Assalamualaikum.. harini aku letih sangat tetapi masih bersyukur ke hadrat Illahi yang DIA masih sayangkan aku sekeluarga.. kerana memberi nikmat panas sejuk dalam diri aku dan anak-anak untuk kami mendekatkan diri kepada yang maha ESA.
Kisah Baby Rayyan sakit masih menjadi segar di ingatan Orlylove.. Aku balik dari kerja dan Hubby kata.. "Mama, tak baca SMS ker? Rayyan sakit ni.. Panas badan dia.."
Terkejut aku..sebab semalam.. dia segar bugar bermain dengan Orlylove.. padahal.. Orlylove yang sakit sehari sebelum Rayyan Demam panas. Tak sangka sekarang giliran anak manjaku pula.
Aku beri ubat demam macam biasa, sehingga malam menjelang dan sehingga pagi.. ketika tidur.. kami sekeluarga di kejutkan oleh jeritan KUAT RAYYAN.. Aku terjekut melihat anak kecil di lengan aku menggeletar dan panas suhu badan dia.. aku bangun terkejut dan terus memapah Rayyan ke bilik mandi untuk mandi.. ketika itu aku melihat JAM pukul 1.30 pagi..
Rayyan di serang SAWAN DEMAM yang pertama... aku sedih kenapa aku tertidur dan tidak menjaga Rayyan punya suhu... sedih sangat..aku memangku Rayyan dalam keadaan lemah sebab baru kena kejang.. badan Rayyan mengeras dan menggeletar kejang..
Aku mengelap dia sambil2 baring atas sofa.. tetiba jam menunjukkan pukul 3.15 macam tu.. Rayyan SAWAN untuk kali ke 2. lagi..mata dia dah ke atas dan badan menggeletar kejang.. aku bergegas mandikan dia lagi dan lap dia sebanyak mungkin..
En. Hubby masih keluar mencari thermometer di sebabkan kami punya yang lama dah hilang.. so Orlylove tak tahu berapa panas RAYYAN pada serangan pertama dan ke 2.. bila hubby balik bawak thermometer.. Orlylove terus menyukat suhu badan.. mak aii.. 39.6'c tinggi tu..sambil2.. aku mengelap badan Rayyan.. tetiba Rayyan mengeras untuk kali ke 3.. aku menangis dan membawa Rayyan ke bilik mandi untuk mandi.. dan aku lap2 badan dia.. sambil melaungkan ayatul kursi di telinga Rayyan.. aku dah rasa seram sejuk tak kena.. sebab 3 kali serangan dan Orlylove dan suami.. bertindak membawa Rayyan ke Hospital Columbia ASIA Setapak sebab dekat dengan Rumah.. ingatkan senang dan dekat.. tapi..
DOKTOR COLUMBIA ASIA KATA : Erm.. Anak awak sawan.. kami tak ada doctor pakar time ni.. lagi pun dia kena buat Brain Scan.. so.. macam mana.. (sambil tu..nurse di situ mengambil air dan basahkan kepala dan badan Rayyan yang sedang panas.. )...so.. boleh kita refer awak ke HKL?
So.. hadiah dari COLUMBIA ASIA untuk kami.. adalah sehelai sarung bantal yang membalut badan Rayyan sebab kami tertinggal kain tuala dalam kereta..
dalam hati ORLYLOVE.." OO.. macam ni.. yer HOSPITAL MAHAL-MAHAL ni.. orang MISKIN macam kami tak nak layan.. banyak alasan okler.. tak kisah.. janji anak kami selamat.. kami kena bayaran RM16.50 atas urusan pendaftaran dan urusan nurse memberi kami sarung bantal mereka untuk buah tangan.. hangin aku satu badan.. aku rembat ajer.. kalau korang nak sarung bantal ni.. korang PM aku.. hokey..
Kami pun memecut laju ke HKL.,. dapat rawatan memang terbaik.. semua doctor dan nurse bergegas membantu RAYYAN.. aku dengan tenang..ketepi memberi laluan untuk doctor buat tugas dia..dan team2 HKL..yang aku kagumi sangat..ketika kami sampai JAM MENUNJUKKAN.. pukul 4.30 pagi.. mata semua petugas HKL semua segar2.. tidak macam doctor di COLUMBIA ASIA SETAPAK yang aku jumpa kejap tadi.. mata bengkak2.. pedih kena ganggu dek aku.. harap makan gaji bute ajer..
Setiba di bilik wad.. en. hubby kena tinggalkan Orlylove dan Baby Rayyan untuk mengejar anak kami yang di tinggalkan sedang tidur di rumah.. kejamkan kami.. tapi..korang bayangkan tengah panic.. JAM 4 pagi.. tiada jiran yang buka pintu.. kami tawakal tinggalkan anak2 lain sedang tidur.. dan hubby balik dalam jam 5.30 pagi.. untuk bangunkan Mazwin dan Sara. ke sekolah..
AKU dan Doktor terkejut.. dengan JERITAN Rayyan yang sedang menyusu badan.. tetiba.. menjerit.. kejang lagi.. di kena serangan SAWAN DEMAM di depan team HKL pulak.. panic aku dan nurse semua.. tapi mereka cekap.. sangat.. doctor pesan jangan panic.. biarkan Rayyan atas katil sambil mengerengkan dia..
sedang mendapat rawatan setelah kena SAWAN untuk kali ke 4 ..
Kesian Rayyan.. letih dan tak sedar..sedang tidur..
lepas Jam 7.30 pagi.. selepas Rayyan tertidur..setelah kena serangan sawan ke 4.. Rayyan bangun dengan segar macam dah sihat.. makanan sampai dia lapar sangat sehingga Orlylove nak suapkan dia.. tapi Rayyan nak makan sendiri..
seronok hati Orlylove.. tengahari sikit..dia dah ok.. Orlylove bawak Rayyan jalan-jalan ke kedai membeli apa yang dia nak makan dan minum.. Nampak tu.. semangat menghirup air ribena.. sluupppp.. alamak.. hingus.. dah meluncur lajuuu..
Masuk hari ke 2.. badan Rayyan masih panas.. demam panas Rayyan menyerang apabila lagi buta.. Orlylove syiok-syiok tidur.. Nurse mengelap badan dia dan mengejut Orlylove.. sebab suhu badan Rayyan naik 39-40 lagi.. Ya Allah .. sembuhkan lah penyakit anak kecil ku..Rayyan..
Muka dah sihat sedikit..dah boleh bermain.. dan tersenyum..
Sambungan Kisah.. Baby Rayyan.. lepas ni.. tunggu..
No comments:
Post a Comment