Nak kata lawak pun tak .. nak kata seronok pun tak.. semalam aku layan berita .. TV3.. ada..lah seorang mamat ni.. Bapa orang ler.. dia menangis depan kaca tv ketika di temuramah....
kata-kata dia sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala otak aku.. hehe..
" SAYA RASA SEDIH SEBAB TAK DAPAT BELI TIKET PERLAWANAN BOLA NI .. sebab SAYA DAH JANJI DENGAN ANAK NAK BELI DAN TENGOK PERLAWANAN AKHIR INI..".. kata-kata nya sambil teresak-esak..agak-agak korang.. aku nak gelak ker nak rasa bersedih jugak..?
Aku ni bukan peminat bola sepak sangat tapi.. kalau dah orang hadap TV tengok bola aku layan jer.. bab nak sokong mana aku sokong pasukan yang dah nak menang.. hehe. sorry ler.. aku tak reti ler.. nak pura2 suka kalau aku tak kenal saper pemain Malaysia mahu pun Luar negara.. hehe.. yang aku tahu nama anak aku RAYYAN sama dengan pemain bola RYAN Giggs..MU.. hihi.. tapi.. aku kenal Mat YO..pasal bini dia yang famous kan dia.. kalau tak.. haram aku nak kenal.. huhu..
Berbalik kisah abang yang nangis depan TV tu kan.. saya kesian kenapa dia nangis..mungkin sedih sangat sebab datang jejauh nak beli tiket perlawanan bola.. tak dapat.. walaupun dah berbaris seawal subuh.. padahal.. tiket di jual start 3 petang.. agak2.. ler.. abang2.. oi.. nak beli tiket.. sampai nangis2..
Aku dalam hati berkata.. "KAN BAGUS KALAU KO NANGIS macam ni.. sebab TAK DAPAT TIKET NAK MASUK MASJID.."
Korang bayangkan kalau lah kita umat ISLAM di MALAYSIA ni.. nak masuk MASJID pun kena ambik tiket awal.. nanti habis.. penuh.. dan akan ada rusuhan sebab tiket masuk MASJID dah habis terjual..Ha.. siap JUAL lagi tu.. semua orang semangat beli.. kan best.. SEJUK TANAH MALAYSIA.. ni..
KOTA BHARU: Beberapa minit selepas habis 10,000 keping tiket final Piala Malaysia yang dijual di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, ulat tiket terus mengambil alih penjualan tiket di pasaran gelap.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati sekeping tiket berharga RM40 dijual hingga RM80 oleh ulat tiket kepada penyokong yang gagal mendapat tiket perlawanan akhir antara Kelantan dan Pahang, Ahad ini dan harga berkenaan dijangka terus meningkat.
Seorang peniaga dari Tanah Merah ketika ditemui sanggup membayar hingga RM70 untuk sekeping tiket.
“Saya tidak mempunyai pilihan selain membeli daripada ulat tiket kerana tidak mahu berasak-asak. Saya membeli dua keping tiket berharga RM140.
“Saya tidak mempunyai pilihan selain membeli daripada ulat tiket kerana tidak mahu berasak-asak. Saya membeli dua keping tiket berharga RM140.
“Melihatkan kepada kekecohan yang berlaku hingga boleh membahayakan nyawa, saya berasa tidak berbaloi untuk terus beratur,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/31
No comments:
Post a Comment