HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL
- Berdiri lama di tengah PANAS
- Lari Keliling Padang
- Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
- Memukul diri sendiri / Sesama sendiri
- Berdiri di atas kerusi atau meja
- Menarik rambut/ tarik telinga
- Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
- Junjung Kerusi / Buku
- Cubit
- Enjut/Ketuk ketampi/ mendada
- Ketuk / Sekel kepala
HUKUMAN TERHADAP EMOSI
- Gunting Rambut
- Berdiri membuat latihan
- Berleter
- Gantung tulisan di badan
- Memalukan di khalayak ramai
- Kelas tahanan pada waktu rehat
- Memaki hamun
- Conteng muka dengan kapur
- Koyak buku latihan
- Mengugut atau menggertak murid
- Tidak menghiraukan murid
- Tidak menanda buku latihan
Mengucap panjang Aku Orlylove memikirkan nasib anak-anak zaman sekarang dengan peraturan undang-undang yang menyebelahi anak-anak tetapi kesannya akan membuatkan anak-anak zaman sekarang menjadi manja dan tingkah laku yang tidak terkawal di sebabkan arus teknologi yang pantas.
Aku berpendapat, pihak Kementerian terpaksa membuat peraturan atau garis panduan mendidik dengan cara berhemah terhadap murid sekolah rendah mahupun menengah di sebabkan tersebarnya masalah disiplin guru-guru yang menyalahgunakan tugas mendidik anak-anak di sekolah dengan melepaskan perasaan geram terhadap mereka.
Kalau dulu, anak balik dari sekolah baru dapat cerita apa yang terjadi di sekolah dan ibu bapa terasa tindakan itu wajar untuk mengajar anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Zaman sekarang, ibu bapa banyak salahkan cikgu jikalau anak-anak mereka menerima tekanan dari tindakan guru itu mendenda anak murid di sekolah di sebabkan kedegilan dan perangai anak itu sendiri kerana tidak melakukan apa yang cikgu arahkan.
Kalau kita sebagai ibu bapa tidak dapat mendidik anak dengan cara terbaik, bagaimana pula cikgu di sekolah yang ada ramai lagi anak murid yang perlu mereka didik dan bentuk sahsiahnya?
Orlylove tidak juga menyokong jikalau ada guru yang berkasar dan bertindak di luar etika seorang pendidik dengan mengasari anak murid disebabkan perkara kecil seperti tidak siap kerja sekolah. Anak-anak zaman sekarang terdedah dengan dunia Massa yang memberi mereka input terhadap tekanan perasaan seperti kes-kes anak-anak bunuh diri disebabkan tindakan guru di sekolah mereka sehingga mereka mendapat tekanan perasaan.
" Pokok pangkal, didikan agama dan jati diri murid perlulah dibentuk dari RUMAH mereka dahulu. Kita sebagai ibu bapa tidak boleh cepat melatah dengan guru yang mengajar anak kita di sekolah. Periksa dulu kesahihan deraan terhadap anak-anak kita. Adakah wajar cara guru tersebut, kalau boleh berjumpa secara peribadi dengan guru-guru yang mengajar anak kita adalah tindakan terbaik. "
CADANGAN ORLYLOVE TERHADAP GURU DAN IBU BAPA
- Jadikan guru-guru di sekolah anak-anak kita sebagai sahabat ibu bapa. Guru-guru perlulah membuka ruang untuk semua ibu bapa mengenali mereka secara lebih dekat dan mesra. Janganlah sombong sangat kalau dah bergelar GURU..begitu juga ibu bapa.. kengkadang Orlylove tengok.. ada ibu bapa yang SOMBONG dengan guru-guru...
- Buatlah kumpulan Chat dengan guru kelas dan ibu bapa untuk senang mereka mengetahui prestasi anak-anak kita secara harian dan perubahan anak murid di rumah dan di sekolah boleh di pantau dengan cara terbaik oleh ibu dan bapa. Orlylove pasti .. 97% ibu bapa dan guru zaman sekarang sudah memiliki alat perhubungan yang boleh mengakses kepada internet jalur lebar dan mempunyai handphone.
- Kalau kita sudah mengenali pendidik anak kita di sekolah dengan lebih mesra..anak-anak kita akan lebih menghormati guru di sekolah dan mereka takut nak melawan guru di sekolah sebab takut kena marah dengan kita sebagai ibu bapa.
- Terapkan perasaan sayang terhadap guru di sekolah dengan guru itu sendiri sayang terhadap anak murid. Sentiasa senyum dan Ikhlas dengan apa yang mereka curahkan. Janganlah rasa beban tugas dan tekanan keluarga guru tersebut menyebabkan ANAK MURID kena dera dan tempat guru lepaskan geram.
- PIHAK pengurusan sekolah perlulah kerap pantau tindakan guru-guru yang kurang bersopan dan senang melepaskan geram mereka dengan mengasari anak-anak murid di sekolah.
- Perkasakan team-team Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan kaunseling di sekolah untuk anak murid dan guru. Kerap buat pemerhatian untuk mengenalpasti anak-anak murid yang bermasalah dan jangan pinggirkan mereka.
Aku paham, mendidik ini memang sukar. Aku sendiri nak nangis memikirkan cara terbaik nak suruh anak-anak aku mendengar kata. Bila pikir-pikir, amatlah bertuah dan beruntung sekali kepada ibu bapa dapat anak yang mendengar kata, senang memberi arahan kepada anak-anak dan anak-anak dapat didikan yang sempurna dengan cara yang cepat.
Orlylove harapkan semua pihak kena bekerjasama dalam tugas-tugas mendidik. Baik pihak sekolah, ibu bapa dan juga KEMENTERIAN PELAJARAN..(jangan lah suka bebankan guru-guru dengan tukar banyak silibus dan jangan mempolitikan sistem pendidikan MALAYSIA)
TINDAKAN IBU BAPA MEMBERI GAJET KEPADA ANAK MENGUNDANG PADAH!
Terkejut periksa gajet anak
Oleh FIRDAUS SAHAT dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
Kuala Lumpur: “Daniel baru berusia lapan tahun tapi sudah pandai menonton video muzik Barat dengan tarian seksi di YouTube, memuat turun aplikasi lucah dan sebagainya.
“Saya tak tahu dari mana dia belajar,” kata Azri Kamal, 34, antara ribuan ibu bapa di negara ini yang khuatir kebanjiran aplikasi lucah dalam laman web boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah sejak kecil.
Ini berikutan majoriti ibu bapa berusia lingkungan 20-an hingga 50-an memiliki telefon pintar yang memiliki akses Internet, sekali gus memudahkan anak kecil mengakses bahan lucah jika tiada pemantauan ibu bapa.
Selain itu, kebanyakan kanak-kanak di peringkat usia lima tahun didedahkan kepala penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet oleh ibu bapa dengan tujuan membuatkan mereka ‘senyap’ selain mengelak berkelakuan nakal.
Menurut Azri, anak sulungnya cekap mengendalikan gajet seperti iPhone, iPad dan komputer kerana sejak kecil lagi dibiasakan dengan barangan terbabit.
“Mungkin disebabkan saya dan isteri terlalu memanjakannya dengan membeli gajet sebagai ‘permainan’ untuknya, dia bersifat agresif dan ingin tahu pelbagai perkara, termasuk yang negatif.
KANAK-kanak melayari laman lucah menerusi aplikasi dalam gajet mereka.
“Saya tak sangka dia boleh memuat naik aplikasi lucah seperti koleksi gambar gadis berbikini dan menonton tarian mengghairahkan di YouTube.
“Saya tak tahu di mana dia belajar benda ini. Saya terkejut melihat gambar tidak senonoh disimpan di dalam iPad miliknya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Menurut Azri, tidak mungkin anaknya belajar mengenai perkara itu di sekolah, lebih-lebih lagi dia baru memasuki tahun dua sebuah sekolah rendah di ibu kota.
“Nak kata terpengaruh dengan rakan, mustahil juga. Lagipun, semua di dalam kelasnya sama usia dengannya. Takkan baru darjah dua sudah pandai melihat bahan lucah seperti ini? “Peredaran zaman dan kecanggihan teknologi sekarang bukan lagi mainan saya sebagai orang dewasa. Tidak sangka anak kecil berusia lapan tahun lebih bijak dalam hal ini. Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan merosakkan fikirannya.
“Syukur, saya dapat tahu mengenai perkara itu dan kini saya dan isteri mengawal penggunaan gajet terbabit. Saya tidak boleh salahkan anak yang tak tahu apa- apa. Kita sebagai ibu bapa yang patut dipersalahkan,” katanya.
Menurut Azri, ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal tindak-tanduk anak mereka lebih-lebih lagi berkenaan gajet dan Internet.
“Sekarang segala-galanya di hujung jari. Budak-budak akan lebih cepat mempelajari perkara ini berbanding orang dewasa. Saranan saya kepada ibu bapa, lebih baik bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih keruh.
“Ia sudah terjadi kepada keluarga saya dan saya menyesal kerana terlalu memanjakan anak dengan pelbagai gajet. Walaupun dari satu sudut kecanggihan teknologi ini ada baiknya, ia tetap perlu dikawal ibu bapa,” katanya.
Pemantauan wartawan Metro Ahad mendapati aplikasi mudah dimuat turun menerusi ‘gedung’ perisian aplikasi berselindung di sebalik konsep jaringan sosial dan permainan, sedangkan ia sebenarnya bertujuan mempromosi kegiatan lucah atau berkaitan seks.
Cerita Seks Melayu, Rahsia Seks, Cerita Panas Melayu, Suara Seks dan Audio Sex Chat antara yang popular dalam kalangan pengguna telefon pintar yang mendapat muat turun tinggi.
No comments:
Post a Comment