Kisah menarik Aku baca dalam Facebook..
Tulisan seorang hamba Allah yang baik dan rendah hati.
Bukan tulisan saya.
Bukan tulisan saya.
Begini ceritanya
Media barat, termasuk CNN, BBC, ABC, CBS dan NBC, telah berulang kali menyiarkan "rusuhan" dalam ruang sidang media MH370 semalam. Gambaran Malaysia sebagai sebuah negara yang kejam, dengan pegawai-pegawai jahat menyimpan maklumat dan sering memberitahu berita palsu, kini telah berjaya disampaikan.
Malaysia dihentam habis-habisan!
Sekarang, sementara dunia memikirkan bahawa bangkai pesawat kemungkinan berada di selatan Lautan Hindi, saya ingin memberitahu sesuatu
Malaysia kehilangan 50 orang rakyat. Kaum bapa, isteri, adik beradik dan anak-anak di seluruh pelosok negara bersedih secara "senyap". Indonesia kehilangan 7 orang rakyat, Australia 6, India 5 dan 11 lagi rakyat negara lain yang menjadi penumpang pesawat tersebut.
TETAPI
Media barat memberi tumpuan secara eksklusif kepada keluarga di China, mendedahkan secara dramatik kepada dunia betapa sedih dan marahnya mereka. Emosi mereka ini menjadi modal kepada media Barat untuk menghentam, menuduh secara keterlaluan terhadap pegawai dan kerajaan Malaysia.
Malaysia seolah-olah menjadi "punching bag".
SEKARANG, anda tahu apa akan berlaku sekiranya anda melakukan perkara ini di China? Saya pasti anda tahu.
"Saya marah kepada Malaysia kerana tidak bercakap benar. Dari awal mereka membuang masa, menyimpan fakta dan sekarang mereka memutarbelitkan kebenaran."
Benarkah?
Kebenaran?
Pendapat anda, apa sebenarnya tujuan sidang media selama ini? Pek pembohongan kerajaan Malaysia? Penipuan belaka? Membuang waktu? Fakta disimpan?
Kenapa?
Jadi "kebenaran" apa yang anda inginkan?
Pesawat terhempas. Anda tidak akan terima, itu pasti. Pesawat di"hijack"? Anda tidak dapat terima. Pesawat mendarat di suatu tempat? Pun anda tak terima. Pesawat hilang dan tidak akan dapat dijumpai sampai bila-bila? Ini lagi anda tak akan terima.
Jadi apa yang anda nak tahu? Adakah anda sendiri tahu apa yang anda mahu tahu?
Jadi apakah sebenarnya kebenaran dalam hal ini?
Anda mahukan kebenaran? Betul? Ok
Kebenarannya ialah - sehingga beberapa jam yang lalu, dengan imej satelit dari kerajaan Australia - TIADA SIAPA TAHU APAKAH SEBENARNYA IMEJ ITU. Tidak Malaysia, tidak China, tidak Amerika, tiada siapa yang tahu. Itulah sebabnya hampir 30 negara sedang dalam misi mencari sehingga berjuta-juta kilometer persegi darat dan lautan.
Pasti, saya juga bersedih dalam hal ini. Tetapi, anda perlu tahu orang lain juga kehilangan orang yang mereka cintai. Mereka yang sedang menderita. Saya ulang, Malaysia kehilangan 50 penumpang dan krew, SELAIN 13 RAKYAT NEGARA LAIN yang juga berada dalam pesawat itu dan turut bersedih seperti anda. Cuma saya tak melihat MALAYSIA, INDONESIA, AUTRALIA, INDIA ATAU AMERIKA mengamuk dan membaling botol kepada staf MAS.
Jadi kenapa anda perlu menunjukkan kemarahan anda atas sesuatu yang berada di luar bidang kuasa mana-mana manusia, pesawat, kerajaan atau negara?
Masih tidak berpuas hati?
Masih ingin menghentam Malaysia sedang anda menerima makanan percuma, penginapan 4 bintang, kounseling dan pengangkutan yang disedikan MAS walaupun sebenarnya kebanyakan kaum kerabat anda membeli tiket MH370 daripada China Southern Airlines secara perkongsian MAS dan syarikat tersebut? Cuba tanya, apa China Southern Airlines buat dalam hal ini? Langsung tiada!
Pesan saya kepada anda, ada sesuatu yang kita namakan sebagai COMPASSION FATIGUE. Telatah anda di Beijing dan KLIA yang disiarkan melalui media antarabangsa telah mendorong ramai rakyat Malaysia yang prihatin ke arah pemikiran tersebut.
Dan kepada media barat. Ingat. Ada 239 nyawa dalam pesawat MH370, bukan hanya 152. Dunia telah menyaksikan telatah keluarga kepada 152 orang ini. Kenapa tidak anda fokus kepada 87 keluarga mangsa lain yang juga sedang menghadapi keperitan dengan penuh bermaruah dan perasaan redha kepada ketentuan ilahi.
Mari kita hayati dan Fahami Maksud Ayat SURAH
"Al-FATIHAH"
" Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. "
Banyak pihak membantu.. biarkan mereka dengan kepakaran mereka.. tetapi.,.TUGAS KITA.. TERUSKAN BERDOA.. dan bersolat hajat bermunajat kepada Allah S.W.T.. semoga dengan usaha pelbagai pihak, tidak kita pahaman keturunan serta DNA, diberi petunjuk dan hidayah..
BACA SETERUSNYA >
PERTH: “Kami komited dan yakin akan berjaya menemui sesuatu…satu penemuan…untuk keluarga penumpang di dalam pesawat MH370,” ulas juruterbang Peter Moore yang mengemudi pesawat P3 Orion terakhir di RAAF Base Pearce di Perth malam tadi.
Pengakuan Moore itu diluahkan beliau walaupun tidak menemui apa-apa petunjuk dan menambah bahawa angin kencang dan awan tebal turut menghalang operasi pencarian pesawat MH370 pada Ahad di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di luar pantai Perth, Australia.
Beliau yang dikerumuni ramai wartawan dari seluruh dunia selepas mendarat pada 10 malam tadi menerangkan apa yang telah dilakukan oleh pasukannya dalam tempoh sepuluh jam terakhir pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat di sana.
“Situasi di luar sana agak mencabar. Awan yang rendah pada jarak kira-kira 500 kaki sahaja, kabus laut yang tebal serta hujan,” jelas Moore.
Jarak penglihatan di kawasan itu juga terhad akibat cuaca buruk, terutamanya apabila pasukan mencari bergantung kepada penglihatan, bagi mencari objek di permukaan laut pastinya terjejas. Awan menyekat pandangan mereka walaupun terbang pada jarak yang rendah.
“Jarak penglihatan pada permukaan air juga terhad. Ia berkemungkinan pada kira-kira 200 atau 300 kaki sahaja. Pada keadaan yang baik kita sebenarnya boleh melihat pada jarak yang jauh iaitu kira-kira sebatu,” katanya. “Walaubagaimanapun permukaan air agak tenang walaupun dengan hanya sedikit berombak.”
Namun, Moore dan pasukannya kekal positif dan bermotivasi tinggi kerana mereka sangat berpengalaman dan telah dilatih untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dalam apa jua keadaan termasuk yang mencabar seperti hari ini.
Berbekalkan sedikit bahan api tambahan, beliau dan pasukannya berjaya meneliti semula bahagian-bahagian kawasan carian yang terlepas sebelum ini berikutan keadaan cuaca yang bertambah buruk. Secara keseluruhannya, mereka berjaya meliputi kira-kira 85% kawasan pencarian pada hari tersebut.
Lapan pesawat berlepas dari Perth semalam, empat daripadanya merupakan pesawat P3 Orion yang berlepas dari RAAF Base Pearce dan empat lagi merupakan pesawat awam bagi mencari di kawasan lebih 59,000 kilometer persegi.
Pesawat itu mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam untuk sampai ke kawasan pencarian dari Perth. Mereka hanya mempunyai masa dua jam sahaja untuk mencari sebelum perlu terbang empat jam lagi untuk kembali ke Perth.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 08:29 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
No comments:
Post a Comment