Link to

Friday, 11 October 2013

Tahun 2020 akan ramai rakyat jadi GILA.. Ape Kes?

KOTA BHARU - Kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal akan mengalami penyakit mental menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian
perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.

"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.

Dr Lokman Hakim berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan merupakan satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020.



Beliau berkata, kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.

"Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku.

"Perubahan yang dialami perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem rawatan, penjagaan dan pemulihan pesakit psikiatri melalui perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan dalam usaha menangani masalah itu.

"Sebagai langkah pencegahan, terdapat empat institusi mental dan 48 hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

"Kini terdapat 252 pakar psikiatri di seluruh negara dan 80 pegawai psikologi klinikal selain 228 pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan bagi mengesan dan memberi rawatan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai gangguan dan penyakit mental," katanya.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama


- copy dari http://www.sinarharian.com.my




LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS
Langkah 1Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.


Langkah 2 Letakkan Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3Selesaikan Masalah Satu Persatu.

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 Menangis

- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5Ketawa

- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6Bersenam Atau Beriadah

- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8Curahkan Perasaan Dalam Diari.

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 Meditasi Atau Bertafakur.

- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11Tahu Had Kemampuan.

- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 Berusaha Dan Berserah.

- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13Bersantai

- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14Ambil Mudah.

- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 Mengadu Kepada Kaunselor.

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16Berurut.

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17Refleksologi Atau Akupuntur.

- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18Hipnosis

- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19Terima Keadaan Seadanya.

- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Langkah 20Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.



No comments:

Post a Comment