Friday, 11 October 2013

Tahun 2020 akan ramai rakyat jadi GILA.. Ape Kes?

KOTA BHARU - Kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal akan mengalami penyakit mental menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian
perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.

"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.

Dr Lokman Hakim berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan merupakan satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020.



Beliau berkata, kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.

"Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku.

"Perubahan yang dialami perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem rawatan, penjagaan dan pemulihan pesakit psikiatri melalui perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan dalam usaha menangani masalah itu.

"Sebagai langkah pencegahan, terdapat empat institusi mental dan 48 hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

"Kini terdapat 252 pakar psikiatri di seluruh negara dan 80 pegawai psikologi klinikal selain 228 pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan bagi mengesan dan memberi rawatan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai gangguan dan penyakit mental," katanya.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama


- copy dari http://www.sinarharian.com.my




LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS
Langkah 1Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.


Langkah 2 Letakkan Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3Selesaikan Masalah Satu Persatu.

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 Menangis

- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5Ketawa

- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6Bersenam Atau Beriadah

- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8Curahkan Perasaan Dalam Diari.

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 Meditasi Atau Bertafakur.

- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11Tahu Had Kemampuan.

- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 Berusaha Dan Berserah.

- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13Bersantai

- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14Ambil Mudah.

- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 Mengadu Kepada Kaunselor.

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16Berurut.

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17Refleksologi Atau Akupuntur.

- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18Hipnosis

- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19Terima Keadaan Seadanya.

- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Langkah 20Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.



Thursday, 10 October 2013

KALAU AKU KAYA...

Kita layan dulu lagu..



Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
(Altimet)
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
(Awi Rafael)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)
(Altimet)
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by ’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa, semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
(Awi Rafael)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagi tahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bilalah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

MENGAPA LELAKI SUKAR INGAT TARIKH ISTIMEWA DALAM HIDUP MEREKA?

"Encik.. berapa umur anak sekarang?" tanya petugas di kaunter ubat. Yang sang suami boleh lak tercangak-cangak mencarik isteri.. yang duduk jauh sikit dari kaunter pendaftaran.. 

"Ayang, berapa umur anak?..birthday dia biler?.. Aduiyai.. dengan slamber tanya.. tapi.. dalam hati si isteri saper tahu.. malu seh.. anak sendiri lahir pun tak tahu tarikh lahirnye.. 



Korang pernah tak lalui situasi macam di atas?.. ha..ha.. sure ada yang cakap..
" Ala.. bukan tarikh lahir anak jer yang DIA - (lelaki) ni lupa.. tarikh lahir aku (isteri) pun dia tanya banyak kali.. dari hari kenal.. lepas kawin sampai dapat anak panjang lrt star pun dia dok tanya.. " Bila.. " yang paling tragis.. " Alamak.. Abang lupa ler.. hari ni hari jadi ayang...".. yang si isteri dah kasi banyak hint pun masih buat-buat lupa.. 


Kenapa aku persoalkan begitu? Sebab ramai wanita yang aku jumpa selalu mengeluh yang suami mereka lupa pasal tarikh lahir si isteri, lupa tarikh perkahwinan mereka dan sebagainya. Tapi ramai jugak yang di jodohkan dengan lelaki yang suka sangat buat surprise dalam hidup mereka...mereka dapat suami yang loving sangattt... awwww.. jeles sangat.. hehe.. but.. 



Kepada yang dapat pasangan Hebat yang selalu ingat tarikh-tarikh istimewa dalam hidup korang tu aku ucapkan tahniah.. dan kepada yang dapat suami pelupa tarikh ni.. jangan sedih sangat.. sebab Allah dah jodohkan itu yang terbaik untuk kita, terima le seadanya..dan itu le perjanjian kita dalam hubungan perkahwinan - saling lengkap melengkapi.. 

Kalau si suami asyik lupa tarikh lahir atau tarikh perkahwinan tu.. korang yang si isteri kenalah kreatif sikit.. tampal ler.. tarikh-tarikh istimewa korang ni dekat dinding-dinding bilik atau tolong lah ambil hp si suami dan senyap-senyap setkan tarikh-tarikh istimewa korang dalam calender phone 'dia'..hehe.. sure dia terkejut kalau bangun pagi.. ada ringtone.. reminder :


HARI INI, ULANGTAHUN perkahwinan yang ke 30!!..
Birthday Anak kita yang ke 6
Jangan lupa KEK Birthday SAYANG!.. 



Kepada sang isteri lak.. nasihat aku.. 

Kalau korang dah dapat pasangan hidup serba kekurangan seperti di atas.. janganlah jadikan kekurangan si suami mengingati tarikh-tarikh istimewa dalam hidup korang ni.. sebagai penghalang untuk kita semua hidup gembira dan bahagia.. 

Fahami suami / pasangan kita , kalau dah dia dok lupa macam-macam, rendahkan ego kita yang perempuan ini untuk mengingatkan dan memulakan / meraikan hari-hari indah bersama. Anggaplah suami kita dah penat mencari rezeki untuk kita anak beranak, dan dia tak sempat untuk perkara yang kecil-kecil macam mengingati tarikh perkahwinan kita. 

Fokus sang suami lepas dah berkahwin adalah mencari rezeki dan tingkatkan usaha untuk perbaiki kehidupan kita dengan anak-anak tersayang..

Ha.. lepas ni.. ada lak .. cakap.. " Ala.. mana boleh.. lelaki buat kita perempuan macam tu.. Asyik kita jer.. yang nak kena rai.. dan ingat.. dia senang-senang jer.. tak yah pikir".. 

Hey dude.. kan aku dah cakap tadi.. DAH JODOH kita macam tu.. korang kena tempuh sampai akhir hayat tau.. lama-lama dia akan ingat ler.. kalau dah tiap2 tahun rai.. sambut sana sini.. insyaallah.. jangan ego sebab nak layan perasaan sedih yang bukan-bukan.. tapi.. cuba melengkapi apa yang kurang dalam perhubungan suami isteri / pasangan kita. 

Aku tak berpihak kepada mana-mana pihak... sama ada lelaki atau wanita, isteri atau suami.. tapi.. apa yang penting.. KERJA SAMA.. sama-sama mengubah diri dan nasib keluarga.. Ikhlas dalam mendidik dan memberi rezeki kepada anak-anak.. Insyaallah.. jalan kebahagian menanti di hadapan..

Tarikh 10.10 adalah Hari Lahir anak aku yang sulung.. so.. aku kena ingatkan suamiku bahawa.. 

" HONEY .. TODAY IS BATRISYIA BIRTHDAY.. Let's celebrate.. " 

Wednesday, 9 October 2013

TUKAR KERJA vs TERUS Bekerja

BAGAIMANA ANDA MENILAI KERJA ANDA?

Jeng..jeng..jeng... Aku sebagai Kulikutif ni selalu bertanya pada diri.. Sampai bila aku patut makan gaji dan adakah aku dah bosan dengan syarikat yang aku kerja ni? Pleeeaseee.. kuatkan semangat untuk mencari sesuap nasi untuk menyara anak yang ramai.. TETAPI.. makin lama kerja, makin bosan dengan kerja yang aku lakukan seharian.. Adakah aku ada masalah?.. Tapi aku happy dengan rakan-rakan sepejabat aku.. 

Apa masalah aku sebenarnya? Meh kita jawab soalan tentang kerjaya kita bersama-sama. 



Sila jawab soalan ini dengan jujur ya.. 
  1. Bolehkah korang batalkan cuti korang jika dalam masa yang sama korang dapat kenaikan pangkat? Ya / Tidak 
  2. Ada tak dalam hati korang nak hidup seperti bintang filem?  Ya / Tidak
  3. Pernahkah terpikir nak beli rumah yang lebih besar dari rumah korang sekarang satu hari nanti?
  4. Ada impian nak buka perniagaan sendiri tak? 
  5. Apabila tiba masanya korang nak buat suatu keputusan, adakah mudahbya anda lakukannya?
  6. Adakah korang ada kekuatan diri seperti kemahiran dan kekuatan yang membolehkan korang berjaya dengan kerjaya korang sekarang?
  7. Uolsss.. nak tak jadi popular?
  8. Adakah korang sanggup terima pujian disebabkan kerja orang lain?
  9. Korang ni jenis orang yang suka beri arahan kepada orang lain tak?
  10. Boleh tak korang ni kerja dengan orang yang korang tak suka sekiranya ianya dapat meningkatkan lagi kedudukan korang dalam pejabat?
  11. Nak tak kalau korang dapat offer lagi bagus tapi kena berpisah dengan keluarga di sebabkan offer yang korang dapat tu jauh dari keluarga? 
  12. Anda rasa, anda ada kebolehan lebih daripada orang lain tak?
  13. Adakah korang akan memilih pergi jamuan makan yang di aturkan oleh majikan daripada pegi jamuan yang di atur oleh member-member?
  14. Adakah korang bosan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pejabat yang tidak mendapat perhatian ketua anda?
  15. Pernah tak korang bayangkan macam mana nak raikan hidup korang sebagai seorang jutawan?


So, sekarang tugas korang sila kira berapa korang dapat YA.

Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.

Markah di antara 5 hingga 8, menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.


Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah,  anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.


Pendapat peribadi aku la, korang buat apa yang korang suka dan perkara yang korang rasa happy bila korang lakukan. Dalam memilih pekerjaan, kena nilai dalam banyak aspek. Kengkadang aku rasa orang-orang yang melontarkan pendapat, ramai yang menganggur kat Malaysia ni.. sebab memilih kerja. Memang ler dalam bekerja korang kena pilih.

Aku dapat tips untuk sesiapa yang mencari kepuasan dalam kerjaya korang sekarang.

 Langkah pertama yang korang kena nilai adalah = Kenal diri anda sendiri 

- adakah anda ada kemahiran yang luar biasa dalam kerjaya anda sekarang. Ingat balik apa hasrat dan impian kita dalam hidup. Apa kekuatan dan kelemahan anda. Senaraikan mana yang banyak. Kekuatan atau kelemahan.

" Walaupun anda terasa bahawa kerjaya anda sekarang tidak sesuai dengan anda, jangan takut untuk membuat perubahan dalam hidup. Senaraikan semua kerja yang anda suka lakukan. Tanya pada diri, adakah anda dah bersedia untuk membuat perubahan?" 

Untuk mendapat keputusan yang tepat, anda hendaklah mempunyai minda yang terbuka. Anda seharusnya berlaku jujur dan ikhlas dengan diri anda sendiri. Jangan sekali-kali anda menggunakan memberikan pelbagai dalih bagi mengelakkan diri daripada membuat perubahan. Janganlah menutup peluang anda untuk membaiki kehidupan diri anda. Setelah membuat pilihan pekerjaan baru anda, langkah seterusnya adalah untuk melakukannya. Pilihan anda hendaklah realistik mengikut tanggungjawab anda, umur anda dan sejauh mana anda sanggup membuat perubahan dan pengorbanan.


Untuk meneliti dengan betul situasi anda sekarang, senaraikan perbelanjaan anda pada setiap bulan, contohnya perbelanjaan untuk makanan, sewa rumah, bil eletrik, telefon dan air, pakaian, kereta jika ada, minyak dan lain-lain. Jumlahkan semua perbelanjaan anda untuk satu bulan. Pertukaran kerjaya mungkin akan menyebabkan kekurangan pada
  
perbelajaan anda setiap bulan. Sanggupkah anda memandu kereta yang lebih kecil atau berpindah ke rumah yang lebih murah sewanya? Sanggupkah anda berkorban demi mendapatkan pekerjaan baru yang lebih sesuai?

Perancangan yang teliti amatlah mustahak untuk menjadikan pertukaran kerja anda berjaya. Hal ini terutamanya jika pekerjaan yang anda pilih adalah berbeza sama sekali daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang. Anda mungkin tidak tahu cara hendak memulakannya. Anda hendaklah mempunyai sesuatu matlamat yang tertentu. Tidak boleh dinafikan bahawa membuat perubahan pada situasi pekerjaan anda bukannya satu perkara yang mudah. Anda tidak seharusnya berputus asa selagi matlamat anda belum tercapai. Janganlah anda mencari alasan untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih senang tetapi pertukaran itu tidak memberikan anda kepuasan diri.

Setelah matlamat anda ditetapkan, anda boleh menumpukan perhatian dan tenaga anda ke arah mencapai matlamat itu. Satu cara untuk menghasilkan kejayaan ke arah matlamat anda adalah dengan mengambil langkah-langkah yang kecil, tetapi tegas dan realistik.


Tuesday, 8 October 2013

Kenapa 'AIS'? Kelebihan AIS BATU .. Orang utara kata Ais Ketoi..

Kenapa AIS? Ini lah persoalannya.. 

Cuba korang tengok gambar ais ni.. sure terliur tak sabar nak buat air sejuk yang nyaman dan segar menggunakan ais.. kan?.. pergh.. sejuk membasahkan tekak di kala panas terik menyucuk muka dan kepala.. hehe.. 


Orang tua-tua kita melarang kita memakan ais batu atau orang Utara panggil " ais ketoii"..tapi kenapa?..itu ler.. yang kita soal..tapi setiap kali orang tua cakap jangan .. lagi kita ambil dan makan.. 

Aku lak .. pantang orang gigit ais depan aku.. sure aku hanginn.. suruh jangan gigit.. sebab setahu aku .. nanti akan rosak kan gigi.. itu yang aku rasa.. ngilu bagai.. tapi.. apakan daya .. benda yang kita benci tu ler.. yang kita dapat..

Aku di temukan jodoh dengan lelaki yang suka sangat gigit ais.. korang tau ..macam mana orang yang aku cintai ni gigit ais?.. lepas habis air di sedut .. ais yang tinggal dalam gelas tu..ler.. kegemarannyer.. sambil borak2.. mulut berbunyi.."krok..kriuk.. krok.. kriuk.." ..Hey .. rimas ler.. aku akan cakap.." Jangan ler.. gigit ais.. nanti gigi rosak".. tapi.. apakan daya .. 

Masa berlalu terlalu pantas.. bukan sahaja suami tercintaku yang suka gigit ais.. aku dikurniakan cahayamata dan sekarang semuanya membesar bagai johan.. ALAMAK.. terkenan aper korang semua ni.. aku tak ajar pun gigit ais.. tapi.. sejak anak gegirl ku mempunyai gigi.. dia akan meminta ais untuk di makan.. mula2.. saje2 kasi.. seronok tengok muka diorang biler sejuk2.. kat mulut.. tapi..dah jadi habit.. aku pelik.. gak.. tabiat ni.. sebab aku dan hubby tak ajar diorang untuk kelas "memakan ais"..tetapi.. semua anak-anak ku .. suka makan ais dari habiskan air dalam gelas mereka.. nak marah pun tak guna.. sebab dah itu yang mereka suka.. aku pun mula menggoogle.. sebab takut ada masalah berbangkit..kemudian hari tentang ais.. 

Sekarang.. aku lak yang hantu ais.. hehe.. pagi-pagi kalau dapat.. air kopi ais.. pergh.. sejuk perut.. huhu.. lawak nyer.. anak-anak aku setiap satu ada rahsia air berais.. yang aku pun tak tahu kenapa ianya.. terjadi begitu.. adakah ketentuan Allah S.A.W atau aku sendiri reka..hehe.. 

kalau korang nak tau.. ni kisah lawak untuk hidup aku la.. time mengandungkan anak-anak aku.. 

Anak pertama - aku suka sangat minum soya sejuk dari peti sejuk.. keluar2 anak aku putih melepak.. hehe.. 

Anak ke dua - aku suka sangat minum kopi ais.. siang malam kopi ais.. keluar2 anak aku sawo matang .. rambut pun .,. warna perang2 kopi.. ehhe.. 

Anak ke tiga -  Aku suka layan air milo ais.. kaw kaw.. nyer.. siap..tiap2 pagi aku akan order dekat budak perempuan yang aku suka dia bancuh time kat opis aku dulu.. sedap.. pekat terasa milo nyer.. pergh.. 

Anak ke empat - Disebabkan anak-anak aku warna warni mengikut.. air..kegemaran.. aku cuba anak ke empat aku pelbagai air kegemaran.. kejap.. Milo ais.. kejap Soya ..kejap Kopi ais.. hehe.. ini ler.. peel orang mengandung.. seronok nyer.. mengandung.. haven..huhu.. 

"Apa pun warna kulit anak-anak.. aku.. diorang tetap anugerah terbaik untuk aku dan hubby.. apa yang penting sekarang.. tugas aku dan hubby untuk membentuk salsiah mereka untuk jadi yang terbaik.. insyaallah..  " 


Apa yang aku jumpa .. ni.. amatlah menggembirakan mereka..ini lah hasil yang aku jumpa..

Rahsia Kelebihan Ais

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais:

1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. ( ini betul.. kalau anak -anak aku tak leh tido.. aku mandi kan mereka.. kasi wangi.. siapkan sebotol susu ..setiap sorang....lepas tu.. lelap dah..)

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 

3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. 

4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 

5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 

6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 

7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. ( ini amalan aku dan anak-anak .. makan ais krim ketika batuk.. dan sakit tekak.. boleh melekakan tekak mereka..walaupun orang tua-tua cakap..jangan makan ais krim .. kang batuk..hehe..)

8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 

9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 

10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. 

11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 

12. Air sejuk dalam cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. 

13. Air suam dengan cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 

14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 

15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 

16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. 

17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. (dari hari anak aku di lahirkan.. aku akan mandikan dengan air sejuk suhu bilik..hasil nyer.. anak aku tegak bila di dukung.. walaupun usia baru 2 minggu..mula2 mereka akan jerit2 ler.. sikit sebab sejuk.. tapi.. lama2.. dah seronok..sejuk.. layan jer.. bila badan dah segar.. tidur pun lama...) 

18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 

19. Air sejuk dalam ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. 

20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. 

21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 

22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 

23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. 

24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. 

25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. 

26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. 

27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. 

28.Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 

29. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. 


Aku tau ada 1 klinik perubatan yang menggunakan AIS sebagai medium rawatan mereka..cuba korang klik sini : http://pusatrawatancvt.lot.my/  

__________________________________________________________________________________


"Rasullullah berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air Minuman Manis dan Sejuk 




Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat 



Monday, 7 October 2013

Ciri-ciri Produk kecantikan ada mengandungi Merkuri


Terlalu banyak lambakan produk-produk kecantikan dari luar dan dalam Malaysia masuk atau di hasilkan secara meluasnya untuk membantu masalah-masalah kulit wanita-wanita asia yang sukakan kecerahan kulit yang lembut mulus dan gebu.

Semua produk menjanjikan keindahan yang SEGERA.. dengan hanya 2 minggu penggunaan muka kita akan cerah, gebu dan berseri.. tetapi pernahkah kita tahu bahaya yang mendatang?

Di bawah adalah Ciri-ciri produk yang perlu kita pilih dan elakkan daripada menggunakannya sebelum memudaratkan kesihatan dan kecantikan kita. 


1. Krim yang mengandung merkuri biasanya memiliki TEKSTUR YANG MELEKET


Inilah ciri yang paling kentara. Yang dimaksudkan ''leket'' adalah krim tersebut ialah jika kita sentuh dengan tangan ataupun alat, krim itu akan melekat pada benda yang kita sentuh. 


Merkuri adalah cairan tetapi ianya bersifat logam. Dan logam memiliki daya ikat yang kuat sehingga mampu mengikat segala ion logam yang ada disekitarnya. Itulah yang membuat krim yang mengandung merkuri akan saling melekat karana terikat oleh ion merkuri didalamnya, sehingga menjadikannya leket. 


Jika krim tersebut memiliki penutup didalamnya, anda boleh mencuba uji kaji ini. 

Ini adalah adalah dokumen foto krim kecantikan yang telah di uji terbukti mengandung merkuri.  





2. Warna Krim yang mengandung merkuri biasanya berwarna Putih Kilat atau jika berwarna maka diberi warna yang cerah dan pekat untuk menyamarkan kandungan yang berbahaya.  



3. Krim yang mengandung zat berbahaya seperti merkuri, biasanya disertai cream anti iritasi/inflamasi/alergi/calming cream dan sejenisnya untuk menyamarkan rasa pedih, panas, gatal dll yang disebabkan zat berbahaya tersebut. Jikapun anti iritasi tidak disertakan, sudah pasti anda akan merasakan sakit perih luar biasa, gatal, panas, dll terutama jika terkena sinar matahari.

4. Bau logam merkuri sangat kuat atau diberi parfum yang menyengat untuk menghilangkan bau logam.


5. Proses pencerahan cepat antara 3 hari sampai 1-2 minggu dan tidak muncul jerawat sama sekali

Ini yang luar biasa, krim bermerkuri hasilnya memang cepat memutihkan wajah karana ianya merosakkan lapisan kulit epidermis tanpa memberi nutrisi dan meregenerasi sel baru, sehingga kulit kita tidak lagi memiliki protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar matahari juga mati. 


6. Pori-pori mengecil dan wajah halus mulus seperti bayi





      Jangan bangga dulu dengan pori wajah yang mengecil dan halus mulus karana krim bermerkuri. Itu pertanda lapisan kulit luar muka kita menipis dan di lapisi oleh logam merkuri. Sepintas memang terlihat mengecil dan halus. Tapi cuba anda keluar rumah dan arahkan kulit wajah pada sinar matahari. Maka kulit akan terasa terbakar, gatal dan kemerahan.  Why? Karana pelindung wajah sudah rosak? atau tidak ada lagi pahlawan pelindung dari sinar matahari di kulit ? Padahal pada kulit yang masih normal dan sihat tidak akan terjadi reaksi seperti itu.  



Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri 


   Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. 

Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.....

Step 1 : -
Dilakukan selepas solat Isyak

  •  Ambil air segelas
  •  Baca al-Fatihah sekali
  •  Ayatul Qursi sekali
  •  Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  •  Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan  rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 - 38

Step 2 : -
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari....

Step 3 : -
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
" Selamat mencuba dan Beramal"

3 Produk Kecantikan Mengandungi Racun


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).
Beliau berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan 'rosacea' iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Pengunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga berkata produk yang dicampur dengan merkuri untuk mencerahkan kulit dan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan.

"Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan," katanya.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Eisah berkata syarikat bertanggungjawab ke atas produk berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Justeru, katanya penjual yang mempunyai stok produk itu dinasihati menghentikan penjualan dan pengedaran kerana pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik. - Bernama

Kepada pengguna yang ingin melihat banyak lagi kosmetik yang terserai berbahaya sila pergi ke laman web KKM