Berita Terkini... Sure korang suka dengar berita ini.. Kerajaan memang perihatin dengan rakyat jelata..
Perdana Menteri kita telah mengumumkan beberapa langkah-langkah yang diambil untuk kurangkan beban RAKYAT...
Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
Perdana Menteri kita telah mengumumkan beberapa langkah-langkah yang diambil untuk kurangkan beban RAKYAT...
Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
- Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
- Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
- Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.
Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.
Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
- Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan;
- Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
- Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
PENDAPAT ORLYLOVE
Bagus, tindakan yang paling bijak untuk RAKYAT di saat RAKYAT di tekan dengan kenaikan harga yang mendadak..
* Kepada syarikat-syarikat SWASTA yang selama ini mendapat TENDER untuk BUNTING/ BANNER dari kerajaan.. bawa bersabar ok.. Kerajaan akan tukar BANTING / BANNER kepada LED Panel TV.. so..akan ada ler.. projek untuk semua...UNTUNG ORANG RAMAI. Kalau Kerajaan guna LED Panel TV.. ada ler sikit kerja untuk budak IT.. Grafik tu.. creative ler.. sikit mereka semua..
* Kepada Kontrator yang dah berangan untuk dapat projek2 kerajaan untuk UBAHSUAI pejabat,, bawak bertenang.. banyak lagi projek orang SWASTA yang uols.. boleh rembat.. OKeess..
* Kepada pengusaha Katering yang selama ini dapat banyak TEMPAHAN makanan untuk MAJLIS-MAJLIS kerajaan..Bolehlah melabuhkan punggong anda untuk pegi bercuti sekali-sekala.. sebab Perdana Menteri dah tak nak ambik Order banyak-banyak kasi Kakitangan dia.. makan.. MEMBAZIR katanya..
* Kalau kerajaan nak kurangkan KOS UTILITIS.. jangan lah tutup lak Aircord yang ada di KLINIK-KLINIK RAKYAT yang selama ini di nikmati oleh pesakit-pesakit yang menerima rawatan di KLINIK Kerajaan.. Sian tu.. tunggu dah ler,.,lama.. KIPAS pusing tak kuat..tak ada Aircond kaluu.. panas DOKTOR yang merawat..
* Kepada semua EVENT COMPANY Swata yang selama ini menikmati limpahan tender-tender untuk EVENT kerajaan.. rasanya.. boleh buat packaje baru lak.. bawak bercuti di hujung tahun.. macam tu..
BUKAN SEMUA PENGURANGAN DI ATAS MACAM TARIK REZEKI RAKYAT KER?..TAPI secara RASIONAL nyer.. MEMANG SATU PEMBAZIRAN untuk semua ini.. kalau dari dulu PEMIMPIN PIKIR macam ni.. kan bagus.. tak payah ler.. nak kena gertak dek RAKYAT baru nak kurang sana sini..
BAGI AKU LER.. PAK AJIB .. patut kurangkan DUIT POKET untuk ISTERI tersayang tu.. huhu..
No comments:
Post a Comment