Link to

Monday, 10 March 2014

PESAWAT MH370 TERGANTUNG ANTARA TIGA NEGARA - KATA BOMOH

Ya..Allah .. meremang bulu romaku apabila ada terbaca mengenai "ALAM MISTIK" dan kaitan dengan PESAWAT MH370 yang HILANG.. 

Setelah banyak pihak mengembling tenaga untuk mencari dan mengesan PESAWAT MAS MH370 yang hilang dari RADAR PESAWAT secara TIBA-TIBA.. banyak pihak yang cerdik pandai cuba merungkai HUKUM ALAM.. HUKUM SAINS... sehingga ada soalan yang perlu kita JAWAB dalam penuh ketakwaan.. 

" ADAKAH PESAWAT itu HILANG DI SEBABkan DI SOROK ke alam LAIN? " 
Pelbagai andaian yang timbul apabila .. perkara begini dipersoalkan ..    


Setelah usaha secara zahir diusahakan.. ramai berkata.. Kenapa tak cuba panggil orang-orang berilmu ghaib untuk mencuba nasib memohon kepada Allah untuk diberi petunjuk?.. tetapi.. bila diberi peluang untuk membantu .. ramai yang mengaitkan dengan perkara SYIRIK.. 

Berbalik kepada HUKUM ALLAH S.W.T 

KITA TERUSKAN SOLAT HAJAT SUPAYA..SEGALA HAJAT KITA TERMAKBUL ...segalanya berserah kepada ALLAH Pencipta sekalian ALAM..

All England: Chong Wei juara kali ketiga!!..TAHNIAH MALAYSIA

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan badminton All England buat kali ketiga selepas menundukkan Chen Long pada perlawanan akhir di Birmingham, sebentar tadi.
Chong Wei, 31, menang 21-13, 21-18, sekali gus menebus kekalahannya kepada pemain No. 2 dunia dari China itu pada perlawanan akhir, tahun lalu.
Ini adalah kemenangan ketiga Chong Wei selepas turut muncul juara pada 2010 dan 2011.
       

  

Yonex All England Open - Finals Day highlights 2014




MH370 Hilang: Serpihan Berhampiran Pulau Tho Chu Bukan Milik MH370 – DCA #PrayForMH370


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.
Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.
“Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan,” katanya.

MH370 Hilang: “Berpatah Balik” Penting Bagi Pendaratan Selamat (video) – Kapt Nik Huzlan



JANGAN BERHENTI BERDOA DAN BERHARAP

PANDANGAN PERIBADI ATAS PENGALAMAN SEBAGAI SEORANG 
Bekas ketua juruterbang penerbangan serantau MAS



Apa kata Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, seorang juruterbang berpengalaman mengenai kehilangan MH 370 melalui siaran TV3 malam tadi.

1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan.

Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.

4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.

5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.

7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

9. Akhir sekali, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Di kalangan pemerhati industri penerbangan, insiden MH370 mengingatkan kepada nahas pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.



Sahabat ku, Teruskan doa mu…!