Link to

Tuesday, 31 December 2013

Selamat Menyambut Tahun 2014

Assalamualaikum.. Semua pembaca.. Aku Orlylove ingin mengucapkan 

Selamat Tahun Baru 2014

Semoga apa yang dirancang pada tahun lepas telah terlaksana dan 
Dengan Niat Kerana Allah S.W.T,
Kita mulakan sesuatu yang lebih bermakna untuk tahun 2014 ini.

Buka lembaran baru dan jangan lupakan kenangan lalu kerana kenangan itu akan memberi makna kepada kita apabila kita kesunyian dan kekosongan..
Walaupun kenangan itu pahit, pahat le dalam ingatan kerana yang pahit itu yang akan memberi makna tentang kehidupan kepada kita. Perkara manis dalam kehidupan tidak boleh terlalu banyak juga sebab nanti akan JADI KENCING MANIS.. hehe.. 

PERKARA YANG BERLAKU SEPANJANG TAHUN 2013 DALAM HIDUP ORLYLOVE

- 1st TIME dalam hidup aku pergi MENGUNDI ketika PRU13 lepas.. OPss Undi Rahsia... 
- Aku Orlylove Tercalon dalam Persidangan Sebuah Parti Politik & terpilih menjadi EXCO
- Aku dan Baby Rayyan masuk hospital sebab baby tak sihat.. sampai 4 hari dalam wad. 
- Mengikuti dan menemani ke Orientasi sekolah kebangsaan dan sekolah Rendah Agama

Senarai di atas perkara besar yang terjadi dan telah pun berjalan seperti dirancang oleh Allah S.W.T. Aku akan teruskan perjuangan aku yang belum selesai dan harap kedatangan tahun 2014 ni akan beri sinar baru yang lebih jelas untuk kehidupan aku sebagai seorang Ibu, Isteri, dan Umat Islam.. 

SALAM TAHUN BARU DARI AKU ORLYLOVE.  

AntiDotCom!™: MUKA-MUKA YANG DI KEHENDAKI SEKITAR PERAK...KITA B...

AntiDotCom!™: MUKA-MUKA YANG DI KEHENDAKI SEKITAR PERAK...KITA B...: Muka-muka ini sangat berbahaya dan foto mereka diedar untuk dikesan oleh pihak polis. Jika kita ada maklumat tentang individu i...

11 langkah penjimatan belanja kerajaan oleh Datuk Najib

Berita Terkini... Sure korang suka dengar berita ini.. Kerajaan memang perihatin dengan rakyat jelata.. 

Perdana Menteri kita telah mengumumkan beberapa langkah-langkah yang diambil untuk kurangkan beban RAKYAT... 


Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:


  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan. 


Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:


  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan;
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

PENDAPAT ORLYLOVE 

Bagus, tindakan yang paling bijak untuk RAKYAT di saat RAKYAT di tekan dengan kenaikan harga yang mendadak.. 

* Kepada syarikat-syarikat SWASTA yang selama ini mendapat TENDER untuk BUNTING/ BANNER dari kerajaan.. bawa bersabar ok.. Kerajaan akan tukar BANTING / BANNER kepada LED Panel TV.. so..akan ada ler.. projek untuk semua...UNTUNG ORANG RAMAI. Kalau Kerajaan guna LED Panel TV.. ada ler sikit kerja untuk budak IT.. Grafik tu.. creative ler.. sikit mereka semua.. 

* Kepada Kontrator yang dah berangan untuk dapat projek2 kerajaan untuk UBAHSUAI pejabat,, bawak bertenang.. banyak lagi projek orang SWASTA yang uols.. boleh rembat.. OKeess.. 

* Kepada pengusaha Katering yang selama ini dapat banyak TEMPAHAN makanan untuk MAJLIS-MAJLIS kerajaan..Bolehlah melabuhkan punggong anda untuk pegi bercuti sekali-sekala.. sebab Perdana Menteri dah tak nak ambik Order banyak-banyak kasi Kakitangan dia.. makan.. MEMBAZIR katanya.. 

* Kalau kerajaan nak kurangkan KOS UTILITIS.. jangan lah tutup lak Aircord yang ada di KLINIK-KLINIK RAKYAT  yang selama ini di nikmati oleh pesakit-pesakit yang menerima rawatan di KLINIK Kerajaan.. Sian tu.. tunggu dah ler,.,lama.. KIPAS pusing tak kuat..tak ada Aircond kaluu.. panas DOKTOR yang merawat.. 

* Kepada semua EVENT COMPANY Swata yang selama ini menikmati limpahan tender-tender untuk EVENT kerajaan.. rasanya.. boleh buat packaje baru lak.. bawak bercuti di hujung tahun.. macam tu.. 

BUKAN SEMUA PENGURANGAN DI ATAS MACAM TARIK REZEKI RAKYAT KER?..TAPI secara RASIONAL nyer.. MEMANG SATU PEMBAZIRAN untuk semua ini.. kalau dari dulu PEMIMPIN PIKIR macam ni.. kan bagus.. tak payah ler.. nak kena gertak dek RAKYAT baru nak kurang sana sini.. 

BAGI AKU LER.. PAK AJIB .. patut kurangkan DUIT POKET untuk ISTERI tersayang tu.. huhu..