Link to

Monday, 28 October 2013

GULA TAK ADA .. STEVIA ADA.. Hello Stevia..

Kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar pemakanan tentang keburukan gula. 



Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung 
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula 
• Kencing Manis 
• Jerawat 
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina 
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan 
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa 
• Cepat Tua 
• Kegemukan 
• Sakit Sendi 
• Osteoporosis 
• Batu Karang Hempedu


Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda : 


• Gula boleh melemahkan sistem imun 
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh 
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak 
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah 
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria 
• Gula boleh merosakkan buah pinggang 
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur 
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu 
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita 
• Gula boleh menyebabkan perut berasid

PERKENALKAN PENGGANTI GULA dan KEMANISAN HIDUP ANDA SEKARANG SUDAH DI TEMUI.. 

Aku baru mengenali daun Stevia apabila seorang rakan cina aku menyuruh aku mencuba daun stevia ni.. dia suruh aku ambil air kosong..(RO),, letak sedikit daun stevia dalam bekas air aku.. sebesar 2 liter .. aper korang pikir aku nak cakap..hihihi.. 

MANIS TU .... tak perlu banyak.. hanya 4-5 helai jer aku letak. aku guna yang dah keringnye.. 



Kegunaan Stevia

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. 

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. 

Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. 

Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.


Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.

Khasiat Stevia
  1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  2. Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes danhypoglycemia.
  3. Melawaskan pembuangan air kencing.
  4. Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  5. Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  6. Membantu sistem penghadaman makanan.
  7. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  8. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
  9. Mengurangkan masalah keradangan.
TERIMA KASIH PAK AJIB.. NAIKKAN HARGA GULA.. KAMI SEPAKAI nak naik Cameron carik DAUN STEVIA.. jangan lak.. nanti daun ni.. jadi daun terlarang untuk di tanam.. udah macam daun KETUM.. Cantik tak Kak Tonnnn.. hehe. 

Alamak.. tak yah tempat sejuk aa.. nak tanam daun stevia.. meh klik link ni.. Nanti nak carik ler.. daun ni.. aku nak tanam tepi rumah.. huhu.. aktiviti baru dalam hidupku.. 

JIWA KACAU...

Assalamualaikum.. aku ucapkan "Selamat Memulakan Kerja di Hari ISNIN" yang tenang..... 
AKU Orlylove terasa kurang sihat disebab banyak sangat kejadian yang kurang menyenangkan sejak akhir-akhir ini.. Aku sedih sorang-sorang tak guna meh aku sorotkan berita-berita hangat untuk uolss semua kenang kembali apa yang terjadi 2-3 hari kebelakangan ini. 

23hb Oktober 2013 - Pegawai bank mati ditembak di kepala - Artikel Lanjut 

23hb Oktober 2013 - Kejadian Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah - Artikel Lanjut 

24hb Oktober 2013 - Lelaki 26 tahun menyerang orang AWAM di Lrt Putra Gombak dan Taman Melati menyebabkan 2 kematian dan 2 cedera di tikam menggunakan pisau Rambo. - Artikel Lanjut

25hb Oktober 2013 - BELANJAWAN 2014 .. entah baca dan fahamlah sendiri..hihi.. yang aku tau.. GULA NAIK HARGA.. bagusnya.. belanjawan tahun ni.. bila gula naik.. harga AIR SIRAP Kosong akan jadi RM2.40 kat tempat aku Bangsar South.. tapi.. kalau korang minum SIRAP BANDUNG.. harga kekal. RM2.20.. sebab perniaga guna SUSU PEKAT bukan AIR GULA.. wakkakaka.. lepas tu.. sesame ler. kita GOMUK.. macam anak badak.. hehe.. itu belum tengok lori bawak gula naik harga ke tak..? 

kesian ler.. MALAYSIA.. nak beri pendidikan tentang kesihatan kena NAIK KAN HARGA BARANGAN.. agak2.. kalau harga rokok naik. lagi.. dari RM12 sekotak kepada RM25 sekotak.. ada orang hisap tak? huhu.. ok ler.. sampai di sini sahaja.. aku nyer kata-kata.. Hari ISNIN ni.. banyak kerja lak.. BYE.. Wasamualaikum.. 

Layan.. untuk ISNIN.... Gambar di bawah.. : SPEKULASI mengatakan TOTO akan naik HARGA so.. baik beli sekarang.... hihi..



[al baqarah Ayat : 219]

Larangan berjudi dan meminum yang memabukkan 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

Renung-renungkan dan selamat beramal..