Link to

Tuesday, 31 December 2013

Selamat Menyambut Tahun 2014

Assalamualaikum.. Semua pembaca.. Aku Orlylove ingin mengucapkan 

Selamat Tahun Baru 2014

Semoga apa yang dirancang pada tahun lepas telah terlaksana dan 
Dengan Niat Kerana Allah S.W.T,
Kita mulakan sesuatu yang lebih bermakna untuk tahun 2014 ini.

Buka lembaran baru dan jangan lupakan kenangan lalu kerana kenangan itu akan memberi makna kepada kita apabila kita kesunyian dan kekosongan..
Walaupun kenangan itu pahit, pahat le dalam ingatan kerana yang pahit itu yang akan memberi makna tentang kehidupan kepada kita. Perkara manis dalam kehidupan tidak boleh terlalu banyak juga sebab nanti akan JADI KENCING MANIS.. hehe.. 

PERKARA YANG BERLAKU SEPANJANG TAHUN 2013 DALAM HIDUP ORLYLOVE

- 1st TIME dalam hidup aku pergi MENGUNDI ketika PRU13 lepas.. OPss Undi Rahsia... 
- Aku Orlylove Tercalon dalam Persidangan Sebuah Parti Politik & terpilih menjadi EXCO
- Aku dan Baby Rayyan masuk hospital sebab baby tak sihat.. sampai 4 hari dalam wad. 
- Mengikuti dan menemani ke Orientasi sekolah kebangsaan dan sekolah Rendah Agama

Senarai di atas perkara besar yang terjadi dan telah pun berjalan seperti dirancang oleh Allah S.W.T. Aku akan teruskan perjuangan aku yang belum selesai dan harap kedatangan tahun 2014 ni akan beri sinar baru yang lebih jelas untuk kehidupan aku sebagai seorang Ibu, Isteri, dan Umat Islam.. 

SALAM TAHUN BARU DARI AKU ORLYLOVE.  

No comments:

Post a Comment