Link to

Sunday, 30 November 2014

CARA BUAT DONUT GEBU DAN LEMBUT.. TErangkattttttt..

Assalamualaikum.. semua.. selamat hari Sabtu.. Hari ni.. Orlylove Berjaya masak donuttt.. I tell you.. I cuba cari resepi kat google.. jumpa ler.. satu blog ni.. Life is Colorful .. terima kasih cik.. saya tiru.. sebijik.. sebijik.. jadi laaaa.. hehhe.. sedap dan gebuss..

You all try ler.. best tau main masak-masak ni.. mudah jer,, lepas ni.. boleh belajar hias donut kita seperti beli kat Big Apple tu.. huhu...

Resepi Donut Gebu yang Orlylove cuba seperti di bawah.. :

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
3. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

6. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
7. Gaul sebati dengan senduk. biar adunan lagi selama 45 minit.
8. Adunan akan naik selepas 45 minit.
9. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik - memang lembik tau!). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
10. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
11. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice... saya guna gula icing.. hehe.. untuk 1st time percubaan.. Urika.. akhirnya.. Berjaya.. jangan lupa cuba.. ok.. memang sedapppp..
Hasil selepas terap.. guna acuan donut..
Jengggg.. jengg.. jenggg.. TARAAAAA..

 Yeahhh.. ini lah hasilnya.. yummy.. menjadi.. experiment pertamaku.. Selamat mencuba kengkawan.. 

No comments:

Post a Comment