Link to

Friday, 16 October 2015

SYAKIRIN OH SYAKIRIN ..SIARAN HARIAN METRO TV

INILAH HASILNYA.. 

Teruskan berjuang Syakirin.. 
Teruskan Berniaga Kak Nieza
Teruskan mencari kebenaran Nurul Harian Metro
Teruskan berkhidmat Puteri UMNO Wangsa Maju...

Bukan niat nak mencari Publisiti
tetapi sekadar berkongsi rasa hati..



Oleh Nurul Huda Kosnon 

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my


Gombak: “Walaupun berjalan macam main 'teng-teng' tetapi saya ambil inisiatif menjual sandwic untuk mencari duit sendiri tanpa mengharap bantuan orang lain.
“Saya tak suka duduk diam selain mempunyai minat mendalam untuk berniaga,” kata Afsyakirin Abdul Aziz, 28, orang kurang upaya (OKU) cacat tangan dan kaki kanan akibat penyakit barah otak sejak usianya 9 tahun.

Afsyakirin atau lebih mesra disapa Syakirin gigih menjual sandwic di stesen LRT, malah dalam tren LRT bermula di Gombak sehingga KL Sentral serta beberapa kawasan berdekatan rumahnya di Taman Melati, di sini, hampir setiap hari sejak lebih dua bulan lalu.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu yang ditemui wartawan Harian Metro semalam, berkata, dia bangun seawal 6.30 pagi sebelum mendapatkan bekalan sandwic yang diperoleh daripada seorang peniaga, Noorhasmiza Abd Mutalib, 40, berhampiran Stesen LRT Jalan Melati pada 8 pagi.

"Kakak (Noorhasmiza) kemudiannya akan hantar saya ke Stesen LRT Gombak pada 9.30 pagi dan saya naik tren LRT sambil menjual sandwic sehinggalah tiba di stesen LRT KL Sentral sebelum menjual sandwic di situ dan pulang ke rumah pada 5.30 petang.
"Alhamdulillah, sepanjang menjual sandwic tiada kejadian tidak diingini berlaku sebaliknya ramai yang membantu dan prihatin dengan nasib saya," katanya yang gambarnya menjual sandwic di dalam tren LRT 'viral' di Facebook, baru-baru ini.

Katanya, dia mampu memperoleh lebih RM50 sehari dan wang itu akan disimpannya selain dibelanjakan untuk membeli makanan pada setiap hari.
"Biarpun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan, saya tidak mahu hanya duduk di rumah.

"Saya sebak sehingga menitiskan air mata apabila gambar saya menjual makanan itu dalam tren LRT menjadi viral. Ini kerana saya tidak menyangka ramai yang prihatin dengan nasib saya apabila rata-rata mereka memberikan komen positif," katanya yang turut dikunjungi Pergerakan Puteri UMNO Wangsa Maju, semalam.

Sementara itu, Noorhasmiza berkata, dia sentiasa menyokong minat Syakirin yang sudah dianggap seperti adik kandung untuk berniaga.

“Biarpun keadaannya begitu, saya lihat dia bersungguh-bersungguh untuk berniaga. Saya sangat 'respect' (hormat) dia dan ia menjadi inspirasi kepada saya untuk lebih maju dalam perniagaan.
"Insya-Allah, jika diberi peluang saya membuka perniagaan bersama Syakirin pada satu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Penolong Bendahari Puteri UMNO Wangsa Maju, Raja Norli Akma Raja Abdul Manan, 36, berkata, prihatin dengan nasib Syakirin pihaknya tampil menghulur bantuan wang tunai dan keperluan harian bagi meringankan beban ditanggungnya.

"Pihak kami juga akan memantau perkembangan Syakirin dari semasa ke semasa dan sebarang bantuan sewajarnya yang diperlukan. Saya juga tidak menyangka gambar yang dimuat naik di laman Facebook saya sebelum ini menjadi 'viral',” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 3:46 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85404#sthash.M7SuknFY.dpuf




No comments:

Post a Comment