Link to

Thursday, 24 October 2013

LELAKI 26 TAHUN BUNUH ORANG AWAM di LRT PUTRA GOMBAK DAN TAMAN MELATI

Aku copy paste jer ni. sebab tangan menggigil menaip.. sebab aku adalah mengguna TEGAR LRT ke gombak.. check sini

Ya Allah Ya Tuhanku.. Lindungilah Hambamu yang ingin pulang ke rumah mengunakan LRT sebentar lagi.. Amin.. 

Maklumat terbaru yang kami terima dari agen kami agen John Sniper mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di Taman melati lewat pagi tadi.
Setakat ini di laporkan Seorang pembunuh telah menikam 4 mangsa di 3 lokasi berbeza. 1 di Stesen LRT Putra Taman Melati. Ke2 di Depan LRT Taman Melati dan Ke3 jalan arah ke TAR Kolej. Setakat ini 2 kematian di laporkan dan 2 parah. Suspek berjaya di tahan oleh orang kampung/awam yang melihat kejadian tersebut."


ni berita awal pagi tadi:
Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
~24/10/2013~ 13:47:15 PM

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
@beritaharian
Ehsan dari : Cari

No comments:

Post a Comment