Inilah hasil breakfast aku dan anak-anak apabila daddy mereka sudah pandai pegang kuali. hehe..
Orang kampung kata lempeng tetapi orang bandar panggil PANCAKE..
Resepi PANCAKE CHEF Chewan
Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
- 115g Tepung Gandum
- 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
- 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
- 25g mentega
- 1 biji Telur
- 150ml Susu Segar
- 1 sudu besar Gula
- Secubit Garam
Cara-cara :
- Gaul dan ayakkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar. Kemudian masukkan mentega, ramaskan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
- Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu (no.2). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
- Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.
- Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega.
No comments:
Post a Comment