Assalamualaikum.. Semoga hidup kita di
berkati pada hari Jumaat ini.
"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling
akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"
Aku Orlylove terpanggil untuk meluahkan
perasaan kurang senang aku dengan sebahagian para pengkaji yang suka-suka buat
kajian dan meletakkan kajian mereka di dalam kitab kehidupan manusia seantario
untuk kita memegang kajian mereka untuk kita amal .. tetapi.. kajian mereka..
ada was-was di dalamnya.. macam mana tu?
Korang paham tak aper yang aku tulis
ni..hehe.. macam ni ler.. cakap paling mudah.. dan ringkas..
MEREKA buat kajian.. tentang ..
KAJIAN 1) BAYI ELOK TIDUR MENIARAP SUPAYA
SELESA DAN PERUT TIDAK KEMBUNG
- Beberapa tahun kemudian, mereka
keluarkan kenyataan..
" BAYI tidak di galakkan untuk
tidur meniarap kerana boleh menyebabkan sesak nafas dan ada kes-kes bayi
meninggal di sebabkan muka tertutup sehingga lemas....
ORLYLOVE - Ni memang aku risau..tetapi.. aku dah amalkan
kesemua Anak-anak aku membesar dengan tidur meniarap dari kecil .. dan mereka
selesa tidur.. Memang perut pun susah nak kembung.. tapi.. dalam ISLAM.. amat
menggalakkan kita tidur dalam keadaan mengiring tindih kanan dan mengadap
kiblat... untuk menjaga kesihatan dan pernafasan kita.. memang mujarab..
FIRMAN
ALLAH YANG BERMAKSUD :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
ORLYLOVE
-
"
Bab ni aku sokong orang-orang yang buat kajian dalam ISLAM.. mungkin pengkaji
yang mengeluarkan kenyataan tentang BAYI YANG MENYUSU SUSU IBU ADA PELUANG
MENDAPAT PENYAKIT ASTHMA ada kepentingan dalam syarikat yang mengeluarkan SUSU
FORMULA .. so ..Dr. Ni terpaksa membuat kajian sehingga terbuktinya BAYI dapat
jangkitan ASTHMA dari SUSU IBU tersebut..
AKU
MENYUSUKAN ANAK AKU yang ke 3 secara berterusan sehingga anak aku berusia 3
tahun.. Alhamdullillah dia paling kuat antibody dalamadik beradik yang lain..
Anak aku Mazwin, Sara dan kurang dapat bekalan susu badan sebab bukan rezeki
mereka..tapi.. masuk anak ke 3 dan keempat Alhamdullillah..sampai sekarang Baby
Rayyan dah nak masuk 1 tahun..masih boleh menyusu.
DALAM
KAJIAN AKU DR. ORLYLOVE..
AKU
Orlylove menggelar SUSU IBU sebagai FAST FOOD untuk BAYI adalah kerana SUSU
yang CEPAT, MUDAH dan RINGKAS UNTUK bayi menikmatinya.. ianya.
-
FREE
-
SENANG DI PEROLEHI / DI DAPATI...kalau kedai tutup susu formula tak leh beli..
hihi
-
TAK SUSAH NAK SIAPKAN SUSU, kalau formula kena bawak air masak, air panas dan
bekas susu yang comel2.. kehilu kehilir..hehe..
-
BABY pun suka puting nyer.. lembut tak sakitkan gusi..kikiki..
BABY
YANG DAPAT BEKALAN SUSU IBU (SUSU BADAN) SELAMA 2 TAHUN AKAN TERHINDAR DARI
PENYAKIT-PENYAKIT SEPERTI DEMAM DAN SEBAGAINYA. KECUALI DENGAN KEHENDAK-NYA
KITA AKAN SAKIT. ANAK ORLYLOVE 3 ORANG DAPAT ASTHMA DARI KECIK.. SEBAB KURANG
SUSU BADAN... WALLAHU A'LAM
KALAU
KORANG NAK ILMU-ILMU tentang susu badan.. cara nak perbanyakkannya.. dah
bagaimana kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan susu yang banyak.. bolehlah
ke link : PERSATUAN SUSU IBU
Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti
Kebenaran Al-Quran
by HASNUL
HADI AHMAD on FEBRUARY 10, 2012
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat
banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan
bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi
berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu
formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta
hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus
(gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan,
kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan
pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh
Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund,
Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac
(alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang
mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara
melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun
Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit
berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan
oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu
lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan
bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak
memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar
seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran
menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2
tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan
kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului
penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu,
antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin
dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke
bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih
kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena
kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu,
faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada
bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol
susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi
dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang
paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu
untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu
mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan
rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa
besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi
kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan
firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan
anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan
penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau
tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali
susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan
anak
1. Wanita yang memberi minum susu
kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah
Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih
sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada
anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan
jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur
kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti
memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita
yang bergelar IBU.
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment