. rupanya.. makan makanan yang mengandungi DNA BABI.. Haram Jadah punya pengeluar coklat.. tapi.. apa yang Orlylove nak cerita hari ini.. bukan nak memaki hamun pengeluar coklat.. tapi.. banyak pihak.. yang patut mengambil pengajaran atas penemuan terhangat ini.. 

Kenapa Cadbury.. tidak kepada produk coklat jenama lain,? persoalan nya.. adakah semua coklat yang ada di Malaysia ini.. HALAL?.. kita semua cepat melatah apabila ada pihak yang cuba menegakkan kebenaran dan menemui kesalahan dalam kes yang di kira High Profile ni.. hehe.. nasib baik kes coklat Cadbury ni.. dibongkar pada tahun 2014.. tidak tunggu 2020 ajer. Lepas tu baru ler tau yang AKAQ makan banyak sangat coklat mengandungi BABI.. Nauzubillahiminzalik.. takut kenang nasib anak-anak di akhir zaman ni.. 

Tapi di sini.. kenyataan balas dari pihak Cadbury

Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.

Pesanan Orlylove : So.. Korang bayangkan ..kita-kita yang ke luar negara,,beli Cadbury di sana.. erm.. macam confirmed tak HALAL.. tapi.. orang ISLAM kita lanyak semacam jer.. tak call JAKIM pun.. tanya HALAL KE tak..?

Apa-apa berbalik kepada diri kita sendiri.. kalau kita nak jaga kejernihan darah daging kita supaya tidak menjadi lebih busuk di Padang Mahsyar nanti.. kita kena berjanji untuk menjaga pemakanan, amalan dan semua yang di tegah oleh ALLAH kita jauhkan.. 

Kepada semua UMAT ISLAM yang berada di NEGARA MALAYSIA .. NEGARA ISLAM ini.. bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencari kebenaran untuk pastikan kita berpegang kepada NEGARA ISLAM yang tidak di was-waskan oleh pihak-pihak yang JAHIL tentang ISLAM.. sama-sama kita bimbing semua rakyat MALAYSIA tentang HALAL Dan HARAM.. 

Jangan kita ingat semua cina dan india akan faham tentang HALAL dan HARAM dengan JELAS kalau kita harapkan semata-mata jabatan-jabatan.. yang menguruskan urusan perihal ISLAM..yang kurang kaki tangan,,, untuk bertindak.. 

Orlylove percaya ada penganut agama lain yang suka mempersendakan.. orang-orang ISLAM yang JAHIL.. tentang.. HALAL HARAM.. mereka akan menakutkan kita dengan ISU BABI.. tapi kenapa kita semua tak nampak ISU ARAK..? 

Dulu ada member Orlylove membuat ayat lawak bodo tentang HALAL.. 

" Ala releks ler.. beb.. aku walaupun MINUM ARAK.. aku tak makan BABI TAU.... " 

Cop...cop.. aper kes ni.. brader.. SETITIK arak masuk dalam darah kita.. HITAM terus hati mu.. tetapi.. bayangkan .. kalau.. sebotol.. 

Bila cakap Isu BABI.. sampaikan.. gambar babi pun orang kita benci.. padahal HARAM ARAK dan BABI dah termaktub dalam AL-QURAN.. ALLAH dah cakap HARAM.. HARAM ler....Wallahu a'lam.. 

BACA SINI