Link to

Sunday, 10 November 2013

TONSIL oh TONSIL.. Besaunyer.. ko..

Ada ker DOKTOR cakap tonsil besar ni..KETURUNAN..

Lawak nyer doktor.. hehe.. aku ingat penyakit darah tinggi jer yang orang cakap penyakit keturunan..

Kisahnya apabila aku membawa 2 orang anak aku Sara dan Rayyan pergi ke sebuah klinik Kerajaan, aku menunggu dengan sabar walaupun ramai dan sesak dengan pesakit pada hari itu.. 

Murah tu..RM1 jer,, di sebabkan anak aku Rayyan masih baby, aku hanya dikenakan bayaran RM2 untuk 2 orang...AKU ORLYLOVE SAYANG KERAJAAN.. Aku pun tak sihat sangat..badan sengal-sengal tak bermaya sebab menjaga 2 orang anak sakit sekali gus..  

Ketika doktor memeriksa Baby Rayyan, dia masukkan spatula untuk tengok tekak anak aku, erm..doktor cakap.. "bengkak tonsil dia.. besar..patut ler,..dia tak nak minum susu sangat.. "

Doktor buat pemeriksaan keatas anak aku si SARA pula, "Erm, bengkak ..besarnya.. TONSIL dia.. "

Now, my turn doctor,  aku nganga luas-luas setelah di suruh menganga.. AAAAAAAAAAAAAAA.. udah macam test suara nak masuk pertandingan nyanyi..lak..lepas doktor suluh dengan hand torchlight dia..agak..agak korang ler.. aper dia kata...cer korang teka.. hihihi..kalau betul ORLYLOVE akan belanja korang.. makan angin FREE.. hehe.. korang nganga mulut dan cakap..AAAAAAAAAAAAAAAAAa.. FREE jerk angin masuk... hehe.. 

DOKTOR CAKAP..:HAAAA.. BESAR GAK TONSIL AWAK,
MEMANG KETURUNAN KER? 

wakakkakaka.. aku gelak.. dan dia pun tergelak manja. sebabkan muka separuh di tutup dengan mask..gelak ler, doktor.. kalu aku tau muka mu..sure ko malu nak gelakkan aku..kan..kan.. hehe.. lawak.. sebab doktor buat lawak..aku ngan anak2..yang mempunyai TONSIL besar..ketika kami semua demam dan kurang sihat.. aku terpikir lak.. adakah tonsil besar ni mempunyai masalah besar?

Ada sesetengah doktor yang aku pergi akan cakap.. Erm. kalau awak selalu sakit tekak dan demam, sebab tonsil awak besar dan bengkak, awak kena buang tonsil ni.. kena buat Operation.. 

Aik, kenapa Allah jadikan TONSIL ni.. kalau tak ada fungsi.. MOH KITA KAJI

APA ITU TONSIL 

Tonsil merupakan kumpulan rangkaian limfoid seperti tisu yang terletak pada kerongkongan di belakang kedua-dua hujung lipatan belakang mulut.

Tonsil, adalah sebahagian daripada sistem kelenjar yang berada pada sisi kiri dan kanan bagian belakang rongga mulut. Tonsil adalah sebahagian daripada sistem kekebalan yang menjaga tubuh manusia dari jangkitan, khususnya jangkitan saluran nafas atas dan kerongkong.

Tonsil (tonsil palatine) adalah sepasang tisu lembut yang terletak di bahagian belakang tekak (pharynx). Setiap tonsil terdiri daripada tisu yang sama dengan kelenjar limfa, dilindungi oleh merah jambu mukosa (seperti pada lapisan mulut bersebelahan). Berjalan melalui mukosa setiap tonsil adalah lubang, yang dipanggil crypts.

Tonsil adalah sebahagian daripada sistem limfa, yang membantu untuk melawan jangkitan. Walau bagaimanapun, pembuangan tonsil tidak kelihatan untuk meningkatkan kecenderungan jangkitan. Tonsil berbeza dari segi saiz dan membengkak sebagai tindak balas kepada jangkitan.

FUNGSI TONSIL 

Fungsinya membantu pertahanan tubuh bagi anak-anak di bawah usia 6 tahun melawan penyakit. Mulai anak usia 6 tahun ke atas fungsi tonsils akan digantikan oleh pertahanan tubuh yang lain.Tonsil berfungsi mencegah agar jangkitan tidak merebak ke seluruh tubuh dengan cara menahan kuman memasuki tubuh melalui mulut , hidung, dan kerongkong. Amandel merupakan sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh, yang direka untuk melindungi kita dengan memerangkap bakteria atau virus yang berusaha masuk ke tubuh kita melalui mulut.

Dengan bertambahnya usia seharusnya tonsil tersebut akan mengecil dengan sendirinya, kecuali apabila sering terjadi jangkitan / keradangan seperti batuk selesema dan adanya faktor alergi pada badan , tonsil akan bertambah besar.

SO, kalau kita buang tonsil ni.. apa jadi dengan sistem pertahanan badan kita??

CARA ORLYLOVE ATASI TONSIL BENGKAK

MAKAN AISKRIM BERSAMA ANAK-ANAK hehe.. dah penyakit nak datang tetap datang.. kalau lepak makan AISKRIM..akan dapat menyejukkan tekak yang sakit dan kecilkan tonsils.. DAN.. dapat menyalurkan rasa kasih sayang Orlylove kepada anak-anak kecil kesayanganku..
Ini ler aiskrim kegemaran ORLYLOVE..



Walls 


Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

No comments:

Post a Comment